Home Novel Cinta Husna Iman
Husna Iman
Yana Agasshi
20/2/2021 10:15:20
10,637
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1
BAB 1


   SUARA ESAKAN menyapa cuping telinga sekaligus menganggu tidurnya saat ini . Dia yang tak terlalu lena, lantas mengangkat tubuh. Esakan tadi kedengaran berselang seli dengan tempikan kuat bersama bunyi sesuatu barang terhempas atas lantai. Reaksinya masih bersahaja. Sudah terbiasa. 


Perlahan-lahan dia melangkah turun dari katil bersaiz queen sebelum bergerak ke arah pintu warna putih yang dah pun terkuak. Dari celah ruang yang terbuka, dia mengintai ke arah ruang tamu apartment mewah tingkat 15 ini. Jelas kelihatan seorang lelaki berjeans denim dan t-shirt berkolar jenama polo sedang duduk diatas lantai perlapik permaidani biru, menyandar pada sofa sambil mencengkam kemas rambutnya sendiri. Muka lelaki itu merah padam, basah dengan air mata. Lantai sekeliling lelaki itu bersepah dengan pasu yang pecah. TV 40 inci juga terlentang disebelah leraian pasu. 


   'Hmhhhh.....' - perlahan saja saja dia mengeluh sebelum kembali menapak ke arah katil. Dia yang cuma berbaju tidur separas lutut itu, melabuhkan punggung dibirai katil. Membayangkan air muka lelaki barusan.


   '"Apa lagi yang buat dia sedih malam ni..?" - monolognya sendiri penasaran. Tak dapat nak hadam masalah apa yang lelaki itu hadap sampai nak mengamuk macam tu sekali. Alih-alih dia jugak yang kena bersihkan rumah esoknya.


Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka luas dari luar membuatkan dia spontan menoleh. Matanya bertemu dengan sepasang mata milik seorang lelaki. Melalui sepasang mata yang merah menyala dek tangisan itu, dia sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku padanya malam ini. Seperti malam-malam sebelumnya...


Liurnya ditelan kesat saat lelaki itu mendekatinya. Walaupun sudah banyak kali melalui hal yang sama, tetap saja dia 'gerun'. Jantungnya berdetak laju bersama debaran di dada. Tak sempat lagi dia nak 'berdalih', tubuh tegap lelaki itu sudah pun menghempap kasar tubuhnya. Terlentang dia atas katil tak mampu melawan . Kalau 3 tahun lalu, dia mungkin meronta bagai orang gila tapi sekarang..Hatinya saja yang meronta. Tubuhnya kaku membiarkan saja lelaki di atasnya saat ini menggomol rakus muka dan lehernya. Kedua-dua tangannya tak dapat digerakkan pabila tangan lelaki itu menekap kemas. Dapat dia rasakan desas nafas lelaki di atasnya saat ini makin tak teratur. Makin berombak kuat, makin agresif. Matanya segera dipejam rapat. Mukanya juga dialih ke arah lain. Dia benar-benar dibalut rasa berdosa yang amat. Malu pada yang Maha Pencipta. 


Dan apabia lelaki di atas nya mula mengangkat baju satinnya ke paras dada, giginya diketap rapat menahan rasa perit yang bakal dirasa.


   'Ampunkan hambaMu yang hina ini, Ya Allah..'.




*********



   BERKERUT satu muka saat dia mengangkat tubuhnya sendiri.  Rasa ngilu di bahagian ari-arinya tika ni membuatkan satu perut jadi sebu. Pedih.. Kepala pun masih berdenyut-denyut. Kalau ikutkan hati, nak saja dia sambung lagi tidur tapi..


Kepalanya ditoleh ke arah kiri. Sekujur tubuh tak berbaju masih asyik dibuai mimpi disebelahnya. Nak tak nak, terpaksa juga dia turun dari katil. Hati-hati dia membuka langkah ke arah muka pintu kamar agar tak mengganggu lenanya Fakhrul. Dah gaya orang pecah rumah pun ada. Bila dah keluar dari kamar, dia berdiri di depan muka pintu.  Bercekak pinggang mengadap ruang tamu. Tambah sakit pulak kepalanya melihatkan keadaan ruang tamu yang macam tongkang pecah. 


   "Marah sikit nak mengamuk, sedih sikit mengamuk. Lepastu mulalah rosakkan harta benda. Membazir satu hal, menyusahkan orang satu hal," lancar mulutnya membebel perlahan membayangkan adegan semalam. Membebel belakang ajelah. Kalau depan-depan, dia cuma berani jadi patung cendana saja.


Dia kemudiannya mengerling sekilas pada jam dinding. Dah pukul 8 pagi...


   "Kenapa dia tak keluar lagi? Takkan cuti kot...".


Pelik bila Fakhrul masih dibuai mimpi waktu-waktu macam ni. Biasa, 7 pagi lagi dah lesap.  "Alaaa...takkan mamat tu cuti kot.. Time aku cuti nilah dia pun sibuk nak cuti. Banyak lagi hari lain dia boleh cuti. Kenapa harini...".


Husna Iman jadi resah gelisah. Yelah. Fakhrul jarang ada kat rumah ni jadi dia pun bebas la nak buat apa pun sorang-sorang. Nak makan ke, nak tidur ke, nak tengok filem ke, semua boleh. Tapi kalau si Fakhrul ada, dia rasa kekok. Nanti kalau bising sikit kena marah. Kalau lambat sediakan makan minum, pun kena marah. Kalau kena mood lelaki tu tak baik, dia lah yang jadi tempat lelaki tu lepaskan amarah. Juga tempat lelaki tu lepaskan nafsu dalam tidak sedar. 


   "Esh, mustahil lah", getusnya lagi menghalau segala andaian. Rasa sakit semalam pun tak hilang lagi, takkanlah harini....


   "Tak, tak, tak.." laju kepalanya digeleng-geleng. Menafikan andaian 'menakutkan' itu.


Malas melayan perasaan, dia akhirnya terus menyanggul rambut keriting separas pinggangnya sebelum mula membersihkan ruang tamu. Bersungguh dia buat kerja tapi langsung tak keluarkan sebarang bunyi. Al maklumlah. 3 tahun pengalaman, sudah level proffesional. Tak sampai 20 minit, ruang tamu serba putih yang tadinya macam tongkang pecah, sudah kemas, rapi, dan bersih. TV yang retak seribu pun dia dah simpan di dalam bilik stor sebelah bilik air.


Tak ada masa nak berehat, dia segera membersihkan diri pula. Mandi di bilik mandi luar sebab tak mahu ganggu Fakhrul. Kalau tak ada Fakhrul, dia mandidi  dalam bilik mandi dalam kamar aje. Senang. 


Hesh...tengok? Susah la Fakhrul tu ada kat sini....Agak-agak dia cuti ke tak eh?


********


   "DAH SIAP...", ucap Husna sambil meletakkan mangkuk besar berisi nasi goreng cina di atas meja makan ikea empat segi. Telur mata juga siap terhidang bersama kopi panas. Puas hati dia melihat air tangannya sendiri. Dah lama tak buat sarapan tapi bila dah berbakat tu, masak apa pun jadi. Haha.


   "Buat air lain."

  

   "Mak kau lain!" - terkejut beruk Husna tatkala suara serak basah itu tiba-tiba menerjah entah dari mana. Berkerut seribu dahinya melihatkan Fakhrul bersahaja menarik kerusi sebelum melabuhkan punggung di depan meja makan.


   'Nasib baik aku tak kena heart attack!'  desisnya geram. Namun tangannya automatis mula mencedok nasi goreng ke dalam pinggan kaca vintage lalu diletak di depan Fakhrul. Kan best kalau dia boleh hempuk-hempuk pinggan ni atas kepala Fakhrul. Hmhhh... Bila lah agaknya dia dapat buat macam tu..


   "Dengar tak aku cakap tukar air lain?"  ulang Fakhrul tanpa memandang muka Husna. Bersahaja tapi keras.


Husna yang mendengar tak membalas. Sekadar menjuih tak puas hati sambil menjeling tajam. Teko dari jenama vintage diangkat semula ke arah kabinet dapur. Dengan mulut terkumat kamit tanpa suara, tangannya tetap saja lincah membancuh teh o panas.  Teh O Lipton panas itu dibawa kearah meja sebelum dia menuangkan nya kedalam cawan di sebelah pinggan nasi Fakhrul.


   'Mengada-ngada . Biasa elok je minum kopi.' sempat lagi hati kecilnya membebel sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan Fakhrul. Walaupun seleranya sudah mati melihat muka Fakhrul, tetap saja dia mencedok sesenduk nasi. Well, bila ada yang namanya Fakhrul Azfar, maka dia kena ikutlah segala pantang larang dan peraturan yang diberi sejak dulu. Tak ada dah lelaki paling cerewet dan mengada selain lelaki di depannya saat ini. Antara peraturan yang paling penting ialah, teman makan. Yup. Sama ada kau lapar ke tak, kau tetap kena duduk semeja dengan dia sampailah dia habis makan. Tak kiralah sarapan ke, lunch ke, dinner ke, wajib teman sampai habis. Kalau bab makan pulak, cerewet jangan ceritalah. Tak cukup buku.


   "Nanti iron kemeja hitam."  suara Fakhrul senada memecah dinding sepi membuatkan Husna spontan angkat muka. Tak sedar ada senyum di bibir lentiknya.


   "Awak kerja ke harini?" soalnya agak teruja.


Kali ini giliran Fakhrul pula angkat muka. Hatinya sedikit terkilan melihatkan air muka Husna yang tadi mendung berubah cerah.


   "Kenapa? Serabut sangat tengok aku kat sini?" sindirnya serius sebelum kembali tunduk menjamah makanan.


Cepat-cepat Husna mengawal air mukanya sendiri. "Tak adalah... Saya tanya je sebab barang dapur dah tak ada kalau nak masak makan tengah hari nanti...," dalihnya menyembunyikan senyum.


   'Alhamdulillah...lega hati aku! Hahaha.'


Fakhrul diam. Lantaklah apa yang Husna nak cakap, tetap hatinya dah terasa. Bukannya dia tak perasan air muka Husna sedari tadi. Nampak sangat tak sukakan keberadaannya kat sini. Seleranya terbantut serta merta. Tanpa sepatah kata, terus dia angkat punggung lalu beredar pergi meninggalkan Husna sendiri di meja makan.


   "Merajuk lah tu", juih Husna bersama gelengan. Dah masak sangat dengan perangai angin monsun timur laut si Fakhrul. Muka macam singa lapar, hati macam tisu. Yang jadi mangsa? Akuuuu jugak.


Tiba-tiba , suara Adam Levine menyanyikan lagu 'Sugar' mencelah lantang menarik perhatian Husna. Pantas gadis berseluar longgar dan t shirt ungu lengan panjang itu bangun mencapai RealMe X2 Pro kuningnya dari atas kabinet sebelah sinki. Melihat nama 'Kak Wana' tertera di skrin , dia terus menyentuh sekali skrin tanda hijau sebelum menekap pada cuping.


   "Hello Husna..?" kuat suara Wana kedengaran dihujung talian. Bukan main bising lagi suara-suara dari belakang.


   "Ya kak Wana.. Kenapa...?"


   "Maaf sangat akak ganggu off day Husna tapi boleh tak masuk kerja harini..? Anak Gina tu demam, dia tak boleh masuk harini.. Nanti pukul 12 nak siapkan event kat KLCC tu..."


   "Lah yeke.. Habis tu kak Wana sorang-sorang ke?"


   "Akak dengan budak-budak nilah, tapi tak ada lead ni.. Husna datang please..? Nanti akak doublekan gaji harini."


Husna ketawa lucu. "Ish Kak Wana ni. Apa pulak sampai macam tu. Ha, yelah. Nanti Husna datang. Kak Wana ada kat ofis ke?"


   "Tak, akak tengok-tengok lokasi event kejap. Nanti Husna datang sini terus lah senang. Akak send location."


   "Okey, boleh."


   "Thank you Husna..."


   "Welcome. Jumpa nanti".


   "Okay bye..."


   "Bye..."-  Husna mematikan talian dengan senyuman bersisa.


Nafasnya dihela lega. Nasib baik Fakhrul tak cuti mengejut harini. Sebabnya, peraturan kedua ialah, kalau Fakhrul ada dalam rumah ni means, dia pun kena ada dalam rumah ni. Serba serbi nak kena teman. Walaupun seharian lelaki itu duduk di dalam bilik kerja sendirian, dia tetap kena stay dalam rumah.


Kan dah cakap. Mengada-ngada!

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yana Agasshi