Home Novel Cinta ANDAI ITU TAKDIRKU
ANDAI ITU TAKDIRKU
Abadi Sofea
5/11/2017 12:38:01
12,375
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

Tubuhkurus budak lelaki itu basah dengan peluh. Tulang rusuk di sebalikbaju-T lusuh itu jelas kelihatan. Nafasnya berdeguh-deguh menolak kereta sorongberisi getah beku di Kedai Haji Majid. Kulit tapak tangannya yang terkoyakterasa sangat pedih. Dia mesti bertahan sebab ini kelompok getah buku keringterakhir yang perlu dimasukkan ke dalam stor.

Setelahmenutup pintu stor dan memasang kunci,  dia berjalan masuk ke dalam kedai.Sambil itu tangannya mengesat peluh yang mengalir di dahi. Kalau tidak dikesat,air peluh itu nanti masuk ke dalam mata. Pedih!

Sambilmenghulur kunci stor kepada Haji Majid budak itu berkata “Pak Cik, getah bekuyang berjemur tadi dah kering. Semua saya dah masukkan ke dalam stor. Pintustor pun saya sudah kunci.”

HajiMajid yang sedang sibuk mengira angka untung dalam rekod jualan mengangkat mukalalu memandang budak itu. Dia nampak tulang dada di sebalik baju nipis  itu turun-naik menahan penat. Rambutkerinting budak itu kembang dan kusut. Kulit gelap yang basah dengan peluh ituberkilat seperti cermin.

“TerimakasihFarid, ambik ini upah RM8. Buat belanja sekolah. Kalau ada lebih, simpan!”suara Haji Majid lembut sambil menghulur duit upah untuk kerja petang itu.

Farid menyambut duit itu dengan kedua-duatangan. “Terimakasih Pak Cik”. Tangan Haji Majid itu diciumnya. Matanyabersinar-sinar diiringi senyuman di bibir. Sudah terbayang apa yang dia mahubeli dengan duit itu.

“Sama-sama”

Sambilmemegang duit yang baru diterima, Farid berlari-lari anak balik ke rumahnyayang berada kira-kira 50 meter di belakang banglo besar Haji Majid.

Setelahbudak itu pergi Haji Majid kembali mengira angka untung dalam buku jualan. Dihujung telinga terdengar bunyi tapak kaki seseorang datang menghampiri.

“Kasihansaya tengok budak Farid tu. Kecil-kecil lagi dah kena cari duit” suara HajahFatimah berkata dari belakang. Haji Majid tidak berpalingtetapi perlahan-lahan merenung ke hadapan.

“Hmm..tapidalam macam tu, baru ni dia dapat nombor satu lagi dalam kelas”, sambung HajahFatimah.

“Manaawak tau ?” tanya Haji Majid lalu berpaling ke arah Hajah Fatimah.

“Salinaanak awak tulah yang beritahu saya tadi. Cikgu kelas dia cakap, Farid akandapat Hadiah Khas pelajar cemerlang masa Hari Anugerah Sekolah nanti.”

HajiMajid diam. ‘Macamana budak itu belajar. Pagi sampai tengahari sekolah. Petangambil upah buat kerja kasar. Rumah sempit tidak selesa’

Diatidak ada jawapan. Setiap petang selepas balik dari sekolah, budak itu akan datangke kedai bertanya jika ada kerja yang boleh dibuat. Tidak kira kerja sapusampah, jemur getah atau potong rumput, semua dia boleh buat. Elok dan kemas pulahasil kerja itu. Bayaran upah ikut ikhlas berapa hendak bagi. Budak rambutkerinting itu tidak pandai letak harga!

Haji Majid bukan mahu aniaya budak itu. Sebelumini ada orang cakap taukeh getah dari kampong sebelah bagi Farid kerja. Kataorang taukeh itu bagi kerja teruk tetapi upah murah sangat. Macam kuli buruh asing tanpa permit.  Bila dengar berita itu, Haji Majid terus pergijumpa taukeh itu untuk siasat hal sebenar.

“Hellotaukeh..saya dengan Lu ada ambil budak saya kerja sini?”, tanya Haji Majid. Taukeh ituhanya tersengih. “Mana ada Haji. Takkan saya nak ambil budak Haji kerja samasaya” jawab taukeh itu dengan pelat bahasanya.

Memangtaukeh itu tidak mengaku tetapi Haji Majid bukan bodoh. Dia telah berniagagetah sejak muda. Taukeh itu terdiam bila dia tunjuk gambar Watsapp yang tunjukFarid pikul kayu beluti berat yang orang kampong hantar senyap-senyap.

Taukehitu serba-salah “Maaf la Haji..dia yang datang minta kerja untuk cari wang.Saya bagi dia buat kerja”

“Lainkali jangan guna budak saya” kata Haji Majid dengan tegas. “Kalau dia datanglagi jumpa lu minta kerja, suruh dia datang jumpa saya.

Taukehitu angguk “Baik Haji”

Untukelak perkara macam itu berlaku lagi, Haji Majid bagi Farid kerja. Setiap duaatau tiga hari keluarkan stok getah beku basah dari stor dan jemur di tengahpanas. Selepas Asar kumpulkan semula getah beku itu dan masukkan semula kedalam stor. Kalau ada masalah Pak Cik Krisnan yang telah bekerja dengannyaselama 15 tahun akan tolong.

Dikalangan kariah Kampung Jerang, Haji Majid telah lama bergelar jutawan.  Mereka suka jual getah pada Haji Majid. Tidakkira samada getah keping atau getah beku semua haji Majid beli. Yang seronoknyaharga Haji Majid beli sentiasa 2 sen lebih tinggi daripada harga pasaran.Kerana sifatnya begitu orang kampong gelar Haji Majid sebagai ‘Haji Pemurah’.

Bilajumlah getah beku dan getah keping sudah banyak dan harga pasaran tinggi, HajiMajid akan jual. Haji Majid ada lori besar 20 tayar untuk angkut getah itu dan jualkepada pengilang di Bentong. Bayangkan kalau penuh lori besar 20 tayar tentulumayan. Itu baru untung jual getah. Ladang sawit milik Haji Majid sendiri ada42 ekar. Untuk menguruskan ladang seluas itu Haji Majid ada 10 orang pekerjaIndonesia. Semuanya ada permit kerja yang sah.  Ada antara pekerja itu yang telah 10 tahunberkhidmat dengan Haji Majid.

Upahlumayan tambah pula majikan yang baik tentu seribu kali lebih bagus daripadamerempat di negara asal. Sebab itu pekerja Haji Majid selalu buat kerjasukarela membersih kawasan masjid Kg Jerang. Tanda hutang budi dan jiwa.

“Inapulak dapat nombor berapa?. Dapat naik kelas A tahun depan?” tanya Haji Majid.

Diatahu sangat otak anak perempuan tunggalnya itu. Memang  tidak seberapa tetapi Salina kuat usaha.

HajahFatimah meletakkan tangan di atas bahu suaminya itu “Nombor 14 dari 40 orang. Naiksikit daripada nombor 20 dalam periksa dulu. Tahun depan masih kelas B tu juga. Ada 3 orang saja dari kelas dia yangdapat naik kelas A” jawab.

“Faridtu dalam kelas A kan?” tanya Haji Majid. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa ingintahu tentang pelajaran budak itu.

“Iye..dalamkelas A. Kan saya sudah bagi tau abang dulu? Mesti dah lupa ni. Dalam kelas tingkatan 3A tu,  Farid dapat nombor satu, lepas tu dapat anugerahkhas matapelajaran lagi” suara Hajah Fatimah bergurau mencebek.

HajiMajid diam. Hajah Fatimah senyum lalu menyambung lagi. “Eh.. Pak Ajinya janganla sedih sangat macam tu. Abang tetap kena datang juga masa hari AnugerahCemerlang itu nanti. Salina dapat hadiah juga tapi dalam matapelajaran Agama. Lagisatu Cikgu nak jemput Salina mengaji Quran sikit pada hari tu”

“Inakata apa?” tanya Haji Majid.

“Eh..mestilahdia suka. Anak abang tu cakap dia pun dapat juga naik pentas”

HajiMajid tahu Salina kuat belajar tetapi agak lambat faham pelajaran. Walaupunbegitu markah matapelajaran Agama sentiasa yang tertinggi dalam kelas. Orangkampong semua cakap suara Salina sangat merdu apabila membaca Quran sehinggadipilih mewakili Daerah Kuala Pilah dalam Musabaqah Peringkat Negeri Sembilan.

 “Hmm..baguslah kalau begitu. Tolong bagi tahugurubesar, saya nak bagi RM2000 untuk majlis tu. Tak payah tulis kat mana-mana.Ikhlas saya nak bagi”

“Hmm..Alhamdulillah.”.

Itulahyang Hajah Fatimah kagum.  Pantang adahal sekolah pasti suaminya akan menyumbang. Kalau tidak tenaga atau buahfikiran pasti dengan duit. Hajah Fatimah tersenyum sendiri sebelum meninggalkanHaji Majid dengan buku kira untungnya. Dia masih ada banyak kerja di dapur. 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Abadi Sofea