Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 19

Ada sesuatu yang membelenggu Mina Arwiena. Makannya tidak menentu. Hati pula tidak tenang. Pelajarannya makin lama mula terabai. Dia rindu abahnya. 

Penghijrahannya ke bumi Mesir merupakan satu takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan. Dia la yang mencorakkan perjalanan hidup kita. Dia la yang memberi petunjuk kepada segala masalah. Kita boleh merancang tetapi Tuhan yang menentukan. 

Mina Arwiena adalah seorang gadis yang sudah kehilangan ibunya. Seorang anak kepada seorang bapa yang tidak kuat imannya. Kaki pukul. Juga, seorang adik kepada seorang kakak bernama Yuri Arwiena. 

Gadis ini seperti gadis yang lain. Dia hanya mahu menuntut ilmu di negara orang. Walaupun begitu, negara Malaysia masih menjadi pujaan hati. Hujan emas di negara orang lebih baik hujan batu di negara sendiri.

Dia rindukan suasana di tanah air. Rindu masakan masak lemak cili padi, laksa, rojak dan macam-macam lagi makanan yang dijual di pasar dan di tepi jalan. Bila nak makan, senang sahaja dibeli. Tak macam di sini, nak cari sos cili pun susah. Yang ada sos tomato sahaja. Tekak Mina Arwiena sudah bosan. Yang pasti, dia termakan hati. 

Mesej yang diterima tempoh hari membuatkan dia tidak senang duduk. Dia masih tidak pasti jika mesej itu adalah satu amaran, ancaman atau hanya satu peringatan.

Abah sakit. -Yuri Arwiena

Ya, mesej singkat itu terlampau singkat sehinggakan bermacam-macam persoalan muncul. Dia mahu bertanya tetapi ego mula meninggi. Dia tidak boleh lupakan apa yang Abah dan Yuri sudah buat pada dia. Ah, itu kisah lama, Mina!

Aku boleh memaafkan tetapi aku tak boleh melupakan! Terdapat luka yang terlampau sakit sehinggakan bila teringat akannya boleh buat aku gila!

Abah, adik rindu abah. Abah ingat tak dulu abah selalu bawa ibu, Yuri dan Mina pergi berkelah. Abah nampak sangat sihat, ceria dan penyayang. Abah ajar adik macam mana nak main layang-layang. Adik ingat abah belikan layang-layang corak kapal terbang. Sebab ibu selalu pesan, belajar rajin-rajin dan pergi timba ilmu di negara orang. Ibu kata ibu takut nak naik kapal terbang sebab tu dia nak anak-anak dia dapat rasa suatu hari nanti. Yuri pula nampak gembira sebab abah belikan ais krim perisa vanila. Abah selalu pesan jangan makan tumpah. Kalau tumpah, abah akan cepat-cepat lap mulut adik. Adik rindu senyuman abah masa tu. 

Tapi, ibu tak panjang umur abah. Dan adik tahu, abah kecewa. Abah salahkan Tuhan. Tak abah. Abah tak boleh cakap macam tu. Itu adalah takdir kita. Abah kena kuat terima apa yang tertulis dalam hidup abah. Mina juga macam tu. Tapi, Mina sedang cuba abah. Mina juga tak kuat. Abah, kenapa abah berubah? Adik rindu. Dulu, abah selalu peluk, cium dan sayang adik. Sekarang, adik tak dapat rasa semua tu. Abah, jangan marah adik lama-lama. Adik tak boleh hidup macam ni. Adik nak dengar suara abah. Adik, adik minta maaf abah! Adik nak balik, peluk, cium kaki abah. Tapi adik takut. Adik takut abah pukul adik lagi. Sakit abah. Badan adik sakit sangat. Mata adik berpinar bila abah hentak bekas tu dekat kepala adik. 

Selepas ibu tak ada, bila Tuhan ambil ibu sebab kesakitan yang ibu ada, abah terus masuk bilik. Abah, adik tahu dan adik dengar. Abah tak berhenti menangis. Adik nak lap air mata abah tu. Ya, adik jahat abah. Adik tak buat apa-apa. Adik nampak abah peluk telekung ibu. Abah meraung dan menjerit-jerit. Abah rindu bau ibu. Abah nak peluk dan cium ibu. Abah, tapi ibu dah tak ada abah. Kita kena banyak sabar. Semua orang diuji. Kita kena kuat. Tapi, abah janganlah biarkan adik kuat seorang diri. Adik tak mampu. 

Sebulan berlalu, abah masih sama. Abah banyak berubah. Abah, adik tahu abah pinjam duit orang nak besarkan kami. Tapi, abah tak dapat bayar dan cepatnya abah putus asa. Masa tu, adik kecil lagi abah. Adik tak kenal dunia luar lagi. Yang adik ingat adalah pesan ibu. Belajar rajin-rajin. Abah jadi sangat baran sebab adik masih ingat kata-kata ibu. Abah kata jangan ingat kenangan dengan ibu! Balik kerja sahaja adik nampak abah terhuyung-hayang. Tangan abah ada botol hijau tu. Bila adik pandang abah, adik rasa sedih. Air mata ni tak berhenti mengalir. Kalau ibu tengok, ibu mesti sedih. Abah, betul ke abah dah tak sayang Mina? Mina rindu abah. Rindu nak pegang pipi abah. Rindu nak peluk bau peluh abah. Abah, janganla marah Mina lama-lama. Mina, Mina nak abah.

Mina masih di sejadah hijau itu. Dia menangis tidak berhenti. Hatinya terseksa dengan rindu.

Mintalah pada dia, Mina. Berceritalah pada Tuhan yang telah menciptakan kau. Walaupun kita ini hamba yang sangat hina, tetapi Tuhan itu menyukai orang yang mencarinya. Beritahula apa yang membelenggu mindamu! 

Alangkah indahnya jika dahi ini dapat bersujud mencium tanah. Menangis kerana rindu pada Dia. Menangisla kerana rindu pada keluarga. Bercakaplah dalam hati kenapa, apa dan bagaimana mahu tenangkan hati. 

Itu namanya istikharah. Kita mencari sesuatu dan kita mahukan jawapan. Hanya Tuhan yang tahu. Jangan putus asa. Kita bukannya hidup lama hanya untuk cepat mengalah. 

Mina, awak ni kenapa? Dah seminggu awak tak balas mesej saya ni. - Adam Baihaqi

Mesej di telefon sekadar melepaskan batuk ditangga. Dia baca dan dia biarkannya. Kenapa dia tidak bersemangat ni! Mina, kau kena buat sesuatu!

Baihaqi, saya nak balik Malaysia -Mina Arwiena

Mina! Awak ok ke? Saya datang sana. Lagi sejam saya sampai! Jangan pergi mana-mana! Please, saya nak jumpa awak. -Adam Baihaqi.

Jejaka berkacukan arab ini terus tidak tentu hala. Dia  berlari ke arah motor Yamaha R1 lalu menyalakan enjinnya. Ekzos motor kedengaran kuat mengaum di halaman rumah. Adam Baihaqi tidak mahu gadis itu hilang dalam hidupnya. Rindu masih berbunga. Dia tidak mahu kehilangan Mina Arwiena.

"Bai! Kau nak pergi mana!" Teriak Adam Bahri. Dia nampak abangnya tidak keruan. Seperti cacing kepanasan.

"Mina nak balik Malaysia!" Balas abangnya. 

Apabila motor Yamaha memecut keluar dari halaman rumah, kelihatan Adam Bahri juga berlari ke arah keretanya. Kereta dihidupkan lalu kedua-dua orang jejaka ini hilang daripada penglihatan.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.