Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
74,858
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

‘’PLEASE Ary. Kaulah satu-satunya orang yang boleh tolong aku sekarang ni.’’ Rayuan Nadia itu membuatkan telinga aku berdesing.Sejak dari dua jam yang lepas aku asyik mendengar rayuan yang sama.Sejak Nadia berjaya mendapatkan nombor telefon seniornya semasa di sekolah menengah rendah dulu.Dan seniornya itu sudah semestinya lelaki.

‘’Nadia,kau tau kan yang aku tak suka buat benda-benda gila macam ni. Belajar lagi baguslah.’’ Ujarku malas sambil terus membaca nota yang diberi oleh pensyarah pagi tadi.

Tiba-tiba Nadia merentap nota dalam peganganku.Aku tersentak dan cuba merebut kembali nota itu daripada tangan Nadia.Tetapi ternyata Nadia bijak mengelak.

‘’Nadia,bagilah kat aku balik nota tu.’’

‘’Promise yang kau akan tolong aku dulu.’’

‘’Gila kau.Tak naklah aku.’’

‘’Alah,tolonglah.Lagipun dia bukannya kenal kau pun.Aku cuma nak mesej dia guna nombor kau.Takkan tu pun tak boleh?’’

‘’Aku kata tak boleh,tak bolehlah!’’

‘’Alah Ary,tolonglah.Kaulah satu-satunya kawan aku yang boleh tolong aku sekarang.Pleasee...’’ Nadia merayu kepadaku dengan wajah yang penuh kesayuan meminta simpati.

Aku merenung wajah Nadia lama,sebelum akhirnya aku mengeluh.Aku mengalah. Aku tahu,selagi aku tak beri apa yang dia nak selagi itulah dia tak akan membiarkan aku belajar dengan tenang. Tambahan aku tak sampai hati juga nak menolak permintaan Nadia.Dialah satu-satunya kawan karibku sejak tingkatan empat lagi,sehinggalah kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi UM ini.

Aku menyeluk telefon bimbitku yang berada di bawah bantal dan menyerahkannya kepada Nadia.

‘’Ingat,kalau apa-apa jadi jangan libatkan aku.’’ Aku memberi amaran.Nadia tersenyum kesukaan.Sambil aku menelaah,aku menjeling ke arah Nadia.Setiap kali telefon aku berbunyi menandakan mesej baru telah masuk,pasti senyuman lebar menguntum di bibir Nadia.Sekali tengok macam orang gila pun ada,tersenyum-senyum sendirian.Sudahlah,aku sendiri malas nak ambil tahu hal Nadia dengan senior kesayangannya itu.

BEBERAPA malam,telefon bimbitku menjadi hak milik Nadia.Aku sendiri tidak ambil pusing kerana aku sendiri sibuk dengan pelajaranku.Tambahan pula sekarang pensyarahku suka sangat membuat kuiz tergempar. Jadi aku kenalah bersiap-sedia lebih awal kerana markah kuiz itu nanti juga akan diambil kira dalam purata CGPA ku. Aku ingin mendapat keputusan yang cemerlang,kerana aku ingin buktikan,orang seperti aku juga boleh mencapai cita-cita. Bukannya hanya menjadi beban dan memalukan keluarga dengan status diriku.

Suatu malam,tiba-tiba Nadia menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepadaku.Wajahnya kelihatan agak muram.

‘’Apasal dengan kau ni? Muka monyok je.’’ Tegurku hairan.

‘’Senior aku tulah.Langsung tak nak balas mesej aku sejak dari semalam lagi.Entah apa masalah dia pun tak tau.’’ Nadia meluahkan ketidakpuasan hatinya.

‘’Dia ada hal agaknya.Kau pun tak bolehlah nak expect dia balas mesej kau sepanjang masa.Dia pun ada life dia jugak.’’

Nadia tidak membalas.Dia terus ke katil dan membelek-belek modul Kimia.Tapi nampak sangat yang Nadia tidak menumpukan sepenuh perhatian ke atas apa yang dibacanya.Aku hanya menggelengkan kepalaku.

Pukul 3 pagi. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar,menandakan ada mesej masuk.Aku terjaga dari tidurku. Aku mengesat-ngesat kelopak mataku.Siapalah yang mesej aku malam-malam buta macam ni,rungutku dalam hati.Aku pantas membaca mesej yang baru masuk itu.

Alahai apa yang emo pun tak tau.Aku sibuk sikit sekarang ni.Plus tak ada kredit lagi.Sebab tu tak boleh reply mesej kau Aida.

Aku mengerutkan dahi.Aida? Aku pantas menekan punat telefon bimbitku.

- Sorry,wrong number.

Beberapa saat kemudian,mesej baru masuk.

- Awak bukan Aida?

Aku mengeluh. Banyak tanyalah pulak!

- Bukan.

- Habis,awak ni siapa?

- Pelik.Kau tau nombor aku tapi tak tau siapa aku.

- Dah selama ni awak mesej saya dan bagitau nama awak Aida.So saya ingat awak ni Aidalah.Tak taulah pulak kalau awak ada dua tiga nama.

Aku semakin pening membaca mesej-mesej itu.Sudahlah aku sedang mengantuk sekarang ini.

- Dahlah,malas nak layan orang tak faham bahasa macam kau.

Setelah aku menghantar mesej itu,aku terus melelapkan mata.Malas aku nak melayan pemesej yang tak diundang itu.Nasib baiklah selepas itu,dia juga tidak membalas mesejku lagi.Mungkin dia tahu yang kalau dia balas,ada orang pulalah yang terpaksa makan sumpah-seranah nanti.

‘’ARY,ada orang mesej kau tak semalam?’’ Soal Nadia ketika kami sedang berada di dalam dewan kuliah.

‘’Ada.’’ Balasku acuh tak acuh sambil tanganku terus mencatit poin-poin penting yang disebutkan oleh pensyarah di hadapan.

‘’Hah? Siapa?’’ Balas Nadia dengan rasa terkejut.

‘’Entah.Pening kepala aku mesej dengan dia. Tak ingat orang nak tidur ke,apa ke.Dahlah asyik panggil aku Aida,Aida,Aida.’’ Rungutku.

‘’Ary!!!’’ Tiba-tiba Nadia menjerit namaku.Aku terpinga-pinga.Semua orang mengalih pandang ke arah kami.

‘’Yang dekat belakang sana tu,kamu ada apa-apa masalah ke?’’ Soal Prof. Hanisah tegas. Terganggu dengan jeritan Nadia yang membantutkan perjalanan kelasnya.

‘’Nothing,Prof.’’ Sahut Nadia. Setelah Prof. Hanisah meneruskan syarahannya,Nadia memandang padaku.

‘’Habis tu kau balas kat dia apa? Kau ada bagitau nama kau atau apa-apa jelah kat dia tak?’’ Soal Nadia dengan rasa cemas.Matanya terbeliak luas macam mahu menelan aku hidup-hidup saja.

‘’Mana ada aku bagitau apa-apa.Yang kau ni gelabah sangat apasal? Kau kenal ke dengan orang yang mesej aku semalam tu?’’ Soal aku hairan.

‘’Dia tu Firdauslah.Tengku Firdaus Amsyar!’’

Aku mengerutkan dahi. ‘’Firdaus? Siapa tu?’’

‘’Senior aku masa kat sekolah menengah tulah.Yang aku bagitau kat kau dulu!’’

‘’Oh,dia rupanya.Manalah aku tau.’’ Aku mahu menyambung kembali mencatit nota,tetapi Nadia merampas pen dari peganganku.

‘’Apa yang kau nak ni?’’ Balasku sedikit marah.

‘’Apa yang kau balas kat dia semalam?’’

‘’Tak ada apa-apalah.’’

‘’Tak ada apa-apa tu apa?’’

Aku mengeluh. ‘’Please Nadia,aku tak ada masa untuk benda-benda ni.’’

‘’No! Selagi kau tak cerita,selagi tu aku akan pastikan hidup kau takkan tenang.’’

Sekali lagi aku mengeluh.Arif sangat aku dengan perangai Nadia yang keras kepala ini.Sikap inilah yang membuatkan kami berdua bersahabat.Sikap keras kepalanya untuk mengenali aku dan memaksa aku berkawan dengannya.Tetapi walaupun dia degil,aku tahu Nadia sebenarnya seorang yang baik.Buktinya,dia tidak kisah berkawan dengan orang miskin seperti aku walaupun dia berasal dari keluarga yang berada.

Aku menceritakan semua yang berlaku semalam kepada Nadia.

‘’Ohh,kiranya kau tak sebutlah nama aku kat dia?’’ Nadia meminta kepastian setelah aku menghabiskan ceritaku.

Apabila melihat aku mengangguk,Nadia menghembus nafas lega. Barulah wajah tegangnya kendur sedikit.

‘’Kau ni betul-betul buat aku sakit jantung tau tak tadi.’’ Nadia mengurut-ngurut dadanya.

‘’Apasal kau tak bagitau je kat dia yang kau tu Nadia. Ni tak,pergi bagitau nama kau Aida.Entah nama minah manalah yang kau ciplak tu.’’ Rungutku.

‘’Apa pula ciplak. Betullah nama aku tu. Cuba kau baca nama aku terbalik. Buang ‘N’ kat belakang tu. Jadilah Aida.’’

‘’Apasal kau nak kena putar terbalikkan nama kau pula ni?’’

‘’Entah. Tapi aku rasa aku lebih selesa mesej-mesej dengan dia semua dengan gunakan nama Aida..At least kalau aku cakap benda-benda merepek apa semua,tak adalah aku malu sangat sebab dia ingat yang merepek tu adalah orang yang bernama Aida,bukannya Nadia.’’

‘’Tapi still,yang mesej dengan dia tu tetap kau,kan? Apa yang bezanya?’’ Aku semakin pelik dengan teori yang dikemukakan Nadia.

‘’Ish kau ni,tak faham-faham lagi ke.Okeylah senang cerita,aku tak nak dia tahu yang aku yang mesej dengan dia. Sebab tulah aku twist sikit nama aku tu,so that dia takkan dapat cari tahu siapa aku yang sebenarnya.’’

Aku menggeleng.

‘’Peliknya kau ni.Kau nak mesej dengan dia tapi kau tak nak dia tahu siapa kau.Habis tu apa pointnya kau mesej dengan dia?’’

‘’Aku mesej dengan dia suka-suka jelah. Just for fun only.Nak menambah memori manis zaman persekolahan aku.Tambah pula masa aku sekolah sama dengan dia dulu aku tak banyak cakap sangat dengan dia,so inilah waktunya untuk aku redeem balik masa-masa berharga yang telah aku bazirkan dulu. Macam mana,sempoi tak plan aku ni?’’ Nadia mengangkat-ngangkat keningnya.

Aku mendengus.

‘’I’m speechless. Suka hati kaulah Nadia,asalkan kau bahagia sudah. Dan jangan lupa pulak,exam semester ni dah nak dekat. Nanti senior kau tu ke mana,result kau pula yang ke laut nanti.’’

Nadia memuncungkan bibirnya apabila mendengar kata-kataku.Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dalam hatiku tertanya-tanya,lelaki macam manalah yang sedang bermesej dengan Nadia sekarang. Yang Nadia panggil sebagai seniornya yang sangat handsome itu.Konon-kononnya lah kan handsome.Entah-entah,muka tu mengalahkan katak puru,kutukku di dalam hati.

Previous: Prolog
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.