Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,486
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“Dah habis makan?”. Tanya Adam pada Elinda yang duduk di hadapannya. 

“Belum. Lagi sikit”. Jawab Elinda tanpa mengangkat mukanya pada Adam. Elinda mengotakan janjinya untuk menghantar nasi lemak pada Adam. Tapi itu tidak bermakna dia harus duduk sarapan bersama dengannya. Tapi atas permintaan Adam, dia dengan berat hati duduk dan makan di situ juga. Walaupun dia duduk bukan menghadap pelajar yang lalu lalang ingin pergi ke kelas pada waktu itu, derianya dapat merasakan banyak mata-mata yang memandangnya dan Adam yang duduk di situ. Dia sungguh berasa tidak selesa dan ingin cepat beredar. Elinda menyuap saki baki nasi lemak yang tinggal. Dia kemudiannya melipat bungkusan nasi lemak yang telah habis dan ingin bangun dan beredar dari situ. Namun, Adam selangkah lebih awal daripadanya, dia mengambil bungkusan itu dan membuangnya di dalam tong sampah yang berdekatan. 

“Kan aku kata jangan peduli orang lain”. Kata Adam sejurus dia kembali. Elinda memandang Adam, dia ingin membalas. 

'Susah nak ignore, benda baru jadi semalam'. Tidak terluah kata tersebut dari mulutnya. 

Ring! Telefon bimbit Elinda berdering nyaring. Terpapar 'Ayah' di skrin telefonnya. Dia mengangkat panggilan daripada ayahnya itu. 

"Ayah, kenapa call? ". Risau juga dia sekiranya ada malapetaka menimpa ayahnya. 

“Eli free ke sekarang? Boleh cakap?”. Elinda memandang Adam di hadapannya. Dia bangun ingin beredar dari situ. Namun Adam memegang lengannya untuk menyuruhnya duduk kembali. Elinda keliru dengan tindakan Adam padanya. 

Hello Eli? Sibuk ke? Nanti ayah call balik”. Encik Mansur berhasrat untuk mematikan panggilan sekiranya anaknya itu sedang sibuk. 

“Eh tak ayah, tak sibuk, ayah nak cakap apa?”. Tanpa pilihan Elinda duduk semula di kerusinya. 

“Eli dah beli tiket bas? ”. Sejak kejadian semalam, Elinda tekad untuk memulangkan semula telefon bimbit milik Adam. Dia tak nak di kemudian hari, perkara ini akan menjadi suatu isu yang besar. Lagipun perjanjiannya dengan Adam juga telah tamat pada hari ini. Sebab itulah, tanpa berlengah lagi dia menempah tiket basnya pada malam tadi dan memberitahu ayahnya bahawa dia akan pulang pada esok hari. 

“Dah ayah, bas pukul 8 malam”. 

“Kenapa tak ambil bas siang, malam bahaya”. Risau Encik Mansur dengan anak perempuannya itu. 

“Bas siang pukul 12 je ada ayah. Eli ada kelas petang ni, terpaksa ambil bas malam jugak". Dia memang tiada pilihan lain takkan dia tidak datang kelas tersebut semata ingin pulang ke rumah. 

“Agak sampai pukul berapa tu nanti? Ayah tunggu kat terminal”. 

“Dalam 4 pagi ayah, nanti dah nak sampai Eli call Ayah”. 

“Okay hati-hati Eli, dah naik bas nanti bagitahu”. 

“Okay, ayah jangan risaulah, Eli dah biasa naik bas malam”. Walaupun begitu dia masih risau akan anak perempuannya yang seorang itu. Panggilan telefon dimatikan. Elinda memandang Adam, sepertinya Adam ada sesuatu yang ingin disampaikan. Namun setelah seketika Adam masih berdiam diri sahaja. 

“Dah tak ada apa-apa lagi kan, aku pergi lab dululah”. 

“Kau balik hari ni?”. Terlepas juga persoalan dari mulut Adam. 

“Haah, lama dah aku tak balik. Nak jenguk ayah aku sambil tu boleh aku ambil telefon lama aku kat rumah”. 'Rasanya seperti telefon lama aku masih elok, kalau tak pun aku buat pinjaman dari ayah untuk telefon baru'. 

“Kenapa nak ambik telefon lama”. 

“Lah kan perjanjian kita dah habis hari ini”. 

“Kalau kau nak aku boleh extend lagi perjanjian tu”. Adam membuat tawaran pada Elinda. 

'Menarik tawaran Am ni, tapi, tak boleh Eli, kau dah nekad kan malam tadi, perjanjian dah tamat dan aku pun tak perlu lagi beli sarapan dan berjumpa dengan Am setiap pagi. Bebas rumor, bebas gosip'. Hati Elinda berbolak balik. Patutkah dia menerima tawaran daripada Adam. 

“Tak payahlah Am, aku memang nak balik nak tengok Ayah aku, alang-alang boleh ambik telefon tu, aku memang dah lama nak balik untuk ambik pun. Dah lama tergendala. Kau dah tak sibuk kan? Kau kata sebulan ni kau sibuk”.

“Hampir selesai, tapi tak adalah sesibuk macam dulu”. 

“Kalau macam tu, aku pulangkan telefon kau lepas aku balik”. 

“Kau pergi stesen bas naik apa?, aku boleh tolong hantar”. 

“Eh tak payah, aku naik bas universiti je pukul 7 nanti”. Kalau boleh Elinda memang tidak mahu menyusahkan Adam lagi. 

“Okay ”. Elinda memandang Adam yang berlalu pergi. 'Kenapa aku rasa muka Am macam ketat semacam?'. 

***************************

Elinda tiba di stesen bas pada pukul 7.15 minit malam. 'Banyak masa lagi sebelum bas bertolak'. Elinda duduk di kerusi panjang yang disediakan di situ. Dia termenung jauh melihat orang lalu lalang di hadapannya tanpa diketahui hala tuju mereka. Kemudian ada seseorang duduk di sebelahnya. Dia memeluk erat beg bajunya, sekadar ingin berjaga-jaga sahaja.

“Eli!”. Orang disebelahnya itu memanggilnya. 

“Eh Am. Kau buat apa kat sini?”. Elinda menoleh dan melihat Adam yang duduk di sebelahnya itu. 

“Teman kawan aku”. 

“Siapa? Sam ke?”. Elinda melihat sekeliling untuk mencari kelibat Hisham. 

“Elinda Sofia”. 

“Aku? Dah kenapa pulak”. 

“Kenapa tak boleh ke?”. 

“Aku tak cakap tak boleh”. 

“Okay settled then”. 

“Kau baru habis mesyuarat ke?”. Elinda meneka kerana baju Adam masih sama dari pagi tadi. 

“Haah, kau dah makan?”. 

'Kenapa aku rasa Am macam nak tukar topik?". 

“Belum, aku beli roti je untuk makan dalam bas”. 

“Roti tu simpan. Jom makan”. Elinda mengikut Adam untuk makan malam di kedai berdekatan. 

*****************************************

“Nanti dah sampi mesej aku, tidur alert sikit jangan tidur mati. Hati-hati”. Adam memberi pesanan sementara mereka menunggu di dalam kereta untuk bas bertolak. 

“Aku tak tahu pulak kau pun kuat membebel”. 

“Jangan main-main”. 

“Yes sir!”. 

“Kau balik hari apa?”. 

“Ahad malam bertolak sampai Isnin pagi”. 

“Nanti aku jemput”. Belum sempat Elinda menolak. 

I will not take no as an answer”. Tegas Adam berkata. 

“... ”. Tidak terkata Elinda apabila Adam berkata sebegitu. 

“Dah pergi sana, ramai orang dah beratur tu”. Elinda keluar dari kereta dan beredar tapi sekerat jalan dia berpatah balik. 

“Ada barang tinggal ke?”. Adam melihat tempat duduk yang Elinda duduk tadi. 

“Tak. Terima kasih Am teman aku”. Walaupun dia kata sudah biasa naik bas malam, perasan takut itu juga masih ada dalam dirinya, dengan kehadiran Adam menemannya membuatkan dia berasa lebih tenang. 

No hal. Kalau bosan mesej je aku”. 

************************************************

Tepat pada jam 4.30 pagi Elinda turun dari bas di terminal bas. Tak ramai orang yang berada di situ. Dia keluar dari situ lalu mencari kereta ayahnya yang di parking di luar terminal bas. Mengikut jadual sepatutnya dia tiba tepat pada jam 4 pagi, tapi entah macam mana boleh terlewat setengah jam. Dia kasihan pada Encik Mansur yang bangun awal pagi untuk menjemputnya. Nasib baik, pagi nanti ayahnya itu tidak bekerja. Elinda menjumpai kereta ayahnya setelah beberapa minit mencari, dia pergi ke arah pintu pemandu dan melihat ayahnya elok terbaring di dalam kereta. 

Tok! Tok! Elinda mengetuk cermin kereta untuk mengejutkan ayahnya bangun. Encik Mansur terganggu dengan bunyi ketukan tersebut lalu bangun melihat di sebalik cermin tingkapnya. 

“Oh Eli, kejap”. Encik Mansur membuka kunci kereta untuk membenarkan Elinda untuk masuk ke dalam kereta. Elinda meletakkan beg bajunya di tempat duduk belakang, setelah itu dia duduk di bahagian penumpang di hadapan. 

“Lama ayah tunggu Eli?”. Elinda melihat wajah ayahnya yang masih mamai. 'Begitu cepat ayah di mamah usia, uban ayah makin bertambah, muka ayah semakin cengkung".  Encik Mansur menghidupkan enjin kereta dan bergerak pulang ke rumah.

“Baru, je sampai. Kenapa tak call ayah kata dah sampai”. Encik Mansur berkata tanpa menoleh dari jalan. Elinda tahu ayahnya pasti sudah lama sampai apabila dia melihat begitu nyenyak sekali ayahnya tidur tadi, tapi dia tidak mahu membocorkan rahsia ayahnya itu. 

“Eli boleh cari ayah kat luar ni”. 

Elinda menghantar mesej pada rakan-rakannya dan Adam. Mereka menyuruhnya untuk menghantar mesej memberitahu dia sudah sampai. 

“Beli telefon baru?”. 

“Tak kawan punya, telefon Eli rosak. Telefon lama Eli ada lagi kan ayah kat rumah”. 

“Mana ayah tahu Eli letak mana. Nanti cari dalam almari”. Ayahnya tidak tahu tapi masih memberikan jawapan padanya. Kemudian masing-masing senyap melihat suasana pagi dalam perjalanan pulang ke rumah. 

**************************************************

“Eli, bangun sarapan”. Encik Mansur mengetuk pintu bilik Elinda untuk mengajaknya sarapan.

“Ya ayah dah bangun”. Penatnya masih terasa. Walaupun dia tidur di dalam bas namun dia sentiasa dalam mod berjaga-jaga dan akhirnya penat menguasai diri. Elinda membuka sebelah mata untuk melihat jam di telefon bimbitnya. 9.30 pagi. 'lama juga aku tidur'. Lepas sampai di rumah pagi tadi dia terus tidur selepas mandi tanpa melihat telefon bimbitnya. Dia mempunyai beberapa mesej yang tidak dibaca. Elinda membuka mesejnya satu persatu. 4 mesej tidak dibaca. 3 mesej dari 3 orang rakannya yang mengirim salam pada ayahnya. Manakala 1 mesej lagi daripada Adam. 

Adam: Okay. Selamat berehat.

Pukul berapa dia balas ni?. 4.50 pagi. Itu sewaktu dia baru sahaja sampai di rumah. Dia tidak menyangka Adam membalas mesejnya pada awal pagi ini. Elinda keluar dari bilik untuk sarapan. Dia melihat ayahnya sedang duduk di hadapan tv. 

“Ayah tak sarapan ke?”

“Ayah dah makan awal tadi, tunggu Eli kebulur la ayah nanti”

“Hehe. Sorry Ayah”

“Pergi makan, semua ada atas meja. Sebelum tu cuci muka tu dulu ada air liur basi”. 

“Ayah nak makan apa tengah hari? Biar Eli masak”.

“Tak payah Eli, biar ayah je masak”.

Selesai sarapan Elinda masuk ke bilik mencari telefon lamanya. 

'Ayah kata cari dalam almari, kat sini kut'. Elinda membuka segala almari yang ada di dalam biliknya. 

