Home Novel Cinta Dia Pemilik Cintaku
Dia Pemilik Cintaku
Andayu
11/10/2024 21:52:41
28,213
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 43

"Abang tolong hantar sayang hari ni boleh?" Pinta Haura sambil memakai tudung. Kakinya masih berasa sakit walaupun sudah dua hari berlalu.

"Abang ada urusan pagi ni. Jadi tak sempat nak hantar sayang," balas Fateh lalu melangkah keluar dari dalam bilik.

Haura mengeluh kecil. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Fateh. "Please abang. Bukan selalu pun," pujuknya dengan nada manja.

"Okey. Tapi malam ni tidur rumah ibu ajelah," ujar Fateh memberi cadangan kepada Haura. Dia membuka pintu rumah lalu mencapai kasut.

"Abang ada on call ke hari ni?"

"Tak tahu lagi. Sayang macam tak larat nak drive. So apa kata tidur aje rumah ibu. Nak pergi kerja ayah boleh hantarkan."

"Abang?"

"Abang balik sinilah," ujar Fateh lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Ingatkan abang nak tidur sana jugak," ujar Haura lalu menutup pintu kereta dan memakai tali pinggang keselamatan.

"Abang tak tahu lagi tugas hari ni macam mana? Jika kena on call abang tak baliklah rumah ibu," jelas Fateh lalu memulakan pemanduannya.

"Okey," balas Haura perlahan. Dia melemparkan pandangannya keluar jendela. Entah mengapa sikap Fateh mula dingin sejak dua hari yang lalu. Dia juga masih belum berpeluang memberitahu tentang kandungannya.


"ASSALAMUALAIKUM," sapa Reza setelah panggilannya tidak diendahkan oleh Fateh.

Fateh mengeluh kecil. "Waalaikumussalam. Kenapa?"

"Kau tu kenapa? Jauh mengelamun?"

"Tiada apalah," dalih Fateh lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Nak ke mana pulak?"

"Nak turun ke kafe sekejap."

"Sebelum tu aku nak cakap sekejap boleh?"

"Apa?" Soal Fateh lalu duduk dibirai Meja.

"Kau ada masalah ke?"

Fateh sudah menduga Reza akan menyoalnya begitu. "Kau rasa?"

"Aku boleh baca riaksi muka kau, Fateh. Kita ni bukan kenal sehari dua. Dah bertahun kita kawan. Aku kenal sangat perangai kau."

"Entahlah. Aku pun malas nak fikir sangat."

"Kau gaduh dengan Haura ke?" Duga Reza.

"Nak kata gaduh taklah jugak. Cuma aku tertanya-tanya adakah aku hanya galang ganti atau sebaliknya."

"Maksud kau?"

"Aku rasa Haura masih sayangkan bekas tunang dia."

"Apa yang menyebabkan kau rasa begitu?"

"Kau ingat tak dua hari lepas aku tak jadi lunch dengan kau tu."

"So?"

"Hari tu, Haura nak jumpa aku kat sini. Tapi aku tengok dia berpeluk dengan Nazrul kat tepi jalan kat bawah hospital ni," luah Fateh. Agenda itu masih terbayang diruang matanya. Dia mula berasa sakit hati apabila mengingati kembali peristiwa itu.

"Kau dah tanya Haura pasal hal tu?"

Fateh gelengkan kepalanya. 

"Kau tak tahu apa yang berlaku. Jangan cepat buruk sangka. Manalah tahu Haura terserempak ke?"

"Habis kenapa sampai berpegangan?"

"Kau kena tanyalah dulu. Manalah tahu Haura nak jatuh ke apa? Kebetulan Nazrul tolong ke?" Ujar Reza cuba berfikiran positif. "Cakap baik-baik dengan Haura. Ini tak?"

"Hmmm... Balik nanti aku tanyalah dia."

"Kau tanya elok-elok jangan ikutkan emosi. Kenapa kau tak pergi dekat Haura masa kejadian tu?"

"Aku sakit hati. Aku terus naik buat kerja."

"Silap tu Fateh. Sepatutnya kau pergilah tolong Haura. Sekurang-kurangnya kau tahu apa yang berlaku sebenarnya."

Fateh akui kata-kata Reza ada betulnya. Dia mula bertenang. Kini hatinya berasa lega sedikit setelah meluahkan perasaannya kepada Reza.


"HAURA, husband you dah sampai kat depan," ujar Nita. 

"Thanks Nita. Memang nak turun bawah dah ni," balas Haura lalu memakai selipar. 

"Haura okey tak?" Soal Zara apabila melihat wajah Haura seperti menahan kesakitan.

"Kaki sakit sikit," ujar Haura sambil memicit buku lali. Dia bangkit daripada tempat duduknya. 

"Boleh tak ni?" Soal Nita pula.

"Boleh slow-slow," ujar Haura lalu melangkah perlahan-lahan. Dia tersenyum melihat kereta Fateh dari tingkat atas. Langkah diatur perlahan-lahan. Dia berhati-hati meniti anak tangga untuk turun ke tingkat bawah. Beg sandangnya dibetulkan.

"Nak balik dah," sapa Zakuan dari arah belakang.

"Ya," balas Haura sepatah. Dia tidak mahu berbual panjang dengan Zakuan sementara Fateh setia menunggunya.

"Kaki dah baik ke?" Soal Zakuan lagi.

"Okey," balas Haura lalu melangkah untuk meninggalkan Zakuan. Kaki yang berasa sakit terlalu sukar baginya untuk melangkah dengan pantas. Entah di mana silapnya, dia hampir terjatuh ke dalam longkang. 

"Eh, Haura!" Zakuan segera membantu Haura daripada terjatuh.


ANGKA menunjukkan jam empat petang. Fateh menarik nafas perlahan. Sudah hampir lima belas minit berlalu, namun bayangan Haura masih belum kelihatan. Dia menurunkan cermin kereta ingin melihat di manakah isterinya. Sudah dua hari dia tidak bermanja dengan isterinya itu. Hatinya mula digigit kerinduan.

Matanya memandang agenda yang menyakitkan hatinya. Kelihatan Haura berpegangan tangan dengan lelaki lain tidak jauh daripada tempat dia memberhentikan keretanya. "Haura!!!"

Suara Fateh mengejutkan Haura. Dia membetulkan kedudukannya. "Terima kasih," ujarnya sebelum melangkah ke arah kereta Fateh.

"Maaf lambat. Kaki sayang sakit. Tak boleh nak jalan laju sangat," jelas Haura lalu menutup pintu kereta.

Perasaan amarah Fateh kembali memuncak. Kali ini dia tidak dapat membendung lagi perasaan marahnya. "Kaki sakit atau tangan yang gatal!" Kata Fateh dengan nada marah. Dia memecutkan keretanya meninggalkan kawasan sekolah.

"Abang jangan salah faham apa yang berlaku tadi," ujar Haura cuba menjelaskan apa yang telah berlaku. "Cikgu Zakuan tolong..."

"Tolong apa?"

"Sayang nak jatuh tadi!" Jelas Haura dengan nada tinggi apabila Fateh sudah tidak mampu dibawa berbincang lagi.

"Alasan!"

"Sayang tak tipu!"

"Masa kat hospital dengan Nazrul. Alasan apa nak bagi. Sayang nak jatuh jugak ke?" Soal Fateh sambil menjeling Haura disebelahnya.

"Ya," balas Haura sepatah. Dia terkejut apabila Fateh berbicara tentang dua hari yang lalu. 

Fateh menggelengkan kepalanya. Kini kesabarannya telah habis. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Dia memandu kereta tanpa mempedulikan keselamatan mereka. 

Haura hanya membisu disebelah Fateh. Dia tidak tahu apa lagi yang boleh dikatakan. Sikap Fateh pada hari ini mengejutkan dirinya. Suami yang dikenalinya tidak pernah meninggikan suaranya sebelum ini. Dia menahan tangisnya.


PINTU rumah dibuka dengan kasar. Fateh melemparkan kunci kerete diatas sofa. Langkah diatur ke arah dapur. Dia mencapai gelas lalu mengambil air dan menenguknya rakus. Dia mahu menghilangkan rasa marahnya. Kini dia cuba mengawal emosinya agar dapat menyelesaikan masalah tanpa pertengkaran yang lama.

"Abang," panggil Haura perlahan. 

Fateh memandang Haura dengan jelingan mata yang tajam. "Apa?" Soalnya marah lalu meninggalkan ruangan dapur.

Haura mengeluh perlahan. Dia melihat kakinya yang mula membengkak. Dia berusaha berjalan ke ruang tamu. Dia duduk diatas sofa bersebelahan dengan Fateh. Tangan Fateh cuba diraih. "Abang, sayang minta maaf."

Fateh menarik kembali tangannya. "Tak cukup dengan sorang jantan kan?"

Haura terkejut mendengar Fateh berbicara kasar dengannya. "Apa maksud abang?" Soalnya sambil menahan tangis.

"Takkanlah alasan yang sama jugak sayang nak bagi masa dengan tunang sayang tu!"

"Kan sayang dah bagi tau tadi."

Fateh mendengus marah. Dia mula tidak mempercayai kata-kata Haura. Hatinya cukup sakit menyaksikan agenda mesra itu. Bukan sekali tetapi dua kali dengan lelaki yang berlainan. Suami mana yang tidak cemburu apabila isteri yang dicintai berpelukan dengan lelaki lain dihadapannya.

"Mula-mula bermesra dengan Faris. Lepas tu dengan bekas tunang! Hari ni dengan siapa pulak? Esok dengan lelaki lain pulak ke?" Tempelak Fateh.

"Huh?" Terkejut Haura apabila mendengar Fateh menuduhnya berhubungan dengan lelaki lain.

"Abang ni memang tak guna kan? Ada isteri tetapi menggatal dengan lelaki lain."

"Abang jangan cakap macam tu?" Ujar Haura lalu memegang tangan Fateh.

Fateh menepis tangan Haura. "Kau pegang jantan lain, jangan sesuka hati pegang aku!"

"Mana ada!" Dalih Haura.

"Kau buat apa dengan Nazrul depan orang awam pulak tu?"

"Buat apa?"

"Dah sedap berpelukan depan orang. Buat-buat tanya pulak. Sayang memang tak tahu malu kan. Tak reti nak membezakan yang mana halal dan haram?"

"Berapa kali sayang nak cakap. Sayang nak jatuh. Kebetulan Nazrul berada dekat situ."

"Semuanya kebetulan kan? Macam dengan Hisyam hari tu."

"Iya abang. Semua yang berlaku hanya satu kebetulan aje."

"Manalah abang tahu. Jangan-jangan sayang pernah menginap di hotel ke dengan sesiapa sebelum ni?"

"Abang!" Haura mengucap panjang mendengarnya. "Cuba mengucap dulu sebelum bercakap tu?"

"Kenapa? Salah apa yang abang cakap?"

"Ya, memang salah. Apa yang berlaku hanya salah faham aje," ujar Haura sambil mengesat air matanya yang mula menitis. "Sayang pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Apa yang berlaku memang hanya satu kebetulan. Sayang memang tak ada apa-apa hubungan dengan mereka."

"Kebetulan atau nak lepaskan rindu?"

"Bukan! Sayang kan tengah bercakap dengan abang masa tu. Sayang cuai tak tengok kiri kanan sebelum melintas jalan. Sayang terkejut bila sebuah kereta bunyikan hon. Pada masa itulah Nazrul hulurkan bantuan."

"Iyalah tu," balas Fateh masih tidak mempercayai penjelasan Haura.

"Inilah sebab kenapa abang tak nak jumpa sayang masa kat hospital hari tu?" Soal Haura menginginkan kepastian. Akhirnya sikap Fateh yang dingin terhadapnya sepanjang dua hari ini hanya disebabkan salah faham.

Fateh memandang Haura. "Siapa tadi? Tak sengaja lagi ke?" Soalnya.

Haura diam. Dia tahu Fateh terlalu mengikut emosi ketika ini. Dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia cuba bersikap tenang agar pergaduhan ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Tangan Fateh dipegang lalu diciumnya.  "Abang, sayang minta maaf. Apa yang berlaku hanya satu kebetulan sahaja. Sayang tak ada apa-apa perasan pun dekat mereka."

"Tolong sampai berpeluk?"

Haura menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu bagaimana lagi harus menjernihkan kembali hubunganna dengan Fateh.

"Entah-entah sebelum ni pernah tidur sekali agaknya."

Pang!

Haura bingkas bangun dari temlat duduknya. Kesabarannya kini tidak dapat dibendung lagi. Kata-kata Fateh menguris hatinya. Dia melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik sambil menahan kesakitan pada pergelangan kakinya. Dia duduk diatas tilam. Dia melepaskan tangisannya. Kini hatinya juga sakit dengan sikap Fateh. Dia tidak menduga niat baik Nazrul dan Zakuan disalah ertikan.

Haura mengesat air matanya. Tanpa berfikir panjang dia mencapai kunci kereta. Dia menarik nafas menahan kesakitan pada kakinya. Kini kesakitan pada hatinya lebih dirasai daripada kakinya yang terseliuh. Dia melangkah meninggalkan biliknya.

"Nak jumpa kekasih lama ke?!" Sergah Fateh apabila melihat Haura memegang kunci kereta.

Haura diam. Dia berlalu pergi tanpa menjawab sepatah perkataan. Dia mengagahkan dirinya melangkah meninggalkan rumahnya. Keadaan Fateh yang begitu marah tidak dapat dibawa berbincang. 

Enjin kereta dihidupkan. Haura memecut kereta meninggalkan kawasan rumah. Dia sendiri buntu ke mana tempat yang harus dituju. Air mata yang ditahan kini mengalir jua membasahi pipinya. Hatinya terluka dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Fateh. Tidak dapat digambarkan betapa hancurnya hati Haura ketika ini. Disaat dia kesakitan dan memerlukan suami disisi. Namun, lelaki itu menjauhinya. Suami yang dikasihi dan dicintai kini menjadi musuhnya. 

"Mel," panggil Haura perlahan. Kini dia tahu ke mana tempat yang harus dia pergi.


Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu