Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,332
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
BAB 2

Firdaus mempunyai tiga orang adik beradik, Salwa, Sarah, dan Iqbal. Salwa tersangat cantik dan pastinya ramai perminat. Sejujurnya terlalu ramai. Belum pun habis sekolah menengah, sudah beratus keluarga datang merisik. Ada daripada golongan kerabat diraja, golongan ternama, artis malah guru-guru lelaki di sekolah juga tidak segan silu untuk datang merisik Salwa. Salwa juga sangat pandai. Tidak pernah melepaskan kedudukan pertama dalam keseluruhan darjah atau tingkatan tidak kiralah dari aspek pelajaran, mahupun sukan. Sarah pula kembar tidak seiras Salwa. Namun, kecantikan Sarah tetap setanding dengan Salwa. Walaupun, Sarah tidak sepandai Salwa dalam pelajaran dan sukan, namun penguasaan Sarah dalam Jurus –Jurus Kaum Heitus melebihi penguasaan Salwa. Rakan – rakan mereka disekolah juga suka berkawan dengan mereka kerana mereka merupakan anak orang kaya dan pada pandangan mereka, Salwa dan Sarah sangat merendah diri tidak seperti anak orang kaya yang lain.

          Namun nampaknya kebaikkan mereka tidak terzahir untuk Firdaus, si abang yang di benci keluarga. Firdaus tentunya menjadi sasaran buli adik-beradiknya. Mereka juga seperti Pak Yok, malu untuk mengaku Firdaus sebagai adik mereka. Walaupun di depan kawan – kawannya Salwa tidak ubah seperti malaikat, tetapi terhadap Firdaus, tiada istilah malaikat terhadap Salwa. Yang ada hanyalah manusia bertopengkan syaitan. Walaupun Salwa tidak membuli Firdaus secara fizikal, tapi pembulian ke atas mental Firdaus memberi kesan yang lebih dahsyat kerana mampu memberi impak kepada kesihatan dan fizikal Firdaus. Pernah sekali, Firdaus tidak sengaja memecahkan cawan kesukaan Salwa, dan malam itu bila sahaja Firdaus tidur, Salwa menggunakan Jurus Seksaan Mimpi kepada Firdaus.

          Jurus Seksaan Mimpi merupakan Jurus kegelapan. Salwa terjumpa manual jurus seksaan mimpi ini sewaktu dia mencuri masuk ke bilik bacaan Pak Yok di Villa Ok. Padahal, Pak Yok sudah melarang Salwa daripada mengambil buku disudut paling hujung bilik bacaannya. Tapi kalau nak diikutkan sebenarnya, Salwa tidak melanggar kata –kata bapanya, kerana dia sememangnya tidak mengambil buku manual itu. Apa yang dia buat adalah menyalin semula buku itu di buku nota miliknya. Apabila Pak Yok sedar Salwa mempelajari jurus ini secara rahsia, Pak Yok hanya menggeleng kepala tetapi memikirkan jurus ini hanya memberi kesan yang minimal dan tidak berbahaya. Jadi, Pak Yok biarkan sahaja Salwa dengan rahsianya.

         Salwa sangat geram dengan Firdaus kerana berani masuk ke bilik dia dan memecahkan cawan kesukaannya. Dia tidakmempunyai perasaan ehsan kepada Firdaus yang terencat akal. Sebaliknya,menggunakan jurus seksaan mimpi tahap ketiga kepada Firdaus. Jurus ini mampu membolehkan mangsa diseksa dalam mimpi sewaktu mereka tidur. Tetapi menggunakan tahap ketiga ke atas Firdaus, boleh dikatakan kejam kerana di tahap ini Salwa boleh muncul di dalam mimpi Firdaus dan seksaannya boleh meninggalkan kesan secara fizikal di dunia sebenar walaupun tidaklah sedahsyat sepertimana yang berlaku di dalam mimpi tersebut.

          Keesokkan harinya apabila Mak Yak ingin mengejut Firdaus untuk solat subuh, Mak Yak terkejut kerana ada tompokan darah di selimut Firdaus. Badan Firdaus penuh dengan tompokan merah,dan ada antara tompokan itu yang masih mengeluarkan darah merah dari badan Firdaus.

          Walaupun Firdaus terencat akal, tapi sejak Mak Yak mengajarnya untuk solat 5 waktu, dia tidak pernah sekali meninggalkan solat yang menjadi kewajipan bagi mereka yang beragama Islam. Bukan sahaja Firdaus sentiasa solat di awal waktu malah perwatakkan dia sewaktu solat sangat normal tidak seperti dirinya yang terencat akal. Disebabkan inilah, Mak Yak tidak putus harapan dengan Firdaus.

          Pagi itu, Mak Yak hairan kenapa bilik Firdaus masih gelap walaupun sudah 30 minit berlalu sejak azan subuh berkumandang. Jadi, Mak Yak masuk ke bilik Firdaus untuk mengejutnya.

          “Ya Allah! Firdaus!!!”

          Alangkah terkejutnya Mak Yak apabila melihat keadaan Firdaus. Mak Yak hampir terpaku melihat keadaan Firdaus yang berlumuran darah apabila Mak Yak mengalihkan selimut yang bertompokan darah itu.

          Mak Yak kemudian terus menghubungi doktor peribadi mereka, Dr Joseph kerana Pak Yok tidak mahu Firdaus dirawat dihospital. Untung sahaja tindakan pantas Mak Yak dan bantuan perubatan dari DrJoseph berjaya menyelamatkan Firdaus. Dia memberitahu Mak Yak, jika Mak Yak lambat mungkin Firdaus boleh mati disebabkan kehilangan banyak darah.

          Mak Yak bersyukur kerana Allah menyelamatkan anaknya yang malang itu. Tapi dia hairan macam mana tubuh Firdaus boleh dipenuhi tompokan merah seperti dicucuk jarum padahal semalamnya Firdaus naik - baik sahaja. Bila Mak Yak periksa bilik Firdaus, tiada pula jumpa jarum atau objek tajam yang mampu memberi kesan kecederaan seperti itu pada Firdaus. Pak Yok pula memang tidak peduli dengan Firdaus, baginya kalau Firdaus mati pun sekurang – kurangnya tiadalah anaknya yang memalukan keluarga. Salwa pula yang tahu hal sebenar hanya berpura – pura tidak tahu apa – apa. Realitinya, Salwalah punca Firdaus hampir kehilangan nyawa. Salwa tersenyum apabila teringat kejadian malam itu.

          Firdaus di ikat dikerusi. Dia tidak dapat melepaskan diri. Memandang keadaan sekeliling yang penuh dengan kegelapan, Firdaus ketakutan. Dia menjerit, meronta, menangis tapi tiada siapa datang membantunya. Dia memanggil Mak Yak tapi tentu sahaja Mak Yak tidak ada dalam mimpi yang dikawal oleh Salwa. Dia tidak tahu macam mana dia boleh ada di situ atau siapa yang mengikatnya.  Salwa yang melihat Firdaus meronta, hanya ketawa. Dia memang benci Firdaus kerana Firdaus bukan sahaja terencat malah rupanya yang buruk, pastinya tidak layak untuk menjadi adik beradiknya. Malah cawan kesayangannya pun pecah disebabkan budak hodoh ni.

         Tiba – tiba sahaja,muncul ribuan jarum kecil menghala laju ke arah Firdaus. Firdaus cuba melepaskan dirinya lagi tapi masih tidak berjaya. Dia menjerit meminta tolong dalam ketakutan. Tapi suaranya tersekat di tekak, hanya mulutnya bergerak tapi tiada suara yang mampu keluar. Firdaus hanya mampu memejamkan mata memikirkan jarum – jarum yang bakal menusuk tubuh badannya. Setelah beberapa ketika, seperti tiada apa yang berlaku, Firdaus pun memberanikan dirinya untuk membuka matanya kembali. Rupanya, ribuan jarum yang mengelilingi tubuhnya itu berhenti betul – betul 1 centimeter dari tubuhnya. Terbeliak mata Firdaus.

          Belum pun sempat dia melepaskan nafas lega, jarum – jarum itu tiba – tiba menusuk tubuhnya berulangkali. Tusukan yang sangat dalam, terbenam jarum – jarum itu ke dalam tubuh Firdaus hingga ke dalam organ dalamannya. Kemudian jarum itu akan keluar semula dan menusuk secara perlahan dan laju berulang kali ke dalam tubuh Firdaus. Kesakitan yang teramat tidak dapat diungkapkan dirasakan oleh Firdaus. Sepanjang malam dia diseksa. Air mata Firdaus sudah kering, matanya merah bukan hanya disebabkan menangis tapi jugakerana darah yang mengalir. Suaranya menjadi serak disebabkan jeritan kesakitannya. Tapi seksaan itu tetap tidak berhenti. Malah dia dapat mendengar suara budak perempuan ketawa. Sebelum pengsan tidak sedarkan diri, dia ternampak kelibat budak itu yang sedang berjalan menuju ke arah dia. Dia melihat, Salwa sedang tersenyum.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah