"Abang nak isi minyak sekejap," ujar Nazrul lalu melepaskan tali pinggang keselamatan.
"Okey, sayang nak pergi ladies sekejap," balas Syaza lalu membuka pintu kereta.
"Okey," balas Nazrul lalu melangkah perlahan ke arah kaunter pembayaran. Dia tersenyum melihat seseorang yang dikenalinya. "Assalamualaikum," sapa Nazrul.
"Waalaikumussalam," jawab Fateh perlahan. Riaksi wajahnya agak terkejut melihat Nazrul dihadapannya. Peristiwa beberapa hari yang lalu mula diingati kembali.
"Haura apa khabar?"
"Dia sihat kenapa?"
"Kaki dia dah baik ke?"
"Kaki?" Soal Fateh hairan.
Nazrul angguk. "Bukan kaki dia terseliuh ke hari tu?"
Fateh bingung. Dia tidak pernah mengetahui tentang kecederaan pada kaki Haura. "Dah," bohongnya.
"Alhamdulillah."
"Abang dah siap bayar ke?" Sapa Syaza apabila melihat Nazrul masih berada dihadapan kaunter pembayaran.
"Belum lagi. Sayang tunggu dalam kereta dulu."
"Siapa ni?"
"Inilah suami Haura," ujar Nazrul memperkenalkan Fateh kepada Syaza.
"Ooo... Tahniah dan selamat pengantin baru."
"Terima kasih. Kami dah lama kahwin."
"Haura apa khabar. Saya tak sempat lagi nak berjumpa dengan dia."
"Baik."
"Sayang nak jumpa Haura buat apa?" Soal Nazrul pelik. Dia bimbang sekiranya Syaza ingin melakukan perkara yang tidak elok kepada Haura.
"Sayang nak minta maaflah. Sayang terlalu ikutkan emosi marah dia dekat tempat kerja hari tu," jelas Syaza dengan penuh rasa bersalah di dalam hatinya.
Fateh terkejut mendengarnya. "Bila?"
"Dua tiga bulan lepas rasanya. Masa tu saya ingat Haura dan Naz masih berhubungan. Tapi semua itu hanya perasaan saya aje. Haura selepas kahwin dengan awak, dia dah tak berhubungan dengan Naz lagi. Saya aje fikir berlebihan."
Fateh diam. Haura tidak pernah memberitahunya tentang hal ini.
"Sayang tunggu dalam kereta dulu. Abang nak buat pembayaran sekejap."
"Okey,"balas Syaza lalu melangkah ke arah kereta.
"Fateh. Saya minta maaf jika sebelum ini pertemuan kita pada waktu yang tidak sesuai. Saya doakan Haura bahagia bersama awak. Pesan saya jagalah dia sebaiknya. Saya mungkin tak mampu jaga dia lagi. Tapi saya yakin awak adalah jodohnya dan mampu menjaga dia dengan baik.
Perasaan sayang mungkin ada lagi dalam hati saya untuk Haura. Sekarang rasa itu hanya sebagai kawan. Saya harap awak hargai permata yang berada didepan mata awak. Saya bantu dia semasa di hospital beberapa hari lepas. Jika tidak saya sendiri tak tahu apa akan terjadi kepada Haura dan bakal anak awak."
"Kenapa?"
"Haura hampir dilanggar kereta. Saya yang bantu dia daripada jatuh. Mungkin sebab itulah kaki dia terluka. Saya dah minta dia dapatkan rawatan sebelum pergi. Tapi awak kata dah baik, alhamdulillah. Lega saya dengar."
"Tahulah saya menjaga dia," balas Fateh.
"Saya minta diri dulu. Semoga kita boleh berkawan selepas ini," ujar Nazrul lalu melangkah ka arah kaunter pembayaran.
FATEH mengeluh berat. Dia mula memikirkan ke manakah Haura berada disaat ini. Setelah Haura pergi meninggalkan rumah mereka. Dia tidak cuba menghubunginya. Kata-kata Nazrul terngiang-ngiang ditelinganya.
"Kaki Haura terseliuh?'
Fateh mula mengingati kembali saat Haura memberitahunya tentang kakinya yang verasa sakit. Namun, mengenangkan sikap Haura yang bermesraan dengan Nazrul, dia tidak mempedulikan Haura.
Jam menunjukan angka tiga pagi. Fateh menanggalkan pakaiannya lalu mencapai tuala. Dia melihat Haura masih lena dibuai mimpi. Dia melangkah masuk ke dalam kamar mandi. Secara tidak sengaja dia terlanggar pintu dengan kuat membuat Haura terjaga daripada lenanya.
"Abang baru balik ke?" Soal Haura terkejut mendengar bunyi bising.
"Ya," balas Fateh sepatah.
"Kenapa tak jawab call sayang tadi?"
"Sibuk. Abang nak mandi dulu."
"Lepas mandi nanti tolong tengokkan kaki sayang boleh?"
"Hmm...," balas Fateh acuh tak acuh lalu menutup pintu bilik air.
Pon!!!!
"Astahfirullahalazim," ujar Fateh sambil mengurit dadanya apabila mendenar sebuah kereta membunyikan hon kepada kenderaan yang lain.
Tanpa membuang masa dia segera mengubungi Haura. "Sayang pergi kerja ke?" Soal Fateh apabila panggilannya tidak dijawab. Kini dia mula berasa bersalah kerana tidak merawat kaki Haura yang terluka.
Fateh mengeluh lagi setelah beberapa kali cuba menghubungi Haura. Namun, panggilannya disambunhkan kepada peti pesanan suara. Tanpa berfikir panjang dia terus mendail nombor telefon Reza.
"Aku ambil emergency leave untuk beberapa hari. Kau tolong cover kerja aku okey."
"Kenapa? Kau sakit ke?"
"Ya," balas Fateh lalu mematikan talian tanpa banyak bicara.
Dia memulakan pemanduannya meninggalkan kawasan petron batu buruk dihadapan hospital. Dia memecut laju keretanya menuju ke tempat kerja Haura. Dia yakin isterinya berada disitu.
"AMBOI banyaknya kau makan, Haura," tegur Amelia apabila melihat Haura makan tidak berhenti sejak dia sampai dari Terengganu tadi.
"Aku lapar sangat rasa. Masa dalam kapal terbang tadi tak makan," jelas Haura sambil menikmati pelbagai hidangan yang tersedia diatas meja.
Amelia menggelengkan kepalanya. "Tahu lapar. Tapi kenalah beringat makan sekadar keyang. Bukan ikutkan nafsu."
"Aku makan untuk dua orang. Tak salah kan makan banyak sikit," balas Haura sambil tersengih. Inilah caranya melupakan segala masalah yang dihadapinya ketika ini.
Amelia mengusap bahu Haura. "Makan perlahan-lahan okey. Aku nak kemaskan barang nak balik JB."
Haura angguk.
Amelia sedang bercuti dengan keluarganya di Kuala Lumpur ketika Haura menghubunginya. Swiss Hotel Kuala Lumpur menjadi pilihan temlat penginapan mereka sepanjang percutian di sini. Haura tiba pada hari mereka akan pulang ke Johor Bahru semula setelah percutian tiga hari dua malam telah berakhir.
"ENCIK FATEH nak cari siapa?" Soal Hakim pengawal keselamatan sekolah.
"Saya nak jumpa isteri saya."
Hakim mengerutkan keningnya. "Setahu saya Cikgu Haura tak masuk kerja hari ni?"
Fateh agak terkejut mendengarnya. "Okey," balasnya lalu melihat telefon. "Saya lupa dia cuti hari ni," ujarnya cuba menyedapkan hati Hakim.
"Takkan tak tahu isteri sendiri ada di mana?" Seloroh Hakim sambil ketawa.
"Saya baru balik kerja. Lupa pulak dia tinggal dekat rumah mertua," dalih Fateh sambil tersengih.
Hakim senyum.
Fateh memandu kereta meninggalkan kawasan sekolah Haura. Dia kebingungan ketika ini. Dia memberhentikan kereta pada bahu jalan lalu cuba menghubungi Haura lagi. Namun, panggilannya disambungkan kepada peti pesanan suara lagi. Dia mengeluh kecil.
"Sayang pergi mana?" Keluhnya. "Rumah ibu kot?" Teka Fateh lalu memulakan pemanduannya.
Setelah beberapa minit memandu. Dia akhirnya tiba dihadapan rumah ibu bapa mertuanya. Hatinya gusar apabila mendapati kereta milik Haura tiada di situ. Fateh melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati yang berat.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Fateh. Dari mana?"
"Dari rumah ada nak ambil barang tertinggal kat dalam bilik," ujar Fateh lalu melangkah menuju ke biliknya.
"Fateh izinkan Haura drive sendiri pergi kursus?" Soal Haji Khairul sambil membaca akhbar di dalam telefon.
"Kursus?"
"Haura datang sini semalam ambil barang-barang. Katanya nak pergi kursus. Dia pergi berapa lama?"
"Aaa. Fateh lupa pulak," balas Fateh cuba berselindung riaksi terkejutnya. "Ini pun Fateh nak ambil barang Hauralah yang tertinggal. Fateh nak ikut dia ke sana."
"Ke mana?"
"Kuala Lumpur ayah," balas Fateh agar bapa mertuanya tidak mencurigai pergaduhan mereka. Tanpa berlengah dia berlalu masuk ke dalam bilik. Punggungunya dilabuhkan diatas tilam. Fikirannya mula memikirkan ke manakan isterinya pergi.
"Mana sayang pergi? Bahayanya dengan kaki sakit. Sayang dahlah mengandung," fikirnya sambil mendail nombor Haura berkali-kali.
Almari dihadapannya dipandang sepi. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia bangkit dari temlat duduknya lalu membuka pintu almari. Dia mencapai satu beg galas. Tanpa berfikir panjang beberapa helai pakaian miliknya dicapai lalu dimasukkan ke dalam beg. Usai memasukan baju ke dalam beg. Pintu almari ditutup perlahan. Sehelai kertas kecil jatuh diatas lantai.
Akhirnya dia mengetahui keberadaan Haura. Satu senyuman mula terukir pada wajahnya apabila melihat nota kecil itu. Tanpa membuang masa dia segera menyimpan nota itu ke dalam poketnya. Beg pakaian dicapai lalu melangkah keluar dari dalam bilik.
"Haura tak pergi kursus kan?" Teka Haji Khairul setelah melihat Fateh keluar dari dalam bilik.
"Huh?" Terkejut Fateh mendengarnya.
"Sikap Fateh tu dah beri jawapan. Jangan berselindung apa-apa daripada ayah."
Fateh garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak menyangka bapa mertuanya dapat menghidu pergaduhan mereka. "Ayah."
"Ayah tak marah. Ayah harap kamu dapat selesaikan masalah dengan baik. Haura rajuk tak lama. Pandai-pandailah kamu pujuk dia," balas Haji Khairul sambil tersenyum ke arah Fateh. Seorang ayah dapat merasai isi hati anaknya. Maklumkan Haura ada puteri bongsu yang rapat dengan dirinya sejak kecil lagi.
Fateh bersalaman dengan Haji Khairul. "Fateh minta diri dulu. Terima kasih ayah."
"Hati-hati memandu."
"InsyaAllah."