Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,507
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

“Abah,ibu panggil makan” ajak gadis yang bernama, Nurdini di dalam teratak yang cantik serta kemas didekorasi.

Kini,Nurdini menyendukkan nasi ke pinggan abahnya dan juga ibunya.

“Esok pukul berapa kamu balik asrama?” tanya, Haji Saari kepada anaknya sewaktu mereka tiga beranak menjamu selera di dapur.

“Pukul10 pagi esok, Dini dah nak gerak balik. Banyak assignment yang kena siapkan” jawab, Nurdini pada pertanyaan bapanya.

 

Pagi yang masih gelap, seawal 4 pagi, Ridzal Iman serta, Puan rosmah bangun untuk menyediakan nasi lemak yang hendak dijual.

Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang sangat harum tatkala menajamah serta menghidu nasi lemak tersebut.

“Mak ikut, Iman niaga tak hari ni?” tanya, Ridzal Iman sambil tangannya sedang cekap membungkus nasi lemak bersama, Puan Rosmah.

“Tak tahu lagi. Rasanya tak ikut kamu pergi niaga kalau mak lang kamu jadi ajak mak pergi masak dekat rumah orang kahwin” jawab, Puan Salmah yang kini menghentikan tugasnya supaya dapat menghirup minuman panas.

“Mak tak penat ke? Siang ambil upah dekat catering, malamnya masak nasi lemak”rungut, Ridzal Iman yang seakan kasihan akan ibunya.

“Mak kenalah kerja kuat sementara kamu belum dapat kerja. Nak harapkan nasi lemak ni, berapa ringgit sangatlah kita dapat. Barang pulak semuanya makin mahal.Adik kamu dekat maktab tu, seminggu sekali je minta duit”  jawab, Puan Rosmah sambil menjamah sekeping biskut kering yang diciah dengan teh o panas.

Mahu sahaja, Ridzal Iman menitiskan air mata setelah mendengar luahan ibunya, Puan Rosmah. Hati, Ridzal Iman tidak henti dari berucap ketika ini. Berucap agar dapat keluarkan ibunya daripada kesusahan hidup. Seterusnya mahu menggapai apa yang diimpikan dalam hidup.

 

Seperti biasa, Ridzal Iman duduk di bawah payung jajaannya sambil menunggu pelanggan berkunjung tiba.

 

“Aduh…..apasal rasa lain macam je ni” keluh, Nurdini sewaktu memandu kereta myvi putih miliknya. Lantas dia menghentikan kereta di bahu jalan.

“Aduh…pancitlah pulak tayar ni” keluh, Nurdini seorang diri setelah melihat akan tayar keretanya. Lantas mebuka pintu kereta hadapan pemandu dan mencapai telefon bimbit. Mahu sahaja menghubungi abahnya, Haji Saari lantas terdengar suara seseorang di belakangnya.

“Kak? Kenapa ni, kak?”. Nurdini membalas sapaan itu dengan senyuman yang kelat. “Apa?Kakak?? Tua sangat ke nampak aku ni? Aku baru umur 24 tahun tau!” ngomel,Nurdini ketika ini.

“Niha… tayar pancit” jawab, Nurdini pada teguran itu.

“Oh… pancit. Saya boleh tengokkan. Ada tayar spare?”. Nurdini membuka bonet kereta untuk menunjukkan tayar spare kepada lelaki ini.

“Alamak,tayar awak takde angin ni. Macamana nak tolong pasangkan” beritahu, Ridzal Iman sambil memandang wajah mulus, Nurdini

“Eh…jap… jap. Awak ni anak, Haji Saari, kan?” tanya, Ridzal Iman kini setelah seakan kenal dengan raut wajah di hadapannya kini.

“Ye…saya, Dini. Anak, Haji Saari” jawab, Nurdini sambil matanya terkebil-kebil akibat terkena suluhan cahaya matahari.

“Habistu,sekarang ni nak ke mana?” tanya, Ridzal Iman.

 “Saya nak balik ke asrama. Tapi dah jadi macamni… saya nak balik ke rumah saya lah.Nak bagitahu abah. Lagipun dekat je ni dengan rumah” jawab, Nurdini pada pertanyaan lelaki tinggi di hadapannya.

“Nak jalan kaki ke? Jauh jugak tu. Mahunya 8km nak ke rumah, Haji Saari. Nasi lemaksaya pun dah habis tu ha… marilah saya hantarkan” pelawa, Ridzal Iman yang mahu memberi pertolongan.

“Tak payahlah. Saya tak naik motor. Lagipun takkan saya nak naik motor dengan awak. Apa pulak cakap mak ayah saya nanti” jawab, Nurdini yang terlihat akan motorsikal,Ridzal Iman di sebelah meja jajaan nasi lemaknya.

“Saya hantar awak naik kereta lah. Sana tu ha kereta saya. Macam warna katak pisang tu kereta saya” jawab, Ridzal Iman pada penolakan, Nurdini.

Nurdini melihat akan kereta produa viva milik,  Ridzal Iman yang berwarna hijau. “Baiklah kalau macam tu”

 

Mereka kini berjalan sama menuju ke kereta milik, Ridzal Iman. Sementara itu, Ridzal Iman mengmbil dulu segala perkakas jualan nasi lemaknya yang telah habis dijual. Nurdini tuirut membantu.

 

“Terima kasih lah sebab toong hantar saya” ucap, Nurdini setibanya mereka di hadapan pagar rumah, Haji Saari.

“Sama-sama.Lagipun apa yang nak disusahkan sangat. Satu kampung je” balas, Ridzal Iman sambil memandang mata, Nurdini yang cantik disolek kemas.

“Okey,saya turun dulu ye. Assalamualaikum” ucap, Nurdini selepas hendak keluar dari kerta yang dipandu, Ridzal Iman.

 

 “Siapa yang hantar kamu tu tadi? Mana pula kereta kamu, Dini?” Hajjah Saadiah iaitu ibu kepada, Nurdini terus menyapa anaknya tatkala terlihat di muka pintu.

“Itu…anak Mak Cik Rosmah, Iman. Kereta, Dini tayar pancit. Kebetulan dia tengah jual nasi lemak dekat situ. Itu yang dia tolong hantarkan. Dah call abah, tak berjawab” maklum akan, Nurdini kepada Hajjah Saadiah.

“Abah kamu pergi mesyuarat” maklum, Hajjah Saadiah sambil melihat anak perempuan bongsunya itu mengatur kaki berjalan ke sofa.

 

Pintu kereta ditutup saat, Ridzal Iman tiba di hadapan rumah. Puan Rosmah terpandang akan anaknya yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah.

“Kamu ke mana?” tanya, Puan Rosmah.

“Iman pergi hantar  anak, Haji Saari dekat rumah. Tayar kereta dia pancit. Itu Iman tolong dia” beritahu, Ridzal Iman tatkala melabuhkan pinggulnya di sofa rumah peninggalan arwah bapanya.

“Hati-hati,Iman… kang tak pasal-pasal orang cakap apa-apa pulak bila nampak kamu hantar anak dara orang balik rumah” pesan, Puan Rosmah kepada anak bujangnya.

“Iman tahu mak, apa yang iman buat” jawab ringkas, Ridzal Iman.

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia