Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,509
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Ridzal Iman Bin Johari, bukanlah asing lagi pada penduduk sebuah kampung di Teluk Intan, Perak di situ. Ada sahaja mulut-mulut jahat mengatakan, “Budak pandai tapi malas belajar”. Masyarakat hanya suka mengejek setiap kelemahan orang lain. Sedangkan mereka tidak ambil kisah tentang anak yatim, Ridzal Iman serta adik perempuannya, Rosnani. Kedua beradik ini telah kematian bapanya semenjak,Ridzal Iman berumur 10 tahun, manakala adik perempuannya berusia 5 tahun.

 

“Ini nasi lemak sambal bilis, ini pula nasi lemak sambal ayam. Kerang… maaf mak cik.Kerang takde hari ni” beritahu, Ridzal Iman pada seorang wanita seusia ibunya semasa membeli nasi lemak yang dijaja oleh, Ridzal Iman.

“Takpelah. Bungkuskan mak cik nasi sambal bilis ni 5 bungkus” arah wanita tersebut.Ridzal Iman hanya turutkan sahaja apa yang diminta oleh pelanggannya.

“Mak kamu tak datang berniaga ke hari ni, Iman” tanya pula pelanggan seterusnya.

“Mak tak datang hari ni mak cik. Ada kerja rumah yang dia nak siapkan” maklum akan,Ridzal kepada wanita di hadapannya kini.

“Oh...ye tak ye juga, adik kamu, Nani tu… ada dekat maktab perguruan kan, sekarang? Untunglah si, Nani tu nanti… untung-untung dapat kerja cikgu nanti. Taklah berniaga nasi lemak macam kamu ni je”.

Ridzal Iman, seakan kalah dengan kata-kata itu. Kalah apabila tidak tahu lagi untuk menepis mulut-mulut jahat yang selalu perlekehkan keadaan dirinya. Ridzal Iman hanya mebalas kata- kata itu dengan senyuman kelat.

“Hina sangat ke aku ni? Menjaja nasi lemak pagi-pagi. Hina ye pada mata kau orang?”sungut, Ridzal Iman seorang diri semasa tiada lagi pelanggan di hadapnnya ketika ini.

Bercampur baur perasaannya ketika ini. Rasa seperti seorang yang dah tewas dalam hidup.Rasa seolah tiada lagi masa depan yang lebih baik di hadapan jalan hidupnya.Bila perasaan itu datang menerjah pada diri, Ridzal Iman sangat merasa tiada semangat dalam diri.

“Pon…pon” Kedengaran hon dari sebuah motorsikal di hadapannya. Apabila mendongak kepala, terlihat akan, Zarul di hadapan.

“Kau, Zarul? Ni pagi-pagi datang ni, rindu nasi lemak mak aku ke?” mesra sahaja sapaan, Ridzal Iman kepada sahabat baiknya.

“Aku saje je datang sini. Aku rindu kau sebenarnya, untung-untung dapat nasi lemak free” jawab, Zarul atas sapaan mesra sahabatnya itu. Zarul kini turun dari motorsikal dan duduk di  kerusi bersebelahan, Ridzal Iman.

Manis sahaja raut wajah, Ridzal Iman memberikan senyuman kepada Zarul. “Kau cuti ke hari ni?” tanya, Ridzal Iman.

“ye…aku cuti. Ada hal sikit dengan mak ayah aku” jawab, Zarul sambil menyuapkan kuih karipap yang turut di jual oleh, Ridzal Iman.

“Apa? Ada hal dengan mak ayah kau? Kau nak kahwin ke… apa ni, Zarul” teka, Ridzal Iman terhadap kata-kata sahabatnya itu.

Zarul hanya tersenyum sambil mengerdipkan mata tanda mengiyakan apa yang telah diteka oleh, Ridzal Iman.

“Alhamdulillah,Zarul! Muda-muda… dah nak naik pelamin”. “Apa pulak muda? Umur kita ni dah 30,Iman!” bidas, Zarul terhadap ucapan, Ridzal Iman.

“Untunglah kau, Zarul. Aku ni… jangan cakap kahwin, kerja pun takde. Harap tumpang makan untung nasi lemak mak aku ni je” keluh pula, Ridzal Iman.

“Ala…niaga macam ni pun okey, Iman. Cuma kau kena pasarkan lebih dari apa yang kaubuat sekarang ni. Cuba kau masuk dalam FB ke, atau kau ubah cara marketing kau” Zarul cuba beri semangat pada sahabat baiknya itu.

“Kau cakap mudahlah, Zarul. Kau tak lalui apa yang aku lalui sekarang. Nampak mudah,jual dekat orang, ambil duit, kira modal, dan… untungnya? Cukup-cukup untuk kami sekeluarga je. Aku ni fikir macam-macam” luah, Ridzal Iman kepada, Zarul.

Zarul hanya memandang kelat pada raut wajah, Ridzal Iman. Dilihatnya akan sesekali,Ridzal iman akan menghalau lalat yang mahu hinggap pada makanan yang dijaja.

“Apa yang kau fikir? Share je dengan aku”pujuk, Zarul sambil memegang bahu, Ridzal Iman yang masih duduk di sebelahnya.

“Aku mahu tak banyak, Zarul. Kalau boleh aku nak mak aku, henti jual nasi lemak ni. Aku nak cukupkan pakai… makan minum… adik dengan mak aku. Tapi, aku rasa aku tak guna. Umur dah 30, kerja tetap takde. Ye…memang aku niaga nasi lemak. Tapi, tak bawak aku kemana pun, Zarul” Ridzal Iman menyatakan apa yang terbuku di dada.Tapi, tidak semua hasratnya dinyatakan pada sahabat baiknya itu.

“Aku nak tolong pun…aku pun kerja dengan orang. Jawatan kosong pulak ada…tapi tak layak pula dengan kau. Aku harap kau usaha lebih lagi, doa, dan akhir sekali tawakal” pujuk, Zarul lagi.

“Kadang aku sedih dengan hidup aku ni. Minta kerja dah berpuluh. Bukan berpuluh lagi dah. Aku rasa dah beratus aku minta. Kerajaan…swasta, semua aku minta. Tapi takde satu pun yang lekat. Bila interview pulak, tak habis-habis tanya pengalaman. Mana aku nak cari pengalaman kalau kerja dia orang taknak kasi dekat aku. Takkan aku nak bagitahu dia orang pengalaman aku kait daun pisang dan jual nasi lemak” keluh, Ridzal Iman seakan geram pada intonasi suaranya.

 

Kini,Zarul membantu, Ridzal Iman berniaga selepas ada beberapa pelanggan datang menyinggah pada jualan.

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia