Home Novel Cinta ANDAI ITU TAKDIRKU
ANDAI ITU TAKDIRKU
Abadi Sofea
5/11/2017 12:38:01
12,356
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Malam semalam keadaan jadi lebih teruk. Salina tiba-tibasesak nafas dan sakit dada yang amat sangat. Masa itu beberapa orang kampongdatang ziarah. Entah bagaimana tiba-tiba Ibrahim seperti mendapat tenaga berapilalu bertempik sekuat hati. “MANA FARID??…MANA FARID??..KENAPA DIA TAK ADA..??AAA…CAKAP…AKU SURUH DIA BALIK SEKARANG!!!” Kelam kabut orang telefonnya tengahmalam semalam. Bergegas dia balik ke kampong. Sebaik kedengaran azan subuh, Salinamengucup tangannya sambil mengucap shahadah lalu perlahan-lahan melepaskannafas terakhir.

“Kenapa lama tak balik tengok ayah kamu?”. tanya MakCik Senah.

Farid diam.

“Oh..Mak Cik lupa yang kamu tu doktor lulusanluarnegara. Tentu sibuk !!” nada suara Mak Cik Senah menyindir tajam.

Farid hanya memandang sayu Mak Cik Senah. Memang dia ingatsangat wajah itu. Itulah orang yang banyak beri sedekah gula, garam dan beras.Kalau ditimbang mungkin separuh darah, daging dan tulang dalam tubuhnya datangdaripada sedekah Mak Cik Senah. Soalan Mak Cik Senah itu tidak berjawab. 

Pagi tadi sebaik dia turun dari kereta, Jumat terusmemeluknya. “Alhamdulillah..sampai juga awak.  Pak Cik Ibrahim seru-seru nama awak semalam!”.

Jumat yang dulu di buang sekolah sekarang sudah jadisiak Masjid. Bekas samseng pun ambil berat tentang ayah. Engkau? Doktor pakarkonon!

Farid tunduk. Kulit mukanya terasa tebal. Dia maludengan diri sendiri. Dia malu dengan Jumat dan dia malu dengan semua orang.

Dia merenung wajah kedut ayah. Hari esok pasti tidaksama lagi dengan hari semalam. Bagaimana ayah boleh bertahan selepas ini? Faridmemejam mata kerana dia sendiri tidak ada jawapan. Tangan kurus itu diusapperlahan-lahan lalu dikucup sesungguh hati.

”Ampunkan Farid ayah…Farid berdosa dengan ayah..denganibu…dengan Salina”  

Dalam esak tangis itu tiba-tiba suara garau itu munculsemula.

****

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abadi Sofea