Home Novel Cinta ANDAI ITU TAKDIRKU
ANDAI ITU TAKDIRKU
Abadi Sofea
5/11/2017 12:38:01
12,391
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

BAB 8

Jumatbersama Kasim dan Zaidi berjalan laju dan terus menerjah ke kelas tingkatan 3Amanah. Lagak mereka bertiga begitu kasar. Di tangan Jumat terhunus kayu  sepanjang kira-kira 30 cm. Beberapa pelajarmencebik tanda benci dan meluat. Mereka tahu bila Jumat dan gengnya datangpasti ada pelajar yang akan dipukul atau dibuli.

Jumatterus ke meja Farid sambil melibas kayu tadi ke meja. Bunyi berdentum yangsangat kuat itu membuatkan beberapa orang pelajar bangun ketakutan dan teruskeluar. Jumat merentap buku matematik yang baru Farid beli lalu dikoyak rakus.

MukaJumat yang berjerawat itu menjegil rapat ke muka Farid. “Heii.. apa yang kaucakap pada Latifah haa?”

“Manaada aku cakap apa-apa?”

“Heiibudak kurap...bila Boss bercakap, kau kena berdiri !! Hormat sikit. Hormat!!. Jangannak berlagak!” jerkah Zaidi sambil menarik baju Farid ke atas.

“Aaapa..aapayang kau cakap ni?” suara Farid terketar-ketar dalam wajah keliru. Dia bangunseperti diarahkan Zaidi. “Mana ada aku cakap apa-apa dengan Latifah.”

“Habistu yang dia puji-puji sangat kau. Apa hal?..”

“Puji-pujiapa?”

“Heii...kaujangan nak cari pasal ! Latifah tu aku punya. Dah banyak duit aku labur padadia !”

Faridmerayu dengan suara terketar-ketar “Nanti dulu Jumat. Kau salah orang ni..Akutak buat apa-apa…betul !!” Dia terasa Jumat semakin kuat memegang bajunya.

“SEDARDIRI KAU TU SIKIT…gaji bapak kau sebulan tu sama macam duit belanja aku tigahari je tau!” jerit Jumat sambil menerajang Farid.

Tubuhkurus itu terlentang ke belakang. Jumat yang berbadan besar dan tegap itu bukanlawan Farid. “Aku tak tau apa-apa Jumat. Tolong jangan pukul aku!!..Tolong!”

Jumatseperti dirasuk hantu terus meluru ke arah Farid yang terbaring di lantai. BajuFarid dicekak kasar hingga butang depan putus. Kasim dan Zaidi berdiri denganwajah bengis di belakang Jumat.

Faridsemakin cemas apabila Jumat terus menggila. “Nanti dulu Jumat. Tolong janganpukul aku. Aku tak tau apa-apa. betul ni!”.

Jumatmenjegil mata “KAU INGAT AKU TAK TAUU..??!! ”

“Boss…kita ajar dia boss!” hasut Kasim.

Jumatsudah seperti dirasuk syaitan. Dia menghayun batang kayu ke belakang badanFarid. Tidak cukup dengan itu, satu sepakan kuat kena tepat ke perut dandiikuti satu tumbukan lagi ke kepala. Farid menggelupur menahan sakit. Dalampada itu Kasim dan Zaidi bertalu-talu menumbuk badan Farid. Beberapa saat dia dengarbunyi riuh-rendah dan tiba-tiba kepalanya terasa disepak kuat. Semua jadigelap.

****

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abadi Sofea