Home Novel Cinta Husna Iman
Husna Iman
Yana Agasshi
20/2/2021 10:15:20
10,647
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 4
BAB


   "MAAF sangat-sangat ya, kak Wana.. Saya pun tak expect ada emergency macam ni..," Husna betul betul dihambat rasa bersalah pada managernya, Wana. Yelah, tadi kalut dia siapkan mana yang sempat. Sampai pukul 6, dia tinggal macam tu aje kerja selebihnya pada Wana dengan staff lain.


   "Alah.. Semua Husna dah buat. Tinggal yang remeh temeh je lagi ni.. Terima kasih Husna..," suara dihujung talian cuba menyedapkan hati Husna.


Husna mencebik tak termakan pujukan Wana.


   "Okeylah kak wana.. Esok saya masuk kerja. Jumpa esok. Wish our team all the best untuk malam ni."


   "In shaa Allah.. Assalamualaikum."


   "Wa'alaikumussalam...."


Husna terus saja mematikan talian dihujung jawab salamnya. Sebaik saja dia meletakkan telefon di atas meja makan, anak matanya sempat menangkap batang tubuh Fakhrul melintasi ruang tamu di depannya masuk ke dalam kamar. Mendidih pula hatinya bila jelas mata kepalanya nampak Fakhrul bukan main kasual berseluar pendek bawah lutut dan t shirt putih kosong barusan.


   "Tu mesti baru datang dari rumah satu lagi. Padahal boleh je dia makan kat sana. Sengaja lah tu nak menyakitkan hati aku cakap nak makan sini lah, apa lah," lancar mulutnya mengomel sedang tangannya tetap bergerak mengeluarkan bahan-bahan memasak dari plastik putih atas meja. Muncung dah sedepa dengan mata jeling terbalik. Pokoknya dia memang tak puas hati apa yang jadi harini. Suka-suka hati je nak suruh aku tinggalkan kerja macam tu aje. Dasar hati batu!


Dalam asyik mengutuk, dilihat Fakhrul dah pun keluar dari kamar, berjalan menuju ke arahnya membuatkan dia cepat-cepat dia pamer muka konon bersahaja tapi jelas-jelas tampak sebal.


   "Tak reti tengok jam ke? Aku cakap aku nak makan pukul 8 kan?" Sebijik peluru berpandu keluar dari mulut Fakhrul menembak tepat ke jantung Husna. 


Husna angkat muka menahan geram. Nakkk saja dia cekik-cekik leher Fakhrul saat ini jugaktapi apakan daya. Sekali Fakhrul debik, mau melekat dia kat dinding.


   "Kan saya dah cakap pagi tadi barang dapur dah tak ada.. Nampak tak ni saya baru beli barang nak masak..."


   "Kenapa tak beli awal-awal? Aku inform kau pukul berapa tadi? Sebelum pukul 3 lagi right?"


   "Saya sibuk...".


   "Masalahnya sekarang aku nak makan apa? Kena  tunggu kau yang memang dah lembab buat kerja ni siap masak dulu baru boleh makan?"


Berkerut kerut muka Husna tak dapat nak hadam ayat Fakhrul.  Lembab? Well, yang lembab ni lah siang malam masak untuk kau, basuh kain baju kau, kemas rumah yang kau sendiri buat sepah, sesedap mulut cakap aku lembab.


   "Kenapa tengok aku macam tu? Tak puas hati?" Perli Fakhrul dapat membaca isi hati Husna. Setiap air muka, gerak geri yang namanya Husna Iman semua dalam genggamannya. 3 tahun dia 'mengkaji' gadis itu, tak mungkin dia salah menilai. 


Nak tak nak, Husna terpaksa mengalah. Pandangannya dialih arah lain dengan muka sebal.


   "Dahlah, siap-siap sekarang. Makan kat luar je senang," sambung Fakhrul seraya bergerak ke arah sofa panjang diruang tamu. 


Husna jadi double triple geram. Tak tahulah macam mana dia boleh bertahan sampai ke hari ini. Si Fakhrul ni makin hari makin annoying. Makin menyakitkan hati. 


Dalam tak puas hati, masih saja dia menurut segala arahan. Dia bergegas ke kamar menukar pakaian dengan mengenakan pleated skirt labuh separa buku lali bersama baju lengan panjang mengikut bentuk tubuh. Memandangkan porsi tubuhnya sedikit berisi, apa saja yang dia pakai membuatkan dia kelihatan seksi tanpa sedar. Rambut keriting maggienya dia ikat tinggi dek rimas nak lepas macam biasa. Mukanya pula langsung tak tercalit sebarang make up. Nak keluar makan je pun. Pabila yakin dia sudah sedia, dia terus mendekati Fakhrul yang diam saja duduk tak buat apa-apa di atas sofa. 


   "Dah siap. Jom lah," ucap Husna menarik perhatian Fakhrul. 


Fakhrul lantas berdiri sambil anak matanya menilik penampilan Husna atas bawah.  Sedetik, tunak matanya melekat pada leher jinjang milik Husna yang terdedah. Hatinya dicuit rasa gelisah. Baginya bahagian leher itu nampak begitu menarik. Entah. Nafsu lelakinya merasakan bahawa bahagian leher jinjang itu begitu seksi dan menggiurkan. Cukup membuatkan jantungnya berdegup tak keruan. Namun tambah tak keruan rasanya membayangkan lelaki lain diluar sana turut merasa perasaan yang sama dengannya. Tak menunggu lama, tangannya laju menarik getah rambut dikepala Husna membuatkan rambut hitam pekat yang tadi terikat kemas terus terurai lepas. 


Spontan Husna berundur setapak ke belakang. Dia berdecit tanpa sedar.


"Apa awak buat ni...?" Soalnya tak puas hati. Suka-suka hati aje buat itu ini.


Mendengar itu, Fakhrul sekadar menjongket bahu sebelum membuka langkah kearah pintu depan apartment. Getah rambut warna putih di tangannya dia lempar ke dalam bakul sampah dekat rak kasut. 


Husna ketap gigi menahan geram yang menggunung. Seleranya nak makan memang dah hilang entah ke mana. Kenapalah mamat ni tak stay je rumah sana..? 


Annoyingnya!



******



p/s- Berminat untuk baca full story, boleh dapatkan novel cetak Husna Iman di whatsapp 0199203723 atau DM instagram @yana_agasshi


Terima kasih ><

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi