Home Novel Cinta ANDAI ITU TAKDIRKU
ANDAI ITU TAKDIRKU
Abadi Sofea
5/11/2017 12:38:01
12,376
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Menteri Pendidikan tersenyum dan membiarkan tepukangemuruh itu. Dalam tepukan gemuruh itu tiba-tiba Menteri sekali lagi mengangkattangan meminta hadiri bertenang. Senyumannya melebar.

“Sebentar Tuan-puan…mohon dengar dulu apa yang sayamahu umumkan ini. Saya rasa tuan-puan tentu suka dengan apa yang akan sayasebutkan ini” suara Menteri itu membuatkan tepukan tadi semakin perlahansehingga suasana di dalam dewan menjadi senyap

“Pertama, hari ini saya meluluskan peruntukan khas untukmembina sebuah dewan besar untuk sekolah ini” Sekali lagi dewan bergemuruhlebih kuat dengan tepukan orang kampong. Menteri senyum. Dia sudah tidak kisahdengan protokol dan merasakan dirinya dekat dengan orang kampong di situ.Menteri kemudian menyambung lagi.

“Kedua.. pihak kementerian akan menawarkan Farid untukmenyambut belajar di Tingkatan Empat di mana-mana sekolah berasrama penuh yangdia boleh pilih sendiri” dan…” orang kampung yang hadir semakin teruja.Peristiwa ini betul-betul sedang berlaku di depan mata. Menteri menyambung lagi

“…ketiga..jika dia cemerlang semasa SPM nanti kitaakan hantar Farid keluar negara dengan biasiswa penuh untuk menjadi doktorseperti yang dia cita-citakan”. Sebaik sahaja Menteri membuat pengumuman itudewan itu bergegar dengan tepukan gemuruh.

Farid memandang ke bawah. Kelihatan di tengah-tengahtempak duduk khas beberapa orang VVIP menerpa ke arah ibunya mengucapkantahniah. Farid terpaku di atas pentas. Dia terasa bahu dipaut oleh MenteriPelajaran. Terdengar suara menteri itu berbisik ke telinganya “Tahniah Farid.Walaupun ayah kamu tidak ada di sini, tapi tentu dia sangat bangga sekarang!”

Farid gembira dapat menyempurnakan harapan ibu danayahnya. Namun rasa sayu hati tidak tertahan lagi apabila melihat sofa khasdari PutraJaya untuk ayahnya kosong. Kalau boleh dia mahu Menteri datangbersalam dengan ayahnya. Biar ayah dapat peluang berjabat tangan dengan semuaorang besar dalam dewan ini. Dia mahu ayah ada dalam peristiwa besar ini danbukan di lebuhraya memulas stereng bas beratus-ratus kilometer menuju ke utara.

Dalam gegak gempita di dalam dewan itu hati Latifahmenjadi tidak tentu arah. Kuat juga dia bertepuk dan bersorak tadi. Kalauditurut rasa hati mahu saja dia berlari dan memeluk Farid. Dia hilang kata-katauntuk mengambarkan perasaan terhadap pemuda itu. Gelodak perasaan sudahbertukar warna. Memang selama ini dia suka kepada Farid sehingga surat-suratperkenalan pelajar lelaki lain tidak dipedulikan. Dia menunggu surat daripadaFarid.

Latifah mencuit Salina yang duduk di sebelahnya.

”Eh.,kita nak cakap ni”

“Awak nak cakap apa?”

“Bertuah siapa jadi buah hati Farid nantikan. Sudahlahhandsome, baik, pandai dan bakal jadidoktor lulusan luar negara pula tu!” Salina diam. Tudung labuh dan didikanibubapa menghalang dia daripada melepas laku di depan orang ramai.

Perlahan-lahan Salina mengangguk sambil memandangLatifah. Walaupun belajar bersama di rumah hampir tiga bulan tetapi Salina tidakfikir Farid ada hati padanya. Sudahlah badan besar, rupa kurang, keputusan PT3pun sekadar elok sahaja. Itupun mujur Farid sudi membantu. Jika tidak tentukeputusannya tidak sebaik itu.  Jauh dihati terdengar suara sayu dan perlahan

‘Farid..Pergilah kau terbang tinggi. Ina tidak layakuntukmu!’

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abadi Sofea