Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,276
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

*          *          *          *          *

CUIT PakLong pinggang Mak Long yang sedang membasuh pinggan makan malam tadi. Mak Longyang mudah melatah terperanjat dengan tindakan suaminya.

            “ Oit, pinggan jatuh pecah gelas.Eiiii...” melatah Mak Long sambil memegang erat pinggang yang bersabun untuk dibilasdi sinki.

            “ Hahaha... melebih-lebih pulalatahan awak ni ya?”

          “ Ya Allah, terkejut maknya. Kalaupecah pinggan ni macam mana? Haish!”

            Pak Long mengukir senyum terhiburdengan rajuk isterinya. Kemudian, dia melihat sekeliling rumah mencari Luthfidan Huna. “ Mana perginya anak buah awak ni? Keluar ke?” tanya Pak Long kepadaMak Long.

            “ Ada kat atas tu dalam bilik. TadiHuna cakap nak bereskan apa tah, saya pun tak faham.” Jawab Mak Long membilastangannya yang bersabun lalu menghadap suaminya dengan mata kuyu.

            “ Kenapa awak ni? Pandang saya macamtu?”

            “ Tak ada apa. Cuma saya tengokabang ni makin ceria ya. Main dengan Lupi macam adik beradik dah saya tengok.”

            “ Tak salah kan saya nak bergurausenda dengan anak buah saya. Lagipun maknya, kita ni dah tua. Masa ni lah kitanak mengisi masa yang kita ada dengan beribadat, berbahagia bersama anak-anak.”

            “ Saya tak kata salah pun. Cuma sayaterkejut saja dengan awak ni. Dulu garang memanjang. Sekarang terbalik pula.Tapi yang peliknya, saya makin sayang pula kat abang tau.”

            “Yelah tu,” ujar Pak Long kemudianmenyambung, “Kita dah berjaya didik mereka dengan baik abang rasa. TengoklahLupi rajin pergi masjid, hormat orang kampung. Jadi, abang rasa, kita dah bolehmula berkawan dengan mereka supaya mereka senang nak kongsi masalah dengankita. Makin besar, ego manusia makin bertambah. Kalau kita guna teknik marahsaja, takkan jadi nanti. Lagipun kita ni dah tua. Tak elok marah-marah

            “Betul juga tu bang. Tapi yang tuatu salah. Bukan kita, tapi abang saja yang namapak tua tau. Saya masih awetmuda.” Cakap Mak Long dengan bangga menepuk-nepuk pipinya yang berkedut.

            “Heh!” menyampah Pak Long jadinya. “Ni awak. Tadi masa saya dengan Lupi balik tadi, ada orang datang rumah ke?”

            “ Eh, tak ada pula. Kenapa bang?”

            Membisu sebentar Pak Long cubaberfikir, “ Oh, tak. Tadi saya ada nampak seorang budak ni. Dia pergiterjengket-jengket depan rumah kita, macam mengendap pun ada juga.”

            “ Eh, siapa bang?”

            “Saya pun tak tahulah. Tapi masaHuna sampai petang tadi pun. Abang macam ternampak dia dekat-dekat rumah kitani. Tak pernah pula abang nampak dia kat kampung.”

            “ Ya Allah bang. Kalau pencuri macammana? Bahaya lah bang.” Risau Mak Long dengan kening cengkung.

            “Tak mengapalah, kalau esok diadatang lagi. Saya sendiri yang akan sergah dia.”

            Angguk Mak Long setuju dengan PakLong yang cuba meredakan kerisauan isterinya.

*          *          *          *          *

Previous: Bab 9
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.