Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 46

Apabila seseorang itu mendajalkan kita, jangan balas mereka dengan perbuatan yang sama. Sesungguhnya setiap manusia yang diciptakan bukanlah lumrahnya untuk membalas dendam. Malah, kita tidak berhak menghukum sesiapa pun dengan ilmu sebesar debu dan cerdik akal yang cetek. Biarlah hanya Tuhan yang menentukan setiap zarah kesalahan kita. Dan besarlah ganjaran yang akan diberikan kepada mereka yang banyak bersabar. Kerana sabar merupakan adabmu kepada Allah SWT. Itulah kata-kata yang pernah diucapkan oleh Al Habib Ali Al Jufri.


Hati Adam Baihaqi memberontak. Setiap kali dia melihat Mina Arwiena terlantar di atas katil pesakit dengan badannya penuh luka dan balutan, jiwanya tidak tenang. Hati tidak tenteram. perasaannya bergelora. Katanya, siapa yang melakukan kejahatan terhadap orang yang dia sayang, maka balasannya adalah mati. Matilah kau! Namun, membalas dendam bukanlah cara yang terbaik.


Siapa pula kita untuk menghukum? Aisyah Sadeeqa juga tidak layak melakukan perkara terkutuk itu kepada orang yang Baihaqi sayang. Bersyukurlah bahawa dia telah dikurniakan seorang anak yang sangat cantik dan comel bernama Hajar. Malangnya kasih sayang Hajar terbahagi. Ibu tunggal itu sangat mencintai Adam Baihaqi lebih daripada anaknya sendiri. Tetapi tatapan jejaka itu hanya ada pada Mina Arwiena. Seorang gadis melayu yang ketiadaan ibu dan bapa. 


Apabila Adam Baihaqi memikirkan tentang Hajar, anak Aisyah, dia terus beristighfar. Dia tidak mahu anak itu melihat dia sebagai pembunuh ibunya. Salahkah Adam Baihaqi beranggapan sedemikian? Patutkah dia menghukum Aisyah sendiri dengan membalas segala kejahatannya terhadap Mina Arwiena?


Baihaqi menghentak sofa yang didudukinya. Geram! Dia rasakan dia tidak berkemampuan untuk menyayangi dan menjaga Mina. Buntu! Bagaimana aku harus beri kepercayaan jika Mina pernah disakiti? Dipukul, diheret dengan kereta, diugut hanya kerana nama Adam Baihaqi. Apa perlu dia lakukan? Untuk membalas dendam terhadap Aisyah juga membuatkan dia gusar! Kenapa susah untuk dia mencintai dan hidup semati dengan gadis pilihannya? Adam Baihaqi juga mempunyai perasaan. Jiwa lelakinya kini di tahap paling merosot.


Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Selepas kejadian malang itu, Mina telah dibawa ke bilik pembedahan dan dibedah serta-merta. Kaki dan tulang rusuknya patah. Mukanya luka tercedera. Kelopak matanya menerima beberapa jahitan. Mujurlah dia tidak buta. usai pembedahan, Mina dipindahkan ke unit intensive care dan memerlukan rawatan ventilasi sehingga dia betul-betul sembuh dan sedarkan diri.


Cinta yang dikurniakan oleh Tuhan bukanlah milik kita selamanya. Apabila diberi peluang, gunakanlah sebaik-baiknya. Peluk dan hargailah orang yang kita sayang. jagalah dia walaupun kita dicelakan, diherdik, dihina atau kehilangan semuanya. segala cacat celanya adalah ujian untuk kita. Untuk kita terus hidup dengan balasan pahala. Dan atas setiap kata-kata baik, perbuatan mulia dan belaian ikhlas daripada kita adalah tiket kita ke syurga. Percayalah dengan qada' dan qadar Tuhan. Jangan persoalkan takdirnya.


Pintu bilik terkuak. Adam Baihaqi yang kelihatan kusut dengan baju tidak bertukar ditenung daddynya di pintu.


"Daddy?" Jejaka itu terus berdiri. Dia mengerut dahinya. Masih terkejut melihat daddynya itu tiba-tiba muncul di muka pintu. Dibelakangnya, Datin Sofea Alias iaitu ibu kandung Adam Baihaqi membontoti suaminya. Badan mummynya sedikit berisi dan tubuh Daddynya sangat tinggi. Sama tinggi dengan anak-anaknya.


