Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 21

Pernahkah anda berpisah dengan seseorang? Sakit kan? Terasa sakit sehingga setiap hari kau sebut namanya. Mulut tidak lekang mengucapkan kata rindu. Mata asyik terbayang kenangan dulu. Dalam perpisahan, pasti ada sebab. Mesti ada punca. Begitulah perasaan jejaka bernama Adam Baihaqi. 

Dia mahu bertanya pada Mina, apakah maksud cinta? Adakah cinta itu apabila dia sayang hanya di depan mata? Atau cinta itu apabila kita sayang dia tanpa pengetahuannya? Atau, kedua-duanya sekali? Dan adakah dia masih sayang jejaka ini?

Mina Arwiena bukan gadis biasa. Dia berjaya meruntuhkan tembok keegoan seorang lelaki. Seorang lelaki buaya darat dan panas baran itu telah menyukai gadis itu sejak pandang pertama lagi. She looks so beautiful. She smells like a bouquet of roses. And she is mine!

Dalam satu perpisahan yang menyakitkan, seseorang itu akan menempuhi 5 fasa. Adam Baihaqi tahu rasa sakitnya menempuhnya. Dia juga pernah bercinta. 

Fasa pertama adalah fasa penafian. Dan begitulah sekarangnya. Dia tidak dapat percaya yang Mina Arwiena mahu meninggalkan dirinya. 

"Mina! Awak, tunggu!" Kelihatan Adam Baihaqi melambai-lambai ke arah Mina. Mereka sekarang berada di parkir di lapangan terbang Alexandria.

Alangkah terkejutnya dia melihat jejaka yang dia sayang sedang berlari ke arahnya. Hatinya sedih. Betulkah apa yang dia buat ni? Melarikan diri? Kalau ikut hati, dia mahu berlari ke arah lelaki itu dan menangis. Tetapi dia kena kuat!

Adam baihaqi berlari ke arah Mina. Gadis itu sedang menurunkan bag bagasi dari bonet teksi. Jejaka itu terus memegang tangan Mina sedikit kasar. Bukannya niat untuk mencederakan, tetapi dia begitu tergesa-gesa mahukan jawapan.

"Awak, awak nak pergi mana? Kenapa awak nak tinggalkan saya!" Baihaqi bertanya. Mina dapat lihat dan rasa kesedihan yang dirasai jejaka itu. Anak matanya mula bergenang.

"Abah saya sakit, Adam Baihaqi!"

"Innalillah..." jejaka itu termangu melihat wajah Mina yang sudah muram. Dia tidak menyangka satu musibab telah menghimpap gadis itu. Maka, kalimah innalillah wajib diucap. Sambungnya, "jadi, awak nak pergi berapa lama? Awak nak tinggalkan saya?"

Mina menggeleng perlahan. "Saya tak tahu. Mungkin saya tak akan balik sini lagi. Saya minta maaf. Awak, tolong jangan tahan saya. Saya tak kuat. Kalau, isk, isk..." Mina melepaskan tangan yang sedang menarik bag. Dia menyeka air mata yang sudah berkaca. 

"...Kalau awak tahan saya macam ni, saya kemungkinan tak dapat jumpa abah. Tak dapat cium dan salam abah! Walaupun saya dianggap hina olehnya, saya tetap akan balik, Baihaqi"

"Shh.. Mina, Mina! Jangan cakap macam tu, awak."

Baihaqi memaksa gadis itu memandangnya. Hati terusik. Dia tidak boleh melihat orang yang dia sayang berperasaan begini. Mina menoleh ke arah lain. Waktu itu dia nampak Adam Bahri. Maafkan aku, Bahri! Aku bukan kawan yang baik untuk kau. Jangan benci aku.

"Ok, ok! Kita naik flight lain. Saya book private plane. Kita gerak malam ni. Please, awak!" Baihaqi masih memujuk.

"Lepas tu apa, Baihaqi? Kalau saya tak nak balik sini, awak masih nak bawa saya naik kapal terbang mahal awak tu untuk datang sini?"

"Mina." Adam Baihaqi menggeleng kepalanya. Gadis itu mula bercakap kasar. Dia tahu Mina sengaja.

"Saya tak kisah. Saya akan duduk dengan awak. Awak nak duduk Malaysia, saya ikut! Kalau nak datang sini, saya ikut!" 

Mina mengeluh berat. Dia paksa Baihaqi untuk melepaskan dirinya. 

"Baihaqi, awak orang yang sangat baik. Walaupun awak mempunyai kisah silam awak tersendiri, awak tetap orang yang baik. Saya harap awak dapat jumpa orang yang lebih baik daripada saya. Kita tak setaraf Baihaqi. Saya tak ada apa-apa!" Mina mula menjerit. Suaranya mula meninggi. 

Adam Bahri melihat pertelingkahan dua orang insan yang dia sayang. Dia tidak sangka, Mina rupanya sayang dan cinta akan abangnya. Ah, bodohnya aku! Kenapa aku tak perasan! Kenapa aku juga terhegeh-hegeh untuk menyukai kau! Dan tidak tergamaklah aku untuk memutuskan tali yang telah tersimpul rapi. Tapi, kenapa abang aku, Mina? Kenapa bukan orang lain? Kalaulah lelaki lain, mungkin senang untuk aku rampas kau daripada dia. Hakikatnya sekarang, jejaka itu adalah Adam Baihaqi! Abang aku!

"Tak akan ada sesiapa dapat rampas tempat awak!"

"Cukup, Baihaqi! Saya nak pergi. Jangan cari saya!" Mina cepat-cepat melarikan diri. Dia menarik bag lalu pergi ke pintu hadapan. Di situ petugas meminta buku merah dan tiket penerbangan. Apabila Mina sudah masuk ke dalam dia masih terdengar suara Adam Baihaqi menjerit namanya berkali-kali. 

Dari jelingan, Adam Bahri sedang menahan badan Adam Baihaqi. Beberapa petugas juga datang untuk tenangkan Baihaqi. Dia tidak boleh terima kenyataan ini. Kenapa kau pergi tinggalkan, aku! Kau tak boleh pergi! Kita boleh selesaikan perkara ni. Kita boleh fikirkan sesuatu bersama-sama. Bukan cara macam ni, awak!

jejaka itu terluka. Mina, jangan sakiti aku macam ni! Tolong, awak! Saya tak boleh lepaskan awak macam ni!

Di dalam kapal terbang itu, Mina akhirnya rebah di kerusi menangis terkenangkan keputusan yang dia buat. Nasi dah jadi bubur, Mina. Kau tak boleh patah balik! Adam Baihaqi bukan untuk kau. Sakitnya dada ni. Kenapa sakit sehinggakan aku rasa tak boleh bernafas. Beginikah sakitnya apabila berpisah? Mata jadi panas. Mulut jadi kebas! Dada aku rasa ketat! 

***
Ping!

Yuri Arwiena melihat mesej di telefonnya. Dia sedang melayan seorang tetamu di dalam bilik. Gadis itu berpakaian separuh telanjang. Bajunya menampakkan lurah buah dada. Kain skirtnya pula terlampau pendek. Seorang lelaki miang yang berada di dalam bilik tidak berhenti melihat gadis itu. Sesekali Yuri menepis tangan yang mula menjalar pada badannya. Dia mengeluh lalu menepuk tangan mana-mana lelaki. Kemudian dia senyum. Tangannya menunjukkan isyarat bayar dulu baru pegang. Lelaki yang sudah mabuk itu mengeluarkan tiga keping duit seratus kepada Yuri. Duit itu diambil kasar lalu dia rebah pada pangkuan lelaki tersebut. Telefon yang sebentar tadi berbunyi, dia baca.

Aku akan balik Malaysia untuk jumpa abah -Mina.

Yuri yang sedang membacanya terus berdiri dan ketawa sekuat-kuat hatinya. Mina sudah termakan umpan. Jeratnya terlampau mudah. Gadis itu begitu senang percaya. 

"Puih! Nak jumpa abah? Abah dah mati lah! Haha! Haha!"

Kemudian, Yuri yang sedikit ceria itu terus keluar dari bilik tersebut. Kedengaran lelaki mabuk itu menjerit agar memulangkan duitnya. Yuri tidak menoleh. Dia mahu merancang sesuatu. Untuk Mina, dia sanggup buat apa sahaja! Janji, dia boleh buat duit! Ingat aku heran kau duduk bergembira di luar negara! Sekarang, kau tengokla apa aku nak buat!


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.