Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,255
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

“LARI!!!”

            Zulaika yang sedang menyorok dibelakang pokok getah, dekat dengan semak, terdengar suara Luthfi menempik kearahnya.

            “Kenapa pula Luthfi ni?” tanyahatinya jengkel.

            Dia menoleh ke kanan dan lantas terdiam.Gugur hatinya bila ternampak seekor anjing liar di sebelahnya; Magus di dalamsemak menunggu untuk menyerang. Dengan pantas, langkah seribu diambil Zulaikauntuk menyelamatkan diri. Zulaika menuju ke arah pondok yang agak jauh darinya.

            Dalam masa yang sama, Julia danAmalina turut mendengar laungan Luthfi tadi. Mereka menganggap Luthfi sengajamenjerit untuk mengelat kerana dia ialah pencari dalam permainan ‘sorok-sorok’ kaliini. Namun, Amalina yang sangsi berpusing-pusing mengimbas sekitarnya. Diakemudiannya melihat Zulaika yang sedang berlari ketakutan dikejar Magus darijauh.

            “Julia! Lari!” Amalina memanggilJulia yang dekat dengannya dan berlari ke arah pondok.

            Setelah mendengar amaran Amalina, Juliamenoleh ke arah Zulaika yang sedang berlari menghampirinya, terus menuju lajumengekori Amalina selepas melihat Magus yang pernah mengejarnya dahulu dengansaiz yang lebih besar berbanding sebelumnya.

            Magus sudah pun melepasi Luthfi yangberada di belakang sejak awal. Dari belakang, Luthfi mengeluarkan batanglastiknya dan mengutip biji getah, menembak Magus untuk menarik perhatiananjing liar tersebut daripada terus mengejar Zulaika. Sambil berlari Luthfimelastik, namun tidak mengena.

            Nasib menyebelahai Zulaika bila satubatu kecil menjentik kuat ke badan Magus. Magus terus berhenti menghiraukanZulaika yang berlari sebaris dengan Julia dan Amalina ke pondok. Mereka masukkemudian menutup pintu tidak rapat, sedikit ruang kecil untuk mengintai, masihmahu melihat bila Magus akan pergi.

            Amalina memerhati Julia, Zulaika,dan bertanya, “Julia cedera tak?”

            “Tak, Julia baik saja.”

            Dia melihat Zulaika menggigil traumadikejar Magus, lalu dipeluk Zulaika, “Tak apa, dah selamat.”

            Zulaika hanya mengangguk kepalanyamendakap erat Amalina.

            Amalina berasa ada sesuatu yangtiada dan sedar akan ketiadaan Huna. Dia mula mencari Huna yang tiada dipondok, “Huna mana?” tanya Amalina kepada Zulaika.

            “Tadi dia ikut aku, tapi diamenyorok dekat belah lain (bertentangan dengannya).” Jawab Zulaikaterketar-ketar.  

            Amalina mula risau dan menyelitmukanya antara celah pintu mencari Luthfi dan Adam.

            Sementara itu, Magus yang rasa sakitdengan batu yang dilastik berhenti mengejar dan merenung tajam ke atas pokokgetah; arah datangnya batu kecil tadi. Rupa-rupanya, Adam yang melastik tepat batukecil tersebut dari atas pokok.

            Adam yang sedang mendakap erat pokokgetah, memasang senyum uniknya dan menjelir lidah kepada Magus. Asalnya, diamemanjat pokok itu untuk menyorok dalam permainan sorok-sorok tadi. Tapisekarang, pokoknya terus didekati Magus. Namun Magus hanya boleh menyalakkepada Adam yang berada di atas pokok kerana lompatannya tidak sampai kealtitud Adam berada.

            “Terbaiklah Adam!” ampu Luthfikepada Adam dari bawah.

            Sebelum Magus sempat perasan akan Luthfi,Luthfi sepantas kilat memanjat pokok getah dan mendakap erat. Magus mengalahdan membisu.

            Tapi bahaya belum berhenti mengejar,Magus mula berkelakuan aneh dengan menarik-narik udara ke dalam hidungnya, cubamenghidu bau manusia lain terdekat.

            Luthfi menoleh ke pondok. Wajah Julia,Amalina dan Zulaika terselit di ruang sipi pintu.

            “Huna tak ada!” gerak mulut Amalinacuba menghantar mesej jarak jauh kepada Luthfi.

           Luthfi memandang Adam yang malahmengangkat bahu tidak tahu. “Mana kau Huna?” desisnya bimbang.

*          *          *          *          *

            HUNAmenyorok di sebalik pokok bertentangan dengan Zulaika berdekatan dengansemak. Hatinya mula yakin dengan kejayaannya mencari spot yang terbaik.

            “Pasti aku takkan dijumpai.” MonologHuna dalam hati. Biji getah di tanah dikutipnya dan bisik lubuk fikirannya,“Baik aku pakai biji getah ni kat telinga rapat-rapat. Nanti tak lah akutertipu dengan helah abangku yang suka main tipu tu. Hiks-hiks.” Dipakaikan lubang telinganya dengan biji getah danditutup erat dengan tangan.

            “Lari!!!”

            Gelombang jeritan Luthfi tidakberjaya memasuki cuping telinga Huna. Huna yang duduk bersandar di pokok getahdengan matanya bertutup menghadap pokok semak, tidak sedar akan ancaman Maguskepada rakan-rakannya. Setengah jam sudah berlalu, Huna membuka matanya keranalenguh dan bosan. Tambahan pula dengan gigitan nyamuk yang tidak kenyangmenghisap darah manisnya membuatnya marah. Kemudian Huna menoleh ke kiri dan kekanan, mencari-cari rakannya yang lain namun batang hidung pun tidak kelihatan.

            “Grrrr...”

            Bunyi yang datang dari belakangpokok getah tempat Huna menyorok menyapa secara tiba-tiba. Huna yangmengganggap permainan masih berlangsung, mendakap erat tubuhnya di belakangpokok getah tersebut.

            Naluri Huna dapat merasakan pergerakanyang semakin dekat dengannya. “Ah, aku kalah,” rungut hatinya, kemudianmencabut biji getah dari telinganya lalu mendongakkan kepala ke kanan. TerdiamHuna sehela nafas, badannya menggigil dingin.

            Magus yang sedang merenung Huna,mengambil lajak sedia untuk menyerang dan menggigit Huna. Tanpa kata, Magus terusmelompat ke arah Huna yang langsung menjerit nyaring seperti hendak terkeluaranak tekaknya.

*          *          *          *          *

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.