Home Novel Cinta Husna Iman
Husna Iman
Yana Agasshi
20/2/2021 10:15:20
10,647
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 3
BAB 3


   HUSNA bercekak pinggang mengadap vending machine yang berjaya menelan duitnya tanpa izin. Dari tadi lagi dia duk merenung lubang bawah mesin berharap tin iced lemon tea nya keluar dari situ namun beberapa detik berlalu, tak juga nampak batang hidung.


   "Seronok kau ya, duit telan, air tak keluar,"  omelnya sendiri dek rasa geram. 2 ringgit 30 sen kot! Dahlah beg duit dia ada kat atas. Hesshh...


   "Macam mana ni.. Keluar lah...," monolognya sambil tunduk menepuk-nepuk badan mesin masih berharap minumannya keluar.


Untung saja penjuru laluan tingkat 4 saat ini tak ramai orang. Kalau tak mesti orang sibuk mengata yang dia berkira. Eh, duit kot, siapa tak berkira kan? Kerana duit jugalah dia sampai sekarang terpaksa menjadi 'tawanan' Fakhrul Azfar.


   "Tak cukup ke duit aku bagi kau selama ni?" tiba-tiba satu suara yang cukup dikenali menyapa dari belakang memaksa Husna untuk berpaling. Anak matanya bertembung dengan anak mata milik Fakhrul. Dia kemudian menoleh kiri kanan seakan memastikan tiada mata-mata yang memerhati.


   "Apa awak buat kat sini ?" Husna menyoal laju tak dapat mengelak rasa terkejut.  Yelah, tak pernah-pernah mereka 'bertemu' di luar apartment sebenarnya. Kalau ada pun... sekali dua saja kot. Itu pun berselisih bahu saja kat restoran area Putrajaya.


Fakhrul masih bersahaja. Tak menghiraukan soalan Husna, dia memasukkan 3 keping wang kertas warna biru ke dalam ruang halus panjang pada muka vending machine sebelum menekan satu punat yang berlampu hijau. Serta merta kedengaran bunyi sesuatu jatuh dari atas sampailah ke ruang bawah. 


Husna tercengang memerhati gerak geri Fakhrul yang tunduk mencapai tin minuman 100 plus.


   "Apa kau buat kat sini?" selamba Fakhrul menyoal balik pada Husna sambil membuka penutup tin lalu meneguk minuman isotonik itu. 


Dahi Husna berkerut seribu. Tak puas hati bila soalannya tak diambil peduli.


   'Orang tanya dia, dia tanya orang pulak.'


   "Kan saya dah cakap pagi tadi.. Saya ganti team mate saya kerja harini.." 


   "Kau tak cakap pun kerja kau tu kat sini."


   "Sejak bila awak peduli mana saya kerja?"


   "Sejak aku beli kau dulu?"


Husna terdiam mati kata. Lidahnya kelu mendengarkan satu hal yang dia cuba buang dari ingatannya sejak dulu. Anak matanya tak berganjak dari muka tak berperasaan Fakhrul. Rasa benci kembali membuak dalam jiwanya. Detik permulaan untuk hidupnya yang bergelumang dosa kembali segar di ingatan. Tak sedar tangannya sudah dikepal kuat menahan rasa marah. Tapi marah pada siapa? Kau sendiri yang pilih jalan hidup kau, Husna...


Akhirnya kepalanya digeleng sekali. Senyum kelat diukir terpaksa.


   "Okey fine. Saya ada kerja kat sini. Tingkat 6. Ada event client yang saya kena siapkan sebelum pukul 9 malam ni."


   "Well, sorry to say that malam ni saya balik apartment. Make sure makan malam saya siap sebelum pukul 8 malam."


   "What? Noo.. Awak dengar tak saya cakap saya kena siapkan kerja saya sebelum pukul 9?"


Husna jadi hilang sabar. Tak sedar mulutnya lancang benar melawan arahan Fakhrul. Mungkin juga sebab mereka berada di luar apartment kot. Mungkin laa...


   "I don't care. Be home before im home,"  bidas Fakhrul langsung tak terkesan dengan ucapan Husna. Dia memalingkan tubuhnya bersedia untuk buka langkah tapi sepantas kilat Husna menyambar lengannya. 


   "Please, event ni penting sangat, Fakhrul. Takkan saya nak tinggalkan kerja saya macam tu je?"


   "As i said, i don't care. Atau kau nak aku buat kau tak boleh kerja sampai bila-bila?"


   "Fakhrul..."


Fakhrul menarik lengannya dari pegangan Husna tak berniat nak mempertimbangkan keputusannya. Tak sempat lagi Husna memujuk, langkah kakinya dihayun pergi meninggalkan Husna .


Husna sudah tak mampu berbuat apa, cuma mampu menghantar batang tubuh Fakhrul dalam kemeja hitam itu sehingga hilang dari pandangan. 


Kakinya kemudian dihentak-hentak kuat atas lantai marmar putih. 


   "Ish! Takde hati perut!"

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi