Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,496
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Perkenalan mereka bermula dengan sahabat. Sekarang ini antara mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain. Sudah tiga bulan fasa perkenalan mereka. Nurdini sekarang ini telah kembali ke universiti untuk meneruskan pengajian  setelah tamatnya cuti semester. Begitujuga dengan, Rosnani kembali pulang  ke Kedah bagi melengkapkan pengajiannya.

 

Ridzal Iman ketika ini sedang menunggang motosikal untuk kembali pulang ke kediaman.Ridzal Iman tidak pula berkerja hari ini, kerana cuti.

Membawa masuk daun-daun pisang yang diambil olenya dan duduk pada kerusi di dapur. Puan Rosmah yang sedang mengupas bawang, hanya memandang gerak geri anaknya, Ridzal Iman.

“Mak perasan dengan perubahan kamu ni, Iman. Asyik tak berenggang dengan telefon tu.Dengan siapa kamu mesej tu?” tanya, Puan Rosmah yang sedar akan sikap, Ridzal Iman yang asyik memegang telefon bimbit.

“Takde siapalah mak, kawan je” jawab, Ridzal Iman yang masih tidak lekang dengan telefon bimbit miliknya.

“Kawan lelaki ke perempuan?” tanya, Puan Rosmah.

Tersentak,Ridal Iman tatkala mendengar pertanyaan dari ibunya, Puan Rosmah.

Ridzal Iman ketika ini hanya memandang wajah, Puan Rosmah, lantas memberikan senyuman.

Puan Rosmah memandang senyuman di bibir, Ridzal Iman. “Tak lama lagi mak akan dapat menantu lah ye? Ceritalah dekat mak… siapa namanya, orang mana, berapa umurnya…?”Pun Rosmah terus meneka perihal perubahan sikap anaknya semenjak kini.

“Merepeklah mak ni. Takde siapa-siapa pun. Kalau ada… nanti, Iman kongsi cerita dengan mak”.

Setelahmendengar penjelasan, Ridzal Iman, Puan Rosmah hanya tersenyum sambil meneruskan mengupas kulit bawang.

 

 

Nurdini asyik tersenyum di meja belajar dalam bilik hostel. Buku di atas meja manakala sebatang pen di sisi buku tidak pula dihiraukan. Tingkahlaku, Nurdini diperhati oleh rakan biliknya iaitu, Amy.

“Dini?Kau ni asyik tersengih je. Kau terbayang kekasih hati ye?” tegur, Amy yang sedang berbaring diatas katil sambil membaca novel.

“Agak kau?”tanya, Nurdini sambil memandang kearah, Amy.

“Dari segi lagak gaya kau ni… aku nampak macam kau gila bayang. Tapi sejak bila kau pandai layan kisah cintan cintun ni? Eh, Dini… kau bercinta dengan siapa ha?Zachry ke?” kata, Amy sambil merebahkan novel yang dibaca tadi di atas dadanya.

“Ish! Merepeklah kau! Takkanlah si, Zachry tu? Taknak lah aku! Dah lah buaya! Macam dah takde lelaki lain dalam dunia ni kalau aku bercinta dengan dia” balas,Nurdini yang kini bangun dari tempat duduk untuk mengemas buku-buku diatas meja belajar.

“Habistu dengan siapa? Abang senior?Ke…pensyarah dekat sini?” teka, Amy lagi sambil tersenyum.

“Takde maknalah aku bercinta. Aku kawan-kawan je” jawab, Nurdini yang masih menyusun kemas buku-buku di atas mejanya.

“Oh…jadi betullah, orang universiti ni?” teka, Amy lagi yang ingin tahu.

“Taklah.Bukan orang sini. Dan… bukan orang KL, dia… budak kampung aku” maklum, Nurdini kepada, Amy

Amy kini tertarik pada perceritaan, Nurdini dan ingin lebih tahu lagi. Lantas, Amy bangun dari katil dan menuju ke kerusi bersebelahan, Nurdini. Nurdini hanya memandang gerak geri, Amy yang datang ke arahnya.

“Wah…kampung boy lah ni?!” usik, Amy pula.

“Ye,budak kampung aku. Dia sangatlah humble.Aku suka dia. Tapi kau jangan salah sangka pulak! Aku dengan dia masih dalam fasa mengenal antara satu sama lain” cerita, Nurdini yang telah berhenti darimengemas buku-buku di meja.

“Oh…mesti kau orang kenal dekat… rumah orang kahwin. Lepastu… main mata… lepastu kejar-kejar… lepastu… pas-pas nombor telefon, kan??!” teka, Amy seakan mengusik sahabat baiknya, Nurdini. Mereka ketawa bersama.

 

“Awak masak menu ni je hari ini” kata, Haji Saari kepada isterinya setelah melihat apa yang terhidang di atas meja makan hanyalah ikan goreng bersama sambal belacan.

“Ye.Masak ini je” jawab, Hajjah Sofiah sambil meletakkan seeokor ikan goreng dipinggan suami.

“Punyalah banyak saya beli lauk untuk awak masak. Ada ayam, ketam, udang. Kenapa tak masak je? Rungut, Haji Saari yang mula menyentuh nasi di pinggan.

“Saya ni jadi malas nak masak. Asyik terfikirkan, Dini” sungut, Hajjah Sofiah sambil memerikan pula air kepada, Haji Saari.

“Yang fikir pasal, Dini tu dah kenapa? Budak tu elok-elok pergi belajar. Bukannya dia sedang berperang” kata, Haji Saari kepada isterinya.

“Ish,ke situ pulak awak ni. Saya ni terfikir… dengan siapalah, Dini tu berkawan. Ada boyfriend ke tidak. Kalau ada boyfriend, ha…macamana pulak budak lelakitu? Siapa budak lelaki tu? Okey ke tidak. Jangan dia cari macam budak, Iman tu sudah!Lepastu jangan dicari macam setengah budak kampung ni, asyik merempit jemalam-malam” bebel, Hajjah Sofiah kepada pertanyaan, Haji Saari.

“Dia dah besar, Sofiah! Tahulah dia beza baik buruk untuk masa depan dia”  Haji Saari memulakan  suapan nasi ketika ini. Hajjah sofiah pulatidak mula menjamah. Hanya digaul perlahan nasi di dalam pinggan.

 

 

“Nani,kalau nak hadiah dekat orang perempuan, nak bagi hadiap apa ye?” bercakap,Ridzal Iman dengan, Rosnani melalui panggilan telefon.

“Hadiah dekat perempuan? Dekat siapa abang? Nak kata bagi dekat, Nani… hari lahir, Nani lambat lagi. Ha, hari jadi mak pun lambat lagi. Abang nak bagi hadiah dekat kekasih hati ke?” tanya, Nani yang tidak terus menjawab pertanyaan abangnya,Ridzal Iman.

“Kawan abang. Birthday dia”jawab Ridzal Imanyang berada di dalam bilik stor tempat kerja.

“Em…kawan yang macamana tu, abang? Kawan baik ke… kawan gitu-gitu ke?” tanya, Rosnani lagi dengan tawa kecil.

“Ish,macam-macamlah. Jawab jelah apa yang abang tanya” marah, Ridzal Iman apabila pertanyaannya tidak dijawab pula oleh, Rosnani.

“Yelah…abang bagilah, kain pasang ke… tudung ke… jam ke… ataupun cincin. Cepat sikit,Nani dapat akak ipar” jawapan yang diberikan, Rosnani disertakan dengan usikan.

Ridzal Iman dan Rosnani menamatkan panggilan telefon ketika ini. Ridzal Iman kembali menyimpantelefon bimbit di dalam kocek seluar. Memikir akan dirinya seorang diri sambil menyusun kertas-kertas di rak yang disediakan.

“Tudung?Kain? Cincin??” soal kembali, Ridzal Iman pada diri sendiri.

 

Kini,Selepas pulang dari tempat kerja, Ridzal Iman singgah di sebuah pusat membeli belah. Dia mencari barang yang boleh dihadiahkan buat, Nurdini.

Melihat satu persatu kain pasang yang digantung. Kini, kain yang bercorak songketberwarna ungu menjadi pilihan, Ridzal Iman untuk dihadiahkan buat gadis cantikbernama, Nurdini. Lantas menyuruh pembantu kedai mengambil kain tersebut danRidzal Iman membayar harga kain itu di kaunter.

Mencari sesuatu pula di kedai cendera hati. Anak patung beruang yang bersaiz kecil diambil, juga kotak hadiah turut dipilih. Semuanya khas buat, Nurdini.  Dicapai pula kad cantik untuk dicoret ucapan istimewa ditarikh harijadi , Nurdini.

 

Pagi ini, Ridzal Iman memandu kereta produa viva berwarna hijau miliknya dan menuju pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan, Nurdini.

Menunggu, Nurdini di dalam kampus, Universiti Malaya. Tidak beberapa lama kemudian,muncul, Nurdini yang cantik memakai dress labuh berwarna hijau seta tudung berwarna coklat lembut.

“Assalamualaikum…ucap, Nurdini saat masuk ke dalam perut kereta, Ridzal Iman.

“Waalaikumussalam”jawab, Ridzal Iman pada salam diberi.

 

Sebelum bermula pemanduan, Ridzal Iman mencapai hadiah yang dibawa serta menghulurkannya kepada, Nurdini. Jambangan bunga mawar merah cantik dihias kertas berwarna putih turut diberikan olehnya. “Happy birthday, Dini. I hopeall your birthday wishes and dreams come true” ucap, Ridzal Iman tatkala menghulurkan hadiah kepada, Nurdini.

“Ya Allah, Iman. Buat susah-susah je. Awak tak bagi hadiah dengan bunga ni pun takapa. Cukuplah dengan awak datang jumpa saya” kata, Nurdini yang merasa terharu akan tindakan, Ridzal Iman kepadanya.

 

Mereka menuju ke sebuah restoran. Mengambil sepotong kek kepada, Nurdini dengan tulisan selamat hari jadi.

“Harini… selain harijadi saya… hari ni hari apa?” tanya, Nurdini kepada, Ridzal Iman.

“Ahad”jawab ringkas, Ridzal Iman.

“Saya tahu hari ini ahad. Iman, hari ini genap setahun perkenalan kita” maklum,Nurdini sambil memandang raut wajah. Ridzal Iman.

“Oh…dah setahu kita kenal? Tak sedar masa bergerak” kata pula, Ridzal Iman.

“Tadeke perasaan asing yang wujud dalam hati awak, Iman?” tanya, Nurdini serius.

Ridzal Iman, mendengus perlahan. Memandang akan seluruh raut wajah, Nurdini ketika ini.

“Saya takut dengan perasaan saya sendiri saya, Dini” beritahu, Ridzal Iman sambil tunduk melihat makanan di pinggan yang belum habis dijamah.

“Tapi kenapa? Kita berhubung, kita berjumpa, awak layan saya macamni, awak ingat tarikh istimewa saya, awak akan dera hati saya andai awak menafikan perasaan awak sekarang” luah, Nurdini sambil air mata mula bertakung.

“Hati tidak sesekali pernah bergurau dan membuat jenaka, Iman. Saya tak tahu nak sembunyikan rasa hati saya pada awak. Saya tak tahu macamana nak lindung perasaan suka saya pada awak” Nurdini, meneruskan lagi kata-kata ketika ini.

Ridzal Iman memandang anak mata, Nurdini yang mula menakungkan air mata. “awak tahu keadaan saya macamana? Awak tahu pendapatan saya, kerja saya, pendidikan saya sampaitahap mana je? Layak ke saya nak berhadapan dengan keluarga awak, Dini? Layakke saya nak berdepan dengan abah awak, seorang bekas guru? Dan, layakkah sayanak berdepan dengan ahli keluarga awak yang lain? Abang-abang awak yang bekerjapilot dan engineer. Siapa saya kalau nak dibandingkan diri awak dan keluargaawak? Layak ke saya, Dini?”

Pandangan mata, Ridzal Iman dibalasan dengan renungan mata, Nurdini. Perasaan cinta,Nurdini kepada, Ridzal Iman semakin mendalam dan tidak dapat dibendung lagi.Pandangan mata, Nurdini jelas kelihatan menyatakan rasa cintanya kepada, Ridzal Iman.

“Andai awak betul cinta dan sukakan saya, awak masuk meminang saya. Jangan cipta alasan” kata-kata, Nurdini ketika ini membuatkan nafas, Ridzal Iman mahu terhenti.

“Saya cintakan awak, Iman. Sangat-sangatcintakan awak. Tapi… kalau awak terus mahu berselindung tentang perasaan awak pada saya… dipersilakan! Tapi… saya tidak pandai menipu dirisendiri. Andai kata cinta, segala rintanagan, onak duri, kita tempuh bersama. Termasuklah halangan ibubapa” kata-kata berani, Nurdini membuatkan, Ridzal Iman merasa lemah di jiwa.

“Saya juga cintakan awak, Dini” luahan, Ridzal Iman membuatkan air mata, Nurdini tumpah di depan lelaki itu. Air mata cinta tumpah jua akhirnya. Mereka saling memandang  antara satu sama lain.

 

Setelah menghantar, Nurdini pulang ke kampus, Ridzal Iman meluncur keretanya di dalam kesesakan Bandaraya Kuala Lumpur. Dia mahu menuju ke rumah, Zarul. Ridzal Iman  mengambil cuti sehingga esok, dan berpeluanglah dia pergi ke rumah, Zarul dan bermalam di sana sebelum bergerak pulang pada pagi esoknya.

Setelah berkunjung tiba di rumah, Zarul, Ridzal Iman menceritakan segala tentang perasaannya terhadap, Nurdini kepada, Zarul.

“Kalau sebut pasal jodoh, pangkat, pendidikan mahupun harta… semua ni tak payah lagi kau gusarkan. Sekarang ni tugas kau, masuk merisik dan meminang, Dini. Andai ini takdir… mahu kau bersatu dengan ,Dini… takde siapa pun boleh halang kau, Iman.Okay, kau bagitahu aku bila kau nakbawak rombongan merisik,? Aku akan ikut kau” kata-kata semangat dari, Zarul ditujukan kepada teman baiknya, Ridzal Iman. Zarul mendengar segala luahan hatidan permasalahan sahabat baiknya, Ridzal Iman yang memikirkan soal restu orangtua.

Kata-kata dari, Zarul tidak dibalas oleh, Ridzal Iman. Hanya pemandangan mata menjawab segala kata-kata, Zarul.

Sambung,Zarul lagi kini. “Tugas kau sekarang… kau berterus terang dulu dengan mak kau.Cakap hal sebetulnya. Mak kau takkan tolak takdir kau, Iman. Aku kenal mak kau macamana perangainya”.

“Ye…kau kenal sikap mak aku. Sikap mak ayah dia? Kau kenalkan siapa, Haji Saari dan siapa pula, Hajjah Sofiah?” tanya, Ridzal Iman yang merasa kusut terhadap permasalahan kini.

“Tak kisahlah siapa pun dia orang. Dia orang nak bermegah pun, kau tak payah peduli. Raja pun ada yang kahwin dengan rakyat biasa. Apalah sangat kedudukan ketua kampung tu? Kau ambil  kisah pangkat dan kerja besar abang-abang dia ke? Apa… pangkat, gaji besar, kerja bagus, boleh jamin hidup adik dia di kemudian hari nanti ke?!” geram sahaja akan nada suara, Zarul ketika ini apabila mengenangkan perihal sikap keluarga,Haji Saari yang selalu meperlekehkan keadaan keluarga lain yang bertaraf rendah berbanding mereka.

Apa yang diutarakan oleh, Zarul ada betulnya. Ridzal Iman kini akur dengan keyakinan yang diberikan, Zarul. Tugas, Ridzal Iman adalah pulang pada keesokan pagi dan bercerita hal sebenar kepada ibunya, Puan Rosmah.

“Dah…jom keluar makan. Aku belanja. Bagi semangat sikit jiwa kau tu” ajak, Zarul kepada teman baiknya, Ridzal Iman. Ridzal Iman hanya menurutkan sahaja ajakan,Zarul.

 

Selepas solat subuh dan bersiap, Ridzal Iman melangkah keluar dari bilik. Dilihat akania, Zarul yang telah siap menyarungkan seluar hitam bersama baju kemeja merah,dihiasi pula dengan ikatan kemas tali leher berwarna hitam.

“Iman,kau nak balik dah ke? Tak payah balik dulu pun takpe. Nanti kau tolong aku kunci pintu. Lepastu letak je kunci rumah dalam peti surat” kata, Zarul yang sedar, ridzal iman telah bersiap serta menyandang beg galas belakang.

“Takpelah,Zarul. Aku ingat nak gerak awal pagi ni. lagipun kau kerja. Malas nak kacau kau” kata, Ridzal Iman kepada sahabat baiknya, Zarul.

Mereka berjabat tangan berpisah. Mereka bergerak menaiki kereta masing-masing dan bergerak ke lain destinasi.

 

Hello, asssalamualaikum, Iman?”panggilan telefon daripada, Nurdini menemani pemanduan, Ridzal Iman ketika ini.

“Waalaikumussalam.Selamat pergi. Saya tengah drive ni.Baru nak gerak balik ke Teluk Intan” maklum, Ridzal Iman sambil tersenyummanis.

Okay. Drive carefully. Dan lagi satu saya nak bagitahu”.

“Bagitahu apa, Dini?” tanya, Ridzal Iman sedang menantikan jawapan daripada, Nurdini.

“Saya nak bagutahu yang…jelmaan rindu saya pada awak… akan singgah ke dalam hati awak setiap kali saya jauh daripada awak, Iman”.

Ridzal Iman tersenyum lebar setelah mendengar apa yang telah disampaikan oleh, Nurdini ketika ini.

“Setiap masa juga saya rindukan awak, Dini” ucap, Ridzal Iman yang berbau romantis.

Perbualan mereka berakhir di situ oleh kerana, Nurdini mahu masuk ke dalam bilik kuliah.Begitujuga dengan, Ridzal Iman yang mahu meneruskan pemanduan untuk kembali pulang ke kampung halaman.

 

 

 

 

 

 

 

 


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia