Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,429
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

'Aku tahu sedikit sebanyak hal ini pasti akan terkesan pada diri Eli. Aku kenal dia. Dia tak seperti yang orang katakan. Sebab itu lebih baik kalau aku tidak beritahu dia pasal ini. Biar aku sendiri yang selesaikan si mulut-mulut lancang ini sendiri'.

Syuhada menaip dengan pantas di komputer ribanya. Sesekali mulutnya mengomel tak sudah, membaca komen-komen yang dilemparkan di ruangan komen forum itu. Azam dia pada hari ini, adalah untuk mencantas segala komen-komen yang menular di ruangan forum itu.

'Sepatutnya kena bagi syarat untuk letak nama sebenar kat dalam forum ni, senang sikit aku nak jumpa dengan orang-orang yang mulut cabul ni'. Sekali lagi Syuhada mengomel panjang.

'Sepatutnya Khamis malam Jumaat ni, banyakkan ibadah, ni tak, gosip tak sudah. Tak ada kerja lain ke dia orang ni'. Syuhada membetulkan letak bantal di kepalanya yang sudah hampir ingin mengelungsur itu. Hampir naik kebas tangannya membalas komen-komen di forum itu, dirinya yang sedang berbaring di atas katil itu jugak sudah hampir hendak kejang kerana hampir 1 jam lebih sejak dia menerima notifikasi mengenai G4 di forum melalui telefon bimbitnya.

[meowmewo] TERGEMPAR! #G4 #ADAMHARIZ #STALKER #FANATIK #DIEHARDFAN

Panas hati Syuhada apabila dia sekali lagi membaca kapsyen di bawah gambar yang di hantar oleh seseorang yang bernama meowmewo itu. Gambar itu adalah gambar Adam dan Elinda sedang sarapan di laman pelajar. Elinda di label sebagai stalker Adam Hariz. Paling Syuhada sakit hati sekali apabila wajah Elinda sengaja dikaburkan dan gambar itu ditangkap sewaktu Elinda sedang memberikan makanan pada Adam jadi ia akan nampak seperti Elinda yang menganggu Adam di situ. Pada ketika ini sudah hampir 2 ribu komen di bawah gambar itu. Semua mengecam tiada seorang pun yang mempertahankan Elinda.

[missmatahari] Siapa stalker ni? Protect Adam Hariz at all cost!.

[brosegak] Macam familiar?.

[scarydok] Wei takutnyaaa. Stalk terang terangan ni.

[quekquick] Ini budak chemist ni, nampak muka baik, tak sangka pulak.

[derianten] Yeke? Siapa? kongsi info.

[quekquick] Dia dapat anugerah pelajar cemerlang tahun lepas, boleh tengok kat website universiti. www.universiti.com.my

[kepoci] Aku pun ada nampak, dah 2 minggu dia pergi kacau Adam Hariz. Setiap pagi memang nampak muka dia je. Beberapa kali ada juga Adam blah dari situ. Tapi Adam memang baik hati dia layankan jugak stalker tu.

Syuhada masuk ke ruangan komen.

[syudahlaa] Dia orang kawan la. Jangan memfitnah kalau tak tahu cerita.

[kerekkk] Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

[syudahlaa] Aku roomate dia, aku tahulah.

[meowmewo] kalau roomate lagi tak boleh percaya.

Pertama kali meowmewo komen sejak dia post gambar tersebut.

[kerekkk] BETUL!

[kepoci] BETUL!

[scarydok] BETUL!

Istighfar panjang Syuhada berhadapan dengan keyboard-keyboard warrior ini.

[syudahlaa] [meowmewo] TOLONG PADAM POST NI!!

Syuhada rasa dia sudah cukup baik meminta tolong dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat.

[meowmewo] [syudahlaa] Orang lain berhak untuk tahu. #FreedomOfSpeech

[kerekkk] BETUL!

[kepoci] BETUL!

[scarydok] BETUL!

Orang lain komen menyokong bagaikan kaset rosak.

[docnotstranger] Bawak roomate kau tu jumpa doktor, jangan kacau hidup orang lain.

"Arghhh!!! ". Terlepas juga jeritan daripada mulut Syuhada. Dia tidak tahan lagi menahan rasa. Mereka yang berada di dalam bilik itu juga terkejut dengan jeritan yang tiba-tiba itu. Syuhada turun dari katil dan duduk di ruang tengah bilik sambil memangku komputer ribanya.

"Kau orang mari sini, ada benda nak bincang". Taniya dan Sarah yang berada di dalam bilik ketika itu serta merta duduk mengelilingi Syuhada. Mereka ingin tahu apa yang Syuhada ingin sampaikan. Dari gaya percakapan seperti hal yang serius.

“Eli pergi mana? Aku tak perasan tadi”. Syuhada ingin memastikan Elinda tidak akan berada di bilik dalam masa terdekat.

“Dia pergi mandilah, tulah menghadap laptop je, tak sedar apa benda dah kau ni”. Bebelan Sarah itu langsung tidak menusuk di hati Syuhada, sekarang ada benda yang lagi penting harus di selesaikan.

“Bagus, maknanya dia lambat lagi masuk bilik, cuba kau orang tengok ni” Forum universiti yang terpapar di skrin komputer riba Syuhada di halakan kepada Sarah dan Taniya. Mereka membaca segala yang terpapar di skrin itu.

“Kita kena lawan balik, aku tak kira”. Panas membara Sarah rasakan ketika ini.

“Eli patut tahu benda ni”. Perasaan Taniya sama seperti yang Sarah rasakan. Tapi Syuhada seperti berat ingin menceritakan kepada Elinda.

“Aku tak nak dia sedih, aku tak tahu budak uni semua perangai macam ni”.

“Jangan sampai dia dengar dari mulut orang lain, lagi sedih dia nanti”.

"Kalau macam tu, minta tolong Sam untuk padam post ni, dia kan MPP". Sarah memberi cadangan.

"Dia tak boleh buat apa-apa, ini laman sesawang tidak rasmi universiti, budak komputer sains yang bina laman sesawang ini, untuk gosip pasal pensyarah atau untuk kongsi maklumat terkini. Pihak universiti tak tahu pun laman sesawang ini wujud". Panjang lebar Syuhada menerangkan.

"Habis takkan tak ada cari nak counter attack?. Ini dah kira siber buli".

Berderu-deru komen baru masuk ke ruangan komen sekejap sahaja ruang komen mencecah 3 ribu lebih.

[serimuka] Hati-hati dengan stalker, Adam layan stalker tu pun takut stalker bertindak ganas.

[damarhak] Bahaya!. bahaya!.

[teriaki] Stalker ni ada kat mana sekarang?. Report!.

[syudahlaa] Mulut jangan lancang sangat, cek fakta sahih ke tidak sebelum menunding jari. 

Komen ini ditulis oleh Sarah mengunakkan id Syuhada. Mereka bertiga bertepuk tampar antara satu sama lain. Riang hati mereka dapat membantu Elinda.

“Ada apa ni? ”. Suara Elinda menegur mereka bertiga yang sedang asyik menghadap komputer riba.

Pap! Serta merta Syuhada menutup skrin komputer ribanya dan mereka bertiga berkeliaran di seluruh bilik bagaikan tidak mendengar pertanyaan Elinda itu. Syuhada memandang Sarah.

'Kau kata Eli mandi tadi!'. Syuhada menyampaikan bahasa isyarat mata pada Sarah.

'Aku kata dia mandi tapi dia dah pergi 15 minit'. Sarah membalas juga dengan bahasa isyarat. Seperti faham apa yang ingin di sampaikan. Mungkin benar kata Elinda bahawa mereka belajar telepati. Syuhada menepuk dahi, silap dia juga tidak tanya sudah berapa lama Elinda pergi mandi.

Elinda malas ingin melayan Syuhada dan Sarah yang sudah seperti pantomime itu. Dia meletakkan baldi berisi baju kotornya di penjuru bilik. Lalu membuka pintu almarinya, dia membelek-belek wajahnya di cermin.

“Niya kau tengok ni, ada apa-apa tak kat muka aku, aku tengok kat cermin macam tak ada apa”. Selesai Elinda berkata, laju gerak kaki Taniya menghala ke Elinda. Dia ingin menukar topik agar Elinda tidak mengulang pertanyaannya awal tadi.

“Kenapa? Aku tengok okay je”. Habis muka Elinda di belek-beleknya.

“Tak tadi masa aku kat bilik air, ramai duk tengok-tengok aku, tu aku pelik ada benda ke kat muka aku ni”. Terhenti gerakan tangan Taniya di wajah Elinda. Dia segera berpaling ke arah Syuhada. Elinda berasa tidak kena dengan reaksi Taniya itu. Matanya juga menghala ke arah Syuhada. Tapi matanya tertumpu pada komputer riba yang dipegang erat oleh Syuhada.

“Bagi aku laptop kau tu”. Dingin suara Elinda katakan pada Syuhada. Dia tahu pasti ada sesuatu yang hanya dia sahaja tidak ketahui.

“Aku nak pakai”. Kata Syuhada lemparkan tanpa memandang kearah Elinda. Dia rasa bersalah kerana tertangkap begini oleh Elinda, kalau boleh dia tidak mahu Elinda tahu mengenai perkara ini.

“Aku tahu mesti ada sesuatu pasal aku kat forum kan”. Tepat sangkaan Elinda apabila melihat riak wajah kawan-kawannya yang telah berubah. Elinda tidaklah seblur seperti yang mereka sangkakan.

“Mana ada, semua okay”. Tapi wajah Syuhada mengatakan sebaliknya.

“Bagi aku tengok, aku boleh bukak forum tu kalau aku nak, tapi aku nak kau sendiri tunjuk kat aku”. Elinda sudah ingin bergerak ke komputer ribanya.

“Aku tak nak kau sakit hati, kau jangan risau kita orang dah serang balik ”. Syuhada akur lalu memberikan komputer ribanya pada Elinda.

Elinda duduk di meja belajarnya, lalu membuka skrin komputer ribanya itu dan membaca segala yang terpapar di skrin. Mereka bertiga yang berada di bilik itu, senyap melihat Elinda membaca forum tersebut, mereka tidak dapat menjangka apakah reaksi Elinda selepas ini.

[kuriouskat] Entah-entah anugerah pelajar cemerlang tu pun sebenarnya pihak universiti bagi sebab kesian pada dia.

[kepoci] Kan. Sama macam yang aku fikir.

[serimuka] Aku pun fishy sebab sepatutnya ada candidate lain yang dapat tapi at last dapat pada dia.

Pap! Bunyi komputer riba di tutup berkumandang di segenap bilik yang sepi itu. Elinda menarik nafas panjang, tangannya mengeletar menahan perasan yang dia sendiri tidak tahu wujud di dalam dirinya.
'Mereka tidak tahu kerja keras aku untuk dapatkan anugerah tu, mereka hanya pandai memfitnah' . Mindanya serabut. Perlahan dia berkata tanpa menoleh ke arah kawan-kawannya.

“Aku nak kau orang ignore je, jangan balas, jangan buat apa-apa langsung”.

“Tapi Eli, dia orang, burukkan nama kau”.

“Tolonglah dengar permintaan aku yang satu ini. Dia orang tak nak tahu kebenaran pun, tak guna kau berteriak macam mana sekali pun, tapi mereka tetap tuli”. Mereka bertiga senyap selepas mendengar kata-kata Elinda itu. Suasana bilik itu menjadi   suram. Bagaikan awan mendung menyelubungi bilik mereka. Mereka bertiga hormat akan keputusan Elinda untuk tidak mengambil tindakan lagi di forum. Syuhada mengambil komputer ribanya dan berbaring di atas katilnya. Mereka yang lain membuat hal sendiri, walaupun sebenarnya di minda mereka serabut memikirkan hal yang terjadi. Elinda menyibukkan dirinya dengan menyiapkan assignments yang mengunung.

***********************************

Hisham sedang asyik melihat gosip-gosip yang terpapar di dada laman web tidak rasmi, apabila matanya terlihat post mengenai Adam hariz disitu. Tetapi gambar yang diletakkan itu, mengaburkan wajah wanita yang berada disamping Adam. Dia seperti kenal identiti wanita itu daripada figura badannya sahaja.

"Hariz ada gosip pasal kaulah, kat forum". Hisham membuat keputusan untuk memberitahu Adam hariz.

"Macam biasa, ignore je". Adam yang sedang sibuk menaip, langsung tidak peduli gosip mengenai dirinya.

"Aku rasa kau patut tengok, ini macam Eli". Hisham berkata dengan nada serius. Adam bangun dari meja belajarnya untuk melihat skrin komputer riba Hisham.

"Kau contact pelajar yang buat forum ni". Mata Adam tidak lepas daripada membaca komen-komen satu persatu.

"Mana boleh, dia dah bertahun grad, mana aku nak cari pulak. Tapi kau nak suruh buat apa?". Hisham ingin tahu.

"Aku nak suruh dia tutup forum ni". Dingin suara Adam berkata.

"Kalau tutup pun Hariz, khabar angin pasal Eli takkan selesai. Dia orang akan ingat khabar angin itu betul". Faizal memberi nasihat.

'Betul jugak tu'. Desis hati Hisham.

"Kalau macam itu, kita ugutlah, kita kan ada reputasi, mereka akan ikut cakap kita punyalah". Idea yang diberikan Rahman agak brutal juga. Namun diterima oleh mereka semua.

Pada hari itu, buat pertama kalinya ahli-ahli G4 membuat akaun di forum.

**********************************

“Eli, Eli aku rasa kau kena tengok ni”. Terkocoh-kocoh Syuhada turun dari katilnya menuju ke Elinda, wajahnya tersenyum lebar.

“Kan aku kata jangan buat apa-apa”. Lemah nada suara Elinda mengingatkan Syuhada akan kata-katanya tadi.

“Bukan aku lah, tapi Adam Hariz, eh tak semua ahli G4”. Syuhada memberikan komputer ribanya pada Elinda untuk melihat di ruangan komen forum universiti itu. Sarah dan Taniya juga berminat untuk mengetahui perkara yang sedang terjadi sekarang ini. Mereka semua berkerumun di hadapan komputer riba Syuhada.

[AdamHariz] Dia kawan aku, jika ada orang lain beritahu sebaliknya, PLEASE LET ME KNOW . Segala pencapaian dia adalah atas usaha dia sendiri, dan sesiapa nak mempersoalkan keputusan anugerah pelajar cemerlang, sila ajukan pertanyaan pada pihak universiti.

Menusuk ke tulang hitam Syuhada membaca komen daripada Adam itu.

[HishamMPP] SILA PADAMKAN POST INI JIKA TIDAK PIHAK MPP AKAN AMBIL TINDAKAN. Sebarang pertanyaan boleh terus ajukan di bilik MPP bukan di sini.

Kira berhemah juga Hisham berkata, kerana mengambil kira dia adalah MPP.

[Faizal] Tuduhan tidak berasas. Mereka semua kawan-kawan kami.

Faizal merujuk kepada kawan-kawan Elinda juga adalah kawan mereka.

[Rahman] Otak letak mana.

Manakala Rahman, straightforward mengecam pelajar-pelajar universiti yang sepatutnya mengunakan otak untuk belajar bukan bergosip tidak berfaedah. Selama ini mereka diamkan sahaja segala, post-post mengenai mereka. Ini kali pertama mereka masuk campur dalam forum, kerana ini sudah memburukkan nama baik orang lain. Kesemua ahli G4 mengunakkan nama mereka sendiri di forum ini.

Sejak kemunculan komen-komen daripada semua ahli G4 semakin rancak ruangan komen.

[missmatahari] Kalau Adam Hariz sendiri sudah bersuara bermakna tak betul lah tu.

[kepoci] Uuuu member G4 laa. Love. Love.

[scarydok] [meowmewo] Delete

[docnotstranger] [meowmewo] Delete

[quekquick] [meowmewo] Delete

[kerekkk] [meowmewo] Delete

[terangblur] Korang cakap pasal siapa ni? Aku lambat masuk. Huhuhu

Bagaikan kaset rosak masing-masing meminta meowmewo memadam post itu. Bagai lidah bercabang dua mereka ini, sekejap kata lain, sekejap lagi berkata lain.

“Dia orang ni memang bias, punyalah naik kebas tangan aku menaip, tak ada siapa layan, tapi bila ahli G4 sendiri masuk campur, barulah masing-masing mengelupur”. Bengang yang Syuhada rasakan ketika ini.

“Wei terharu sangat dah aku ni”. Sarah berkata sambil acah-acah mengelap air matanya yang tidak ada.

“Tak sangka dia orang memang anggap kita ni kawan dia orang kan”. Bangga Taniya dapat kawan-kawan seperti G4.

Bilik mereka yang tadi suram muram telah kembali ceria, hanya dengan komen-komen daripada ahli-ahli G4. Walaupun tidak terpapar di wajah Elinda, kawan-kawannya tahu Elinda juga berasa berterima kasih pada ahli-ahli G4 yang sanggup mempertahankan dia walaupun tiada siapa yang sudi.

Ding! Mesej baru masuk di telefon bimbit Elinda.

Adam: Jangan peduli orang kata.

Sepatah kata-kata daripada Adam.

Elinda: Aku rasa better esok tak payah aku hantar sarapan lagi, lagi pun esok hari last.

Dia rasakan eloklah dia tidak menimbulkan lagi khabar angin yang tidak berfaedah.

Adam: Aku nak nasi lemak.

Elinda: Kalau macam tu aku minta tolong kawan aku tolong hantarkan pada kau.

Esok dia bercadang untuk meminta tolong Syuhada menghantarkan makanan pada Adam. Win-win situation. Adam dapat nasi lemak. Syuhada dapat jumpa Adam.

Adam: Jangan peduli orang kata, Aku ada.

Tanpa Elinda sedari, perasaan yang menyerabutkan dia tadi cair seperti ais yang mencair di panah sinaran mentari.

Elinda: Terima kasih pasal forum tu.

Adam: No hal. Jumpa esok?

Elinda: Okay.

Tidak lama kemudian, post mengenai Elinda di forum universiti juga telah di padam oleh meowmewo. Tanpa sebarang kemaafan daripada seorang pun, hal ini terkubur di dasar internet. Tapi tidak mampu menguburkan hati yang telah tercalar dengan hal ini.

Akaasol: no cyber bully. Spread no hate, spread only love.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol