Home Novel Cinta ANDAI ITU TAKDIRKU
ANDAI ITU TAKDIRKU
Abadi Sofea
5/11/2017 12:38:01
12,387
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1


Petangitu selepas solat Asar, hujan renyai masih turun. Suasana alam tidak seperti selalu.Tidak ada hembusan angin yang terasa. Tidak ada kicauan burung yang terdengar. Pokok-pokoksemua tegak, kaku dan sayu. Kelihatan seorang demi seorang jemaah KampongJerang menuruni tangga masjid berwarna kuning dan putih itu. Sampai di tanah masing-masingmenyauk selipar dan berjalan menuju ke rumah Ibrahim. Ramai jemaah yang berjalansendirian. Tunduk melayan rasa hati sendiri. Ada yang sedang menghitung dosaumpat keji mereka pada arwah. Hanya beberapa orang yang bercakap-cakap. Itupun sepertiberbisik-bisik

            “Bilameninggalnya?”

            “Lepassubuh tadi…betul-betul selepas cium tangan suaminya”

            “Sejukperut Fatimah melahirkan anak yang taat sampai begitu”

            “Ya,selama ini mana  aku  tau itu cerita yang sebenarnya!”.

Beberapaorang muslimah mengesat airmata dengan hujung tudung. Masing-masing  menahan hiba sambil menyusuri lorong kecil kerumah Ibrahim yang sudah tidak jauh lagi di depan.

Dariluar pintu pagar nampak beberapa orang telah sampai lebih awal. Ada yang sedangberbual dan ada yang termenung di bawah pokok manggis tua di laman rumah. Duaorang tukang kayu sedang tekun mengukur papan lahad dan dua orang lagi sedang memakupelantar untuk memandi mayat sebentar lagi.

Didalam rumah kedengaran perlahan suara orang membaca surah Yasin. Bacaan ikhlasuntuk arwah yang telah dipanggil secara mulia mengadap Penciptanya.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam..”jawab beberapa orang yang berada di dalam rumah. Haji Salim menunduk sambil melangkahberhati-hati agar tidak menganggu orang yang sedang berdoa. Sebagai Imam Masjid,dia yang akan menguruskan jenazah mulia itu sebentar lagi.

HajiSalim menghampiri Dr Farid. Hidungnya terbau sesuatu. Itu bukan bau kapur barustetapi bau yang lain. Seperti bau kasturi tetapi lebih harum lagi. Wajah DrFarid  tertunduk sambil kedua-dua tangannyamasih menekup muka. Di atas ribanya kelihatan kulit depan surah itu lembapdengan titisan air mata.

‘Maafkan Abang. Memang Abang yangsalah selama ini.’ Suara berbisik di sebalik esak yang cubaditahan.  Kelopak mata berkerut-kerutmenahan kekesalan yang sudah terlambat.

“AssalamualaikumFarid.” lembut suara Haji Salim. Dia membetul-betul jubah lalu duduk di sebelahkiri Dr Farid. Tangan kanannya memaut lembut bahu doktor itu.

“WaalaikumsalamHaji” Dr Farid menyambut salam itu tetapi wajahnya tidak berpaling. Dia tenggelamdalam hiba di sisi jasad isterinya.

HajiSalim menarik nafas menyusun kata-kata paling cermat. “Orang masjid sudahsampai. Kalau tidak ada apa-apa lagi, elok kita uruskan sekarang. Sebelum Maghribdah boleh selesai”. Dr Farid mengangguk sambil mengesat airmata dengan belakangtangan.

“SabarlahFarid. Allah lebih sayangkan Salina. Yang penting dia pergi dalam keadaan baik. Sebagai suami redhakan dia sebagaiisteri. Farid halalkan makan-minum dan ampunkanlah segala kesalahan dia. Ituyang kamu kena buat sekarang”

DrFarid memejam mata sehingga berkerut muka. Tidak terucap rasa hatinya ketikaitu.

Tiba-tibaDr Farid memegang lengan Haji Salim“..selamaini saya yang salah!” Wajahnya disembam di bahu Haji Salim.

 “Sudahlah tu Farid. Tak baik macam ni” lembutkata-kata Haji Salim.

“Haji..Hajitolong janji sesuatu kepada saya”

“Apadia Farid…kalau boleh, pasti Pak Cik tunaikan” jawab Haji Salim. Dr Faridmenarik nafas. Cuba mengumpul kekuatan hati.

“Saya…sayanak Haji jadi saksi di hadapan Allah nanti. Saya redha..dan saya ampunkandosa-dosa Salina pada saya. Itu pun kalau ada dosa Salina pada saya. Saya mahuHaji berjanji akan ingatkan saya kalau saya terlupa lagi bahawa inilah isterisaya dunia akhirat. Kalau saya lupa….saya nak Haji pukul saya..sampai sayaingat!!” esakan Dr Farid kembali berat. Tangannya terus menutup muka.

HajiSalim memejam mata. Tidak ada perkataan yang mampu dia ucapkan.

 “Haji..tak patut saya buat dia sampai jadimacam nii!”  Kepala Dr Farid tergeleng-geleng.Sukar memaafkan diri sendiri.

HajiSalim menarik nafas panjang. Inilah hakikat kehidupan. Walaupun sebagai suamitetapi yang salah tetap salah.

“Kalauitu yang kamu mahu..ya..Pak Cik akan menjadi saksi Farid pada hari itu nanti. InsyallahSalina pergi dengan aman dalam redha kamu sebagai suaminya”

HajiSalim melarikan mata ke atas. Dia juga sangat sedih dengan apa yang berlaku. Selamaini orang kampung yang tidak tahu cerita sebenar sudah terlalu banyak mencelaarwah. Hati mana yang tidak terluka dengan umpat keji itu. Walau setiap malammenangis hiba tetapi arwah tidak berdendam. Semua kata cela itu disimpan hinggake hujung nyawa. Sampai di situ Haji Salim merasa matanya hangat dan berkaca. 

Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abadi Sofea