Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 35

Jiwanya sendu mengucap kata benci. Nafas menghembus perasaan kecewa. Hati terdetik keinsafan. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menempuhi cabaran hidup ini. Mata Adam Baihaqi membara-bara. Dia tenung anak mata Mina Arwiena. Masing-masing tak mahu mengalah. Mulut tidak mahu bicara maaf. Salahkah jika kau tunduk pada ego dan sebut satu persatu kesalahan kau? Kau tak akan kalah jika mengaku salah. Malah, kau menang dalam pertaruhan. Jangan jadi keras hati. Kita bukan batu. Kita manusia yang mempunyai perasaan dan sering buat salah. Kalau mahu teruskan perhubungan, tundukkan ego dan padamkan api kemarahan. Kau tak tahu, mungkin apa yang pasangan kita mahukan hanyalah kata maaf dan kejujuran. 


"Mina, saya tak tahu apa yang saya perlu buat. Cuba awak fikir kalau awak ada di tempat saya. Kita mempunyai hubungan tetapi saya rasa kita jauh. bagaimana saya nak mulakan? Nak berbual dengan awak pun saya tak tahu nak cakap apa. Bila saya nak dekat atau nak bercakap dengan awak, muka awak mesti masam. Awak macam marah saya atas benda yang saya tak tahu! Dan apa salah saya? Saya tak tahu!"


Mina merembes air mata. Air mata yang lama dipendam terburai jua.


"Saya... saya isk... Baihaqi, kehadiran awak dalam hidup saya membawa sejuta makna. Waima saya ini tunang awak, saya tak tahu mana tempat saya dihati awak sehinggakan saya lenyap dalam memori awak!"


"Mina, Tuhan hadirkan awak dalam hidup saya mesti ada sebab. Dan adanya saya untuk awak mungkin kerana Tuhan takdirkan diri ini untuk jaga awak. Saya..." Kedengaran Adam Baihaqi merintih. Dia berharap agar Mina dapat lihat dirinya yang tidak kuat. 


Puteri bagai dirasuk mahu memisahkan dua orang yang sedang bercinta. Akal dia berputar memikirkan helah. 


"Bai, dah la. Biarlah perempuan ni. Dia dah tak nak kan you. Kenapa you nak terhegeh-hegeh? Kita balik jom?" Puteri menghampiri Adam Baihaqi dan cuba memujuk. Mina sempat menjeling tangan Puteri yang merangkul lengan Adam Baihaqi. Hati dia panas. 


"Baihaqi, awak pilihla. Saya yang memang degil orangnya atau perempuan tu!" Mina menolak bahu Adam Baihaqi lalu keluar dari situ. Jejaka itu mahu mengejar tetapi tangan Prof Aqwa pula laju menahan tangan Baihaqi. 


"Dude, dont make it worse!" 


Tangan Aqwa ditepis kuat. Adam Baihaqi terus merentap kolar Aqwa. "Stay away from Mina! I will make sure..." 


"What!" Aqwa merenung ke dalam anak mata Adam Baihaqi. "... You're going to kill me?" 


Tangan Baihaqi terketar-ketar. Dia tak tahu apa perasaan ini. Jiwa dia merasakan yang dia pernah melakukan perkara terkutuk dan dia mampu. Adakah dia mampu untuk menumbuk dan patahkan rahang Aqwa? Hormon adrenalin merembes ke dalam salur darah. Dia rasa teruja. Dia nak terajang dan hentam kepala lelaki ini. Telinga dia segera bingit dengan bunyi bising. Terasa bumi berputar di atas paksi dengan lajunya. Dada dia sesak!


"Aaaa! Argh!" Apabila dia rasa dirinya tidak mampu memberhentikan putaran graviti bumi, dia lepaskan genggaman baju Aqwa. Tangannya menghentak meja. Dia dah gila. Tolong berhentikan semua ni! Aku sakit! 


Kedebuk! Adam Baihaqi terus pengsan di atas lantai. Puteri menjerit-jerit meminta tolong. Kelihatan Aqwa berdiri tegak tidak berganjak. Dia betulkan baju kemeja putih yang dipakai. Mata melirik ke arah tubuh yang sudah kaku. Hati dia teruja. Bodoh! Kau bukan taraf aku lah, Adam Baihaqi. Orang yang bercinta mesti sehaluan. Dan kau, jangan sesekali memaksa gadis ini. Mina Arwiena akan ku pastikan dia milikku!


***

Manusia yang selemah-lemah iman pun jika diberikan peluang, dia akan merangkak meminta keampunan kepada Tuhan. Dan Tuhan sangat menyayangi orang yang suka merintih. Dia tak perlukan orang sombong. Malah, orang yang bongkak itu tidak akan dipandang olehNya. Setiap yang hidup, pasti akan mati. 


Adam Baihaqi merasakan kepalanya berat seperti dihempap besi. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Mina Arwiena sedang duduk di atas sejadah di tepi katil jejaka itu. Tangannya menadah sambil menuturkan kata rindu. Dia meminta ketenangan dan hati yang tenteram. Air mata mengalir dengan deras. Terjungkit-jungkit bahunya menahan esakan. Hati dia perit. Ia seperti dihiris oleh pisau yang tajam. Dia benar-benar tidak tahu apa yang perlu dia buat. 


Sekarang, dia tidak ada siapa-siapa. Hidupnya di Mesir kerana lelaki itu. Adam Baihaqi lah yang telah mengajaknya untuk tinggal di negara arab ini. Ibu bapanya tiada. Kakaknya pula entah ke mana. Dia hanya anak yatim yang merindui keluarganya. Sekarang, dia rasakan hidupnya seperti kosong. Jejaka yang terlantar ini tidak menginginkannya. Kenapa Tuhan uji aku macam ni?


Mina mengelap air mata dengan telekung. Dia mengelap tadahan tangan itu ke muka. Belum sempat dia membuka telekungnya, dia nampak Adam Baihaqi sedang merenungnya. 


"Awak dah bangun? Sekejap, saya panggil doktor." Mina bangkit tergesa-gesa. 


"Awak..." panggil Baihaqi.


Mina menoleh. Gadis itu merapati Adam Baihaqi. 


"Saya nak minta maaf..." kata Baihaqi. Sambungnya lagi, "Dunia saya hancur awak. Kalau lah jawapan kepada semua masalah ini adalah awak, saya sanggup redah segala keperitan ini."


"Adam Baihaqi, awak tahu tak kenapa saya marah?" Mina duduk di kerusi di hadapan jejaka itu. Dia mengeluh berat. 


"Ya, boleh awak bagitahu? Saya tak tenang."Baihaqi masih menatap wajah tunangnya itu. 


"Saya cemburu. Perempuan mana yang tak sakit hati tengok kekasih hati melayani perempuan lain?"


"Mina, saya tak bermaksud pun. Tapi selepas saya nampak cara dan layanan Bahri terhadap awak, hati saya tak senang. Saya cuba dekati awak, tapi awak macam tak suka saya. Sedangkan saya tak tahu kenapa."


"Sekarang awak dah tahu kenapa saya marahkan? Jadi macam mana ni? Awak sanggup tinggalkan perempuan lain? Saya tak suka awak bergaul dengan dorang."


"Kalau awak nak saya redah lautan mediteranean ni pun saya sanggup. Dan saya juga sanggup untuk kenal awak semula. Boleh awak beritahu apa yang buat awak jatuh cinta pada saya?" Baihaqi mengukir senyumannya. Dia rasa bahagia. 


"Betul awak nak tahu?"


"Ya lah. Kalau awak tak beritahu, saya tak tahu."


"Sebelum tu, saya nak cerita dan ingatkan semula kenapa kita dijodohkan dan diberi peluang oleh Tuhan untuk bertemu. Waktu tu, saya tak tahu yang muka saya ni seiras Sara Sadeeqa. Adam Bahri pula tegas dengan pendirian dia bahawa kalau saya berkawan dengan awak, hidup saya akan sengsara. Tapi, awak memaksa. Awak sangat tegas dengan pendirian awak. Awak nak saya sentiasa ada dengan awak. Tak kisah macam mana ancaman yang diterima, awak akan berlari cari saya sehingga ke lubang cacing. Awak akan pastikan saya selamat. Awak tak macam orang lain yang bermulut manis. Cakap sayang tapi sebenarnya sayangnya diduakan. Walaupun..."

Mina menjeling anak matanya sengaja menyakat. 


"Eh, walaupun? Apa? Saya buat silap?"


"Haha! Taklah. Walaupun awak ni sangat panas baran, suka memaksa, suka kacau orang dan..."


"Aik? Ini bukan memuji dah ni. Betul ke orang macam ni yang awak suka?"


Mina ketawa mengekek. Dia perlahan-lahan membuka telekungnya. Tangan laju melipat telekung itu di atas paha. Tudung yang masih terletak pada kepala diperbetulkan. Haha! Eh, perempuan mana yang yang tak suka lelaki acah bad boy?" 


"Eleh! Yang saya tahu perempuan takut dengan aura bad boy."


"Saya tak takut pun. Tapi saya geram. Sebab sebenarnya orang lelaki yang perasan jahat tu sebenarnya hati dia paling baik. Dia cuba tutup diri dia yang sebenar. Dia tak nak orang kenal dia terlalu dalam. Betul tak? Bukan itu ke yang awak cuba buat?" 


"Aaa.. aduh! Aduh!" Tiba-tiba Adam Baihaqi mengerang kesakitan. Selimut yang menutupi kakinya yang sedikit berbulu itu ditarik ke tepi. Kaki dia pula kejang. 


"Eh, awak ok tak ni!" Mina terus berdiri. Dia tergesa-gesa memanggil jururawat. 


"Mina! Sa..saya ok je ni. Kalau dapat kahwin mungkin dah tak sakit kot."


"Ei! Mengada la dia ni!" Mina tepuk bahu Adam Baihaqi kuat. Betul ke awak ni lupa ingatan? Ni macam sengaja je. Sama je perangai dulu suka menyakat!


"Haih! Takut saya tengok anak mata awak macam tu." Jejaka itu melirik pandangannya ke arah Mina. Mulut Mina dimuncungkan. 


"Awak ni. Suka tau buat saya risau macam ni. Kalau awak tak nak kaki tu kejang lama-lama, cepatlah pinang saya." Mina menekup tapak tangannya. Aduh, malunya!


"Haha! Comella awak ni. Saya janji, saya akan cuba dapatkan balik ingatan saya ni. Mana tahu sebenarnya sebelum saya jadi pelupa ni, awak sebenarnya, jeng jeng jeng, cuba melakukan sesuatu pada saya!"


Mina mencubit lengan Baihaqi. Cubitnya lama. Menjerit jejaka itu sambil pinta dilepaskan. Dalam gelak tawa itu, ada mata memerhati. Adam Bahri yang sedang menjinjing bakul yang berisi buah-buahan tidak pantas menegur. Dibiarkan dua orang insan dihadapannya bergurau senda. 


Abang, kalau betul kau sayangkan Mina, jagalah dia baik-baik. Aku tak tahan tengok dia menangis dan meratapi segala keperitan hidup. Dia perlukan seseorang. Dan orang yang paling dia perlukan ialah kau. Jangan hampakan dia, Bai. Aku sanggup tadah air mata darah jika inilah yang terbaik untuk Mina. 


Mina, aku sangat sayangkan kau. Tetapi jika sayang aku ini mampu membuatkan hubungan korang retak, aku sanggup mengundur diri. Aku sanggup pergi dari hidupmu.


***

Buk! Dang! Buk! 


Abu Bakar menendang seorang budak lelaki dalam belasan tahun, yang sedang merangkak di atas pasir di kawasan Gunung Sahara. Hidungnya berdarah dipukul sekejam itu. Suasana sunyi sepi yang hanya bertemankan tiupan angin kedengaran sangat menakutkan. Rembulan kelihatan. Langit nampak gelap. Budak itu bakal ditinggalkan di situ keseorang dan akan ditakdirkan olehNya mati kebuluran. 


Mereka berbicara bahasa arab ammiyah. Budak lelaki itu menggosok-gosok telapak tangannya sambil melutut. Dia merayu semahu-mahunya. Kehadiran diri dia dan keluarganya di Persisiran Gunung Sahara telah dilupai Adam Baihaqi. Janji jejaka itu akan melunaskan hutang keluarga ini dan membayar wang setiap bulan. Namun, ini sudah hampir tiga bulan Adam Baihaqi tidak menjejakkan kaki ke tanah itu. Perasaan budak lelaki itu marah dan juga takut. Dia marah kerana Adam Baihaqi lupa akan janjinya dan dia takut jika Abu Bakar berhasrat untuk membiarkan dia mati. Jika dia mati, keluarganya yang terdiri daripada ibu, nenek dan adik perempuan akan punah dikerjakan lelaki itu. 


“Tolonglah, bagi aku masa seminggu! Aku akan pastikan Adam Baihaqi datang ke sini.”


“Dengan cara apa! Kau sudahla tiada kenderaan untuk mencari dia! Sekarang bercakap pula cara nak selamatkan nyawa sendiri!”


“A..aku tahu dia dekat mana! Dia ada di Alexandria. Malah, dia pernah membawa seorang perempuan ke sini. Datangnya sekejap sahaja. Dia beri kami duit dan terus pergi. Aku tahu mesti perempuan itu penyebab Adam Baihaqi tidak datang lagi ke sini! Tolong percayakan aku!”


Kedengaran Abu Bakar menghembus nafas berat. Karim El Eiyad menangis teresak-esak apabila melihat keluarganya diikat di sebuah pokok. Nenek yang kelihatan sudah tidak bermaya terduduk seperti sedang yang mencari nafas terakhir. Mukanya pucat. Budak lelaki itu rasa sangat lemah. Dia tak tahu apa yang sudah merasuk Adam Baihaqi. Kenapa kau kejam meninggalkan kami! 


“Sudah! Aku tak nak tengok muka kau! Lepaskan mereka. Dalam masa seminggu, kalau dia tak datang sini, biar aku yang cari dia. Dasar lelaki tak guna! Kau dan keluarga kau pinjam duit aku, tapi tak geti nak pulangkan!”


“Allahuakhbar! La ilahaillah! Tuhan yang Maha Satu! Allahuakhbar!” Wanita yang rambutnya sedikit beruban merintih-rintih. Dia rasa tak guna. Jika aku ini kaya atau mampu menyara keluarga, Karim pasti tidak akan meminjam duit. Ini semua salah aku!

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.