Home Novel Cinta ANDAI ITU TAKDIRKU
ANDAI ITU TAKDIRKU
Abadi Sofea
5/11/2017 12:38:01
12,384
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Sampaisahaja di laman rumah, Farid nampak ibunya sedang sibuk menampal dinding rumahyang banyak bocor. Walaupun umur baru 32 tahun, tetapi tekanan hidup membuatkan wajah Mariam lebih tua berbanding usia sebenar.

Beberapakali Mariam memandang ke langit. Dia nampak awan gelap  semakin beratbergumpal-gumpal. Sesekali awan gelap itu terang beberapa saat diiringi bunyiguruh yang menggerunkan. ‘Ya, Allah..macam nak hujan lebat lagi hari ini’

Mariam menarik nafas yang terasa semakin sesak. Di tangannya masih adabeberapa keping plastik kampit beras yang dikutip dari kedai runcit pagi tadi. Tidak tahu apa lagi yang bolehdilakukan. Jangkaannya hujan lebat akan turun lagi samada petang atau malamini. Kalau hujan lebat turun lagi tentu dinding bocor itu jadi lubang masukair.

Diamasih ingat dua hari lepas hujan lebat dengan angin kuat menyebabkan air tanah melimpahmasuk ikut dinding reput yang bocor.  Airtanah itu menyebabkan lantai rumahnya penuh selut dan becak.

Airbecak pekat itu dia boleh terima lagi. Yang dia takut jika datang anginkencang seperti malam tadi. Dinding rumah berkeriut dan bergegar dibantaiangin. Nasib baik malam tadi suaminya Ibrahim ada di rumah. Apa-apa  jadi adalah tempat  dia dan anaknya berlindung.

Kalau ikutkan,  semalam Ibrahim kena memandu bas ekspress ke Johor Bharu. Tetapi sebabribut malam kelmarin, suaminya terpaksa ambil cuti tanpa gaji sekali lagi. Itu sudah kali keempat dalambulan ini. Tidak ada pilihan  sebabterpaksa tampal atap rumah dan baiki dinding yang bocor.

Nama saja baiki dinding itu tetapi bukan dengan zink atau papan. Dia tidak ada duituntuk beli zink dan papan! Mana duit yang ada hanya cukup untuk beli sedikitmakanan. Apa yang dia mampu buat cuma lapik dinding dan tap yang  bocor itu dengan plastik guni beras.  Hingga lewat petang semalam baruselesai.

Pagitadi sebelum jam 5 lagi, Mariam sudah siapkan air kopi dan rebus ubi untuksuaminya. Selepas saja subuh, Ibrahim terus naik motorsikal cabuk ke depoh basdi bandar Kuala Pilah. Jam 8 pagi itu dia memandu bas ekspress dari Kuala Pilahke Kangar. Tidur semalam dalam bas di Kangar kemudian memandu pula ke KotaBharu. Suaminya hanya akan pulang 3 hari lagi. Memang tidak sempat kalau dia tunggusuaminya balik untuk tampal dinding rumah yang reput dan berlubang sana sini itu. 

 “Mak..mak..tengok ni! Farid dapat RM8 lagi.Dah cukup untuk beli buku latihan PT3 tu” suara Farid ceria sebaik wajah Mariammemandang ke arahnya.

Mariammenarik nafas panjang apabila melihat badan anaknya berminyak denganpeluh.  Dia mengetap bibir. Demi Allah,selama ini dia tidak pernah menyuruh anaknya mencari duit begitu. Sudah berbuihmulut menegah  tetapi budak itudegil.

Rasatebal muka tidak dapat disorok lagi. Sudah ada orang bercakap yang dia dan suamimakan daging dan jilat peluh anak. 

“Farid,berapa kali ibu nak cakap ni? Jangan kerja kat rumah orang! Nanti duit buku tuayah beri! Farid tak nak dengar cakap ibu lagi?” suara Mariam keras. Walaupunterasa tidak adil tetapi kalau Ibrahim tahu tentu dia akan kena marah.Pantang kalau cakap dia dilanggar!

WajahFarid serba-salah. “Mak.. Farid bukan tak nak dengar cakap ibu”

“Habistu?” soal Mariam sambil menjegil mata

“Semuaorang dah lama dapat buku. Sekarang duit dah cukup. Cikgu dah janji kalau bagiduit esok, boleh terus dapat buku. Farid kena cepat-cepat buat latihan dalambuku tu sebab banyak yang Farid dah tertinggal”

Mariamterdiam. Memang sudah lebih sepuluh kali Farid minta duit untuk beli bukulatihan itu. Tapi hendak buat macam mana? Memang dia tidak ada duit! Semalamdia beli ikan sardin tin kecil pun hutang. Taukeh kedai cakap kalau  harga minyak naik walaupun lima sen, hargabarang semua jadi mahal. Itu belum masuk GST lagi. Mujur taukeh itu baik hati. Tetapi sekarang sudahmasuk bulan baru dan dia terpaksa tambah hutang lagi.

Tiba-tibaMariam terasa kepalanya berdenyut-denyut. Dia memejam mata  menahan rasa pedih yang semakin kuat menyucuk-nyucukdada. Sayup-sayup terdengar suara Farid cemas memanggil “Ibu..ibu!!…”. Kaki semakinlemah tak berdaya. Pandangannya tiba-tiba menjadi gelap.  

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abadi Sofea