Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 48

Siapa di sini tahu akan cerita burung Ababil? Ianya adalah sebuah kisah tentang perlepasan burung-burung yang terbang sangat tinggi berlatarkan paksi langit. Warnanya pelbagai, ada yang hitam, putih dan hijau. Kisahnya dengan janji Tuhan, burung ababil diciptakan untuk melawan musuh dan merupakan satu pasukan yang sangat kuat. Datangnya burung itu membawa tiga batu. Satu di sayap dan dua lagi ketul batu di cengkamannya. Burung itu mengepakkan sayapnya dan terbang dengan deras lalu mendekati gajah yang diketuai Raja Abrahah. Seorang raja yang sangat kejam dan intipati perjalanannya hanya untuk meruntuhkan Ka'bah. Dengan kuasa Tuhan,  batu-batu itu telah dibawa dari suatu tempat iaitu di ambil dari kawah api neraka. Batu itu berwarna merah dan teramat panas. Menggelegak. Dengan sekali balingan tentara raja itu kalah di atas percaturannya sendiri.

Mina beristighfar berkali-kali. Dia masih duduk di atas kerusi sambil mendengar ceramah agama di komputer ribanya. Niatnya ke sini, ke Mesir adalah untuk menuntut ilmu dan agama. Bumi ini indah. Bahasanya juga indah. Namun, dia tidak pernah terfikir akan menjadikan bumi Mesir sebagai rumah kedua. Sangat beruntung orang-orang di sini. Mereka dekat, berada terlalu dekat dengan bumi para sahabat dan rumah para nabi.

Lihatlah jiran mereka, Bumi Palestine. Mereka kini diasak dengan kejam. Rakyat palestin telah dijanjikan Tuhan bahawa syurgalah kamu jika kamu mempertahankan negara itu. Tempat itu adalah tempat banyak persinggahan para anbiya. Mereka didatangkan ke Palestin untuk menyebarkan dakwah yang meluas. Tapi kini anak-anak kecil diperolokkan dan dibunuh dengan kejam.

Tangisan Mina makin kuat. Pintu terkuak perlahan. Kak Emilda menjengah kepala ke dalam. Dia melihat Mina masih bertelekung dan duduk di atas kerusi. Kaki kanannya lebam dan bengkak. Mujurlah tiada tulang yang patah. Lukanya masih belum sembuh.

"Allahuakhbar, lah kenapa pulak ni Mina? Why are you crying?"

"Isk.. isk... Tak ada apalah akak."

"Stop lying to me. Mata merah. Hidung berhingus. Lepas tu cakap tak ada apa." Kak Emilda terus memeluk Mira Arwiena.

"Mina rasa bersyukur. Tuhan beri peluang kedua pada Mina untuk hidup. Rasa dada lapang."

"Tapi...? And tell me why you're crying? Tak ada ribut tak ada apa. Marah Baihaqi nanti kalau tahu Mina menangis macam ni."

"Mina... isk... isk... i feel hopeless. Mina cuba nak jadi kuat. Tak nak ingat dah apa yang Aisyah buat pada Mina. Setiap saat Mina rasa takut. Tapi... tapi..." Mina tertunduk. Dia malu untuk menyatakan apa yang terbuku.

"Tapi, aha, im listening dear..." Kak Emilda menatap wajah Mina.

"Tapi Mina fikir dan Mina lagi takut jika Tuhan tanya apa sumbangan Mina kepada manusia lain. Sepertinya kehadiran Hajar pada hari tu, membuatkan Mina berfikir, wajarkah Mina selamatkan anak Aisyah? Dan bila banyak kali mina persoalkan, Mina takut nak jawap pada Tuhan. Budak kecil tu tak bersalah, akak. Kita kena selamatkan dia. Dia tak ada salah pun pada Mina."

"I see... hmm... boleh akak tanya sikit?"

"Ehem..." Mina mengangguk perlahan. Gusar akan soalan yang akan ditanya.

"Kalau Hajar nak duduk dengan Baihaqi, macam mana? Will you be okay with it? Sebab nak selamatkan anak kecil tu bukan kerja senang Mina. And for your information, Baihaqi dan Bahri dah periksa rumah anak yatim tu. Hajar tak ada. Semua orang hilang. Entah ke mana mereka pergi."

"Apaa? Baihaqi pergi cari Hajar?" Mina agak terkejut. Jejaka itu betul-betul tidak memungkiri janji.

"Iya. Kejap lagi Mina tanya dia sendiri. Ha, panjang umur. Kereta dia dah sampai tu. Jom Mina. Akak dah sediakan minum petang." Kak Emilda memujuk Mina sekali lagi. Disuruh lap air mata dan hingus. Jangan bagi kesan. Nanti si Baihaqi itu naik angin.

....

"Eh, awak menangis ke?" Baihaqi berlari anak apabila melihat Mina di atas kerusi roda. Mina memakai tudung bawal berwarna biru cair. Mukanya sudahlah putih. Makin jelas kesan merah pada mata dan hidung. Baihaqi melutut di hadapan Mina.

"Taklah. Tadi... erm tadi bersin sebab habuk kot." Mina berdalih. Dia cuba memusing roda pada kerusi tolak. Berusaha untuk menjauhi Adam Baihaqi.

Kerusi tidak berganjak. Roda itu disekat dengan kaki Baihaqi.

"Oh... habuk... habuk pun masuk mata?" Baihaqi bertanya sambil memandang Kak Emilda. Wanita itu menjungkit bahu. Tak tahu. Tanyalah dia sendiri.

"Dahlah Bai. Tak payah kacau dialah. Sini. I need to ask you something." Tiba-tiba Bahri menyampuk. Wajahnya serius.

Baihaqi masih tidak berganjak. Baihaqi menjeling ke arah Mina. Jejaka itu memang sensitif dan sangat mendesak. Mina menjeling ke arah kipas siling.

"Baihaqi, tepilah." Mina mengetuk bahu si musuh itu. Mulut gadis itu mencebik.

"Bai, kertas tadi mana?" Kelihatan Adam Bahri nampak tenang. Masih bertanyakan akan kertas yang dicari dari tadi. Sedang berfikir agaknya. Kacak juga Bahri memakai cermin mata.

Baihaqi mengerut dahi. Lupa akannya. Dia terus bangkit sambil menggaru kepala.

"Mana aku letak tadi?" Baihaqi bangkit dari melutut dan terus mendekati Bahri. Taktik baru Adam Bahri. Jangan kata jangan. Baihaqi tak akan dengar.

"Ok! Kita ada plan A dan plan B." Baihaqi nampak bersemangat. Sudah mula terhibur apabila kekasih hati sudah ada disampingnya. Tiada lagi resah di dada. Namun, jejaka itu masih tidak puas menatap Mina Arwiena. Gadis jelita dan cantik. Semua orang terpikat.

"Ya aku tahu kita ada plan A dan plan B tapi sekarang ni boleh tak Bai berhenti toleh budak tu. Sikit-sikit nak jeling Mina. Nanti dah kahwin kau buat la apa kau suka. Right now, spill me the plan. Please." Kak Emilda membebel di sebelah Mina.

Adam Bahri dan Mina ketawa kecil. Geli hati melihat kelakuan Baihaqi. Macam budak kecil.

"Tamam! Tamam! Ok! Menurut yang semua tahu, Hajar dah tak ada dekat rumah anak yatim tu. Dorang dah bertukar tempat. Ke Dahab. Tempat ni sedikit bahaya. Banyak pelancong. Kalau kita nak serang, pastikan tak kena orang awam. Pistol Glock Mye 22 ni Bahri, kau ambik. Akak simpan pistol revolver ni. Check. Ada peluru tak? Pastikan barang kita cukup." Kertas besar itu dibentangkan ke atas meja. Mereka khusyuk mendengar apa yang sudah Baihaqi rancang.

"check. done." 

"check. peluru cukup." Kak Emilda menyusun peluru di atas meja. 

Tiba-tiba Mina bersuara. "Maaf semua. Mina dah fikir panjang, Mina pun nak ikut. Mina dah rasa kuat sikit. Kaki Mina tak patah pun. Bengkak je. Makan ubat surut bengkak nanti oklah."

"Kenapa tiba-tiba ni?" Adam Baihaqi mula naik suara. "Awakkan baru je keluar hospital. Belum betul-betul sembuh. Saya tak benarkan. Awak tinggal rumah. Biar saya dan yang lain pergi."

"No, Mina nak ikut."

"Jangan berdegil Mina." Baihaqi mengetap gigi. Cuba tahan marah.

"Akak..." Mina menarik lengan baju wanita di sebelahnya. Cuba mendapatkan perhatian. Sambungnya, "Kak Emilda. Akak tahu kan macam mana risaunya Mina akan budak tu. Mina nak tolong." Mina cuba merayu.

"Tapi, Mina..." Kak Emilda baru nak buka mulut terus perkataannya di sekat.

"Mina, saya tak akan benarkan. Awak duduk sini dan rehatlah." Baihaqi menghembus nafas berat.

"Saya tak nak. Saya nak ikut awak dan selamatkan Hajar."

"Awak ingat ni trip pergi sekolah? Benda bahaya ni Mina. Tolonglah cuba faham. Kalau awak ditempat saya. Awak akan buat benda yang sama."

"Tak, Baihaqi! Saya tak nak dengar. Tuhan bagi saya hidup sebab nak membantu orang lain."

"Degil. Awak ni degilkan!" Baihaqi menendang kerusi lalu dia keluar rumah dengan perasaan yang sangat marah.

"Jangan lari daripada saya lagi Baihaqi! Awak!" Mina menjerit kuat. Dia memang tak takut. Bukannya dia tak nampak pistol dan senapang itu dia atas meja. Namun, Gadis itu tidak terdaya mengejar dengan keadaannya sekarang.

"Bai! Ish budak ni. Mana pulak dia nak pergi. Bai!" Bahri berlari mendapatkan Baihaqi apabila abangnya mula buat perangai. Dia berlari keluar dan mendekati Baihaqi.

Mina terkejut akan perubahan Baihaqi. Dia lihat sendiri Baihaqi menendang batu-batu kecil di luar rumah sambil melepaskan geram dan marah. Bahri juga tewas apabila dia cuba memujuk abangnya. Dia membiarkan Adam Baihaqi melawan perasaan dirinya sendiri.

Bahri perlahan-lahan mendekati Mina. Katanya,"Mina, saya harap awak banyakkan bersabar. Awak tahu tak, semasa awak dekat hospital, Baihaqi sentiasa meracau. Dia tak keruan. Jadi, tolong faham situasi sekarang. Dia tak nak hilang awak lagi."

"Bahri, tu bukan maksud Mina. Saya bukan sengaja nak sakitkan hati dia." Mina mendongakkan kepala melihat Bahri di sebelahnya.

Hati terasa sakit melihat Adam Baihaqi sebegitu. Tuhan, apa perlu aku buat?

"Saya harap awak tahu apa awak buat. Kalau ikutkan hati saya, saya pun tak nak awak ikut. Tapi, terpulang pada Baihaqi. Saya, saya tinggalkan awak dengan abang saya dulu. Tapi tolonglah jangan bergaduh. Saya tak suka tengok. Hmm...Maaf la ya, Mina. Saya masuk dalam dulu. Tunggu Baihaqi reda marahnya baru kita sambung bincang ya?"

Bontot Mina terasa panas. Entah kenapa dia makan hati dengan apa yang Bahri kata. Semuanya benar. Kenapa aku berdegil mahukan sesuatu yang sukar? Kenapa, Mina?

"Bai... awak..." Mina cuba memujuk.

"Apa!" Baihaqi melenting. Dia menoleh dalam keadaan amarah ke arah Mina yang terduduk di kerusi roda. Nafasnya turun dan naik. Nasiblah rumah Kak Emilda ni besar. Kalau tak habislah jiran-jiran dengar perbalahan mereka.

"Awak... saya minta maaf."

"Saya tak ada apa nak cakap."

"Baihaqi... Tolonglah dengar saya cakap ni."

"Hmm...nak cakap apa?" Baihaqi terus berjalan ke arah Mina sedikit kasar. "Ha, cakaplah! Nak sangat cakap kan! " Nadanya bengis. Dia mendengus. Memang dia betul-betul marah akan Mina.

Riak muka Mina berubah. Tapi dia cuba sabar dan tekad nak redakan marah jejaka itu.

"Saya... saya minta maaf." Tangan Mina menyambut tangan jejaka itu. Jari telunjuk tangan kanan menguis tapak tangan Baihaqi. Jejaka itu membiarkannya.

"Saya minta maaf. Saya salah. Sebenarnya, saya rasa bersalah. Banyak perkara bermain di kepala saya. Sampai saya... saya rasa sakit kepala. Saya rasa dengan kehadiran saya di sana nanti akan membuatkan diri saya dapat tenang. Kalau Mina sorang-sorang dekat rumah, Mina akan terus berfikir tentang kejadian haritu. Honestly im so afraid. Mina masih ada rasa takut. Jadi, apa perlu saya buat, Baihaqi?"

Baihaqi membatu. Dia membiarkan Mina sahaja berbicara. Marahnya sedikit reda.

"Dan... dan ya saya tahu awak risau. Tapi saya akan pastikan saya tak jadi beban untuk awak. Please Baihaqi? Saya nak tolong je."

"Hmm... yelah. macam ni la perempuan. Awak rasa je tak beban, tapi awak tahu tak bukan sahaja saya risau akan kesihatan awak, tapi ini juga melibatkan keselamatan. Jadi, please, awak bagi saya fikir dulu. Bagi saya proses semua ni. Kalau saya nak awak ikut, awak akan ikut. Faham?"

"Baik. Saya faham."

"Good. Be a good girl. Im so sorry ok? Saya tak patut marah macam tu. Im sorry, Mina." Baihaqi memegang kepala gadis itu. Habis ronyok tudung Mina dipegangnya. Mina ketawa kecil apabila melihat Baihaqi sedang menyakatnya. Beberapa kali juga Mina cuba menepis tangan itu agar jejaka itu tidak merosakkan lagi awning tudung.

"Habis semua ni, saya nak awak sentiasa ada dengan saya. One day, you will be mine, Mina. I promise." Sambung Adam Baihaqi. Pipi Mina naik merah. Hati mula berbunga. Matanya mula berkaca. Adakah dia bakal mengakhiri masa bujangnya dengan Adam Baihaqi? Sudah bersediakah dia? Moga Tuhan meletakkan dia dalam kalangan orang-orang yang bersyukur. 

"Baihaqi! Urgent! Masuk dalam rumah cepat!" Kelihatan Kak Emilda berlari ke arah Baihaqi. Mukanya risau. Ada sesuatu telah berlaku. Hati Mina rasa tak tenang. Ya Allah, apa dah jadi ni?

Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.