Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,470
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Syuhada baharu sahaja pulang daripada bilik air apabila dia melihat Elinda yang berada di hadapan skrin komputer riba sambil berkerut kerut dahi. 'Penyelia Eli tolak draft thesis ke tu?, baik aku jangan kacau dia'.

"Kenapa dengan Eli tu Syu? Fokus betul aku tengok". Sarah menegur Syuhada selepas juga melihat Elinda yang begitu fokus di hadapan komputer ribanya.

"Kau jangan kacau dia, aku rasa draft thesis dia kena reject tu". Syuhada cakap berbisik dengan Sarah.

“Tak mungkinlah, Eli tu selalu lepas je dari penyelia dia. Aku rasa sebab lain ni".

“Ey?. Tapi untuk keselamatan, baik kita jangan kacau”. Syuhada dan Sarah sepakat untuk menjaga keharmonian bilik mereka.

“Dia tengah cari makananlah”. Tiba sahaja Taniya berada diantara Syuhada dan Sarah menyampuk.

"Arghh..". Serentak Syuhada dan Sarah menjerit kerana terkejut dengan perbuatan Taniya.

"Kenapa? Kenapa?". Elinda yang fokus tadi pun berdiri dari duduknya kerana terkejut dengan jeritan mereka.

“Dia orang tengah gosip pasal kau”. Niya berkata sambil menunding jari kearah Syu dan Sarah. Mereka menjegilkan biji mata mereka pada Niya untuk menyuruh dia diam. Susah juga ada kawan yang jujur macam ini.

“Huh gosip?. Syu sini kejap!”. Elinda memanggil Syuhada untuk datang kearahnya.

“Aku tak kutuk kau la”. Syuhada takut-takut ingin pergi kearah Elinda.

“Aku nak tanya ni”. Tanya Elinda sambil menunjukkan skrin komputer ribanya kepada Syuhada.

“Betul aku tak kutuk kau.. ”. Terhenti kata-kata Syuhada selepas melihat skrin komputer riba Elinda yang penuh dengan gambar kuih muih. Sarah pelik melihat Syuhada tiba-tiba senyap. Dia juga tidak dapat menahan sifat ingin tahunya itu dan berlalu pergi ke arah mereka.

"Kau lapar?". Sarah melihat jam sudah berdetik tepat jam 12 tengah malam.

“Bukan, ada idea tak nak beli sarapan apa?. Aku dah buntu ni”. Kata Elinda sambil meletakkan kepalanya di meja. Esok merupakan minggu ketiga Elinda membelikan sarapan untuk Adam, dia sudah kebuntuan idea hendak membelikan makanan apalagi untuk Adam.

"Sarapan je Eli takkan sampai dah tak ada idea. Tapi makanan apa yang kau dah beli setakat ni?". Sarah ingin tahu.

"Aku pun tak sangka beli sarapan boleh sampai sesusah ini. Untuk pengetahuan kau aku dah beli segala kuih muih yang ada kat kedai Mak cik Leha".

"Semua sekali kuih-muih?". Sarah bertanya dengan nada tidak percayanya.

"Yup! Sebab tu aku dah tak ada idea lagi nak beli apa ni".

“Apa kata kau beli mee goreng ke, bihun goreng ke, kueyteow goreng ke, nasi goreng ke, ha. Ini idea, untuk 4 hari punya menu untuk kau. Tak payah pening-pening”. Syuhada memberi idea bernasnya pada Elinda.

“Aku tak rasa dia akan makan”. 'Walaupun dia ada kata tidak kisah, tapi takkan dia tidak endahkan mengenai Adam yang tidak makan berat waktu pagi tu'. Hati Elinda berkata-kata.

“Esok semua kedai dah buka, mesti kau akan jumpa makanan yang kau nak beli”. Taniya memberi cadangan.

"Haah betul tu, esok sesi pembelajaran dah start, kita dah semester 5". Riang ria Sarah berkata sambil menunjukkan lima jarinya pada mereka.

"Tapi kan, kau orang dah daftar subjek untuk semester 5 ni?, nanti dah penuh tak dapat masuk kelas yang sama". Elinda mengingatkan kawan-kawannya.

"Uishh, aku belum daftar lagi, pinjam laptop". Syuhada terkocoh kocoh mengambil alih komputer riba Elinda bagi mendaftar subjek.

"Sekurang-kurangnya subjek utama, aku naklah kita semua satu kelas. Berapa jumlah subjek kena ambil sem ni?". Syuhada bertanya tanpa melepaskan pandangan dari skrin komputer riba milik Elinda.

"4 subjek utama, 1 elektif". Belum sempat Elinda menjawab, Taniya sudah membalas pertanyaan Syuhada itu.

"Kau dah daftar Niya? Kau pilih elektif apa?". Syuhada memandang Taniya, seperti tidak percaya dia Taniya sudah mendaftar. Selalunya kalau kerja last minute, memang muka mereka berdua sahaja.

Of course dah, der. Aku nak belajar bahasa korea”. Taniya tersenyum memandang Syuhada.

"Ceh, patutlah awal, nak pilih kelas Prof Park rupanya". Syuhada mengomel sendirian, namun dapat didengari dengan jelas oleh orang lain. Walaupun terdapat kelas bahasa korea daripada pensyarah yang lain, kelas Professor Park menjadi pilihan utama, pelajar perlu mendaftar dengan cepat kerana tempat adalah terhad.

"Baru semangat aku nak belajar! ". Taniya tersengih memandang Syuhada.

"Kau ambil subjek elektif apa sem ni Eli?". Sarah bertanya pada Elinda malas dia ingin masuk campur dalam pergaduhan bak budak-budak di depan matanya itu.

"Subjek pengurusan. Kelas Dr. Rohaizat, aku tengok jadual subjek itu tak clash dengan waktu makmal yang aku dah rancang, kau pulak?".

"Aku ambil subjek psikologi. Kelas Dr. Sulaiman". Syuhada mendengar perbualan antara Elinda dan Sarah itu.

"Aku nak ambil subjek entrepreneur, nampaknya sem ni kita tak samalah".

"Ala satu kelas je, lagi 4 kelas kau hadaplah muka aku yang lawa ni". Taniya memulakan lagi lawak jenakanya. Sengaja ingin menyakat Syuhada.

Syuhada membuat lagak ingin muntah dengan pernyataan Taniya itu.

"Haah, Syu jangan risau, aku yang lawa ni akan selalu menemanimu". Sarah juga tidak melepaskan peluang untuk berjenaka.

"Baiklah, aku yang cantik ini, akan pastikan kamu berdua yang lawa ini, berada bersama aku". Syuhada juga tidak melepaskan peluang untuk ikut loyar buruk. Nampaknya mereka bertiga, sudah lari dari topik asal.

"Jadi mengikut rangking siapa paling lawa?". Elinda yang mendengar perbualan mereka tiba sahaja menyampuk.

Syuhada, Sarah, Niya:.... Tidak bolehlah mereka memuji diri sendiri. Laju sahaja dicantas oleh Elinda.

***************************************************

Elinda berlari-lari anak menuju ke laman pelajar. Tempat pertemuan bagi Elinda dan Adam pada waktu pagi sejak 3 minggu yang lepas. Elinda melihat jam yang berada di tangannya. 8.15 pagi. Dia sudah terlambat dari waktu yang dijanjikan. Pagi ini dia sudah terlewat bangun kerana melayan rakan-rakannya berborak dan bergosip sehingga pukul 2 pagi. Sewaktu di gerai Mak Cik Leha tadi, dia tidak sempat memikirkan pilihan dan terus memesan 2 bungkus mee goreng dan 2 botol air mineral. Elinda hampir tiba di laman pelajar, dari jauh dia dapat melihat kelibat Adam yang sedang duduk dan menaip sesuatu di komputer ribanya. Dia melajukan langkah gerak kakinya.

Sorry, sorry, aku terlewat bangun”. Elinda berkata sambil tercungap-cungap. Dia meletakkan makanan yang dibelinya tadi  di atas meja.

“Aku pun baru sampai". Adam berkata tanpa mengalihkan pandangan daripada komputer ribanya. Elinda melihat Adam yang masih lagi menaip di komputer ribanya dan berkata perlahan.

"Aku beli mee goreng". Elinda menunggu respon daripada Adam. Kalau dia tidak menyukainya, dia bersedia untuk pergi membeli makanan yang lain. Elinda teringat perbualan dengan rakan-rakannya semalam.

"Eli kau beli je nasi goreng atau mee goreng tu, aku yakin 100% yang dia akan makan". Syuhada memberikan pendapatnya.

"Aku sokong, esok kau tengoklah". Sarah dan Taniya juga bersetuju dengan pernyataan Syuhada itu.

'Apa maksud dia orang cakap macam itu'. Elinda memang susah untuk memahami maksud tersirat yang diberikan oleh orang lain.

Tersentak Elinda daripada lamunan apabila melihat Adam yang sudah hampir separuh menghabiskan mee gorengnya.

“Kau tak makan? ”. Kata Adam selepas habis mengunyah makanan dimulutnya.

“... ”. Elinda masih senyap tidak berkutik memandang Adam.

“Kenapa pandang aku macam tu, ada apa-apa ke kat muka aku?”. Adam meraba-raba wajahnya mencari sekiranya ada benda asing melekat disitu.

“Kau nak tahu, roomate aku kata kau akan makan mee goreng ni”. Elinda berkata sambil menunjuk mee goreng yang sedang dimakan oleh Adam.

Adam hanya tersengih mendengar kata-kata daripada Elinda itu.
“Suatu hari nanti, aku nak jumpa dengan roomate kau tu”.

Elinda melihat wajah Adam pada ketika ini, persis seperti wajah rakan-rakannya malam tadi apabila mereka menyuruh dia membeli mee goreng itu.

'Mereka ada belajar kelas telepati ke, kenapa aku tak tahu'.

"Kelas kau start pukul berapa?".

“Pukul 9”. Elinda melihat jam di tangannya, lagi 15 minit hendak pukul 9. Dia dengan pantas menghabiskan mee gorengnya sehingga tersedak-sedak dibuatnya. Adam membuka botol air dan memberikannya pada Elinda.

“Perlahan-lahan kunyah”.

“Aku pergi dulu”. Selesai sahaja makannya. Elinda bergegas menuju ke kelasnya.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol