Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 5

Kehadiran kawan baru bernama Umar buatkan diri terasa sedikit senang. Selepas ni, kalau nak pergi mana-mana adalah musyrif.

Ke alasan Mina je nak berkawan dengan Umar? Ops.

Umar dan Mina sudah bertukar nombor telefon. Lepas ini kalau nak pergi mana-mana bolehla Umar temankan. Nanti terkebil-kebil pula minah tu nak membalas cakap arab. 

Pagi itu, Mina sudah bersiap-siap untuk ke kelas. Cekpoh yang terbangun lambat itu seperti cacing kepanasan menyiapkan diri. 

"Aaaaah! Babe! Kau pergi dulu! Aku lambat sangat ni. Baju tak iron lagi. Tak sarapan lagi. Nanti lapar." Cekpoh memberi alasan. Dia memang selalu ponteng kelas. Baru hari pertama dah buat hal.

"Eh, lama lagi ke? Ada sejam lagi nak siap."

"Lama-lama. Lamaa sangat. Kau pergi dulu. Nak berjalan kaki lagi." 

Siang-siang ni tak perlu musyrif kan?! Mina pandang siling. Termangu sendirian.

Gadis itu berpakaian kemas dengan baju blouse putih tidak jarang dan diselubung dengan baju sejuk. Mina cepat-cepat capai bag. Sekarangkan musim sejuk. Sayangnya, salji tak turun di kawasan Alexandria. Ada juga senior menceritakan hujan batu sahaja yang turun dengan sekejapnya sebelum angin sejuk beku meniup.

"Ok, Mina! U can do this! Chaiyyok!" Mina bercakap seorang diri dihadapan pintu. Kasut sukan berwarna merah segera dipakai dan diikat talinya.

Dia menuruni anak tangga itu perlahan-lahan. Segala dokumen, buku dan pen sudah siap berada di dalam bag. Mina dah pernah melalui jalan ke University semalam bersama Cekpoh. Jadi tak terasa kekok. Selepas turun ni, dia kena lintas jalan kecil tu, lepas tu belok kiri. Seterusnya jalan terus sehingga nampak universiti. Cuma, macam mana dia nak lintas jalan besar tu? Orang arab dekat sini tak heran langsung dengan lampu isyarat. Dibuat tak endah sahaja. Lagilah kalau ada pejalan kaki, bukannya nak perlahan atau berhentikan kenderaan. Laju aja kereta tu dipandu.

Sewaktu dia berada di hadapan jalan besar itu, Mina terkebil-kebil melihat kereta yang lalu lalang. Laju teramat. Macam ni ke rutin aku lepas ni? Bagi nyawa aku pada mereka buta-buta macam sekarang?

Dalam asyik dia mengagak bila boleh melintas, terlihat seorang lelaki arab yang mabuk berjalan ke arah Mina. Bajunya tidak terurus. Kakinya tidak berkasut. Di tangan kanan terdapat satu botol arak berwarna hijau. Jalannya terhuyung-hayang.

"Ahh.." Susuk badan Mina mendapat perhatian lelaki miang itu. Pipi lelaki itu kemerahan apabila dia membayangkan saat dia memeluk gadis itu. 

"Ya habibi! Ya Gamilah! (Wahai kekasih! Yang cantik!)"

Ah, sudah! Macam mana ni?! Nak lari balik rumah ke nak lintas jalan ni cepat-cepat!? Kalau aku berdiri sini, lelaki tu akan pegang tangan aku dan buat benda tak senonoh! Kalau lari balik rumah, habisla aku terlepas waktu kelas. Habis tu? Nak lintas sekarang? Kereta?! Aaaa banyaknya kereta! 

Pin! Pin!

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada sebuah motor Yamaha R1 sedang memecut laju menghampirinya. Dan, lelaki miang itu sudah mula menghampiri Mina. 

Lompat sekarang Mina! Lari sekarang sebelum motor tu lintas! 

Streeeettt!

Baru nak lompat, motor tu tiba-tiba berhenti! 

"Minaa!!!"

"Oh mak terkejut!" Terpelanting bag Mina ke atas. Jantung dia macam nak tercabut.

Matanya kalih pada lelaki yang berada di atas motor. Topi keledar itu dibuka.

"Baihaqi? Eh, awak!" Jari telunjuk Mina disua pada muka Baihaqi.

"Jumpa pun! Awak pergi mana tinggalkan saya dekat airport?!" Suara Baihaqi naik satu oktav. 

"Huh? Awak! Bukan sekarang masanya ni. Tu tu tu! Orang tu nak kacau saya!" Mina merengek di hadapannya. Nampak comel betul getus Baihaqi.

Selang seminit kelihatan Kereta Audi R8 memarkir dibelakang motornya. Cermin tingkap diturunkan. Mina nampak Bahri. Dia sedang memandang Mina dengan serius. Perbualan di dalam pesawat mengingatkan tentang bahayanya jika berkawan dengan Baihaqi. 

"Ish! Siapa suruh jalan sorang-sorang! Naik motor ni cepat!" Arah Baihaqi lalu topi keledar yang lain dilontarkan kepada gadis itu. 

"Mina! Ingat apa saya cakap haritu?! Jangan Mina!" Bahri sedang memberi amaran. Tapi kalau difikirkan, dia tidak kenal adiknya, Bahri. Malah, yang lebih mengambil berat tentangnya sekarang adalah Baihaqi sendiri. Perbualan di dalam pesawat juga tidak menunjukkan yang Baihaqi itu jahat orangnya.

Ikut hati dan perasaan kau Mina!

"Adam Bahri, cukupla kacau dia! Mina, naik cepat!" Baihaqi nampak marah. 

"Nanti lambat masuk kelas." Apabila Baihaqi perasan riak wajah Mina berubah, terus diperlahankan suara.

Motor terus dinaiki lalu Baihaqi memecut ke Alexandria Universiti.

***
Alexandria University.
Jam 8.50 pagi.

Penampakan kereta mewah iaitu kereta Audi R8 milik Bahri dan motor mewah Yamaha R1 di hadapan universiti membuatkan orang ramai berkumpul bersesak-sesak. Mereka sudah tahu siapa empunya kereta. 

Adam Brothers.
Adam Bahri.
Adam Baihaqi.

Pelajar lain berbisik-bisik dan tertanya-tanya siapa gadis yang menaiki motor Baihaqi. Orangnya tidaklah tinggi dan menawan. Hanya gadis biasa sahaja. Mina pula tersipu-sipu menahan malu. Dia tidak pernah membayangkan hidupnya sebegini. Berubah 360 darjah. Berkawan pula dengan anak orang kaya. Ya, adam brothers. 

"Mina, i tunggu depan pintu lepas u habis kelas. Ok?"

Bahri yang sudah turun daripada kereta mendekati mereka berdua.

"Hai, Mina! Kita berjumpa lagi. Kau pasti apa yang kau buat ni?" Sengaja ditekankan perkataan pasti. Selepas itu dijeling matanya pada abangnya, Baihaqi.

"Apa kau cakap ni? Aku tak faham." Kata Mina sambil menghulurkan topi keledar pada abangnya. 

Baihaqi mendengus kuat. "Blah lah."

Adiknya mengangguk faham apabila mata mereka sudah bertentangan. Selepas itu ditabiknya ke dahi sendiri.

"Baihaqi, apa maksud Bahri tu?" Mina menarik lengan baju Baihaqi. Hanya keluhan berat sahaja dilepaskan.

"Yer, Baihaqi. Apa maksud aku yer? Ceritalah." Sengaja Bahri mengusik.

"Aku cakap blah, blah jela." Baihaqi menendang batu kecil. 

"Khallas, brother. Aku nak pergila ni. Bye Mina!"

Tak faham aku dorang ni. Bergaduh macam anjing dengan kucing! Sekeh kang dua-dua ni! 

***
Baihaqi menunggu Mina di bangku berhadapan Cafe univerisiti. Dia bersandar pada kerusi. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk. Dia rimas bila orang asyik memandang dia. Menjeling. Mengambil gambar. Terkinja-kinja melihat salah seorang adam brothers. 

"Mana Mina ni?" Dia memandang jam di tangan. Pukul 4 petang. Dah sejam ni. Kata kelas habis pukul tiga.

Baihaqi segera berlari menghampiri pintu universiti kemudian dia turun ke bawah. Bilik mayat. Kelas terakhir di situ kata Mina. 

Lampu dah bertutup. Ish, mana pula pergi budak ni? 

Sewaktu kaki mula nak melangkah keluar daripada laluan bilik mayat, dia dengar ada orang menangis teresak-esak. 

mina?

Tombol pintu dipulas. Berkunci. 

Bangsat siapa yang kunci ni! 

"Mina? Mina Arwiena!"

"Bai..baihaqi?! Mina dekat sini. Pintu terkunci. Saya tak boleh keluar." Suara Mina memekik dari dalam. 

"Saya.. sa..saya takut!" Terburai air mata gadis itu kerana ketakutan. Siapa tidak takut jika terkunci dalam bilik mayat. Sudahla sejuk. Gelap pula tu. duduknya pula menghadap peti mayat.

Baihaqi terus berlari mengundur ke belakang lalu menghempas pintu itu bertubi-tubi menggunakan badannya. 

Krak! Pintu akhirnya terbuka.

Di satu sudut, seorang gadis yang berlumuran dengan air mata memandang lelaki itu. Dia terus berdiri perlahan-lahan. Kaki sudah lenguh mencangkung. Dia tidak mahu duduk di atas lantai simen yang sejuk itu. 

Jadi, adakah ini maksud Bahri? Berkawan dengan Baihaqi adalah satu ancaman kepada aku? Siapa yang busuk hati telah mengunci aku daripada dalam? Bahri? Rakan bahri? Tapi siapa?!

"I should have listen to Bahri." Mina berkata-kata.

"No, no, no, no! Im sorry Mina! Saya sepatutnya terus cari awak pukul 3 tadi." Baihaqi mencelah.

"Please, Baihaqi. Leave me alone. Biar aku balik sendiri."

"Aku tak akan tinggalkan kau. Tolong percayakan aku, Mina!" Baihaqi menarik tangan Mina perlahan. Dia memandang wajah sayu gadis itu. 

Mina membisu. Tidak tahu macam mana nak leraikan tangan Baihaqi. Genggamannya kuat. 

"Ok, ok, fine! Tapi bagi saya hantar awak balik." Tegas jejaka itu lagi. 

Gadis itu mengambil bag di atas lantai. Dia memandang Baihaqi lalu mengangguk perlahan.

Baihaqi mengetap gigi kuat. Tekad untuk mencari pesalahnya.

 

 

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.