"Abang nak bawa sayang ke mana ni?" Soal Syaza apabila perlu berjalan dalam gelap kerana Nazrul menutup matanya dengan kain.
"Sabarlah. Sayang jalan perlahan-lahan."
Setiba dihadapan pagar rumah yang baru dibelinya. Dia melepaskan ikatan kain pada mata Syaza. "Surprise!"
"Rumah siapa ni?"
"Rumah kita."
Syaza senyum. Sebelum ini mereka menyewa setelah baru berkahwin. Kini dia telah memiliki rumah sendiri. "Betul ke abang?"
Nazrul menganggukkan kepalanya. "Masuklah," ujarnya lalu membuka pintu pagar.
"Cantik. Tapi rumah ni dah berpunya kan?"
"Memang abang beli rumah yang bank lelong. Maaflah abang tak dapat nak beli rumah yang baru dibina," jelas Nazrul lalu membuka pintu rumah.
"It's okay, abang. Rumah ni pun dah dikira cantik dan selesa."
"Abang dah renovate rumah ni."
"Sebab siapkan rumah ni ke abang tak dapat datang selalu jumpa sayang?"
Nazrul angguk. Tubuh Syaza dirangkulnya. "Abang ikhlas nak perbaiki hubungan kita. Jadi abang rasa rumah ini penting bagi kita mulakan hidup baru."
Terharu Syaza mendengarnya. Air mata mula ingin menitis. "Terima kasih abang."
"Jangalah menangis," ujar Nazrul lalu mengesat air mata Syaza dengan hujung jarinya. Dia membawa tubuh Syaza ke dalam pelukannya.
"I love you so much."
"I love you more than that. InsyaAllah lepas sayang dah sihat nanti, kita pergi honeymoon."
Syaza senyum. Dia menumbuk dada Nazrul. "Dah lama kahwin baru nak pergi honeymoon."
Nazrul mencuit hidung Syaza. "Lama atau baru, abang nak bawa sayang pergi bercuti. Manalah tahu boleh tambah baby lagi," usiknya.
Wajah Syaza mula kemerahan mendengarnya. "Tapi abang tahu kan keadaan sayang?"
Nazrul angguk. Syaza baru sahaja sembuh selepas mengalami keguguran. Doktor tidak menyarankan dia mengandung lagi dalam masa terdekat. Syaza perlu berehat sekurangnya setahun sebelum mengandung lagi. Kesihatan Syaza agak membimbangkan jika dia mengandung lagi dalam masa terdekat.
Nazrul meleraikan pelukan. Tangan Syaza diraih lalu diciumnya. "Abang minta maaf. Abang janji akan jaga sayang sebaiknya mulai sekarang dan selamanya."
"Terima kasih abang," ujar Syaza lalu memeluk Nazrul. Kini, dia yakin lelaki itu tulus mencintainya.
"TAHNIAH. Puan mengandung anak kembar," ujar Doktor Ilya yang merawat Haura.
Kata-kata Doktor Ilya masih terngiang-ngiang di telinganya. Haura mengusap perutnya sambil tersenyum. Dia sedang menunggu gilirannya untuk mengambil ubat yang disarankan oleh doktor bagi memastikan bayinya berada dalam keadaan sihat.
Ya Allah, terima kasih atas kurniaan-Mu ini. Akan ku jaga sebaiknya anak-anak kiriman daripada-Mu. Semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah. Permudahkanlah segala urusanku sepanjang kehamilan ini sehingga melahirkan bayi-bayiku ini. Amin, doa Haura di dalam hati.
"Haura Fathonah!"
"Saya," ujar Haura menyahut panggilan pengawai farmasi.
"Ini ubat puan. Makan sebiji sehari."
"Doktor pesan suruh ambil dua biji."
"Boleh."
"Okey. Terima kasih," balas Haura lalu memasukan ubat ke dalam beg. Dia kembali duduk di atas kerusi. Telefon bimbit diambil lalu menghubungi Fateh.
JAM menunjukkan angka 12.00 tengah hari. Fail pesakit diletakkan kembali di atas meja. "Saya dah buat pemeriksaan. Boleh siapkan discaj note."
"Baik doktor," balas Zana.
Fateh melangkah keluar daripada Wad Kenanga. Dia melambaikan tangan kepada Reza yang berada tidak jauh daripada Lift.
"Sejak bertunang susah betul nak jumpa kau kan," usik Fateh.
Reza senyum. "Mana ada. Aku kerja macam biasa aje. Kau aje yang tak perasan."
"Hmm... Yelah tu."
"Nak turun lunch ke?"
Fateh angguk. "Plannya begitulah. Sementara free."
"Okey jomlah lunch sama."
"Okey."
Kring! Kring! Kring!
"Wife call ke?"
Fateh angguk. Dia segera melangkah masuk ke dalam lift. "Assalamualaikum, sayang."
"Hello, abang?"
"Ya, abang dengar ni sayang?"
"Dalam lift manalah ada line," tegur Reza.
Fateh menepuk dahinya. "Hello, sayang dengar tak?"
"Tak jelaslah. Sayang call semula lah," balas Haura dihujung talian.
"Hello. Sayang?" Fateh mengeluh apabila panggilan telah terputus.
"Baru pukul dua belas takkan dah rindu kot?" Usik Reza.
"Rindu setiap masa tau. Bila kau dah kahwin nanti baru kau akan faham perasaan aku," kata Fateh sambil tersenyum. Lambat pula lift ingin sampai ke tingkat bawah kerana berhenti pada setiap tingkat. Ada saja orang yang ingin menggunakan lift disaat dia mengejar masa.
"Hmm... Tak tahulah aku macam mana nanti. Agaknya sebulan cuti kerja," seloroh Reza.
"Amboi lamanya cuti."
"Eh, kau dulu cuti lama boleh? Takkan giliran aku tak boleh pulak."
"Aku lain. Kes aku lain tak sama macam kau."
"Tetap sama. Kau cuti nak rehat. Tapi last-last kau kahwin. Kira kau sambung cuti kahwin teruslah kan."
"Ikut suka hati kaulah nak cuti lama mana Reza. Hak kau kan," balas Fateh lalu melangkah keluar dari dalam lift. Tanpa membuang masa dia segera menghubungi Haura. "Kau ke kafe dululah nanti aku ke sana," pesan Fateh.
"Okey," balas Reza lalu meninggalkan Fateh.
"Assalamualaikum abang," ucap Haura dengan nada yang ceria dihujung talian.
Lega hati Fateh dapat mendengar suara Haura dengan jelas. "Waalaikumussalam. Ada apa sayang call?"
"Cuba teka sayang ada di mana sekarang?"
Fateh mengerutkan keningnya. "Sayang ada kat rumah?"
"Salah," balas Haura dengan nada kecewa. "Abang dah lupa apa yang sayang beritahu semalam?"
"Lupa apa?"
"Hari ni kan sayang ada temu janji dengan doktor untuk pemeriksaan kandungan," jelas Haura.
"Aaalah. Maaflah abang lupa. Sayang ada kat priba lagi ke?"
"Sayang nak balik dah ni. Tapi nak jumpa abang sekejap. Sayang ada good news nak sampaikan," jelas Haura dengan nada yang ceria.
"Cakaplah apa tu?" Soal Fateh tidak sabar ingin mengetahuinya.
"Jumpalah sayang dulu. Sayang dah nak sampai depan pintu utama hospital ni."
"Okey. Abang pun ada kat bawah ni. Tadi ingat nak pergi lunch dengan Reza."
"Jomlah lunch dengan sayang."
"Okey."
Pon!!!!
"Arrrrggghhh!!!!"
"Sayang?" Cemas Fateh apabila mendengar suara Haura menjerit. Dia pantas mengatur langkah keluar daripada lobi hospital. Kelihatan Haura berada tidak jauh dari tempatnya berdiri. Namun, ada satu agenda yang tidak menyenangkan hatinya ketika ini. Entah mengapa kakinya menjadi berat untuk menghampiri Haura. Akhirnya dia berlalu meninggalkan kawasan itu dengan hati yang terguris setelah melihat Haura berpelukan dengan lelaki lain.
HAURA melangkah keluar dari Hospital ibu dan anak setelah membuat pemeriksaan. Panggilan telefon berbunyi. Dia segera menjawabnya. Langkahnya diatur ke arah bangunan Hospital dihadapannya. Niatnya ingin menemui Fateh sebelum pulang ke rumah.
"Sayang ada good news nak sampaikan," jelas Haura dengan nada yang ceria.
"Cakaplah apa tu?" Soal Fateh tidak sabar ingin mengetahuinya.
"Jumpalah sayang dulu. Sayang dah nak sampai depan pintu utama hospital ni."
"Okey. Abang pun ada kat bawah ni. Tadi ingat nak pergi lunch dengan Reza."
"Jomlah lunch dengan sayang."
"Okey."
Pon!!!!
"Arrrrggghhh!!!!" Jerit Haura terkejut mendengar sebuah kereta membunyikan hon kepadanya. Imbangan badannya mula hilang. Kakinya terpelesek kerana terkejut.
Ya Allah dugaan apakah ini. Selamatkankah anak-anakku, doa Haura di dalam hati apabila tubuhnya ingin jatuh ke tanah.
"Fat," panggil Nazrul setelah berjaya membantu Haura daripada jatuh.
Haura membuka matanya apabila merasakan ada seseorang menyambut badannya daripada jatuh. Haura terkejut melihat Nazrul dihadapannya. Dia membetulkan kedudukannya. Kakinya mula berasa sakit. "Terima kasih."
"Telefon," ujar Nazrul sambil menghulurkan telefon Haura yang baru diambilnya dari atas tanah.
"Thanks," balas Haura. Dia berterima kasih dengan Nazrul kerana telah membantunya sebentar tadi. Dia hampir hilang nyawa akibat terkejut. Perutnya diusap perlahan. Dia bimbang akan keselamatan anak-anaknya.
"Hati-hati bila berjalan. Fat kan mengandung," tegur Nazrul.
"Terima kasih Naz," balas Haura. Dia menarik nafas lega. Dia melangkah perlahan-lahan dengan bantuan Nazrul. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan.
"Okey tak?" Soal Nazrul lalu memegang kaki Haura.
Haura menarik kakinya. "Tak apa Naz. Saya minta Fateh periksa nanti," ujarnya perlahan. Dia tidak mahu berhutang budi lagi dengan Nazrul. Baginya cukuplah sekali Nazrul membantunya.
"Betul ni? Naz panggilkan nurse nak?"
Haura gelengkan kepalanya. "Tak perlu. Sikit aje. Terima kasih tolong tadi."
"Sama-sama. Fat buat apa di sini?" Soal Nazrul.
"Haura."
"Eh lupa," balas Nazrul lalu menggaru kepalanya. Dia sudah terbiasa dengan nama itu. "Maaf Naz lupa?"
"Naz buat apa kat sini?"
"Naz datang dengan Syaza. Dia ada kat atas tengah buat pemeriksaan dengan doktor," jelas Nazrul.
"Kenapa dengan Syaza?" Soal Haura ingin tahu.
"Buat rawatan selepas keguguran hari tu."
"Owh. Sekarang dia dah sihat ke?"
"Dalam fasa pemulihan lagi. InsyaAllah minggu depan dah boleh start kerja balik."
"Okey. Naz pergilah jumpa Syaza. Saya tengah tunggu Fateh," jelas Haura. Dia mula berasa kekok apabila berhadapan dengan bekas tunang.
"Naz pergi dulu. Jangan lupa dapatkan rawatan," pesan Nazrul sebelum berlalu pergi.
Jam pada pergelangan tangan dilihat. Haura memandang sekeliling mencari bayangan Fateh. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Fateh. Namun panggilannya tidak dijawab. Dia mengeluh kecil. Kakinya yang berasa sakit diurut perlahan.
"Mana pulak abang ni?" Omel Haura apabila panggilannya tidak dijawab.
Haura mengeluh berat. Dia tidak kuat untuk berjalan apabila kakinya mula berdenyut. Dia yakin kakinya telah terseliuh kerana terkejut tadi. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan."
"Kenapa abang tak jawab call?" Keluhnya lagi.
Haura berusaha bangkit dari tempat duduknya. Tanpa membuang masa dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kereta yang diparkirkan tidak jauh dari situ. Dia kecewa kerana Fateh tidak datang menemuinya ketika ini. Dia memandu kereta meninggalkan kawasan hospital dengan hati yang kecewa dengan sikap suaminya.