"Assalamualaikum. Hmm... Baihaqi? Kamu masih tak balik lagi? Dah. Pergi balik! Yalla! Bisur 'a!" Gesa Dato Dr Abdul Bunyamin, katanya baliklah segera.


"Tapi... mummy, daddy. Kalau Mina terjaga Bai takut tak sempat jumpa dia."


"Alah. Anak mummy ni. later, when shes awake, i will call you. Please sayang. Go and rest.  i had sorted out everything. Dah lama mummy tak jumpa anak mummy ni. Bahri mana? Adik kamu mana? Selalunya melekat aja. " Datin Sofea menghampiri Adam Baihaqi lalu memeluk erat anaknya. Kasihan melihat anak jantan ini. Memang tak dinafikan sejak sekolah lagi Baihaqi sentiasa diingini ramai. Ramai gadis mahu menjadi kekasih hati Baihaqi. Tetapi sayangnya dan kasihnya terhadap Mina Arwiena ini sememangnya luar biasa. Lihatlah bagaimana gadis ini juga berjaya mencuri hati anak perempuannya, Emilda dan anak lelakinya, Bahri. I wonder, who is this girl? 


"Mina Arwiena. Anak yatim piatu. Both parents passed away. Students in medical school. Our school not to forget. Yes, for sure my son pays everything for her. And now, shes here." Dato Bunyamin melempar fail yang dipegangnya.


"Daddy? What are you doing?" Baihaqi mula bersuara. Baru sahaja dia nak bergerak keluar bilik, daddynya telah mencucuk perasaan Adam Baihaqi. Sengaja mahu mendapatkan perhatian anaknya.


"Im reading her profile. Just incase."


"Shes not your staff. Dont act like you care! Dia bukan pekerja daddy!"


"Yes. I know. Thats why im wondering what were you thinking Baihaqi? Daddy tanya sebab daddy risau."


"Stop it la daddy. Bai tak nak dengar. What exactly do you want? Bai dah buat semua benda yang daddy nak. Bai belajar medic because of you. And now please! Biar Bai susun hidup Bai!"


Datin Sofea senyap seribu kata. Tidak mahu masuk campur. Cawan yang berisi air kopi panas itu diletakkan di atas meja. Kemudian, dia berjalan ke arah katil Mina. "She is such a sweet girl. Kasihan mummy tengok." Anak rambut itu dibelai-belai perlahan-lahan.


Adam Baihaqi menjeling ke arah daddynya dan kemudian mummynya. Dia tidak faham apa yang kedua-dua ibu bapanya buat di sini.


"Ok because you asked me. Daddy akan terus terang. Im a chairman...and also your father. Banyak benda tak sort out lagi. Every one is asking me a lot of things about you...about her. And I need your answer. Duduk sini Baihaqi. Now." Suara Dato makin lantang.


Baihaqi menuruti.


"Jadi, kamu sayang gadis ni?"


"All of my heart. Bai tak pernah rasa macam ni."


"Kamu nak kahwin dengan dia? Atau.. just a flirting? No. Im asking because im curious."


"Bai nak kahwin dengan dia, daddy."


"What if she doesnt want to marry you? Banyak benda dah terjadi. Daddy dah dengar semuanya daripada Emilda. Dia datang malaysia untuk sambung belajar. Berkenalan pula dengan seorang jejaka bernama Adam Baihaqi. Suddenly a woman came into his life and destroy this girl to pieces. what makes you think she wants to marry you, Baihaqi?"


"She will. I will makesure she will!" Baihaqi membentak. Sentiasa mendesak. Dia tahu Mina akan pilih dia. 


"Shh.. baihaqi. Perlahan sikit cakap tu. Nanti orang dengar. Tak pasal-pasal mereka ingat kita bergaduh. Erm, daddy? boleh mummy bersuara?"


"Yes, please Sofea. Nasihat lah anak awak ni."


Baihaqi menjeling ke arah mummynya. Ikutkan hati dia nak larikan diri. Tapi disebabkan ayahnya yang bengis ini masih berada di hadapannya, dia terpaksa akur. Baihaqi membiarkan mummynya duduk di sofa empuk itu.


"You're just 23. She's 19 years old. Muda lagi. Bahri pun baru 22 tahun. Mummy tak nak kalau you guys berkahwin pada usia muda ni... well things can happen right? Sometimes people dont just mature fast. Banyak benda lagi dekat dunia yang kita kena belajar. Now, tell me exactly what is your plan."