'Ha, jumpa pun. Tapi telefon ni 2G. Tak ada internet. Macam mana aku nak contact dengan supervisor aku nanti. Adui. Masak ni'. Matanya terlihat kotak album gambar yang turut berada sekali di dalam almari itu. Dia membawa keluar kotak itu ke atas katilnya. Dia membuka kotak itu, dan melihat album gambar yang berderet tersusun. Elinda menyelak album itu wajah orang yang amat dirinduinya terpapar disitu. Dia hampir terlupa bagaimana rupa wajah itu. 'Ibu. Panggilan yang terasa janggal apabila disebut. Dah berapa lama rasanya, aku dah tak terkira. '. Elinda menyelak album satu persatu. 'Ni gambar masa aku lahir, aku jalan, sambutan hari jadi aku 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10, yang ke 11 dan seterusnya? Hanya ada aku dan ayah'. Elinda menyimpan semula album ke dalam kotak dan dimasukkan ke dalam almari. Pada umurnya 10 tahun, ibu Elinda yang tiba-tiba sahaja pengsan di bilik air dikejarkan ke hospital. Doktor memberitahu terdapat gumpalan darah di kepalanya, dan harapan ibu Elinda untuk hidup sangat tipis. Encik Mansur mengambil Elinda di sekolah untuk melihat ibunya di saat-saat akhir. Elinda melihat tubuh ibunya yang terkujur kaku tanpa reaksi. Padahal pagi tadi ibunya masih elok bergelak ketawa dengannya. Dia memegang tangan ibunya yang terasa sejuk beku itu. Tidak sampai beberapa jam, ibunya pergi menghadap ilahi. Tanpa sebarang pesan, tanpa kata-kata terakhir. Encik Mansur dan Elinda redha dengan pemergian. Sejak dari itu, Encik Mansur lah ayah, dia lah ibu kepada Elinda. 

Ding! Mesej baru diterima. Elinda membuka mesej tersebut

Adam: Jangan lupa beli tiket bas. Adam memberi peringatan.

Elinda: Okay. Elinda membalas.

'Adam. Manusia yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya saat dia memerlukan. Pertolongan demi pertolongan diberikan sehingga sebuah persahabatan terjalin. Rakan-rakannya banyak kali memberitahunya bahawa Adam inginkan sesuatu yang lebih dari sebuah persahabatan. Sam juga berkata perkara yang sama. Bukannya dia tidak mengerti. Tapi dia memilih untuk berpura-pura tidak faham. Itu bukan prioriti utama hidupnya pada kala ini. Dia ingin membalas jasa ayahnya yang membesarkan dia seorang diri. Dia tahu bagaimana sukar ayahnya untuk menjaganya tanpa kehadiran seorang ibu. Oleh itu, bagi dia cukup untuk dia bergelar seorang sahabat kepada Adam Hariz, dia tidak mahu lebih daripada itu'. Tersentak Elinda daripada lamunan panjang apabila ayahnya memanggil dari luar bilik. 

“Kenapa ayah”. Elinda keluar menyahut seruan ayahnya itu. 

“Nah. Duit belanja”. Ayahnya meletakkan sejumlah wang di tangannya. 

“Eh apa ni ayah. Banyak sangat ni nak di buat duit belanja. Duit belanja Eli ada lagi”. Berat dia hendak mengambil duit yang diberikan oleh ayahnya. 

“Buat beli telefon baru”. 

“Tak payah ayah telefon lama ni boleh pakai lagi”. Telefon 2G itu di tayangkan pada ayahnya. 

“Tu duit dari Pak Usu. Kalau tak nak bagi ayah balik”. Encik Mansur menghulurkan tangan ingin mengambil semula wang yang telah diberikan kepada Elinda.

“Betul ni ayah dari pak usu?”. Jika benar daripada pak usunya tidak lah berat rasa hati igin mengunakkan duit tersebut. Pak usu Mikael adalah satu-satunya adik beradik ayahnya, yang kini sedang menetap di luar negara. 

“Betul. Nanti jangan lupa cakap terima kasih”.

“Okay. Beres ayah”. Elinda berlalu pergi ke bilik untuk bersiap-siap pergi ke kedai untuk membeli telefon baru, tapi sebelum itu dia menempah tiket bas secara dalam talian, takut tiket bas habis pula jika dibeli pada hari dia ingin kembali ke universiti. 


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol