"Tahniah Reza,"ucap Haura sambil menahan tawa. Dia senyum ke arah Della. "Tak sangka kan kau jatuh hati dengan best friend aku ni," sambungnya sambil menepuk bahu Della perlahan.
Reza menggaru kepala yang tidak gatal. "Dah jodoh kot?"
"Kalau lah aku tahu kau bertunang dengan kawan Haura. Baik aku tunggu aje kat sini tadi selepas hantar Haura," balas Fateh sambil menikmati minuman.
"Aku manalah tahu Della ni kawan wife kau."
"Mulut kau masin sangat nak cari bini kawan Haura. Doa kau makbul lah tu."
"Ya ke abang?" Soal Haura dengan reaksi teruja.
"Selepas kita kahwin hari tu, Reza ada tanya kawan-kawan sayang tak ada ke yang single?"
"Selepas jumpa kau malam tu lah. Aku jumpa jodoh aku," balas Reza sambil tersenyum memandang Della. Dia mula mengingati semula pertemuannya yang pertama kali dengan Della.
"Alhamdulillah semua dah diatur oleh Allah sebaik-baik perancang," balas Della perlahan. Dia mula berasa segan apabila orang berbicara mengenai dirinya.
"Alhamdulillah."
Fateh menyiku bahu Reza. "Sabarlah. Lagi 59 hari je lagi. Tak perlulah pandang cik tunang sampai nak terkeluar biji mata," usik Fateh.
Haura menutup mulutnya menahan tawa. "Cantik kau hari ni?" Puji Haura apabila Della mengenakan tudung pada hari ini.
"Terima kasih," balas Della sambil mengusap perut Haura. "Besarnya perut kau," tegurnya.
"Empat bulan dah."
"Tapi biasa enam bulan baru nampak," ujar Della hairan melihat perut Haura agak besar daripada saiz kandungannya.
"Entahlah. Aku pun tak pasti kenapa. Doktor cakap semua okey. Minggu depan ada pemeriksaan lagi."
"Aku pulak rasa tak sabar nak tengok baby kau."
Haura menyentuh perutnya. "Agak-agak baby boy ke girl?" Soalnya.
"Manalah aku tahu. Aku bukannya Tuhan," balas Della sambil mengusap perut Haura. Dia turut teruja dengan kehamilan Haura. Kini perasaan pula yang berdebar-debar menantikan hari bahagianya tiba tidak lama lagi. "Jangan-jangan twin. Sepasang," usiknya
"Amin," balas Haura. Dia sentiasa berfikiran positif tentang kehamilannya.
"Kau tak kisah ke?"
"Kisah apa?"
"Dapat twin?"
"Alhamdulillah. Anak kan rezeki. Aku terima dengan hati yang terbuka. Lagipun memang dari dulu lagi angan-angan nak baby twin," jelas Haura dengan nada ceria.
"Kau kena ingat mencabar tau nak jaga anak kembar."
Haura membetulkan kedudukannya. "Aku tak kisah. Aku yakin mampu menjaganya. Allah kan sebaik-baik perancang. Jika dia dah pilih aku untuk lahirkan kembar. Aku akan usaha yang terbaik buat anak-anak aku," ujarnya dengan senang hati.
"Aku doakan yang terbaik buat kau," ucap Della.
"Terima kasih. Aku juga doakan semoga majlis kau dan Reza berjalan lancar."
"Amin. Alhamdulillah majlis untuk hari ni dah selesai."
"Alhamdulillah. Aku minta diri dulu," ujar Haura lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Hati-hati memandu," pesan Della.
"InsyaAllah," balas Fateh lalu memandang Reza. "Encik tunang bila nak balik. Ingat belum halal lagi," usik Fateh lalu menghidupkan enjin kereta.
"Sekejap lagi aku balik lah," balas Reza.
"Jumpa esok. Assalamualaikum," ujar Fateh lalu memandu keretanya meninggalkan kawasan rumah Della.
"Waalaikumussalam," jawab Reza dan Della serentak. Mereka melambaikan tangan kepada Haura dan Fateh yang telah berlalu pergi.
"YA ALLAH, permudahkanlah urusan kami. Berkatilah rumah tangga kami. Jauhilah kami daripada sikap dengki dan busuk hati. Lindungilah kami di mana jua kamu berada. Satukanlah hati kami suami isteri buat selamanya. Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami memohon. Amin."
"Amin." Haura mencium tangan Fateh setelah selesai menunaikan solat subuh.
"Sayang ada nak ke mana ke hari ni?" Soal Fateh setelah melipat sejadah.
"Tak ada. Ingat nak rehat kat rumah aje," balas Haura lalu duduk di atas tilam. "Kenapa?"
"Along call nak buat makan-makan sikit. Dia ajak kita balik rumah umi."
"Abang tak on call ke hari ni?"
"Tak. Abang pun plan nak rehat aje hari ni," balas Fateh lalu duduk disebelah Haura. "Baby papa apa khabar?" Soalnya sambil mengusap perut Haura yang semakin membesar.
"Baik. Dia dah mula menendang."
"Abang tak rasa pun," kata Fateh. Lama dia memegang perut Haura. Dia juga teringin merasai tendangan bayi di dalam kandungan isterinya.
"Sekarang tak. Sayang baru perasan baby dah mula bergerak. Tapi bukan selalu. Rasa pun perlahan aje," jelas Haura sambil mengusap perutnya.
"Besar perut sayang," tegur Fateh apabila mula perasan akan perut Haura. Saiz perut Haura tidak sama dengan usia kandungannya. Dia juga pernah belajar dalam bahagian kandungan sebelum ditukarkan kepada bidang yang diminatinya.
"Abang rasa kenapa?"
"Entahlah. Takkan saiz baby besar pulak?" Ujarnya Hairan.
Haura senyum. Dia mengingati kata-kata Della. "Seandainya ada dua macam mana?"
"Dua? Maksud sayang kembar?"
Haura angguk. "Ya."
"Mustahillah. Abang mana ada keturunan kembar."
"Tapi kita tak tahu apa yang Allah nak bagi kan?"
"Betul. Tapi abang tak terfikir pulak," balas Fateh lalu merangkul pinggang Haura. Telinga Haura digigit manja.
"Janganlah," tegur Haura sambil menepis tangan Fateh yang mula mengeletek badannya. "Kata nak pergi rumah umi."
Tubuh Haura ditolak ke atas tilam. "Bagilah abang peluk sayang sepuasnya dulu." Fateh merancang mahu menghabiskan masa bersama isterinya pada hari ini. Namun, dia juga harus menjaga hati kedua ibu bapanya. Sudah lama dia tidak menziarahi mereka di kampung.
"Semalam tak puas lagi ke?" Soal Haura sambil menahan ketawa kecil mengingati memori indah mereka semalam.
"Tak," balas Fateh lalu mencium leher Haura.
Haura ketawa geli. "Abang," dia cuba menolak Fateh dengan perlahan.
"Sayang diam sekejap," pinta Fateh lalu memeluk erat tubuh Haura buat seketika. Bukan selalu dia dapat meluangkan masa dengan isterinya sejak kembali bekerja. Kadang-kadang pagi baru pulang. Haura sudah lena dibuai mimpi ketika kepulangannya daripada tempat kerja.
"Love you sayang," ucap Fateh setelah hampir setengah jam berlalu.
"Love you too, abang," balas Haura lalu mencium bibir Fateh.
"Sayang bersiaplah. Abang panaskan enjin kereta dulu," kata Fateh lalu bangkit daripada pembaringannya.
"Okey abang."
"AYAH NGAH dan sampai umi," ujar Khaira dengan perasaan teruja melihat bapa saudaranya sudah tiba dihadapan rumah. Dia berlari mendapatkan Fateh.
"Khaira!" Marah Kamal apabila anaknya berlari tanpa memakai selipar.
"Kenapa tak pakai selipar?" Tegur Fateh lalu mengangkat Khaira ke arah pili air untuk mencuci kakinya sebelum masuk ke dalam rumah.
"Angah rindu dekat Ayah ngah tau," balas Khaira lalu memeluk tubuh Fateh. Khaira anak saudaranya yang paling manja. Tidak seperti kakaknya Khalisa.
"Rindu dia tu macam bertahun tak jumpa dengan Ayah Ngah," kata Farah.
"Biasalah budak kak long," ujar Haura lalu melangkah masuk ke dalam rumah. "Umi mana?"
"Ada kat dapur," ujar Farah lalu melangkah ke arah dapur. "Haura dah berapa bulan?"
"Alhamdulillah dah empat bulan," balas Haura lalu meletakkan buah tangan yang dibelinya dinatas kabinet dapur.
"Sekejap aje masa kan. Lagi lima bulan meriahlah rumah ni dengan suara baby baru."
"Iya Kak Long. Haura pun rasa berdebar-debar pulak tunggu kelahiran baby ni."
"Setiap insan yang bakal bergelar ibu memang akan berasa begitu. Kak Long dulu pun begitu jugak. Bukan sekadar anak pertama aje. Anak-anak lain pun ada terasa debarannya."
"InsyaAllah lepas ni giliran Kak Long pulak. Betul tak umi," ujar Haura lalu mendekati Puan Fatimah yang sedang mengupas kulit nenas.
"Amin," balas Puan Fatimah. "Haura jangan makan nenas tau."
Haura angguk. Walaupun dia mudah terliur dengan semua jenis buah. Namun larangan ibu demi kandungannya dia akur.
"Hisy along tak larat dah umi. Alhamdulillah tiga orang ni pun dah habis kesabaran dibuatnya."
"Along mudah lagilah. Apa salahnya tambah lagi anak sorang," celah Haji Shafie yang baru tiba dihadapan pintu dapur. Dia meletakkan satu plastik makanan diatas meja.
"Abah pun sama menyokong aje kerja dia."
"Betul apa yang abah cakap sayang. Khairan pun dah enam tahun. Dia dah cukup besar untuk jadi abang," ujar Kamal pula.
Farah menyiku lengan Kamal. "Abanglah yang beranak."
"Eh bagus apa lau along beranak lagi. Rasulullah pun suka umatnya ramai," ujar Fateh lalu melabuhkan punggung diata kerusi.
"Bencilah. Semua doakan along mengandung pulak."
"Adik tak menyokong okey," celah Fahim sambil menikmati roti canai yang baru dibeli oleh Haji Shafie.
"Kau pun samalah."
"Eh kita tak cakap apa-apa pun kena marah?"
Mereka ketawa bersama-sama. Suka mengusik Farah. Suasana riuh dengan suara anak dan cucu di rumah Haji Shafie. Mereka memasak juadah untuk dijamu pada tengah hari bersama-sama. Mereka berkumpul satu keluarga bagi mengeratkan lagi silaturahim. Bukan selalu dapat meluangkan masa bersama. Terutama bagi Fateh yang terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor.