SINOPSIS
Ridzal Iman seorang anak kampung kelahiran negeri, Perak Darul Ridzwan. Tidak punya harta yang berbukit, tidak punya rumah yang agam bagai istana dan tidak juga mempunyai kereta mewah. Tapi kemawahan yang dia miliki adalah dengan limpah kasih dari seorang ibu iaitu, Puan Rosmah.
Bukan malas mahupun hanya melepaskan batuk di tangga untuk mencari rezeki, Ridzal Iman terhalang oleh cita-cita hanya kerana keperitan hidup mereka sekeluarga. Ridzal Iman akur dan mahu bangkit dari kegagalan matlamat hidupnya sebelum ini.
Nurdini merupakan cinta pertama Ridzal Iman. Nurdini memiliki wajah cantik, seorang anak kepada ketua kampung yang turut disegani oleh masyarakat disitu. Tetapi cinta mereka tidak dijulang tinggi oleh keluarga kerana darjat. Mereka mengambil keputusan untuk membuat pilihan mereka sendiri.
Pilihan untuk berkahwin tanpa restu, pilihan untuk meneroka alam rumahtangga. Mereka tidakpeduli keperitan mahupun kesenangan yang mereka akan hadapi kelak. Dari sinilah mereka menggorak apa yang mereka lakukan dan segalanya harus mereka bina dan cipta demi penyatuaan yang dibina.
“Jelmaan rindu hadir tanpa dipinta, jelmaanrindu tetap setia walau tidak lagi dicinta, jelmaan rindu hadir tatkala ditakdirkan berdua”