Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 7

Mina tertidur di dalam bilik tetamu. Katil itu empuk. Boleh terbuai lena sehingga pagi esok. Kalau tak disebabkan dia rasa nak terbuang air kecil, dia tak kan terjaga. Jam di dinding sudah pun berdetik 11 malam. Makan malam sebentar tadi sangat mengenyangkan. Ada makanan nasi arab dengan kuah tomato segar. Daging kambing itu sangat lazat. Selepas itu juga dia dihidangkan dengan roti dan pencicah tahinah. Sejenis kuah kacang berwarna putih. 

Mina tidak dapat bersua lagi dengan ibu bapa mereka. Katanya mereka terpaksa pergi kerana urusan kerja. Tetapi kakak mereka, Bunga Emilda sempat juga dia terserempak. Dan perbualan adik beradik ini begitu merunsingkan! Mina terdengar sesuatu yang tidak disangka-sangkakan. Dia mendengar dibalik pintu yang terbuka.

Siapa adik beradik adam ni? 

Pertelingkahan antara adik beradik selepas makan malam tadi mengetuk pintu hatinya. Betul ke apa yang Mina buat ni? Berkawan dengan Adam Brothers.

"Shes beautiful, Bai! Looked just like her!" Kata Emilda teruja.

"Shh, she doesnt know yet."

"But Why?" Emilda mengerut dahinya. Dia merapati Baihaqi. Suara dia diperlahankan.

Bahri juga ada di situ. 

"Yes, why Bai? She need to know." Sampuk Bahri. 

"Entahla kakak. I just dont feel like talking about it."

"Wahda! Wahda! (Satu-satu, Bai!)" Kata Emilda sambil menunjuk jarinya pada Baihaqi. Sambungnya lagi, "kau kena beritahu dia atleast satu benda dulu.

Bahri mengangguk laju lalu berdehem. "Bai, kau pun tahu kita ni banyak musuh. Sampai bila kita nak senyap macam ni?"

Dan perbualan itu terhenti apabila Mina merapati.

***
Pagi itu mereka berhasrat untuk pergi ke Sham El-Sheikh bersama-sama Mina. Walaupun ditolak keras oleh gadis itu, mereka tetap mahu dia pergi. 

"Kak Emilda, thank u ajak."

"No hal lah adik! Ana bahibbu inti giddan giddan!" Emilda mendepa dadanya dan selepas itu mencuit dagu Mina. 

Huh? Apa maksudnya tu?

"Maksudnya, saya suka awak sangat-sangat." Baihaqi mencelah. 

"Ha?" Mina memaling pandangannya kepada Baihaqi.

"Bukan saya yang cakap. Kak Emilda yang cakap."

"Oh!" Mina mengetuk kepala sendiri. Dia tersengih macam kerang busuk.

Tiba-tiba Bahri muncul di belakang Mina. Sengaja dia merapatkan bibirnya ke telinga Mina. "Kenapa? Kau rasa Adam Baihaqi suka kau?"

Mata Mina terbeliak lalu dia menolak Bahri kasar.

"Adik, janganla kacau dia!" Kak Emilda menyekeh kepala Bahri. Ha, padan muka!

Bunga Emilda cantik orangnya. Wanita itu berumur 30 tahun. Masih bujang. Belum berkahwin. Walaupun cara pergaulannya kasar, pemakaiannya nampak sangat seperti seorang wanita. Mana tidaknya, dia mempunyai dua orang adik lelaki yang sengal!

Hari ini dia memakai baju blouse kuning cair dan skirt putih pendek labuhnya sehingga ke bawah lutut. Rambutnya berwarna hitam lurus diikat tinggi. 

Mina pula meminjam baju Emilda. Walaupun dia memang berdegil tak nak pinjam, akhirnya dia turutkan juga kata kakak ini. Dia memakai baju dress panjang menutupi seluruh badan. Dibahagian pinggang ada kerawang dan manik cantik tersusun dan dijahit. Selendang pink itu pula cantik dipakai di kepala.

Rindu pula Yuri. Macam manalah kita boleh berjauh hati sebegini rupa.

"Mina! Baihaqi pandai cakap banyak bahasa tau. Bolehla belajar bahasa arab dengan dia."

Baihaqi buat tak endah. Sengaja senyapkan diri.
Bag tarik dan bag sandang itu diletakkan di depan pintu. Dua orang pembantu rumah yang memakai baju seragam tergesa-gesa mengangkat barang-barang itu masuk ke dalam kereta.

"Ehhh, tak payahla! Mina dah daftar kelas arab." Mina membantah.

"Jangan sombong. Hati kena berlapang dada kalau nak belajar. Kalau tak pandai berenang, belajar. Kalau tak pandai masak, belajar." Tiba-tiba Baihaqi menyampuk. Dia buat-buat leka meneliti tiket pesawat di tangan sambil mulut berceloteh.

Huh! Ingatkan dia buat tak tahu tadi memang tak nak ajar. 

"Baiklah, boss!" Mina mencebik apabila kena tegur setepek!

***
Jujurnya, Mina takut naik kapal terbang. Dia yang masih tercegat di pintu pesawat persendirian disapa Baihaqi.

"Kenapa ni?"

"Oh, tak ada apa."

"Jomla naik."

Baihaqi menghulurkan tangannya. Mina menyambut perlahan. 

Di dalam pesawat itu hanya ada 8 tempat duduk sahaja. Masing-masing mendapatkan tempat duduk. Kerusi yang seperti sofa ini begitu lembut dan empuk. Warnanya yang berwarna keemasan menampakkan lagi kemewahan yang dimiliki keluarga Adam. 

"Saya nak tanya something boleh?" Mina bersuara. Dia memilih untuk berbual sekarang memandangkan dua orang kakak dan adik itu sedang leka membuat hal masing-masing. Kak Emilda sudah terlena. Matanya tertutup dengan penutup kain bewarna hitam. Di pipinya terdapat timun yang telah dihiris nipis setepek. 

Bahri pula sedang leka mendengar lagu menggunakan alat pendengar. Apabila dia memanggil Bahri, tiada jawapan. 

"Hmm, apa dia?" Baihaqi menjawab.

"Boleh berterus terang dengan saya. Kenapa saya?"

Baihaqi yang sedang leka melihat video di Apple 10.9 Ipad Air terkedu. Dia memandang Mina.

"Sebab awak baik. Cantik. Pandai bawa diri. Saya selesa." 

"Tak. Saya tak nak jawapan tu."

"Apa yang awak nak dengar?" Baihaqi mula naik angin. Kalau diikutkan dalam kalangan adam brothers, Baihaqi lah yang paling cepat marah. 

"Apa-apalah. Kebenaran. Tentang kenapa awak approach saya. Kenapa tegur saya? Masa saya mula-mula nampak awak, saya tahu awak pandang saya macam, macam, awak kenal saya ni siapa."

Baihaqi tersenyum sinis.

"Baihaqi, awak ni kenapa senyum macam tu. Saya tak suka. Saya takutlah!" Tiba-tiba Mina merembes air mata. Bibir dia sejuk. Dia tak suka layanan Baihaqi pada waktu ni.

"Bai!" Tiba-tiba Kak Emilda mencelah. Penutup mata itu ditariknya kasar. 

"Damn it, Bai! Bagitahu jelah!"

"La' a! Ana mish aiza! Khallas! Khallas!" Baihaqi membentak. Katanya dia taknak. Dahlah! Cukup! Jejaka itu terus bangun dan pergi ke bilik persendirian dan berbaring di situ. 

Mina terasa tersisih. Sampai hati Baihaqi buat aku macam ni. Apa yang dia mahu daripada aku?! Ah, Mina, apa yang kau fikir? Kau rasa mereka layan kau macam seorang permaisuri sebab mereka suka kau? Jangan berlagak perasan wahai gadis kampung! Sedar diri kau tu, Mina! Apa dah jadi pada gadis yang biasa tu? Mana perginya dia!

Bahri menarik tali earfon kasar. Dia memandang Mina yang sedang menangis ditinggalkan Baihaqi. Matanya tidak lekang melihat wajah sayu gadis itu. Dia lantas bangun dan duduk di sebelah Mina.

"Kenapa dalam banyak-banyak orang, abang aku yang jumpa kau dulu? Kenapa bukan aku?" Bahri berkata dengan tenang sambil merenung ke arah anak mata Mina.

 

 

 

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.