Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 25

Keadaan riuh di luar bilik buatkan hati Mina tak tenteram. Kedengaran seperti dia berada di kandang haiwan. Bisingnya menggegarkan gegendang telinga. Mina berteleku di tepi katil. Dia tekup telinga dan pejam mata. Dia benci berada di sini! Hatinya yang tidak senang membuatkan Mina tak dapat tidur nyenyak. Dia tidak tahu sekarang pagi atau malam kerana tiada jam atau tingkap di bilik itu. 

Mina banyak beristighfar di dalam hati dan berdoa agar dirinya dapat diselamatkan. Perasaan kecewa pada kakaknya, Yuri masih membuku. Dia sedih! 

Kedengaran dari balik pintu bunyi kunci. Tombol pintu dipulas dari luar. Seorang lelaki melayu yang berbaju t-shirt hitam menjengah ke bilik. Apabila dia nampak Mina, dia hela nafas lega. 

Jejaka itu merapati. Langkahnya laju tetapi berhati-hati. Dia tidak mahu orang lain tahu helahnya. Dia merupakan kawan baik Edin!

"Mina, aku nak bawa kau keluar daripada sini. Shh..." lelaki itu berbisik.

Mina sudah menukar baju. Dia sudah mandi dua kali di sini. Apabila dia rasa panas, dia akan lekas mandi dan tukar baju. Baju disediakan hanyalah baju t-shirt tangan pendek dan seluar hitam panjang. Baju kurung dan tudungnya telah diambil dan dibakar. Tidak mahu meninggalkan bukti kata mereka.

Mina tenung jejaka itu. Lelaki yang dipanggil Qi itu dia perhati. Rambutnya pendek. Matanya sepet. Badannya tinggi lampai. Bahunya lebar. Apabila jejaka itu menyapa Mina dan memberitahu nama dia Qi, fikiran Mina hinggap pada kenangan dia dengan Baihaqi. Juga ada Qi dalam Baihaqi. Rindunya kau! Kenapalah aku berdegil untuk tinggalkan Mesir? Ah, nasi sudah menjadi bubur! Tak guna aku menyesal lagi. 

Qi menarik tangan Mina. Kepala menjengah ke luar pintu. Tiada orang. Setelah itu, dia dan Mina keluar daripada bilik. 

Mereka berjalan di ruang legar agak jauh dan lama. Mina mahu bertanya dia berada di mana tetapi Qi tidak mahu berbicara. Katanya, kena cepat! Sekejap mereka ke kanan, kemudian ke kiri. Ada juga tangga yang dinaiki.

"Jap, jap! Huh! Huh! Saya pe...penat!" Mina menarik tangan Qi.

"Awak, cepat! Kita dah nak sampai pintu utama! Tak apa. Meh sini tangan awak. Saya lari laju macam mana pun, awak kena ikut saya. Faham?" Kata Qi dalam nada sedikit tinggi. Dia berusaha untuk merendahkan suara tetapi kerana gementar dia meneriak sedikit. Qi memaling pandangannya ke kiri dan ke kanan. Harap-harap dia sempat sampai di tempat yang dijanjikan Edin.

"Huh! Huh! Ta..tapi!" Mina sudah semput. Dia bercakap diselang dengan nafasnya yang pendek.

"Mina, walau apa pun terjadi, awak kena lari. Jangan selamatkan saya. Faham? Awak jangan risau. Saya tak akan benarkan sesiapa pun sentuh awak. Dah, jom!" 

Qi dan Mina mengatur semula langkahnya di lorong gelap itu. Terasa bahang yang teramat. Peluh sudah membasahi bajunya. Dia perlu keluar daripada sini! Mungkin sekarang geng jahat ni dah sedar kehilangan Mina di dalam bilik!

Apabila dia keluar daripada lorong gelap itu, cahaya mula menerangi ruang. Mata Mina sedikit berpinar. Dia telan air liur. Tekak dia sangat kering. Dia kehausan dan kepenatan!

"Ok, kita dah berjaya keluar. Sekarang, kita kena lari keluar daripada kawasan gudang ni! Cepat Mina!" Tangan Qi masih menarik tangan Mina. Gadis itu hanya membiarkan. Badannya sudah lemah. Dia tak larat! 

Sementara mereka sibuk berlari, kedengaran bunyi motor menderu-deru dari belakang.

"Shit!" Qi membentak. Dia melepaskan tangan Mina kasar kemudian dia tolak badan Mina. Gadis itu menggeleng-geleng kepalanya lalu air mata terus mengalir. Dia rasa takut dan terkilan. Tak kanlah aku nak tinggalkan kau di sini? 

Baihaqi! Baihaqi! Mana kau ni! Aaaaaah! 

Mina tepuk-tepuk dada dia kuat. Dia rasa sesak nafas. Tangannya menggeletar melihat beberapa buah motosikal menghampiri. 

"Qi, kau nak pergi mana bawa perempuan ni!" Seorang jejaka terus terjun motosikal. Ditangan memegang kemas kayu panjang. Senyuman terukir pada bibir. Mampusla kau, Qi! 

"Minaaaa! Pergi! Pergi sekarang, awak!"

Apa ni! Jangan uji aku macam ni! Tolonglah...

"Pergi! Aku cakap pergi!"

Entah kenapa dia rasa serba salah. Bukannya dia dan Qi ada hubungan apa-apa. Mungkin kerana nama mereka samalah perkara ni buatkan Mina tertekan. Jangan, Mina. Lari sekarang! Kau akan mati kalau kau tunggu! Mina telan air liurnya kesat. Dia lap air mata dia kasar. Perlahan-lahan kakinya melangkah jauh dan melarikan diri. 

Perasaan apa ni? Aku tak suka rasa kecewa ni! Aku tak mampu tolong! Maafkan saya, Qi!

Mina berlari agak jauh. Dia menoleh pandangannya ke belakang sesekali. Qi sedang berjuang mempertahankan pemergian Mina. Apabila motor yang lain cuba mengejar Mina, Qi tolak motor tu sampai penunggang jatuh. Dia macam orang gila menumbuk, menendang, menjerit dalam pergaduhan. Mina berlari ke arah jalan besar. Kelihatan banyak kereta lalu lalang. Orang jahat itu tidak berjaya mengejar Mina kerana dia sudah berada di kawasan lapang. Sedar tak sedar dia berdiri tidak berganjak di tengah-tengah jalan raya. Beberapa buah kereta dan motosikal membunyikan hon. 

Badan mina lesu dan tidak berdaya. Dia rasa nak bunuh diri. Dia nak tamatkan riwayatnya sekarang ni. Lebih baik aku matilah! 

Tak ada apa yang baik untuk aku. Tak ada siapa sayang aku! Aku dah tak ada siapa-siapa! 

Dia meraung-raung di situ. Dadanya diketuk berkali-kali. Sakitnya! Kakinya pula dihentak-hentak pada tanah. Kakinya sudah luka dan berdarah memandangkan dia berlari tidak memakai kasut. Dia menjerit-jerit dan meracau macam orang gila. Kepala dia berdenyut-denyut! 

Perasaannya bergelora. Seperti ombak laut tidak berhenti menghempas ke benteng. Dia rasa sangat parah. Dia tak mampu lagi tahan rasa hina.

Kepala Mina tersengguk-sengguk menahan tangisan. Tiba-tiba, dahinya terasa seperti terhalang. Rasanya hangat. Kemudian, badannya dirangkul erat oleh seseorang. 

"Saya minta maaf. Saya minta maaf sebab lambat. Awak, saya tak akan lepaskan awak macam mana sekali pun." 

Suaranya dia cukup kenal. Dia pandang depan. 

Baihaqi! 

Mina pandang Baihaqi dengan rambutnya yang kebiruan. Dia rasa jejaka itu sudah gila begitu!

Tangisan Mina makin kuat. Dia pegang baju Baihaqi kuat sekuat-kuatnya. Mulut Mina menjerit-jerit seperti dia hilang sabar. Baihaqi dah tak fikir apa dah. Dia peluk Mina makin kuat. Dia tak boleh lepaskan Mina lagi. Itu janji kesumat yang dia akan tepati!


Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.