Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,361
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
BAB 3

Keluarga Pak Yok pulang ke kampung untuk menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri. Lagipun Pak Nok, bapa Pak Yok mengarahkan kepulangan mereka sekeluarga kerana ingin mengkhabarkan sesuatu. Sampai di kampong, Pak Yok membiarkan anak – anaknya bermain bersama sepupu –sepupu mereka. Tetapi tidak untuk Firdaus, Pak Yok mengurung Firdaus distor belakang rumah.

          “Kau duduk sini, elok –elok!!! Tak payah cuba – cuba untuk keluar. Yang penting jangan buat bising. Aku dengar ada yang mengadu pasal kau, siap kau aku kerjakan!!!”

          “Tak nak!! Kat sini gelap!! Tak nak!! Arghhh Tak Nak!!”  Firdaus tidak mahu melepaskan tangan Pak Yok. Dia tidak mahu duduk di situ. Pak Yok terus merentap tangan Firdaus dan menolak keras sehingga Firdaus tersembam ke lantai.

          Pak Yok sebenarnya terpaksa membawa Firdaus pulang ke kampung bersama kerana Mak Yak menangis dan tidak mahu meninggalkan Firdaus keseorangan di Villa Ok, rumah kediaman keluarga Pak Yok. Hanya kerana cintanya pada Mak Yak lah dia bertahan dengan Firdaus, kalau tidak pasti Firdaus sudah tiada lagi di dunia ini. Tapi itu tidak bermakna Pak Yok membenarkan Firdaus berkeliaran di luar rumah atau sekitar kampung itu. Lagipun, semua adik beradik Pak Yok juga tidak suka pada Firdaus. Ada sahaja perlian daripada mulut mereka mengenai Firdaus dilontarkan kepada Pak Yok. Hal ini pastinya menambahkan perasaan amarah dan bencinya kepada Firdaus. 

          Sepupu –sepupu Firdaus pula terlalu takut untuk bermain dengan Firdaus kerana bagi mereka Firdaus itu tidak ubah seperti raksasa. Mereka mengejek Firdaus, Syaitan Raksasa. Firdaus menangis kerana dikurung, dia tidak suka dikurung lagi – lagi di tempat gelap  seperti di stor tersebut. Tapi Pak Yok tidak peduli dengan tangisan Firdaus dan berlalu pergi ke bilik bacaan Pak Nok.

          Pang!

            Almari kayu di belakang Firdaus tiba – tiba terjatuh selang beberapa ketika Pak Yok meninggalkan Firdaus disitu. Firdaus terkejut dan terus berhenti menangis. Stor itu sangat gelap. Tapi Firdaus sudah biasa dengan kegelapan kerana di Villa Ok pun Pak Yok selalu mengurung Firdaus di stor yang tiada lampu, jadi Firdaus sudah biasa dalam kegelapan. Firdaus bergerak ke arah almari itu, dan Firdaus perasan terdapat satu lubang yang lebih gelap dari keadaan sekeliling stor itu.

            Firdaus pun yang mempunyai fikiran anak kecil walaupun sudah menjangkau 15 tahun, dia tidak berfikir baik buruk sebelum melakukan sesuatu. Dengan beraninya, Firdaus melangkah dan melompat ke lubang itu.

          'Eh, Rupanya lubang itu berpenutup'

          Penuh dengan perasaan ingin tahu, Firdaus cuba untuk membuka penutup lubang itu. Dia cuba menarik penutup lubang itu. Namun, tidak berjaya. Dia sepak tapi penutup lubang itu tetap tidak berganjak.

          Setelah pelbagai usaha yang mampu dilakukannya tidak berjaya, Firdaus sudah tiada semangat lagi untuk mencuba. Tiba – tiba, Firdaus perasaan terdapat satu kelainan di penutup lubang itu. Seolah– olah kelihatan satu bentuk tidak ubah seperti tapak tangan. Firdaus melihat tangannya dan dia tersenyum dan ketawa sendiri.

          ‘Tangan kiri atau tangan kanan, tangan kiri atau tangan kanan, …’

          Firdaus bermonolog sendiri. Penat berfikir, dia kemudian meletakkan tapak tangan kanannya di penutup lubang itu. Penutup lubang itu tiba –tiba mengeluarkan cahaya yang sangat terang menerangi seluruh stor menyebabkan Firdaus serta merta memejamkan kedua belah matanya.

          Firdaus terkejut kerana selepas cahaya itu hilang dan kegelapan mulai menguasai bilik stor itu kembali, satu bebola Kristal berwarna biru bersinar berada di pangkuannya. Apabila Firdaus pegang bebola Kristal tersebut, cahaya terang berwarna biru seperti meresap ke tangan Firdaus. Terkejut dan takut, Firdaus cuba buang bebola Kristal biru itu dari tangannya, tetapi bila dia lihat kembali, bebola itu sudah tidak ada.

          Sakit yang teramat sangat mula dirasai Firdaus. Seluruh badannya terasa sangat panas, bahang yang teramat. Badannya seolah –olah mahu meletup bila – bila masa sahaja. Tidak tahan dengan kesakitan yang dirasakan, Firdaus jatuh pitam. 

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah