Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,502
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Elinda dan kawan-kawannya sedang berjalan kaki dari kafe ke makmal selepas selesai meleraikan peperangan lidah antara Syuhada dan Hisham, mereka mencapai kata putus dengan Syuhada mendaftar menjadi ahli kelab rekreasi untuk menyambung kembali perdebatan di arena yang sesuai.

"Fuh lega aku dah selesai, kalau lama sikit tadi aku dah luku kepala si Hisham tu". Sarah melakukan aksi seperti ingin meluku orang.

"Dah kenapa kau nak luku anak orang". Taniya memandang pelik dengan aksi yang dilakukan oleh Sarah itu.

"Yelah ada ke patut dia kacau kawan baik aku ni, memang dapat la". Sarah memeluk lengan Syuhada.

"Yelah tu, aku tengok elok je kau borak dengan Faizal dan Rahman tu, tak hairan langsung orang lain". Taniya mencebik ke arah Sarah yang kononnya ingin membantu Syuhada sebentar tadi.

"Kau jangan risau Syu kalau jadi lagi lepas ni, aku memang luku kepala si Hisham tu, walaupun potential boyfriend aku akan lari, aku sanggup berkorban demi kau". Sarah langsung tidak mengendahkan kata-kata Taniya. Syuhada hanya diam tidak berkutik menatap skrin telefonnya. 

"Tadi kelas kau macam mana, best tak? ". Elinda ingin tahu mengenai kelas elektif Taniya, manakala Sarah dan Syuhada mempunyai kelas elektif pada waktu petang nanti.

"Mestilah best, Prof Park so dreamy". Taniya berkata siap dengan matanya terpejam rapat.

"Arghhh". Syuhada menjerit secara tiba-tiba, matanya tidak lepas dari skrin telefon.

"Kau iye pun stress Syu jangan tengah jalan nk menjerit pulak, malu orang tengok". Sarah melihat sekelilingnya, ramai orang sudah menoleh ke arah mereka kerana jeritan Syuhada itu.

"Aku dah agak, ni dia orang, kenapa aku tak teringat tadi, dah lah aku bergaduh mulut dengan si Hisham tu". Syuhada mengetuk kepalanya sendiri

"Kau dah kenapa ni? ". Pelik pula mereka dengan perangai Syuhada yang bukan-bukan itu.

"Kau tahu tak Hisham and the gang tu siapa! ".

"Tahu, budak bisnes". Senafas Taniya membalas.

"Bukan tu je, dia orang terkenal dekat fakulti business. Tak dia orang terkenal dekat universiti ni". Syuhada mendepakan kedua-dua belah tangan dengan gaya sungguh dramatiknya.

"Kalau terkenal kenapa kau tak kenal tadi? ". Sarah menurunkan tangan Syuhada yang masih terdepa ini. Malu sungguh dia apabila orang lalu lalang sekali lagi menoleh pada mereka.

"Aku tak pasti, tu betul ke dia orang, universiti ni besar kut, siapa sangka yang kat depan mata tu G4". Lemah longlai badan Syu memikirkannya.

"Hah..G4? Apa menatang tu? Boleh makan ke? ". Sarah membuat muka peliknya. Tidak pernah dia dengar nama tersebut.

"Kau ni ingat makan je. Tu unofficial name yang orang gelarkan dia orang. G4. Genius 4! ".

"Apa kes letak nama G4. Kalau akulah kan tak rela orang panggil aku genius. Macam overclaim pulak". Seriau Taniya memikirkan kalau ada orang memanggilnya dengan gelaran itu.

"Dia orang memang layak dengan gelaran tu, semua ahli G4 tu dah semester 6 tapi semua tu sebaya atau lebih muda dari kita, result exam semua cgpa atas 3.90, sebab itu ahli G4 ni diberi kepercayaan untuk sandang jawatan penting kat universiti ini. Dia orang nak graduate ni, semua dah dapat offer dari syarikat besar tapi dia orang tolak".

"Kenapa? Bagus apa habis belajar terus dapat kerja".

"Ada khabar angin kata dia orang buka syarikat sendiri".

"Betul ke? ".

"Sebab tu aku kata khabar angin, tak ada bukti".

"Mana kau tahu semua benda ni? Aku rasa macam aku duduk dalam gua". Alam semesta yang terbentang luas namun mereka terkurung di dalam gua nampaknya.

"Semua ada kat dalam forum universiti kau taip je G4 semua keluar, Eli, macam mana kau boleh kenal dengan Hisham, ahli G4 tu? ". Syuhada menoleh ke belakang. Elinda yang mengikut langkah mereka dari belakang tadi. Diam tidak berbunyi.

"Sam tu kawan Am, aku kenal Sam dari Am la". Elinda sendiri tidak mengetahui bahawa kawan Adam itu begitu terkenal sekali.

Syuhada membuka forum universiti dan menaip G4. Terpapar di skrin telefonnya wajah-wajah ahli G4. Elinda terasa haus kerana mereka sedang berjalan di bawah matahari terik. Dia membuka botol air yang dibelinya pagi tadi dan menghilangkan haus tekaknya.

"Nah cuba kau orang tengok ni". 3 kepala datang mendekati skrin telefon Syu. Tiba-tiba Elinda tersedak.

"Kau kenapa Eli, tengok gambar je dah tersedak, belum jumpa lagi".

"Boleh aku tahu siapa ni? ". Selesai melegakan kerongkongnya Elinda tunjuk pada salah seorang daripada G4 yang terpapar di layar skrin.

"Ohh dia tak ada tadi kan, dia inilah Adam Hariz". Elinda tersedak sekali lagi.

"Kau kenapa Eli okay tak? ". Sarah mengusap belakang badan Elinda untuk melegakan dari tersedak tadi.

"Aku okay, teruskan, teruskan".

"Dia ni yang paling famous sekali antara 4 orang ni, kalau ada apa-apa event, pensyarah akan cari dia dulu, setiap event kalau dia ketuanya mesti 100% guarantee success ". Syuhada berkata dengan bangganya seperti yang diceritakan itu adalah dirinya.

"Tapi dia ni perangai pelik sikit". Syuhada berkata dengan suara berbisik.

"Pelik macam mana?". Perasaan ingin tahu Elinda membuak-buak pada kala ini.

"Dia perfectionist, kau jangan salah sikit teruk kau kena marah. Dia paling tak suka orang tak menepati masa. Tu kepantangan dia yang paling besar. Sebab itu dia dapat gelaran Mr. Perfect". Buntang biji mata Syuhada bercerita pada mereka.

Elinda terkejut mendengar maklumat terbaru mengenai Adam. Hari ini sudahlah dia datang lambat, nampaknya selepas ini dia perlu lebih berhati-hati.

"Untuk pengetahuan kau orang G4 ni semua single, kecuali Adam hariz tu. Status tak pasti. Sebab dia ni misteri sikit, orang tak tahu banyak pasal kehidupan dia. Tapi itulah buat ramai orang beratur nak jadi dia punya girlfriend tapi dia tak layan".

"Aku rasa kau ada salah info ni".

"Tang mana aku salah pulak? ". Penat Syuhada mengumpul segala maklumat dikatakan salah pula.

"Tang Adam hariz tu. Dia ni manusia normal je, aku tak rasa dia ni pelik macam yang kau kata tu".

"Mana kau tahu? Aku dapat info ni semua dari sumber yang boleh di percayai tau"

"Aku tahulah, aku hari-hari jumpa dia ni. Elok je perangai. Tak macam kau cakap tu"

"Siapa? ". Syuhada sudah mulai pening dengan perbualan mereka.

"Adam Hariz tu".

"Kau jangan merepek boleh tak, bila masa kau jumpa dia ni. Kau hari-hari pergi dating dengan Am adalah".

"Am tu Adam Hariz la. Berapa kali aku nak kata, aku bukan dating, dia kawan aku, atas sifat kemanusiaan aku yang tinggi ni, aku pun tolonglah dia". Naik berbuih mulut Elinda menerangkan.

"Ha! ". Mereka bertiga pula terkejut mendengar kata-kata Elinda.

"Kenapa kau tak bagi tahu". Tanya Syuhada.

"Kau tak tanya".

"Jadi Am yang tolong kau tu Adam Hariz? ". Tanya Sarah pula.

"Ya".

"Kau pasti ke ni Eli". Taniya meminta kepastian.

"100%".

Bertalu-talu mereka bertiga bertanya soalan pada Elinda, jenuh dia hendak menjawab. 'Patutlah mereka tidak tahu Am itu adalah Adam hariz kerana mereka hanya tahu mengenai Am dari mulut aku'. Desis hati Elinda.

"Kau orang senyap 1 minit, aku nak explain". Mereka bertiga serta merta senyap dan memandang Elinda dengan sinar mata yang memancarkan 'sila explain cepat' kepada mereka.

"Aku pun baru tahu nama dia Adam Hariz, tapi sumpah aku tak tahu Am tu Adam Hariz yang kau cakap tu, sampai aku tengok gambar kat forum yang kau tunjuk tu, baru aku pasti tu Am". Elinda menerangkan satu persatu.

Mereka kini sudah sampai di hadapan makmal. Elinda menyambung kata lagi.

"Niya aku rasa tu supervisor kau tu kan, kat depan pintu makmal". Elinda melihat penyelia projek Taniya sedang duduk di hadapan makmal khas untuk pelajar tahun akhir menyiapkan projek mereka.

"Kau jangan nak tukar topik". Taniya berkata namun dia menoleh juga  ke arah pintu makmal. Benar seperti yang dikatakan oleh Elinda penyelianya berada disitu, bergegas dia bergerak berjumpa dengan penyelianya.

"Sarah dan Syu kau orang ada kelas kan pukul 2, sekarang dah pukul 1.55". Syuhada melihat jam di telefonnya, baru dia sedar kelasnya akan bermula sebentar, apalagi tergopoh gapah dia dan Sarah berjalan menuju ke kelas mereka.

"Kau tunggu malam ni kita settle, aku rasa macam ada lagi benda kau tak cerita". Syuhada sempat berkata kepada Elinda sebelum berlalu pergi.

Elinda hanya mengelengkan kepalanya, apalagi yang harus diceritakan, memang sampai disitu sahaja yang dia tahu. Elinda melangkah masuk ke dalam makmal untuk memulakan eksperimen projeknya. 
Ding!. Telefon bimbit Elinda berbunyi menandakan terdapat mesej baru masuk.

Adam: Welcome to the club. 
Elinda: Ni mesti Sam yang cerita kat kau. 
Adam: Have fun. 
Elinda: Syu dan Sam bergabung aku rasa boleh terjadi gempa nanti. 
Adam: Jangan risau aku ada. 
Elinda:? 
Adam: Aku pun member kelab rekreasi jugak. 
Elinda: Oh yup G4.

Lama Adam menyepi tidak membalas mesej terbaharu daripada Elinda itu, tepat jam menunjukkan 5 petang, mesej dari Adam pun masuk.

Adam: itu just title aku masih Am.

'Title?. Ada orang langsung tidak peduli dengan title mereka ada, manakala ada orang lain yang terlampau ingin menjaga gelaran itu sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja. Sekurang-kurangnya Am bukan orang yang sebegitu'.

Elinda ingin bertanya kenapa Adam tidak berada bersama kawan-kawannya tadi, tapi dilupakan hasrat tersebut kerana teringat perbualannya tadi dengan Hisham. Pada ketika itu, mereka baru sahaja selesai memberikan maklumat penting dan saling bertukar nombor telefon untuk di daftarkan ke dalam kelab rekreasi.

"Nanti ada meeting kelab, aku mesej kau Eli".

"Okay, thanks Sam".

"Kau tak pelik kenapa Hariz tak ada? ". Hisham memulakan kata.

Elinda mengangkat bahu. 
"Aku tak pelik, lagipun mesti dia busy kan".

"Dia jumpa orang atas". Hisham menunding jari ke langit.

"Orang kayangan? ". Elinda berkata dengan muka polos.

"Pfttt.. Orang atas, orang pangkat tinggi kat universiti ni". Hisham menahan gelaknya.

"Ohhh, hahaha ". Elinda tergelak dengan kebodohannya. Mereka ketawa bersama-sama.

"Dia busy sangat kadang-kadang aku tak pasti dia sempat makan ke tak". Hisham membuat muka simpatinya pada Elinda.

"Haah dia ada cerita, dia akan sibuk dalam sebulan ni, tu aku belikan dia breakfast, kau jangan risaulah at least breakfast dia confirm makan".

"Dia ada cerita kat kau". Ini maklumat yang luar biasa untuk Hisham. 'Hariz, hariz. Siapa Eli pada kau?'. Desis hati Hisham.

"Haahlah, kenapa? Private ke? Aku tak patut tahu? ".  Elinda risau juga jika dia mengetahui perkara yang tidak patut.

"Eh tak adalah, event biasa je, tapi dia bukan jenis bercerita dengan orang kecuali orang rapat dengan dia". Lega hati Elinda mendengar.

"Entah, maybe dia memang anggap aku ni kawan dia". Itu sahaja spekulasi yang boleh difikirkannya.

"Mungkin iyaa, mungkin tidak". Hisham bermain kata.

"Maksud kau? ". Elinda tidak faham.

"Biarlah waktu menentukan segalanya". Hisham berkata sambil berlalu pergi, meninggalkan Elinda yang terpinga-pinga.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol