Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,261
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

VANveterinar tiba di ladang getah beberapa minit kemudian. Huna yang menelefonmereka supaya Magus dapat dirawat dan agar dia mati secara aman. Huna danLuthfi bersandar di bonet kereta. Huna menepuk-nepuk tangannya yang tidakkotor. Luthfi masih tidak henti memandang Huna dengan wajah kagum dari mula tidurnyaMagus sehingga sekarang.

            “Kenapa abang ni. Terkejut ke?Haha,” sinis Huna. “Sengaja Huna masuk jauh sikit sebab Huna nak cari Magus.Huna yakin betul Magus masih lagi hidup.”

            Luthfi menepuk tangan kagum kepadaadiknya, “Hebatlah adik aku ni. Sejak bila pandai berlawan ni?” tanya Luthfidengan mata ingin tahu.

            “Huna ambil karate lah dekatAustralia tu. Jadi abang jaga-jaga kalau nak cari pasal dengan Huna,” jawabHuna seraya merenung Luthfi serius.

            Luthfi menelan air liurnya yangsudah pun kering, berlari membuka pintu kereta, “Silakan masuk Sifu Huna.”

            Huna yang terhibur dengan gelagatabangnya, berjalan ke arah Luthfi, menolak bahu abangnya menyatakan dia hanyabergurau.

            Luthfi menjawab dengan menyepetkanmata dan senyum, “Abang tahu.”

 

            MAGUSsedang dirawat di klinik haiwan di bandar. Doktor yang merawat Magusmemeriksanya dengan teliti dan berkata,

            “Lama juga ya kau hidup. Rabies kau pun dah mula pulih.” Ucapdoktor sendiri dengan nada hairan, “Kenapa dia serang budak tu? Hmm... Aneh.”

            Magus diberi vaksin, namun nafasnyaterhenti tiba-tiba. Magus yang merengek perlahan setiap masa dalam bilik rawattiba-tiba terdiam. Doktor mengemas peralatan merawat dan mengesahkan kematianMagus. Semasa di merengek, matanya seperti ingin menyatakan sesuatu,

            “Terima kasih, budak kecil.”

            Magus telah pun mati di klinikhaiwan dengan senyum kecil di bibirnya.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.