Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
74,784
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

AKHIRNYA,saat yang paling kubenci tiba juga.Pulang ke kampung untuk menyambut hari raya.Sedikitpun hatiku tidak teruja seperti Nadia dan pelajar-pelajar yang lain.Mana tidaknya,sudah ada ‘malapetaka’ besar yang sedang setia menungguku di rumah itu.

‘’Hoi,cepatlah sikit.Nak letak beg kat dalam bilik tu pun sikit punya lama ke.Lembap sungguh perempuan ni.Tahu tak kerja tengah melambak-lambak kat dapur ni.’’ Baru saja aku menjejakkan kaki ke dalam bilik,suara Sarah sudah kedengaran menjerit-jerit dari luar.Aku mengetap bibir geram.

‘’Sabarlah.Kau ingat aku ni apa,robot ke sampai-sampai rumah terus nak buat kerja?’’ Aku terus membalas dengan tengkingan.

Kedengaran bunyi derap kaki yang kuat menuju ke arah bilikku yang dikongsi bersama Sarah itu.Seketika kemudian Sarah muncul dengan wajah menyinga.

‘’Kau ni memang kurang ajar kan! Ingat kau dah belajar kat U tu kau hebat sangatlah? Sedarlah sikit,kau menumpang saja dalam rumah aku ni! Kalau mak aku tak bela kau, entah di manalah kau merempat sekarang.Dasar anak luar nikah! ’’ Sarah juga tidak kurang hebat kelancangan mulutnya.Rasa macam nak pelempang saja mulut perempuan ni!

‘’Aku tahulah aku menumpang saja kat rumah ni.Tapi tu tak bermakna yang kau boleh buli aku sesuka hati.Dan aku memang hebat pun,dapat merasa masuk U. Sedangkan kau,terperuk saja kat kampung ni,belajar pun tak adalah pandai mana,berlagak saja lebih.Lebih baik lagilah anak luar nikah ni daripada anak sah taraf macam kau.’’ Sindirku.Puas hatiku kerana dapat mengenakan Sarah.

Sebelum sempat Sarah membalas kata-kataku,Abang Haikal terlebih dahulu masuk ke dalam bilik.Wajahnya berkeringat.Dia meletakkan beg-begku di atas katil lalu memandang kami berdua.

‘’Ni apa bising-bising ni.Korang berdua ni memang suka bertekak kan.Pantang berjumpa,macam anjing dengan kucing.’’ Abang Haikal menggelengkan kepalanya.

‘’Ariana nilah,tak habis-habis nak hina Sarah.Dia ingat dia pandai sangatlah belajar kat UM tu.’’ Adu Sarah.

‘’Memang pun.Bukan macam kau.’’ Balasku pendek,namun sudah cukup untuk membuatkan Sarah sakit hati.Dia merenungku seperti mahu menelanku hidup-hidup.

‘’Sudah,sudah! Ariana,jom ikut abang pergi pekan.Abang nak beli barang sikit untuk raya nanti.’’ Abang Haikal cuba meleraikan pertelingkahan kami berdua.Aku mengangguk.Dari aku panas hati bertekak dengan Sarah,lebih baik aku keluar dari rumah itu.

‘’Ajaklah sepupu kesayangan abang ni keluar.Asyik-asyik dia saja yang abang ajak.Abang memang tak sayangkan Sarah!’’ Sarah mencemik lantas keluar dari rumah itu.Pasti dia pergi mengadu dengan maknya yang sedang bergosip dengan jiran sebelah di belakang rumah.

‘’Kalau boleh,Ariana janganlah bergaduh dengan Sarah tu.Ariana sendiri tahu kan perangai dia macam mana.’’ Ujar Abang Haikal ketika kami berada dalam kereta.

‘’Habis tu,Abang Haikal nak suruh Ary buat apa? Biarkan saja Sarah hina Ary sesuka hatinya?’’ Balasku keras.Sisa-sisa kemarahanku kepada Sarah kulampiaskan kala itu juga.

‘’Bukan tu maksud abang.Cuma abang tak mahu Ariana dimarahi oleh mak abang tu lagi.Setiap kali Ariana dengan Sarah bergaduh,mesti Ariana juga yang kena.Abang tak nak perkara yang sama berulang lagi.Tambah pula lagi berapa hari dah nak raya kan.’’

‘’Ary tak kisah,abang.Lagipun Ary dah lali sangat kena maki hamun dengan mak cik.Dah jadi macam alah bisa tegal biasa pun.’’ Balasku acuh tak acuh.

‘’Ya,abang tahu.Tapi abang nak minta satu saja,tolonglah kawal perasaan Ariana tu buat masa ni.Lagipun tak elok keluarga bergaduh dekat-dekat nak raya ni.’’ Nasihat Abang Haikal lagi.

‘’Yalah,yalah.Ary dengar nasihat abang.’’ Aku mengalah.Malas aku nak terus berdebat dengan Abang Haikal lagi.

‘’SERIOUSLY,aku benci gila ada kat dalam rumah ni sekarang.’’

Itulah kata-kata permulaanku sewaktu berbual dengan Firdaus pada malam itu.Firdaus hanya ketawa mendengarnya.

‘’Haha,apa cer pula ni? Cuba kasi tau sikit.’’

‘’Beruk dalam rumah nilah,tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku.’’ Rungutku.

‘’Apa yang sepupu perempuan kau tu buat kat kau pulak kali ni?’’ Soal Firdaus,sudah arif dengan diriku yang lebih suka membahasakan Sarah sebagai ‘beruk’.

‘’Benda biasa dia buat kat akulah,apa lagi.Meluat aku bila teringatkan muka dia.Rasa macam nak tenyeh-tenyeh saja mulut dia tu dengan sambal belacan.’’ Aku menjuihkan bibirku.

‘’Ala,sab….’’ Belum sempat Firdaus menamatkan kata-katanya,Sarah tiba-tiba menolak pintu bilik dengan kasar.Aku tersentak,pantas aku mematikan panggilan itu.Sarah hanya memandangku dengan senyuman sinis.

‘’Mak,perempuan ni tengah sembang dengan boyfriend dia.Bukannya reti nak tolong kita kat dapur.’’ Jerit Sarah dengan suara lantang.Geram aku dibuatnya.

‘’Hoi! Tadi aku dah tolong buat kuih dengan masak untuk buka puasa kan.Dekat berapa jam aku ada kat dapur tu.Kau tu yang tak buat apa! Dari tadi asyik melanguk saja depan tv.’’ Balasku dengan nada yang tinggi.

‘’Oh,nak berkira pulalah sekarang hah? Makan pakai orang bagi,setakat tolong sikit-sikit macam tu pun nak merungut! Dasar budak tak kenang diuntung!’’ Mak cikku muncul di belakang Sarah.Wajahnya menyinga.Aku mengeluh.Dia ni masuk campur pula dah!

‘’Yalah,yalah.Mak cik dengan anak mak cik nilah betul.Sayalah yang salah.Sekarang ni mak cik nak perah keringat saya suruh buat apa pula?’’ Soalku dengan rasa tak rela.Bukannya takut tetapi aku malas nak bertikam lidah dengan dua beranak ini.Lagipun aku teringat akan janjiku dengan Abang Haikal tadi.

‘’Tu,pergi tolong buat ketupat kat dapur! Banyak yang tengah menanti untuk kausiapkan.Jangan nak asyik duduk saja dalam bilik ni bergayut dengan lelaki.Mentang-mentang ada handphone makin besar kepala kau ni!’’

Aku menghela nafas.Sabar Ariana,sabar! Dengan langkah berat dan hati yang tak rela,aku melangkah ke dapur diikuti oleh dua beranak yang sehati sejiwa itu.Aku menarik nafas lega apabila melihat Abang Haikal turut ada sama.Aku duduk di sebelah Abang Haikal.

‘’Sarah,periksa kali ni Sarah dapat nombor berapa?’’ Soal mak cik kepada Sarah.Aku tahu dia sengaja bertanyakan soalan itu di hadapanku.Tidak lain tidak bukan nak membandingkan aku dengan Sarahlah.Abang Haikal mengerling ke arahku.Aku mengangguk,mengerti maksud jelingan itu.Sambil-sambil itu,aku sembunyi-sembunyi menghantar mesej kepada Firdaus.

Tengah buat ketupat.Dah start compare aku dengan anak TERSAYANG dia.Makcik TERCINTA aku tu.

‘’Sarah dapat nombor tiga,mak.’’ Ujar Sarah dengan rasa bangga.

‘’Ish,pandainya anak mak ni.Macam ni barulah anak mak.Otak Sarah yang bijak tu pun waris daripada mak.Bukan macam seseorang tu kan.’’ Kata mak cik sambil menjeling ke arahku.Aku hanya buat tak tahu.Dalam hati aku ketawa sampai tergolek-golek.

Setakat dapat nombor tiga dalam kelas yang paling akhir sekali yang mempunyai murid sebanyak sepuluh orang pun nak bangga ke.Aku yang selalu dapat top five dulu dalam kelas seramai dua puluh lima pelajar yang kesemuanya bijak pandai tak kata apa pun.Lawak,lawak!

Seketika kemudian ada satu mesej baru masuk.Daripada Firdaus.

HAHA kesian mak cik tak bersalah.Sabar sajalah.Jangan layan sangat.Last2 kau juga yang sakit hati.Diorang juga yang happy.

Aku tersenyum sinis.Mak cik tak bersalah?

Tak bersalah? Kau ada kat tempat aku baru kau tau.

‘’Ariana,kamu dapat nombor berapa dalam kelas hari tu?’’ Soal mak cik tiba-tiba.Aku cepat-cepat menyembunyikan telefon bimbitku di belakang.

‘’Nombor sepuluh.’’ Tipuku.Malas aku nak menerangkan pada mereka akan maksud CGPA.Aku tahu kalau aku bercakap benar,pasti mereka akan sakit hati dan akan terus mencari modal untuk menyakitkan hatiku pula.Dan bila aku dah sakit hati,memang macam-macam bendalah yang akan terkeluar dari mulutku ini.Disebabkan aku telah berjanji dengan Abang Haikal,jadi terpaksalah aku mengalah pada malam itu.Hari lain,no way lah!

‘’Hah? Nombor sepuluh saja? Bodoh betullah kau ni Ariana!’’ Kata Sarah dengan nada sinis.

‘’ Sarah!’’ Abang Haikal menegurnya keras.

‘’Tak apalah,Abang Haikal.Ariana ni memang bodoh,tak macam dia, pandai.Boleh dapat nombor tigaaa….’’ Perkataan ‘tiga’ itu sengaja aku menyebutnya dengan panjang dan kuat.Mahu menyindir Sarah secara tak langsung.

‘’Tahu tak apa.Sebab tulah kau tak payah nak berlagak sangat dengan aku.Jangan ingat dalam keluarga ni kau yang paling bijak di antara semua.Bukan semua yang dapat belajar kat U tu pandai okey.’’ Sarah terus-menerus menyerang aku dengan sindirannya.

‘’Yalah,yalah.Aku memang bodoh,okey, Kau sajalah yang pandai dalam keluarga ni.’’ Sabar Ariana,sabar. Demi Abang Haikal,sampai hari raya saja!

‘’Ariana nak tahu tak pasal bisnes kraftangan abang tu? Bisnes abang tu semakin berkembang maju tau.Ramai pelancong yang datang beli dekat tempat abang berniaga tu.Semua tu berkat pertolongan bapa kawan Ariana tu.’’ Abang Haikal memulakan perbualan denganku.Dia cuba menghentikan sindiran Sarah dan mak cik terhadapku yang bagaikan tiada penghujungnya.

‘’Oh,ya ke? Baguslah.’’ Aku mengerling telefon bimbitku yang berada di sebelah.Thanks to Firdaus actually,abang.Aku tersenyum apabila mengingati kembali perjanjian antara aku dan Nadia.

‘’Bapa kawan Ariana tu doktor kan? Bagus betul dia tu.Bila dah senang sanggup pula tolong bagi modal kat orang susah macam kita ni.’’

‘’Bapa Nadia tu dulu macam kita juga,hidup susah.Mula-mula tu dia pun bercita-cita nak jadi businessman macam abang,tapi disebabkan maknya berharap sangat dia dapat jadi doktor untuk ubah nasib keluarga mereka,dia pun ikutkan sajalah.Sebab tu dia suka nak tolong anak-anak Melayu yang nak bangkit dalam bidang keusahawan ni,sebab boleh jugalah teruskan cita-cita dia yang tak kesampaian tu.’’ Terangku.

‘’Dia pun ada cerita juga hal tu kat abang masa kami mula-mula jumpa dulu.Bagus betul orangnya.Jarang jumpa orang berada yang baik hati macam tu.’’ Abang Haikal mengangguk-nganggukkan kepalanya.

‘’Betul.Bukan macam sesetengah orang tu kan.Dah tahu miskin tapi tak sedar diri.Asyik nak bergayut dengan boyfriend sahaja kerjanya.Tu kat depan kita boleh tunjuk perangai macam ni,kalau dekat belakang kita tak tahulah macam mana.’’ Tiba-tiba mak cikku menyampuk perbualan kami.

Aku tersentak.YA-ALLAH orang tua ni,tak habis-habis lagi ke!

‘’Kalau saya nak cakap dengan boyfriend saya pun,so what? Saya ada kacau mak cik ke? Ada saya minta duit mak cik nak beli top up? Tak ada kan? Handphone ni pun saya beli dengan duit saya sendiri,tak ada sangkut-paut dengan mak cik sikit pun.So mind your own business okay!’’

Akhirnya,setelah puas ditahan-tahan perasaanku tersembur jua bagai lava yang mengalir menuruni gunung berapi.Tanpa menunggu lebih lama lagi di situ,aku terus bangun dan meninggalkan mereka semua.Panggilan Abang Haikal tidak aku pedulikan.Kutukan Sarah dan mak cik juga tidak kuendahkan.Aku menutup pintu bilikku sekuat hatiku dan menghempaskan diriku di atas katil.Teruji betul kesabaranku pada bulan-bulan puasa begini.

Gerr… gerr…

Telefonku bergetar,menandakan ada panggilan masuk.Daripada Firdaus.

‘’Helo!’’ Aku menjawab dengan suara tegang.

‘’Amboi,garangnya. Baru selesai bergaduh ke?’’ Usik Firdaus.

‘’Yalah.Tak pernah sesaat pun hidup aku tenang kat dalam rumah ni tau tak.’’

Firdaus ketawa kecil. ‘’Sabar sajalah Ria.Tak payah nak layan kerenah diorang tu.Makin dilayan makin seronoklah diorang buat.Kalau kau duduk senyap lama-lama berhentilah diorang tu.’’

‘’Masalahnya nak tunggu sampai berhenti tulah yang susah.Boleh gila aku dibuatnya kalau aku duduk diam saja dengar caci-maki diorang tu.Berbisa tau tak.Lagi berbisa dari patukan ular.’’

‘’Okey,okey.Aku faham.Sekarang cakap pasal benda ni pun lagi buat kau sakit hati,jadi lebih baik tak payah cakap.Kita alih topik pula.Kau suka apa?’’

Soalan spontan Firdaus itu terasa melucukan pula.Aku terus ketawa.

‘’Apa punya soalan ni? Tak ada kaitan langsung dengan topik yang kita cakap tadi.’’

‘’Jawab sajalah.Aku nak alih topik ni.Janganlah banyak tanya.’’

‘’Yalah,yalah.Ermmm…. apa ya?’’ Aku mengurut-ngurut daguku berfikir. ‘’Entah.Rasanya tak ada benda specific yang aku suka pun.’’

‘’Alah,takkan langsung tak ada.Fikirlah.’’

Aku berfikir lagi.Kemudian aku memetik jariku.

‘’Haa! Aku tahu.Jawapannya ialah duit!’’

‘’Duit?’’ Firdaus tergelak mendengar jawapanku itu. ‘’Yang tu aku pun suka.Siapalah yang tak suka duit dalam dunia ni Cik Ria ooii!’’

‘’Tapi aku suka duit lebih lagi daripada kau dan orang-orang lain.Kau sendiri tak boleh bayangkan bagaimana sukanya aku pada duit.Dapat pegang duit yang banyak pun aku dah cukup seronok walaupun duit tu bukan duit aku.Sebab selama ni aku hidup susah,nak dapat duit pun kena kerja keras.Jadi bagi aku,duit ini amat berharga walaupun hanya satu sen.Kalau ada sesiapa yang tercicir kat tepi jalan pun aku akan kutip satu sen tu.Kalau beli barang kat kedai,bakinya ada lima sen pun aku akan ambil juga tau.’’ Kataku bersungguh-sungguh mempertahankan pendapatku.

Firdaus ketawa lagi.

‘’Hemm,parah juga kau ni.Suka duit sampai ke tahap macam tu.Teringat pula aku pada Mr.Crab dalam cerita Spongebob Squarepants tu.Perangai kau sebijik macam dia.’’

Mataku terbeliak. ‘’Hah? Kau samakan aku dengan Mr.Crab? Gila tak sama kot!’’

‘’Mana ada,samalah! Dengan perangai suka duitnya,kedekutnya sampai satu sen pun tak nak lepas.Huh! Lain kali kalau aku ditakdirkan jumpa kau,nak kenal kau senang saja.Mesti tangan kau ada penyepit macam tangan Mr.Crab tu.’’

‘’Woi,mana ada!’’

‘’Crab! Crab! Crab!’’ Firdaus terus memerliku sambil ketawa terbahak-bahak.Geram aku dibuatnya apabila diketawakan oleh lelaki itu.

‘’Diamlah,katak puru!’’

‘’Hah,katak puru? ’’ Firdaus bertanya dengan nada terkejut.

‘’Kalau kau kata aku ni Mr.Crab,kau tu pula katak puru! Suara kau pun sumbang kan,jadi sesuai sangatlah.Kalau kau kata tangan aku ni ada penyepit macam tangan Mr.Crab tu,nanti aku jumpa kau,badan kau mesti penuh dengan tompok-tompok,basah-basah macam katak puru tu.’’

‘’Ada ke patut kau samakan aku dengan katak puru? Dasar Mr.Crab! Asyik fikirkan duit macam nilah!’’

‘’Hish katak puru ni,tak nak mengaku pula. Katak puru! Katak puru! Katak puru!’’ Aku terus memanggil Firdaus dengan nama itu.Firdaus juga tidak mahu mengalah dan asyik memanggil aku dengan panggilan Crab! Crab! Crab! Akhirnya kami ketawa sendiri.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.