Home Novel Cinta CINTA PANDANG KE-2
CINTA PANDANG KE-2
Laila Kamilia
23/8/2014 18:52:04
45,283
Kategori: Novel
Genre: Cinta
SINOPSIS

Dalam hidupnya memang dia selalu didampingi gadis-gadis tetapi dia tetap hairan kerana walau dia cuba untuk memberikan hatinya dia tetap tidak berdaya. Di kepalanya asyik terkenangkan seseorang yang pernah dilukai hatinya. Kadang-kadang dia merasakan, dia telah terkena sumpahan gadis itu hinggakan kini dia tidak boleh memberikan hatinya kepada sesiapapun.

Mungkin bila dia bertemu semula dengan gadis itu dan meminta ditarik balik sumpahannya barulah dia boleh jatuh cinta semula. Tapi bukan mudah untuk mencari gadis dari zaman silamnya itu. Entah di mana gadis itu berada dan entah bagaimana pula rupanya. Hah! Macam cerita dongeng purba pula. Begitulah Zairul rasakan hidupnya.

Tidak sudah-sudah Zairul terpenjara dalam kenangan silamnya. Itulah susahnya jika membiarkan rasa hati menguasai diri tanpa memikirkan natijahnya di masa depan. Kerana kisah silam, dia jadi teman yang asyik melunas kesilapan lepas. Kerana kisah silam, dia jadi playboyyang tidak pernah berhenti untuk merasa indahnya alam percintaan. Kerana kisah silam, dia jadi anak yang meminggirkan dirinya sendiri.

Dia teranya-tanya sendiri sampai bilakah dia akan berhenti dari dibayangi kisah silam? Memaafkan diri sendiri rupanya kemaafan yang paling sukar untuk diberikan. Dia yakin, hanya setelah itu, dia berjaya melupakan segala dan memulakan hidupnya yang baru!

-Zairul Hasmat Zainuddin

Budak penghantar surat @ duta cinta bos

Apakah yang akan dilakukannya jika suatu hari nanti dia benar-benar kembali dan merayu cintanya? Bagaimana harus dia tahu kali ini cintanya itu benar-benar ikhlas? Ya, untuk mengetahuinya dia harus menduganya dengan beberapa syarat. Beberapa syarat untuk membuktikan cinta bukanlah susah sangat.

Syarat utamanya dia mestilah tall, dark and handsomedan keduanya mestilah banyak duit… Kalau tak, tak payah nak bukak cerita lama. Dia boleh simpan cinta dia dalam kotak sejarah. Ainnur ketawa kemudian. Betulkah itu yang dia inginkan sedangkan selama ini dia bukanlah anak orang berada dari jenis yang suka menunjuk-nunjuk. Kalau tidak, takkanlah dia sanggup hendak berkawan dengan Zely yang hanyalah anak pemandu dan pembantu rumahnya. Ainnur menggeleng tidak percaya dengan imaginasinya sendiri.

Kerana dendam manusia sanggup buat apa saja. Tetapi kenapa jika kepada dia, dendam Ainnur seperti tidak pernah surut-surut sedangkan salahnya pada Ainnur hanyalah kerana mulutnya yang laser. Sedangkan jika hendak dikira ada orang pernah membuat kesalahan yang lebih besar dalam hidupnya, merubah seluruh jalan kehidupannya. Menjadikan dia manusia yang hilang harga diri. Kenapa seolah-olahnya salah orang itu Ainnur tutup sebelah mata saja. Di manakah Ainnur meletakkan dacing keadilan?

-Ainnur Azleen Zulkiflee

Teman sekelas @ bos nombor 2 budak penghantar surat

Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Selepas berbelas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Masing-masing ada cerita sendiri. Masing-masing ada hidup sendiri. Berjayakah cinta pandang kedua menyatukan mereka kembali? Pada cinta pandang kedua, itulah destinasi cinta mereka.

Previous: BAB 5
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.