Home Novel Cinta Cintaku Berlagu Salju
Cintaku Berlagu Salju
zeel lela
8/3/2018 09:05:34
9,940
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

 

Bekerjasebagai juru audit di sebuah firma audit di Pulau Pinang membuatkan Aja berasamudah rimas dengan suasana persekitaran. Cuacana di sekitar Georgetown inisememangnya panas dan kualiti udara yang kurang bersih akibat kepadatanpenduduk dan kenderaan. Fikiran Aja menerawang ke kampung halaman yang cukupnyaman dan tenang. Mana tidaknya,rumahnya terletak berdekatan dengan sawah padi,kebun getah dan tali air.

 

 

“Aduh, panas-panas beginidapat mandi dekat tali air belakang rumah ya Allah nikmat!” Aja mengomelkeseorang sebelum kakinya ligat menekan pedal minyak memecut laju ke rumahsewanya di Bayan Lepas.

Kepenatan meredah kesesakanlalu lintas sebentar tadi membuatkan Aja kepenatan dan sedikit rimas. Tanpasedar Aja telah merempuh pagar rumahnya dengan begitu kuat sekali.

“Dummmmmm!”

“Ya Allah kereta aku!”

Terketar-ketar Aja membukapintu , lemah sendi sendi kakinya.

Bahagian hadapan kereta HondaJazz merah milik Aja remuk teruk.

 

 

Perasaan Ajda bercampur baur.Keliru,buntu terkejut dan takut. Semuanya bermain di benak fikiran. Tanpaberlengah, Ajda menelefon sahabat baiknya Maimun tapi hampa panggilannya tidakbersambut. Tanpa sedar, Ajda terduduk dan menangis sambil bersandar di kereta. Sungguhgementar dan lost!

“Aja, Aja okey ke?!” jiransebelah rumah melaungkan pertanyaan dari balik tingkap rumah.

 

Alhamdulillah,syukur ada jiran yang begitu mengambil berat sementelah dia duduk keseorangandi rumah ini. Rasanya Aja sudah cukup berdikari, kental dan kuat semangat. Namun,kemalangan sebegini benar-benar membuatkan Aja terduduk kelu dan lemah. Abang Jamilsuami kak Ita jiran rumahnya sudi menolong untuk menguruskan keretanya kalautidak mungkin bersidai sahaja kereta itu melekat di pagar rumahnya.

 

Semuanyaselesai setelah jam menjengah pukul 9 malam. Aja masih lagi dilanda rasaterkejut dan trauma. Kesan lebam pada lengan dan dagunya masih terasa kesandaripada rempuhan petang tadi. Tiba-tiba hati Aja terfikir alangkah seronoknyajika dia mempunyai penjaga di negeri orang sebegini. Jika ada kesulitan ,kecemasan dan sebagainya Aja tidak perlu susahkan jiran tetangga sementelahrakan-rakan sepejabatnya duduk berjauhan, manakala keluarganya tinggal dinegeri Kedah. Dia befikir alangkah seronoknya jika mempunyai teman susah dansenang dalam erti kata lain.

……

Suami.

 

Eh Aja dah terfikir hendakmempunyai teman hidup?

Serius Aja??

Tiba-tiba terlintas bayanganAbang Shah di minda.

Eee jangan bukan bukan Aja.  Tapi Aja tak main-main.

Tanpa sedar Aja tersenyum.Sungguh penuh makna.

 

 

 

Pagi selasa adalah haripertama Aja pergi ke tempat kerja dengan menaiki bas. Sungguh, ianya bukanlahsatu tindakan yang bijak dan seperti yang telah dijangka Aja tiba ke tempatkerja lewat 30 minit .

“Haih tak sukanya datang kerjalambat ,kerja sudahlah bertimbun-timbun” bebel Aja sambil sibuk mengemas mejakerjanya. Sungguh-sungguh dia berniat untuk pulang ke kampung halaman hujungminggu ini. Penat sungguh dengan suasana minggu ini yang penuh dengan ujianmenguji kesabarannya.

 

“alamak tak baiklah mengeluh,ujian tanda Allah sayang” pujuk hati Aja sambil beristighfar menenangkan hatiyang selalu buruk sangka dengan Allah.

 

 

“Betul ke anak ibu nak balikkampung minggu ni? Seronoknya ibu”

 

PuanAida besuara nyaring menandakan betapa dia sebegitu gembira dengan khabar yangditerima. Bukannya dia tidak tahu anak sulungnya lebih gemar berkurung di rumahsewanya menghabiskan masa berhibernasi ataupun mengemas rumah. Jarang-jaranganaknya hendak pulang ke kampung halaman dengan alasan malas memandu. Walaupunjarang menjengah ke rumahnya, Aja sentiasa bertanya khabar dan mengirimkanhadiah untuknya. Pandai sungguh Aja menjaga hati.

 

Sedang leka memasak di dapurterdengar bunyi enjin kereta di halaman rumah. Lekas-lekas Puan Aidamenyarungkan tudung sambil berlari anak ke halaman rumah.

“awat kakak naik teksi? Manapi qheta ? bertubi-tubi soalan Puan Aida sambil memerhatikan anaknya yangkelihatan penat sedang berjalan ke arahnya.

 

“ gheta kakak rosak ibu,langgaq pagar ghumah” jawab Aja sambil menghadiahkan senyuman manismengharapkan ibunya cair dan tidak sebegitu naik angin atas kecuaiannya. Sambilbersalaman Aja tidak lupa memohon maaf atas kecuaiannya dan berjanji akan lebihberhati-hati

 

“ibu, kereta baru boleh naa,bmw kaa Audi kaa eh tak pun Range Rover. Boleh kakak mai kedai selalu hihihi”usikAja sambil mengusap pipi ibunya dengan penuh kasih.

“loqlaq sangat aih, satgi pisapu habih dinding qhumah pulak!” Puan Aida membalas pertanyaan Aja denganjelingan manja.

 

Anak sulungnya itu memangpenuh dengan usikan dan sentiasa menghiburkan hatinya. Tiba-tiba hatinyadipagut rasa kerisauan.

“ya Allah, jagakanlahanak-anakku ini jika aku telah tiada nanti”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CelotehAja cukup membuatkan hatinya penuh warna warni. Untunglah siapa yang bertuahmemiliki Aja ini nanti dan semoga jodohnya juga baik-baik sahaja.  Malam itu Aja tidur bersebelahan dengandirinya. Hangat pelukan sang anak buat ibu tersayang. Lama puan Aida perhatikanwajah mulus anaknya itu. Kecantikan anaknya ini benar-benar mewarisi kekacakanarwah suaminya. Matanya bundar bersama bibir nipis dan hidung yang sedikitmancung. Kulitnya kuning langsat bersama rambut lurus kehitaman.

 

Perlahan-lahantangannya mula mengusap lembut rambut anaknya. Tanpa sedar air mataya menitismengenangkan peripisahan yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Dalam dianpuan Aida menghidapi kanser payudara sejak enam tahun lalu. Segala kesakitandan rawatan yang dilaluinya dia rahsiakan daripada kedua-dua anaknya. Syukurpembiayaan kos rawatan di tanggung sepenuhnya oleh Datin Mala dan Datuk Ahmadmajikannya dahulu.

 

 

“ibusayang sangat-sangat dekat Aja dan Sarah…..ibu teringin nak tengok Aja kahwindulu sebelum ibu pergi paling tidak ibu tahu Aja akan di sayangi dan dijagabaik oleh orang yang Aja cinta.. Aja buah hati pertama ibu dan ayah….Aja lahirdalam keadaan serba kekurangan dan juga dibesarkan dalam keadaan susah payah….Tapi ibu tahu, jauh di sudut hati Aja mesti nakkan kesenangan kan? “

 

Ucap Puan Aida perlahan dalamtangisannya. Benar. Dia bersungguh-seungguh berjuang dengan penyakit yangdialaminya kerana anak-anaknya. Anak-anaknya yang masih perlukan kasih sayangseorang ibu. Namun, kini penyakitkan sudah berada di tahap 4. Walaupun pelbagairawatan di ambil namun kelemahan ketahanan tubuh kerana faktor usia membuatkansel kanser semakin merebak.

 

Malam itu malam yang penuhsyahdu. Antara kasih seorang ibu dan cinta seorang anak. Subhanallah, segalanyaatas kekuasanNya.

 

 

 

Tigahari Aja di rumah ibu, Aja berkira-kira hendak khabarkan isi hatinya pada AbangShah kepada ibunya.. Beberapa hari lalu Aja mula merasakan hatinya mempunyai  satu perasaan yang tidak pernah dia rasakanselama ini. Perasaan cinta dan rindu dia telah terjemahkan dalam solatistikharah dan doa kepada Illahi semoga di tunjukkan jalan terbaik untuknya.

 

Kali terakhirdia bertemu dengan Abang Shah kira-kira lima bulan yang lalu sewaktu ke KualaLumpur itupun dia lebih memilih untuk melarikan diri.  Sebenarnya dalam ketegasan , Aja sebenarnyamalu untuk bertentang mata apatah lagi dekat dengan Abang Shah ini, bukankerana rupa parasnya sahaja yang cukup indah tetapi kerana Abang Shah itu adalahanak majikan ibunya semestinyalah taraf kehidupan keluarganya berbeza. Bagaikanenggang dan pipit.

 

Sambil-sambilmenemani ibunya menonton televisyen, Aja duduk di birai pintu sambilmelemparkan pandangan ke luar rumah yang cukup menenangkan itu. 

 

“ibu, Aja rasa Aja dah jatuhhati dan rasa ready nak kahwin” satu satu Aja menuturkan kata-kata keranaterlalu berdebar.

“subhanallah Aja anak ibu!!Dengan siapa nak?” terpancar riak gembira pada wajah puan Aida hampir sahajadia hendak menjerit.

“Insha Allah ibu kenal diatu,,,,,,,,, Abang Shah” perlahan Aja menuturkan nama lelaki yang telah mencurihatinya.

 

Ahhh malu siot.

 

Hampir telepas remotecontrol di tangan. Subhanallah, alhamdulillah. Terujanya rasa hati Puan Aida.

 

 

“Sungguh ka ni kakak, ibu taksalah dengaq kan?” rasa teruja yang tidak boleh dibendung lagi. Berita gembiraini buatkan Puan Aida lupa sebentar akan sakitnya.

Laju aja mengangguk serayaberkata “tapi kan ,, kakak mana nak tau perasaan Abang Shah entah dia dah adahat dia bekenan bu Aja ni pun baru-baru ja rasa masih lagi tak putus-putusberdoa”

 

“Jangan risau soal perasaannanti ibu sendiri yang akan merisik Shah melalui ibunya ya” senyum penuh maknaAja pada hari itu terbawak-bawak hingga ke Pulau Pinang.

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zeel lela