Home Novel Cinta Nada Pujangga Bisu
Nada Pujangga Bisu
Shion
24/1/2019 19:06:39
20,245
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

            “BARANG ni dari kak Melin? Kak Melin bagi kat awak sebelum dia kena seranganjantung ke?” tanya Huna yang sedang memegang beg kecil dari lelaki misteritersebut.

            Mata lelaki tersebut tidak fokuskepada Huna malah menjuling Luthfi yang sedang melipat tangannya mengerut. “Boleh tak awak suruh abang awak jauh sikit dari...”

            “ Apa!!! Kau tak suka ke aku katsini?” gertak Luthfi kepada lelaki tersebut.

            “ Abang, dah. Dah. Abang tunggu Hunakat motor boleh? Dia takut lah tengok abang macam ni.” Ujar Huna cuba meredakanabangnya yang cuba menyerang lelaki tadi.

            “ Yelah. Cepat sikit. Janganlama-lama.” Balas Luthfi lalu menjeling marah ke arah lelaki tadi. Dia pusingke belakang dan pergi ke motor.

            Huna mengeluh dan sambung, “ Baik. KakMelin bagi kat aw..” belum habis ayatnya terus disampuk,

            “ Saya hanya tolong kutip saja begni kat luar pagar rumah agam. Pak Awang yang suruh saya ambil lepas saya habiskontrak setahun kerja kat sana. Pak Awang suruh bagi budak nama Yani atas nama Amalina.Itu saja yang saya tahu. Cis! Tak sangka pula saya boleh kena serang macam ni.Heh!” dengus lelaki tadi.

            “ Maafkan abang saya.” Kata Hunalalu menyelit, “Tapi kan, kenapa awak mengendap senyap-senyap macam tu? Sayapun ingatkan awak orang jahat.”

            “ Saya hanya nak pastikan saja awakYani yang saya cari. Puas saya tanya orang sekitar. Tapi sebab Pak Awang baikdengan saya, saya tetap jalankan amanah saya.” Jawabnya lalu menghampiri Hunalalu berbisik dengan tangannya cuba menutup pandangan orang lain, “ dan awakperlu tahu, mungkin ada yang sedang memerhati. Tapi saya dah periksa tadi, takada sesiapa.”

            “ Saya tak faham maksud awak. Siapayang perhati? Dan siapa Pak Awang ni?” pening Huna cuba memahami.

            Lelaki tadi menghiraukan soalan Hunadan akhiri kata-katanya dengan, “ Hati-hati. Awasi keadaan sekeliling sebelumawak buat sesuatu. Itu saja nasihat saya.”

            Lelaki tadi berlalu pergi. Hunamembiarkan dia pergi lalu ditenungnya beg kecil yang diberi dengan fikiranbuntu.

 

DI RUMAH, Hunamasuk ke biliknya dengan beg kecil yang dia dapat.

            “ Kenapa perlu bagi benda nisenyap-senyap? Rumah agam? Siapa yang nak perhati aku yang baru balik ni? Orangyang tinggal dekat kejiranan ni pun mungkin ada yang dah lupa aku, tapimengapa? siapa?” desis hati Huna dengan soalan-soalan yang baginya tidakdijangka akan dia fikir.

            Dia kunci biliknya. Secara perlahandia gerak ke katil dan duduknya perlahan. Beg kecil yang bertali pendek sepertibeg perempuan diletakkan atas katil. Ditenung beg tersebut dengan matanya denganrasa gusar dan risau dengan apa yang dikatakan lelaki di kubur tadi. Diakemudiannya mengambil beg itu dan dia buka beg itu. Ditonggeng beg tersebut dandigocok sampai keluarnya barang dari dalam beg ke katil. Terdapat dua bendamilik Amalina di dalamnya; diari ungu, sampul surat dengan nama Yani.

            Fikirannya terjentik dengan suratyang dihantar untuknya tanpa alamat. Sampul A6 yang diterima terus dibuka danalangkah terkejutnya Huna membacanya,

            “Sakit! Tolong!”

            Tangan Huna mula ketar tapidiperhati sekali lagi dengan teliti. Namun ada sesuatu yang pelik dengan suratini. Melihat tulisan dalam surat berbeza dengan tulisan Amalina. Hunamembelek-belek tulisan dalam diari Amalina cuba banding beza.

            “ Takkan lah kak Melin tulis macamni. Kalau tergesa pun mesti dalam berangkai macam ni,” tutur hati kecilnyamelihat tulisan berangkai kak Melin dalam diari. Namun tidak dia endah.Fikirnya, surat ini dihantar kak Melin dan pasti darinya. Ini terbukti dengannama Yani yang hanya dia yang pernah sebut dan guna untuk memanggil Huna.

            “ Tuk! Tuk! (bunyi pintu diketuk.)”

            Mesti abang, bisik hatinya, “Masuklah abang.”

            Pintu ditolak dan Luthfi bertanya,“Huna tengah buat apa?”, dia melihat diari ungu dan kertas di atas katil laludia sentap, “ Ni benda yang ada dalam beg tu ke Huna?”

            “ Haah bang.”

            Diangkatnya surat langsung dibaca, “Ini surat layang ke apa? Macam tipu saja.”

            “ Abang, Huna rasa kita kena siasatlah fasal hal ni.”

            “ Nak siasat apanya Huna. Polis dahsetelkan dah hal ni hari tu. Adam pun terlibat sekali masa tu,” jelas Luthfikepada adiknya.

            “ Huna tahu. Huna tahu abang Adampun pegawai polis yang terlibat. Dan Huna pasti kalau kita buat laporan polisdah terlambat, lagi-lagi kes ini dah pun ditutup. Tapi abang tak rasa ke yangada informasi penting yang berjaya disorok oleh penjenayah dalam hal ni.”

            “ Maksud Huna?” tanya Luthfi tidakmengerti.

            “ Huna tak rasa kak Melin kenaserang jantung tiba-tiba. Mesti ada orang yang bertanggungjawab dengan kematiankak Melin,” membisu sebentar dan disambung, “ Oh, ya abang. Apa yang abang tahutentang rumah agam hujung kampung?”

            “ Rumah agam? Hmm... tak banyak.Yang abang tahu dia jauh di hujung kampung. Nak pergi sana pun panjang jalandia. Lepas tu, pemilik asal ialah Dato’ Ahmad Safih yang selalu datang katkampung kita bagi bantuan. Tapi dia meninggal tak lama selepas isteripertamanya meninggal kemalangan. Tinggal isteri nombor dua saja kat sana yangDato’ Safih kahwin selepas isteri pertama di meninggal. Itu saja lah rasanya.Huna berminat dengan rumah tu ke?

            “ Huna ingat Huna nak siasat motifsebenar kak Melin hantar beg ni. Dan cuba tuntut kebenaran atas kematian kakMelin kalau betullah kematian kak Melin bukan sekadar serangan jantungtiba-tiba.

            “Jadi, Huna nak buat apa sekarang?”

            “Huna rancang nak buat kaji selidikdi internet dahulu. Dan mungkin Huna akan pergi ke sana.” Ujar Huna sambilmenghulur tangannya mengambil komputer ribanya di atas meja.

            “ Kalau Huna nak buat benda ni.Abang nak tolong. Tak boleh tapi, tak boleh tidak. Abang! Kena terlibat. Okay?”

             Huna hanya tesenyum dan menjawab, “ Suka hati abanglah.”

            “ Baiklah. Sekarang abang kena buatapa?”

            “ Hmm.. Tolong bawakan cekodokpisang kat bawah. Lapar lah. Hiks-hiks.”Suruh Huna abangnya membuat kerja yang tidak berkaitan dengan penyiasatan,mengambil kesempatan.

            “ Oooo... macam ni Huna ya. Heh.”Dengus Luthfi mengeluh.

            “ Nak tolong ke tidak? Tak naksudah.” Ugut manja Huna abangnya.

            “ Cis, sebab abang sayang Huna, baik.Abang ambil sekarang.”

            Berlari luthfi ke dapur sambil Hunatersenyum terharu.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.