"Mummy..." Adam Baihaqi menggengam tangan Datin Sofea. Dia merenung wajah ibunya yang sudah menampakkan garisan dan kedutan kulit.


"Mummy tak payah risau. Baihaqi akan ajak dia kawin. Dia nak habiskan belajar, jadi Bai akan ikut kehendak dia. Lepas tu, dapat anak..."


Datin Sofea tiba-tiba ketawa kecil. "Ahh... anak? Ehem. Ok thats so fast. Jadi, itu sahaja perancangannya. Daddy? U got anything to say?"


"Baihaqi. I dont see it. Daddy tak nampak yang Adam Baihaqi boleh memimpin dan mendidik seorang isteri malah menjaga seorang anak. Kamu tu bangun pagi pun kerap bangun lambat. Perkahwinan, ya marriage is not that simple. Penuh dengan tanggungjawab. Benda wajib yang perlu didahulukan. Benda kecil diketepikan. But how can i know anak daddy  boleh berlaku adil dan memilih mana yang baik dan mana yang buruk."


"Im 23, daddy."


"Exactly. Thats my point. Masih mentah. Semua ni nanti commitment. Ok. Now listen. Ini bukan masalah Mina. No. Shes perfect. Daddy found out that shes perfect for Adam Baihaqi but are you any good to her?" Daddynya mula mencapai cawan lalu menghirup air kopi panas. Terasa dahaga.


"Then tell me, apa yang Baihaqi kena buat?" tanya Baihaqi pasrah. 


"Tinggalkanlah Mina. Dia tak layak untuk terima semua ni. Baihaqi rasa apabila dia bangun nanti, apa perkara pertama dia akan buat? She cannot accept this. Dia akan menjarakkan diri daripada kamu. You know that!" 


Baihaqi menahan geram. Ayahnya tidak patut bersangka sedemikian. Siapa dia untuk menentukan kemahuan Mina? Gadis itu sudah cukup matang untuk menentukan masa hadapan mereka. 


Beep! Beep! Beep!


Kini badai menduga. Tiba-tiba, bunyi mesin di sebelah katil Mina berbunyi kuat. Gegendang telinga Adam Baihaqi berdesing. Matanya jadi kabur. Jantungnya berdegup kencang. Dia dapat rasakan sesuatu akan berlaku. Hatinya tidak tenang. Kisah silam terpancar di hadapan matanya. Wajah Mina. Senyuman gadis itu. Rindu. Dia rindu dan dia takut. Apakah aku akan kehilangan kau Mina? Belum cukup lagi untuk diri ini membalas segala rahsia hatimu. 


"Keluar Bai! Please, get out!" Baihaqi dapat merasakan ada orang menarik tangannya. Dia toleh sekilas dan kemudian pandangan makin kabur. Bahri? Sejak bila kau muncul? Adam Bahri, my only brother. Kalaulah kau yang bersama Mina, kalaulah orang yang Mina cintakan adalah kau, mungkin semua ini tidak akan terjadi. Aku tahu kau juga sayang akannya. Tapi kau biarkan perasaan itu. Kau hadap dan kau hadam lumat bahawa abang kau juga mencintai gadis ini. Aku minta maaf. Aku bodoh dan sombong. Kau tak tahu bagaimana perasaan aku apabila aku lihat kau menjaga Mina dengan sangat cermat. Kita dua tahu siapa gadis ini dan kenapa dia boleh mengoncang dunia kita. Budak perempuan ini mempunyai hati yang sangat bersih dan dia banyak mengajar kita tentang erti kehidupan. Kita tak selamanya akan hidup. Dan hidup kita hanya untuk Tuhan. 


"Get the emergency trolley! I need everyone to get out from this room, now!"


Suasana haru-biru. Kelihatan katil tolak itu ditolak oleh pembantu pegawai perubatan. Mina Arwiena terlantar di atasnya. Lemah tidak bernyawa. Adam Baihaqi yang masih seiring dengan gadis itu, tidak berhenti menahan tangisan jantannya itu. Dia tewas. Jantungnya berdegup kencang. Dia juga rasa nak pitam.


Pembedahan yang kedua sedang berlangsung. Khabarnya usus Mina tiba-tiba pecah disebabkan jangkitan kuman. Kali ini nyawanya dipertayangkan bogel. Hidupnya dan matinya dipertengahan. Tiada siapa tahu.


Adam Baihaqi nampak tidak keruan. Daripada tadi dia tidak duduk diam. Sekejap bangun dan kemudian duduk. Tak berhenti dia cuba meninjau ke dalam bilik bedah. Hatinya tidak tenteram. Dia bagaikan anjing yang bila masa sahaja boleh menyalak. Lelaki itu makin kusut apabila doktor yang menyapanya mengatakan Mina berada dalam kritikal. Gadis itu memerlukan darah sebanyak empat pek dan doktor sempat menggesa Adam Baihaqi untuk terus mendoakan keselamatan Mina Arwiena.


Buntu. Nak dibantu tidak boleh. Nak tak nak, dia kembali duduk di kerusi sejuk itu. Adam Baihaqi yang keseorang di ruang menunggu tiba-tiba disapa rakannya, Qi.


Mereka berpelukan seketika. Bahri dapat rasakan kesedihan yang dialami abangnya. Tipulah jika dia juga tidak merasakan benda yang sama. Seorang gadis yang datang dalam hidupnya dan membuatkan hatinya juga membolak-balik. Adam Bahri bersedih. Dia pula memeluk Adam Baihaqi erat sambil dilihat dan dipujuk rakannya Qi.


"i cannot do this. I cant!" Baihaqi membentak.


"Sabar Bai. Kita kena kuat. Kau yang kena kuat. Aku tak kuat macam kau. Kalau kau pun lemah, Mina lagi macam mana?" Bahri meleraikan pelukan.


"Aku menyesal Bahri. Kau memang betul. Kau sentiasa betul. Aku tak sepatutnya biarkan Mina. Apa bodohnya aku ni! Aku tak sangka cinta ni boleh membunuh hubungan aku dan Mina."


"Bro, yes, loves can kill. But it doesnt define your relationship. Setiap perhubungan yang terjalin, kita yang tentukan. Baik atau buruk. Kita dah berusaha untuk perbaiki. Kita dah buat yang terbaik. Kau dah cuba."


"Isk.. aku tak guna semua kudrat aku, Qi. Yang patut ada dalam bilik bedah tu ialah aku! Bukan Mina! Dia tak bersalah, Qi. Aku menyesal! Isk... isk... seksanya tunggu macam ni. Bila pembedahan nak habis ni!" Baihaqi kembali bangkit dan berdegil untuk masuk ke dalam. Dia cuba tolak pintu yang berkunci.


"Bai! Bai! Stop this nonsense! Kau kena rehat. Kau penat ni! Balik dan fikir baik-baik apa kita nak buat selepas Mina terjaga!" Bahri dan Qi merangkul tangan Baihaqi kuat. Jejaka itu masih meronta agar dilepaskan.


"No! Aku nak masuk dalam. Lepaslah!"


"Adam Baihaqi!" Satu suara garau melenting naik satu oktav. Mereka bertiga berpaling ke belakang. Bahri nampak terkejut.


"Daddy!" Mata Adam Bahri membulat. Perlahan-lahan dia lepaskan abangnya lalu Adam Baihaqi terjelupuk di atas lantai. Pandangannya jadi kabur dan akhirnya dia pengsan di sisi adiknya, Bahri. Semuanya yang terjadi adalah tidak adil! Hidupnya berantakan. Kau buat aku tak berdaya lagi. Aku tidak kuat, Mina. Jangan bunuh aku dengan penantian ini, Mina. Tuhan, runtuhkan ego aku ini. Berikan aku kekuatan untuk terima semua ini. Aku lemah. Aku selemah-lemah manusia yang terlalu hina. Moga ada keadilan kepada kau, Mina Arwiena. 


Cinta itu sedikit zalim. Cinta itu seperti sabun-sabun yang membuih di tangan. Harum dan wangi. Tatkala air deras menduga, buih biru itu meletup satu persatu. Hilang. Cinta mematikan, melemahkan dan menyiksakan.


Cinta, ia datang tanpa dipinta. Rindu pula mengiringi setiap perasaan manusia yang sedang bercinta. Lemas. Jika takdir cintanya bukan untuk kita. Sebanyak mana pun kita berdoa, meratapi, menangisi dan berharap, dia tetaplah bukan milik sesiapa.

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.