Home Novel Cinta ANDAI ITU TAKDIRKU
ANDAI ITU TAKDIRKU
Abadi Sofea
5/11/2017 12:38:01
12,380
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

SetelahHaji Salim berlalu untuk menguruskan tempat mandi jenazah, Dr Farid mengengsotperlahan-lahan ke katil ayahnya.  Jasaddengan wajah pucat dan berkedut itu kaku dengan mata tegak ke atas. Hanyatulang rusuk perlahan-lahan turun naik menandakan jasad itu masih bernyawa.

DrFaris merenung hiba. Terdengar suara mengerang perlahan dari celah bibir pucatitu.  Dr Farid merapatkan telinga ke mulutIbrahim.

“Ya,ayah…ayah nak apa?”

“Grrr…mmm…ggrr”.

“Ayahcakaplah..ayah nak apa?” suara Dr Farid bergetar sambil mengusap lembut pipipucat itu.

“Mmm…hmm..gghmm”

DrFarid menyembam muka ke tilam. Hatinya lemas dalam banjir penyesalan. Kenapahina sangat dirinya sehingga tidak faham apa yang ayah mahukan?

Diamemeluk tubuh ayahnya. Tidak ada sedikit pun rasa kenyal daging. Hanya tinggal kulitdan tulang. Tiga  puluh tahun dahulu tubuhitu tidak tahu makna letih dan sakit. Dengan tulang empat kerat,  ayah bekerja kuat untuk memberi ibu dan diamakan, ada tempat tinggal dan dia dapat bersekolah. 

Ayahmana yang tidak mahu keluarganya dapat hidup senang, rumah besar dan makanmewah? Tetapi harapan itu sudah berkubur sejak mula lagi.  Memang ayah boleh lupakan semua kehendak dirisendiri tetapi tidak sekali-kali untuk dia sebagai anak tunggalnya.  Ayah sanggup berkorban apa sahaja supaya diajadi orang berjaya.

DrFarid merenung ke dalam diri. Sekarang dia bergelar ‘Doktor Pakar’. Sudah kaya,sudah senang tetapi dia anak yang tidak berguna. ‘Kalaulah ibu masih ada, tentuibu menyesal ada anak macam aku’

Terbayangwajah ibu, hatinya tidak tertahan lagi. Remuk dengan sebak dan pilu. Rasaberdosa bertimpa-timpa datang sehingga tidak tertanggung lagi ‘Kau anak derhakaFarid!...anak derhakaa..!!’ Ya Allah…yaAllahhhh.!!

Diamengalih pandangan ke jenazah Salina. Di bawah kain yang menutup jenazah sepertiterdengar suara Salina berbisik ‘Kalau abang sudi..pandanglah Inasekarang..bang! Demi Allah Ina telah cuba sedaya upaya menjadi isteri yang baikuntuk abang. Maafkan Ina…selepas ini Ina tidak dapat lagi berbakti untukabang’ 

Diatidak mampu lagi menahan kesal. Kenapa Salina dihantar untuk dia persiakan? Walaupundipersiakan, Salina tetap setia berkhidmat untuk ayah mertuanya itu. KenapaSalina yang menjaga ayah? Kenapa bukan dia, anak tunggal ayah?!!

Mujurpagi semalam Haji Leman terdetik hati datang ke rumah. Rupa-rupanya Salinaterjatuh di bilik air semasa memandikan ayah. Kalau tidak tak tahulah apa akanjadi. Kata orang lantai bilik air itu penuh dengan darah luka dari dahi Salina.

Mujursempat Haji Leman bersama isteri bawa Salina ke klinik. Dahi yang koyak ditutupdengan lapan jahitan. Lebihkurang jam 4 petang semalam, ayah diserang anginahmar.  Haji Leman kata ayah terkejut bilatahu yang Salina jatuh sampai dahi berjahit panjang. 

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abadi Sofea