Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,420
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
BAB 1

2017. Kini Firdaus berumur 15 tahun. Walaupun secara fizikalnya kelihatan normal seperti remaja -remaja lain tetapi keadaan mentalnya tidak ubah seperti budak tadika atau mungkin lebih rendah lagi. Mukanya sangat hodoh di pandangan mata orang lain selain daripada ibunya, Mak Yak. Bapanya, Pak Yok benci Firdaus sejak Firdaus lahir lagi kerana baginya Firdaus membawa sial dan memalukan keluarga. Dia tidak pernah ke sekolah kerana bapanya tidak mahu dia berada di khalayak ramai. Untung sahaja Mak Yak sangat sayang kepada Firdaus dan berjaya memujuk Pak Yok untuk mengupah guru mengajar Firdaus di rumah. Lagipun Mak Yak mengugut Pak Yok untuk berpisah sekiranya Pak Yok tidak mahu menurut permintaannya. Bagi Mak Yak, tiada siapa yang berhak menidakkan hak belajar untuk anak – anak, apetah lagi anak kandungnya sendiri. Jadi, akhirnya dapat jugalah Firdaus belajar seperti mereka yang sebaya dengannya.

          Tapi realiti tidaklah seindah impian. Guru yang mengajar Firdaus tidak pernah tetap. Ada yang baru sehari sudah tidak sanggup, ada juga yang terus lari bila nampak Firdaus. Paling lama pun sebulan sahaja. Mereka tidak sanggup melihat wajah hodoh Firdaus. Ada pula beranggapan apa gunanya mengajar budak terencat seperti Firdaus kerana dia tidak faham apapun dan hanya memandang kosong pada gurunya setiap kali mereka mengajar. Mereka tidak tahu sama ada Firdaus faham atau pun tidak kerana Firdaus tidak memberikan apa – apa reaksi sebelum, sewaktu atau selepas mereka mengajar. Mereka akhirnya menemui jalan mati dan buntu. Setiap kali gurunya berhenti, setiap itu jugalah Pak Yok mengherdik sinis kepada Mak Yak.

          “Tengok!! Dah kali keberapa dah ni? Awak masih nak sekolahkan dia? Budak macam tu, dah kira beruntung aku biarkan hidup.Kalau aku tahulah lahirnya dia macam tu, lebih baiklah dia tidak lahir lagi bagus!!!”

          Muka Firdaus berpanau dan penuh dengan benjolan – benjolan yang tidak dapat dibuang dengan pembedahan kerana terdapat saluran darah dan saraf dalam benjolan tersebut. Matanya pula sebelah sepet dan sebelah bengkak seperti disengat tebuan. Bibirnya merekah –rekah dan kehitaman. Sampai sahaja umur remaja, bila mana jerawat mengunjung tiba bertambahlah set kehodohan Firdaus. Jerawat batu pula tu dan penuh dengan nanah. Semakinlah Pak Yok tidak benarkan Firdaus keluar dari rumah kerana dia semakin malu dengan keadaan Firdaus.

          Pak Yok sebolehnya tidak mahu mengaku kewujudan Firdaus tetapi sudah menghebahkan mengenai kehadiran Firdaus sebelum Firdaus lahir lagi memandangkan Firdaus anak lelaki pertama dalam keluarganya. Mak Yak pula sangat sayang pada Firdaus. Jadi, Pak Yok tiada pilihan selain membesarkan Firdaus. Sewaktu Firdaus masih bayi, pernah jugaklah Pak Yok cuba untuk mencari ikhtiar bagi Firdaus menjadi comel seperti bayi – bayi yang lain. Namun usahanya bagai mencurah air ke dalam bekas yang bocor, hanya sia – sia tidak membuahkan hasil. Apa yang terhasil hanyalah perasaan benci pada anaknya Firdaus.

          Selain menjadi usahawan kosmetik terkenal, keluarga Pak Yok mempunyai identiti lain iaitu salah seorang keluarga yang mengetuai Kaum Heitus yang menetap di Selangor. Kaum Heitus terdapat diseluruh pelusuk dunia dan setiap negeri di dunia ini diketuai oleh satu keluarga Kaum Heitus. Di Malaysia, terdapat 13 negeri dan setiap negeri mempunyai ketua dari Kaum Heitus. Tapi organisasi Kaum Heitus tidak lah seperti organisasi politik di Malaysia, kerana pemilihan ketua adalah berasaskan sistem monarki dan bukannya demokrasi. Jawatan ketua akan diwarisi anak lelaki dalam keluarga. Jadi, Pak Yok yang tidak mempunyai anak lelaki sangat gembira apabila doktor mengesahkan anak dalam kandungan Mak Yak berjantina lelaki. Kalau tidak, habislah jawatan Ketua tersebut terpaksa diserahkan kepada anak saudara lelakinya yang layak.

          Pak Yok tidak mahu jawatan itu terlepas dari keluarganya. Tapi lahirnya Firdaus menghancurkan segala harapan Pak Yok. Bagi Pak Yok, Firdaus lah punca kegemilangan keluarga Pak Yok akan jatuh. Alhamdulillah 7 tahun selepas kelahiran Firdaus, Pak Yok dikurniakan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Iqbal. Tidak seperti Firdaus yang lahir dengan fizikalnya yang buruk, Iqbal sangat comel dan membina semula harapan Pak Yok yang hancur disebabkan Firdaus. Pak Yok tidak dapat menerima Firdaus, kerana Pak Yok golongan elit Kaum Heitus. Kehadiran Firdaus hanya menjatuhkan maruah keluarga Pak Yok.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah