Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 36

Adam Baihaqi dan Mina memasuki sebuah tempat yang dipanggil bilik gerakan. Mata Mina meliar melihat bilik yang sangat luas. Ada sesuatu telah menangkap perhatiannya. Di hadapannya ada sebuah pintu yang terbuka. Anak matanya mencuri pandang. Dia terlihat Kak Emilda sedang memegang pistol di tangannya sambil mengacu ke arah sebuah patung. Gila apa keluarga ini! Mereka memiliki bahan api di rumah sendiri!

"Bahri, kita buat apa dekat sini?" Tanya Mina. Adam Baihaqi di sebelahnya nampak teruja. Gadis itu hampir lupa bahawa Baihaqi juga sudah tidak ingat akan kehidupannya. Jadi, perkara begini membuatkan dia timbul minat.

"This is so cool." Adam Baihaqi berseloroh sambil menepuk bahu Bahri. Adiknya itu hanya menggeleng kepala. Nampaknya dia perlu melatih Baihaqi dari awal. Abangnya itu sebenarnya lebih pandai berlawan, menembak dan mahir dalam ilmu mempertahankan diri.

"Bai, kau duduk sini. Aku nak bawa Mina pergi jumpa Kak Emilda. Lepas ni, aku nak ajar kau macam mana nak berlawan dan Mina akan belajar menembak." Bahri mempelawa Mina untuk masuk ke dalam bilik.

"Eh, Bahri! Saya tak pandai lah!" Mina membeliakkan matanya. Tangan laju menghalang.

"Mina, kalau awak nak hidup dengan kita orang, awak kena belajar semua benda ni. Kalau ada apa-apa berlaku, tak ada lah awak susah nanti."

"Apa maksud awak, Bahri?"

"Mina, awak lupa apa yang dah berlaku pada kita dulu? Kita kena culik. Awak kena pukul. Awak tahu tak, keluarga kami ni banyak sangat musuh. Kalau awak takut, maaflah. saya sarankan awak undur diri sebelum apa-apa terjadi." Bahri nampak runsing. Kalau ikutkan hati, dia tak nak tunjuk tempat ni. Tapi Kak Emilda memaksa.

Bahu Bahri ditumbuk kasar. Kak Emilda nampak marah. "Oi! Kau cakap apa ni, Bahri! Kesian Mina tau. Terus jadi takut. Just to remind you. Shes not going anywhere. We are going to sort this thing out."

Bahri mendengus. "Kak, Baihaqi tak ingat apa. Mina pula tak tahu apa-apa tentang keluarga kita."

"She will learn. She will get use to it. Kan Mina?" Kak Emilda merenung ke arah Mina. Gadis itu terdiam. Dia seperti ragu-ragu.

"And Baihaqi, i will make sure he remembers everything. Dah! Jom! Bahri, kau ajar Mina menembak. Aku nak kerjakan Baihaqi. Dah lama aku tunggu."

"Ei, Kak!" Bahri berdalih. Dia tak boleh ajar Mina dalam keadaan dia mempunyai perasaan terhadap gadis itu.

"Lah, asal lak? Kau lagi pandai menembak."

"Er, Bahri..." jejaka itu teragak-agak untuk menjawab.

"What?" Kak Emilda angkat kening.

Bahri tidak berani memandang Kak Emilda. Dia termenung memandang kaki sendiri. Keluhan berat kedengaran. Tanpa berkata apa-apa dia terus memasuki bilik itu. Mina memerhati. Apabila dia sedar Kak Emilda mengarahkan dia juga untuk mengikuti Bahri, langkah Mina terus membuntuti jejaka itu.

***
Adam Bahri nampak tenang memasukkan peluru berkaliber 5,7 ke dalam pistol FN Five-Seven.  Kemudian pistol itu diletakkan di atas meja. Dia ambil pula pistol Glock Meyer 22 dan mengisi bahan peledak. Jejaka itu masih berdiam diri. Perangai berubah serta-merta. Adam Bahari sedag memakai baju tshirt putih dan seluar jeans biru gelap. Bahri dan Mina Arwiena  berada di dalam bilik ini berdua-duaan. Apabila Bahri sudah pasti bahawa dia sudah bersedia, dia berjalan ke arah patung. Patung itu dibawa ke depan sedikit menghampiri mereka. Apa yang penting sekarang ni adalah cara Mina memegang pistol. Dia perlu tenang dan tidak tergopoh-gopoh. Tangan perlu stabil dan mata perlu fokus.

"Bahri, awak marah saya ke?" Mina menjeling ke arah lelaki itu. Dia nampak marah. Mina takut jika perkara ini dan perbuatan ini mengubah Bahri. Malah, kadang kala aktiviti ini akan menunjukkan taring sebenar seseorang.

"Kau pasti apa kau buat? Kau betul-betul nak terima Adam Baihaqi sebagai suami kau?" Nada suara Bahri tiba-tiba kedengaran tegang.

Mina rasa tak sedap hati apabila perkataan kau digunakan olehnya. "A..awak? Awak ok tak ni?"

"Aku tanya ni, kau jawaplah!" Bahri berjalan ke arah meja itu. Mina berdiri di sebelah meja. Pistol Glock Meyer 22 itu diangkat bersahaja. Bahri memandang punat pistol ini. Entah kenapa dia rasa gian dan dia rasa marah sekarang ni. Dia gian nak tembak. Namun pada waktu ini, dia rasa nak tembak kepala abang dia.

"Bahri, awak ni kenapa? Janganlah macam ni. Saya t... takut." Mina menjeling ke arah Bahri. Suaranya terketar-ketar. Kenapa perangainya boleh berubah sekelip mata? Apa salah aku?

"Mina, aku tanya ni. Kau betul nak kan Bai?"

"Haha! Eh... er, Bahri. Awak ni tak b..baik berjenaka macam ni. Mestilah."

"Mestilah apa!" Bahri memekik. Mata dia kemerahan. Mina rasa jantung dia nak tercabut. Dia nak menangis! Bahri tidak takut untuk menjerit sebab dia tahu bilik ni kalis bunyi.

"Huu... Bahri! Saya takut! Janganlah buat saya macam ni." Mina membelakangkan badan dia apabila Bahri mula mendekati dengan pistol di tangan.

"Mina, kenapa kau yang Adam Baihaqi mahukan? Apa lebihnya abang aku daripada aku?" Bahri mula merapatkan badannya ke arah Mina. Badan Mina sudah bersandar ke dinding. Wajah Mina dipaling ke tepi.

"Saya tak faham apa maksud awak, Bahri. Dan kalau awak rasa dengan benda ni boleh buatkan saya berhenti sayangkan Baihaqi, then stop it!" Mina berkata-kata. Nada dia tegas. Tetapi dia masih takut untuk bertentang mata dengan Bahri.

"Kau tak faham ke kau buat-buat tak faham?" Bahri mengacu pistol itu ke bibir Mina. Muncung pistol itu diseret ke atas pipi pula. Pada waktu itu, Bahri rasa terangsang. Bau Mina ketika itu menusuk ke dalam jiwa. Baunya sangat wangi. Tudung bawal hitam yang dipakai Mina nampak sedikit serabai akibat kepala Bahri berselisih di atasnya. Wajah mereka sangat rapat pada waktu itu.

"Saya tak faham dan saya tak nak tahu, awak. Sekarang ni, boleh tak buat benda yang sepatutnya? Kata nak ajar saya menembak. Bukan macam ni."

Bahri tiba-tiba ketawa. Dia terus membelakangi Mina. Dekahnya makin kuat. Mina rasa geram. Kau mainkan aku!

"Bahri!"

"Apa? Apa Mina!" Bahri terus memalingkan pandangannya semula ke arah Mina.

Dan pada waktu itu, tapak tangan Mina hinggap ke muka Adam Bahri. Pipi Bahri kemerahan dan ia lebih perit daripada apa yang dilaluinya.

"I hate seeing you like this! Stop it, Bahri!" Mina menjerit. Sudah nampak air mata bertakung di kelopak mata gadis itu. Bahri terus meletus marah. Dia tarik tangan Mina dan terus menghempas badan gadis itu ke dinding.

"No! I hate you like this! Kau datang dalam hidup aku mengejut! Kau sentuh hati aku Mina! Tetapi kau pilih Adam Baihaqi! Abang aku! Kenapa bukan aku? Aku sayangkan kau, Mina! Aku tergila-gilakan kau dari dulu."

"Lepaskan aku!" Mina meronta-ronta. Tetapi badannya masih terkejut. Dia takut Adam Bahri tarik picu itu dan tembak dia.

"Awak... shhh! Awak tak rasa ke dengan keadaan Baihaqi sekarang ni, dia tak akan jadi macam dulu? Mungkin Tuhan tu atur hidup dia macam ni supaya awak boleh bersama-sama saya."

Mina mendengus. Dia rasa bilik ini telah buatkan Adam Bahri sudah jadi gila! Dia pernah terdengar, aktiviti menembak ini boleh meledakkan api kemarahan dan mengingatkan kembali memori hitam seseorang.

"Bahri, saya tahu awak ada dalam hati awak. Sedarlah bahawa apa yang awak buat ni akan membuatkan kita tak seperti dulu. Awak orang yang baik!"

"Kau tak kenal aku! Kau tak kenal Bai, Mina!" Bahri terus melepaskan tangan Mina. Gadis itu menarik nafas dalam.

"Bahri... please listen to me. Pandang saya." Mina cuba memujuk.

"No! Aku tak nak dengar. Kau tak sayangkan aku."

"Awak, saya sayangkan awak. Saya suka awak, Bahri. Tapi hanya sebagai adik Adam Baihaqi dan adik kak Emilda. Tapi saya masih anggap awak macam abang angkat. Awak kan tua daripada saya."

"Stop it." Bahri berjalan ke arah meja. Ditinggalkan Mina di tepi sudut itu. Mina berlari ke arah Bahri. Dia memang berani.

"Bahri, saya tak nak awak di trigger oleh kisah lampau awak. Kita keluar dari bilik ni, eh? Jom. Saya bawa awak keluar." Mina tarik muka Bahri. Paksa agar mata mereka bertentangan.

"Diam ah!" Bahri terus tolak Mina. Gadis itu terjatuh di atas lantai. Duduknya kasar. Punggungnya terasa perit. Dia mengundur ke belakang apabila Bahri mendekati Mina semula.

"Haha! Mina, aku nak kau keluar dari bilik ni dan cakap kepada Adam Baihaqi yang kau tak nak dia dah. End of story. Dia pun dah hilang ingatan. Dia tak perlu tahu apa-apa dan tak perlu mulakan hidup dia semula. Senang kan!"

"Bahri!"

"If, you dont do that. I will pull this trigger a minute you say something wrong."

Nafas Mina laju. Dia mula menangis teresak-esak. Hati dia rasa kesal. Kenapa semua ni berlaku!

"Baby, janganlah menangis macam ni. Saya ada. Tapi baby kena terangkan pada Baihaqi dan Kak Emilda. Cakap yang baby milik saya. Saya, Adam Bahri!"

"A..awak! Jangan buat macam ni! Adam Baihaqi tu abang awak! Abang kandung awak!" Mina menjerit ketakutan. Dia seka air mata dia dengan lengan baju. Entah apa yang merasuki Bahri. Semasa dia melihat Mina teresak-esak menangis, dia terus duduk di hadapan Mina dan peluk gadis itu kuat. Mina membiarkan. Apa lagi pilihan yang dia ada?

"Mina, saya takut awak tak ada. Saya tak nak awak jadi macam Sara. Dia dah mati. Dia kawan baik kami. Kenapa dia mati? Kenapa perlu dia!"

"B..bahri. Kita keluar dari bilik ini. Saya tak perlu cakap apa-apa. Tapi saya janji, saya akan ikut awak keluar daripada tempat ni. A..awak letak pistol ni. Please, tolong awak."

Bahri melepaskan pelukannya yang hangat. Dia letak pistol yang dipegang ke atas lantai. Kemudian, kakinya menendang agar pistol menjauhi dirinya. Bahri mengeluh berat. Entah kenapa dia rasa letih.

Mina terus memapah Bahri untuk bangun. "Awak, bangun. Kita keluar dan ambil angin di luar. Tolong jangan buat benda bodoh. Saya janji, saya akan ikut awak saat kita keluar dari tempat ni."

"Janji?"

"Ya, saya janji atas nama Adam Baihaqi." Mina tatap wajah Adam Bahri. Timbul rasa kasihan yang membuak-buak. Aku sayangkan kau, Bahri. Tapi sejauh mana? Itu bukan jawapannya. Cinta tak kenal budi. Dan cinta aku sudah lama tercetus dalam keluarga Adam. Dia sayang keluarga ini. Dia tak nak semua ini hilang daripada hidupnya!


Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.