Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,472
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

“Nah, nasi lemak kau”. Elinda memberikan nasi lemak dan botol air mineral yang dibelinya sebentar tadi pada Adam yang sedang duduk di bangku menatap komputer ribanya. Seperti biasa Adam pasti akan sampai terlebih dahulu daripada Elinda. Dia pun tidak pasti bilakah waktu dia sudah tercegat di laman pelajar itu menunggu dirinya. Nampaknya azamnya untuk datang awal daripada Adam tidak akan pernah tercapai.

Thanks, aku tak boleh stay ni, ada meeting kejap lagi”. Adam mengambil nasi lemak yang diberikan dan meletakkannya di atas meja. Dia mengemas segala barangnya di atas meja itu dan memasukkannya ke dalam beg galas.

“Okay, macam tak biasa pulak kau ni”. Elinda sudah duduk di bangku di laman pelajar itu. Tangannya lincah membuka bungkusan makanannya, sedia untuk dijamah.

Adam sudah ingin melangkah pergi namun langkahnya terhenti apabila melihat terdapat bungkusan makanan yang tidak terusik di atas meja.

“Tu siapa punya? ”. Adam bertanya pada Elinda dengan lirikan mata ke arah bungkusan makanan di atas meja.

“Oh ini sengaja aku beli lebih untuk Asyraf, junior aku, kejap lagi dia nak datang jumpa aku”. Elinda berkata sambil menyuapkan nasi lemak di mulutnya, dia melihat Adam duduk semula di kerusinya.

“Aikk kata ada meeting tadi? ”. Elinda pelik, tadi Adam sudah sedia untuk berlalu pergi, tapi kini dia boleh duduk pula di hadapannya.

“Aku silap waktu”. Adam melihat jam di tangannya.

“Okay”. Malas Elinda untuk berbahas panjang.

Dalam masa yang sama, Asyraf juga telah tiba di laman pelajar. Tidak sukar baginya untuk mencari Elinda kerana disitu tiada orang lain melainkan Elinda dan Adam.

“Kak Eli! Lama tunggu? ”. Asyraf sudah tiba di meja dimana Elinda dan Adam berada.

“Taklah baru sampai, duduklah”. Elinda mempelawa Asyraf untuk duduk di sebelahnya.

“Nah untuk Asyraf”. Elinda memberikan nasi lemak tadi kepada Asyraf.

“Terima kasih Kak Eli”. Asyraf membuka nasi lemak itu dan menyuapkannya ke dalam mulut.

Walaupun suasana sudah menjadi bingit kerana ramai pelajar berpusu-pusu ingin pergi ke kelas, namun keadaan itu tidak mampu untuk menghapuskan suasana janggal di antara mereka pada kala ini. Hebatnya deria manusia, mereka dapat merasakan bila suasana menjadi janggal. Elinda tidak mampu berada di dalam suasana janggal sebegini, tidak tertelan makanan dibuatnya.

“Asyraf ini Am, kawan Kak Eli”. Elinda memulakan kata untuk menghilangkan suasana yang janggal ini.

“Am kenalkan ni Asyraf, junior aku ”. Elinda memperkenalkan Asyraf pada Adam.

“Hai Am”. Asyraf menegur Am setelah Elinda memperkenalkan Adam padanya.

“Abang Adam”. Adam berkata sambil membuka bungkusan nasi lemaknya.

Tertelan air liur Asyraf melihat renungan Am yang sejuk beku itu. 'Apa masalah dia ni'. 
Elinda sedikit terkejut atas jawapan Adam terhadap Asyraf. 'Perlu ke Am tekankan perkataan abang tu'.

“Asyraf tak ada kelas ke pagi ni? ”. Elinda bertanya sekadar untuk meleraikan ketegangan yang sudah mulai terasa.

“Ada kejap lagi Kak Eli, kelas Prof Suhaila tu lah, lepas saya ambik nota pada Kak Eli, saya nak pergi kedai photostat untuk buat copy, untuk kawan-kawan saya”. 

“Aku rasa better kau pergi cepat, nanti tak sempat pulak”. Adam memberikan amaran. Terhenti gerakan tangan Asyraf untuk meneruskan menyuap nasi lemak itu.

“Eh tak apa sempat lagi ni, Asyraf habiskan dulu nasi lemak tu”. Elinda yakin bahawa Asyraf mempunyai masa untuk sekurang-kurangnya menghabiskan sarapannya.

Asyraf sudah serba salah dia tidak tahu hendak beredar dari situ atau pun kekal duduk di situ. 'Ha..telan jelah Asyraf, telan'. Asyraf menyuapkan nasi lemak itu  ke mulutnya walaupun selera makannya sudah terbantut kerana layanan Adam. Asyraf berbuat keputusan untuk makan dengan pantas kerana sikit masa lagi dia tidak tahu sama ada dia mampu untuk berada di dalam renungan mata yang menerkam itu.

“Uhukk.. Uhukk”. Akibat makan dengan pantas, nasi lemak juga sudah tersalah masuk ke saluran pernafasan, perit tekak Asyraf rasakan pada kala ini.

“Nah minum ni Asyraf ”. Elinda memberikan botol airnya pada Asyraf. Sejak sarapan bersama Adam ini, dia juga sudah mengamalkan gaya hidup sihat dengan meninggalkan air manis pada waktu pagi. Tapi sebenarnya dia malas untuk menunggu lama untuk air dibuat, disebabkan jadualnya yang agak padat.

“Terima kasih”. Berair mata Asyraf menahan perit, tidak berfikir panjang dia mengambil botol air itu dan meneguknya sehingga tinggal separuh. Namun tindakannya salah lagi, keadaan sekeliling terasa sudah turun beberapa darjah celcius walaupun awal pagi agak sejuk tapi mata sejuk beku itu, bagaikan sudah bertukar menjadi ais tajam menikam-nikam anggota badannya pada kala itu.

“Saya rasa baik saya pergi dulu”. Kerana rasa hormatnya pada Elinda eloklah dia beransur pergi, siapa sahaja yang tidak faham akan maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang yang berada di hadapannya itu. Walaupun Adam tidak memandangnya pada kala itu, Asyraf dapat merasakan aura dingin yang keluar dari tubuh itu.

“Ni nota electrochemistry, dalam ni ada latihan”. Sebelum Asyraf berlalu pergi, Elinda teringat tujuan Asyraf berjumpa dengannya. Dia mengeluarkan segala nota dan memberikan pendrive yang mengandungi latihan berkaitan electrochemistry. Asyraf segera berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih pada Elinda.

Elinda menyambung menghabiskan makanannya. Perhatiannya tertumpu  semula pada Adam yang berada di depannya itu. Pelik dia dengan perangai Adam pagi ini.

“Meeting kau pukul berapa? ”. Elinda bertanya sekadar berbasa basi.

“Sekarang”. Adam mengutip bekas makanan kosong miliknya dan Elinda, lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

“Pergilah cepat nanti lambat pulak”.

“Lain kali makan jangan bercakap”.

'Ha? Dah kenapa pulak dengan Am ni?'. Selama ini elok sahaja mereka berborak sambil makan, tapi kali ini di larang pula.  Kemudian Elinda teringat akan Asyraf yang tersedak tadi, mungkin Am ingin dia berhati-hati agar tidak menimpa nasib yang sama seperti Asyraf.

Adam tidak menghiraukan persoalan yang timbul di minda Elinda. Dia menghulurkan botol airnya pada Elinda.

“Ambik ni”. Perlahan suara Adam berkata.

“Aku dah ada air”. Tapi baru Elinda perasan airnya tadi telah diberikan pada Asyraf. Adam tidak peduli dengan kata-kata Elinda itu, tangannya masih menghulurkan botol air tersebut sehinggalah Elinda mengambilnya.

“Thanks”. Elinda melihat Adam mengalas begnya dan berlalu pergi. Dia juga bergerak menuju ke makmal, ada projek yang harus disiapkan.

*****************

“Wei! ”. Sarah menyergah Elinda yang sedang fokus menuang cecair dari silinder penyukat ke kelalang kon.

“Astaghfirullah, Sarah! Boleh tak jangan sergah aku macam tu? Tengok tumpah dah air suling ni, aku kena kira balik”. Mendengus Elinda kerana air sulingnya  tertumpah ke lantai. Dua kerja dia perlu lakukan, lap lantai dan menyukat air suling itu semula.

“Hehe, sorry. Aku tak sengaja”.

“Shush, pergi kacau Syu, buat semak je sini”. Elinda menghalau Sarah untuk pergi ke Syuhada yang sedang menjalankan projeknya di belakang meja makmal Elinda.

“Aipp.. Aku dengar tu”. Syuhada yang sedang fokus menimbang bahan kimia itu mendengar namanya disebut.

“Ala, tumpang la, makmal sana panas sangat, lagipun aku punya sample tengah tapis, 2 jam pulak tu. Boring aku nak tunggu”. Makmal yang dikhaskan untuk pelajar membuat projek tahun akhir dibahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk pelajar organik yang memerlukan penghawa dingin. Manakala bahagian yang lain untuk pelajar dengan projek inorganik dan polimer yang memerlukan kipas angin.

“Kau jangan kacau aku”. Elinda memberikan amaran pada Sarah. Dia sedang menyukat air suling untuk di tuang ke dalam kelalang kon buat kali kedua.

Pap! Lampu terpadam. Ruang bilik makmal itu serta merta menjadi gelap gelita. Sinaran matahari daripada celah-celah langsir makmal itu sekadar cukup untuk mereka tidak terlanggar meja dan kerusi, namun tidak memungkinkan mereka untuk melakukan eksperimen yang memerlukan cahaya untuk melihat.

“Apa ni!”. Rungutan Elinda terdengar di segenap pelusuk makmal itu, terdengar juga rungutan daripada rakan-rakan sekelasnya yang juga berada di dalam makmal ketika itu.

Blackout lah, ramai sangat orang guna barang elektrik dalam makmal ni”. Kemudian Sarah dan Elinda terdiam tidak mengatakan apa-apa, mereka menunggu sekiranya elektrik akan kembali semula sebentar lagi.

“Aku punya tapisan! ”. Sarah baru teringat projeknya yang mengunakkan pemanas elektrik untuk memastikan tapisan berjaya. Dia bergegas pergi ke makmal sebelah. Elinda menghentikan segala tindak tanduknya, tiada guna jika dia meneruskannya, makmal itu sudah gelap gelita hanya bertemankan flashlight dari telefon bimbit masing-masing.

“Fuh nasib baik boleh di selamatkan projek aku tu, Niya dah menyumpah-yumpah kat makmal sebelah, ada ke patut dia boleh tertuang sample dia kat dalam sink sebab terkejut punya pasal”. Sarah kembali semula ke makmal tersebut dengan update sample-nya sempat diselamatkan, namun malang bagi Taniya.

“Macam mana? suis utama boleh on tak? kut lah tertendang ke?”.Tanya Elinda.

“Susie try tadi, tak boleh on, kena panggil technician ni, tapi sebelum tu kena beritahu Kak Anna dia jaga makmal ni”. Balas Sarah.

“Siapa beritahu Kak Anna? Bila agaknya technician nak datang, macam mana nak buat kerja dalam gelap”.

“Kejap aku inform Kak Anna”. Dalam sibuk Elinda dan Sarah berbincang untuk memberitahu Kak Anna untuk memanggil technician, Syuhada mencelah.

“Aku dah beritahu Sam, dia kata technician on the way”. Syuhada mengunakkan nama manja Hisham ketika memberitahu maklumat itu kepada Sarah dan Elinda.

“Amboi Syu, pantas, direct terus aduan ke presiden MPP”. Sarah tersengih-sengih pada Syuhada.

“Kita kena gunakan connection yang ada”. Lain benar Syuhada yang kini, daripada dirinya yang asyik bertikam lidah dengan Hisham tempoh hari.

“Banyaklah, kau sebenarnya nak ambik kesempatan kan sebab kau tu peminat G4. Nak pulak dia layan kau”.

“Tapi masih kena bagi tahu Kak Anna, kejap aku mesej dia”. Telefon bimbit Elinda bercahaya di ruang bilik makmal itu, hanya kedengaran bunyi key pad Elinda ketika dia menaip mesej pada Kak Anna.

“Tapi sejak bila kau rapat dengan Sam tu? ”. Sel gosip Sarah sudah memulakan kerja, dia pergi ke tempat Syuhada berada meninggalkan Elinda yang masih menaip di telefon bimbitnya.

“Aku selalu je contact dia, kan nak buat debat, kita orang contact untuk fikir idea nak buat apa lagi selain debat”. Jawab Syuhada senada tanpa perasaan.

“Kita orang?. Dua orang je? Punyalah banyak AJK kelab boleh bagi idea”. Penuh syak wasangka dari kata-kata yang dilemparkan oleh Sarah itu.

“Semua ni kan bermula sebab aku dan dia, shush lah kau, jangan kacau daun”. Hari ini sahaja Sarah sudah dua kali dihalau oleh rakan-rakannya.

“Kak Anna kata kejap lagi dia datang sini”. Elinda menerima balasan mesej daripada Kak Anna. Sarah pelik melihat Elinda ini, tidak ada langsung ke bibit-bibit gosip dalam dirinya. Padahal Hisham itu ada kaitan dengan Adam.

Pada hari itu, kerja mereka tergendala hampir 1 jam. Dalam masa 1 jam mereka tidak melakukan eksperimen itu, Sarah  melemparkan soalan bertubi-tubi kepada Syuhada mengenai Hisham. Syuhada redha sahaja menjawab soalan Sarah, kerana jika dia berada di tempat Sarah, dia juga akan melakukan hal yang sama.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol