Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,328
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
BAB 9

Firdaus menghabiskan makanan yang dibawa oleh Mak Yak dengan sepantas kilat. Tidak sampai 10 minit, licin sudah juadah hari raya yang dibawa oleh Mak Yak. Mak Yak hanya mampu tersenyum melihat gelagat Firdaus.

          “Jangan makan terlalu laju, Aus. Kunyah 44 kali dahulu baru ditelan makanan tu.” Pesan Mak Yak.

           Firdaus memandang wajah emaknya itu dengan riak muka speechless.

           “Serious la mak? Kalau cukupkan 44 kali, belum sempat telan, Ayah dah datang ambil makanan ni semua.”

           “Kan, mak ada ni, apa yang kamu nak risau? ayah kamu dah janji dengan mak takkan kacau kamu lagi.”

           ‘Itu kata mak, depan mak, iyalah ayah janji, belakang mak, Aus kena jugak.’ Firdaus hanya mendiamkan diri dan bermonolog di dalam hati kerana tidak mahu melukakan hati Mak Yak. Dia hanya senyum pada Mak Yak dan sambung menghabiskan makanan yang masih berbaki di pinggannya.

           Salwa yang  tiba – tiba lalu di luar pintu bilik yang menempatkan Firdaus, ternampak kelibat Mak Yak di dalam bilik itu kerana pintu itu sedikit terbuka. Melihatkan kemesraan emaknya dan Firdaus dari luar bilik, menambahkan perasaan bencinya terhadap Firdaus.

          ‘Muka macam tu, ada hati nak kongsi emak dengan aku! Muka macam tu sepatutnya duduk hutan je!! Mak ni pun satu, sibuk layankan kehendak Aus tu. Aku ni depan mata selalu tak diendahkan, Aus yang buruk macam itu jugak yang selalu diberi perhatian!!!’ bentak hati Salwa.

          ‘Benci! Benci! Benci!’ Salwa kemudian menghempas pintu bilik itu. Iqbal hanya memandang dari jauh, kerana dia tidak mahu mencari masalah dengan kakaknya yang suka berdendam. Lagi – lagi jika isu berkaitan Firdaus.

           “Allah!!” Mak Yak tersentak kerana pintu bilik tersebut tertutup dengan kuat.

          ‘Siapa pulak la yang hempas – hempas pintu macam ni?’ Mak Yak kemudian melihat tiada siapa pun di luar pintu bilik Firdaus. Dia hairan tapi membiarkan sahaja perkara itu berlalu.

          ‘Perangai macam tu sorang je kat rumah ni, confirm – confirm la si Salwa tu. Dengkilah tu.’ Firdaus bicara dalam hatinya. Mak Yak kembali duduk di sebelah Firdaus.

           “Aus, kita akan balik ke Villa Ok petang ni, lepas asar. Bila azan sahaja nanti, kamu terus solat dan tunggu ayah panggil kamu ya? Kamu jangan lambat – lambat pula, tahulah perangai ayah tu macam mana kan.”

           “Okay mak, no problem. Aus buat smart solat.” Firdaus menunjukkan cap jempolnya.

           “Haha, yelah aus. Okay mak turun dulu ya, mak nak sambung berbual dengan mak cik – mak cik kamu kat bawah ni. Kamu baca lah dulu buku manual ni, mak copy senyap – senyap malam semalam. Huhuhu”

          “Manual apa pulak ni mak? Bukan – bukan lah mak ni.” Aus membelek – belek buku yang diberikan ibunya. Kecil sahaja. Saiznya sebesar buku nota 555 yang banyak dijual di kedai – kedai.

           “Ini manual ke buku hutang ni, mak?” Aus bertanya kepada Mak Yak.

           Mak Yak mengecilkan matanya tatkala memandang Firdaus. ‘Budak ni, sejak okay ni, perangai pun..’

           “Buat apa mak nak bagi kamu buku hutang?” Mak Yak menggelengkan kepalanya. 

          ‘Apalah yang ada dalam fikiran kamu ni, Aus?’

           “Ini manual paling basic pasal Heitus. Kamu, tak pernah tahu tentang kaum Heitus kan, sekolah yang akan kamu masuk nanti tu, semua, SEMUA nya memang anak – anak kaum Heitus. Dyorang semua dari kecik lagi dah belajar benda – benda ni semua. Kamu seorang je yang ketinggalan.”

           “Mak tak nak,disebabkan ni, Aus jauh ketinggalan berbanding yang lain. Mak nak at least tidak bertambah isu yang mahu dibahan budak – budak lain terhadap kamu. Muka kamu mak tak dapat bantu, pelajaran kamu, mak masih boleh usahakan. Kamu fahamkan aus?”

          “…” 

          Aus memandang Mak Yak. ‘Sensitif la mak, cerita pasal muka ni orang pulak’

           “Takpe, Aus.Nanti kamu baca, kamu fahamlah. Okay, mak turun beransur dulu. Lama dah mak kat sini. Kamu study betul – betul. Lepas asar, make sure dah siap sebelum ayah panggil kamu!” Mak Yak pesan sekali lagi.

           “Okay mak, nanti Aus baca dan fahamkan.” Mak Yak mengusap kepala Firdaus sebelum laju keluar dari bilik itu meninggalkan Firdaus dengan buku manualnya. Sempat juga, Mak Yak menoleh ke arah Firdaus dan tersenyum sebelum berlalu pergi. Mak Yak pastinya mahu menyambung kegiatan membawangnya bersama mak cik – mak cik bawang yang masih rancak bergosip di tingkat bawah rumah kampung itu. 

          'Perempuan memang side jobnya membawang ke?' Iqbal yang memerhati dari jauh melihat Mak Yak dan mak cik bawang yang lain rancak berbual entah isu dunia apa lagi yang dibincangkan. Malas untuk terus memikirkan sesuatu yang tidak berkepentingan, Iqbal masuk ke biliknya dan terus dibuai mimpi. 

Previous: Bab 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah