Home Novel Cinta Cintaku Berlagu Salju
Cintaku Berlagu Salju
zeel lela
8/3/2018 09:05:34
9,935
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

 

“Rindubetullah dekat si Mai ni, kerja jauh-jauh sangat” ucap Aja sambil tangan sibukmenaip mesej di telefon bimbitnya.  Siapalagi yang dicari pagi-pagi begini kalau bukan mencari Mai.

 

Aja :Mai bulat! Ingat nak jenguk kaulah dekat KL sana. Lama jugak aku takkeluar-keluar ambil angin, jalan -jalan ke

 

Mai : xreti bg salam ke makcik oi. Nak datang dari Penang ke? Wow, kagum nya gue!

 

Aja : yelahMai, apa saja untuk sahabat aku dunia akhirat sorang ni. 😊 jumpananti ya  ,levlev Mai.

 

 “Hai Aja, macam manalah aku tak sayang kau “monolog Mai sambil tersenyum membaca mesej sahabtnya itu.

 

Tak menyangka persahabatannyadengan Aja mampu bertahan lebih daripada 10 tahun. Bagi dia, Aja sudah diaanggap seperti kakak kandung walaupun sebaya tetapi kerana Aja ini teramatlahcaring dan kepochi maka pangkatnya sudah seperti seorang  kakak. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpahdan kurniaNya.

 

Empatjam berada dalam ETS buatkan Aja tidak senang duduk. Hendak menyesal tiada guna apabila mengenangkan idea spontannyauntuk pergi ke KL hari ini. Subuh-subuh lagi dia sudah menempah tiket ETSsecara online, syukur masih ada tempat kosong. Rindu pada Mai yang bermastautindi Kuala Lumpur sejak menjawat jawatan sebagai juru audit buatkan dia tidakkisah berabis duit dan tenaga ke sana. Bagi dirinya, Mai sudah dianggap sebagaikeluarga sendiri. Pesan arwah ayahnya berlegar di fikiran “orang buat baiksekali, kita balas biar berganda baiknya dengan penuh ikhlas “.

 

Pelukanerat selama beberapa minit buatkan Mai terasa hendak tercekik.

“Aja , kauingat aku ni cekodok nak lenyek-lenyek eh?”

“taklahkau mashmallow. Eh rindunyaaaaa dekat kau Mai”

“ehmalas layan , dah datangla perangai nak gesel-gesel merenyam diatuhh”

Maicepat-cepat menjauhkan diri daripada Aja, takut-takut dipaksa untuk peluk bukanboleh dilayan sangat Aja ni. Walaupun sudah berimur lebih daripada 20 tahun,perangai mereka tidak ubah seperti kanak-kanak 5 tahun maklum sajalah jenismuda melatah dengan kejutan. Kalau di cuit cuit lagilah melolong si Mai ini.

 

Dua sahabatini ketawa girang membawa perasaan rindu dan kasih sesama saudara se Islam.

 

 

Dua haridi ibu kota buat Aja berasa lebih cergas dan bertenaga. Mana tidaknya Mai lebihsuka mengajaknya berjalan menggunakan pengangkutan awam, maka mahu tak mahu Ajaperlulah sentiasa laju dan pantas supaya tidak ketinggalan LRT,MRT,MONORAIL danGRAB CAR. Habis semua jenis pengangkutan awam hendak Mai cadangkan pada Aja. Maklumsajalah alang-alang ke ibu kota apa salahnya mencuba segala macam kemudahan. DiPenang bukannya ada. Modal ayat memujuk Mai yang cukup kukuh sehingga ke hariini.

 

“Kanseronok kalau di Penang pun ada lrt,mrt monorail ni semua kan takdelah nyotnyetnyotnyet je jalan sana” bebel Aja sambil menyedut air kelapa dibelinya sewaktuberjalan di Pasar Seni.

“Penangtu sempit cik kak oi, padat dengan manusia dan bentuk muka bumi yang berbukitbukau mana mahunya kalau dibuat landasan kereta api”

Maimemulakan hujahnya setelah penat mengunyah rojak buah dibelinya tadi.



Kata-kataMai ibarat angin lalu sahaja apabila Aja lebih memilih untuk fokus kepadabarang-barang jualan di Pasar Seni. Teruja sungguh Aja apabila berada di dalamPasar Senii yang dipenuhi dengan hasil kraftangan masyarakat Malaysia. Tambahanpula setiap barang yang dijual memiliki keunikan yang tersendiri.

 

Tiba-tibamata Aja tertancap pada sebuah kedai berkonsepkan spa terbuka menggunakan ikan.Hatinya begitu teruja hendak mencuba tanpa menghiraukan jumlah ikan yangteramat banyak di dalam kolam bersaiz mini itu. Yakin dengan keberaniannya Ajamula memasukkan kaki ke dalam kolam manakala Mai hanya memilih untuk duduk dikerusi melepaskan lelah sebentar.

Selang beberapaminit, terdengar satu pekikan yang cukup bingit.

“Mai!!!Ya Allah ampunkanlah dosaku ya Allah Maiiii!!” jerit Aja sambil menahan airmata.

 

“kaukenapa ni Aja oi tak malu ke jerit-jerit lepas tu gedik macam cacing ha?” marahMai kerana terkejut dengan tindakan Aja

 

“Geliaaaa geliii HAHAHAHAH eeeeeeeee gelii makkk sakit!”  Aja mula meluahkan rasa gelinya pada ikanikan yang sedang menyedut kotoran pada kakinya.

LajuMai menarik Aja keluar apabila semua mata memandang kelakuan sahabatnya itu.Terkocoh-kocoh Aja keluar dari kolam , “fuh fuh fuh, meremang bulu roma aku Maieeee” tercungap-cungap Aja menuturkan kata.

 

 

“SitiHajar!

 

Glupp.,“Siapa yang panggil nama penuh aku ni ee, seram tau dak” getus hati kecil Aja.Aja sudah berkira-kira hendak meninggalkan tempat itu namun bahunya dipegangerat oleh Mai.

 

“Aja!Nanti dulu”

Badan Ajamula gementar dan seram sejuk. Setahu Aja, belum pernah ada kenalan lelaki yangsebegitu rapat apatah lagi hendak bertegur sapa seperti itu. Tanpa berlengahAja memalingkan muka sambil memberikan jelingan yang tajam.

“AllahuAkbar, Abang Shah rupanya”

Muka cemberutAja mulai berubah menjadi semanis madu namun senyuman di bibir Aja sepertidibuat-buat. Senyum macam orang sakit gigi saja Aja nih.

“Dahbesar panjang Aja ni ya makin cantik” Shah mula berbasa-basi memulakanperbualan bersama sekuntum senyuman manis.

“Maaf,we got to go, busy” balas Aja pendek sambil melangkah laju meninggalkanbangunan biru Pasar Seni itu. Aja agak tidak gemar untuk memulakan apa sahajahubungan yang bukan-bukan dengan lelaki. Tiada istilah bermesra,,berkenalan dansebagainya kalau tiada sebab yang kukuh. Bagi Aja, tiada lelaki lain yang cukupindah di hatinya melainkan arwah ayahnya sahaja. Bagi dia, ayahnya sahajalahlelaki terbaik dalam hidup dan tiada siapa boleh merampas kedudukan ayahnya dihati.

Titik!

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Maimula gelisah meilhat reaksi Aja yang kelihatan sugul sejak pulang dari PasarSeni petang tadi. Malam ini Aja sudah mahu kembali ke Pulau Pinang jadi Maiseboleh-bolehnyya mahu gembirakan sahabatnya yang seorang ini. Dengan penuhrasa hati-hati Mai mula menghampiri Aja yang leka terrmenung,.

“Aja,aku tengok kau ni macam marah sangat dekat Abang Shah tu. Tengok dia bukanmacam nak mengorat pun kan.” Tanya Mai dengan suara selembut mungkin.

Ajamenghela nafas panjang. “kau kan tahu Aja, aku sayang sangat dekat keluarga akutetutamanya arwah ayah aku. Aku tak nak lukakan atau calarkan maruah keluargaaku lagipun tak manis kalau kita ini berhubungan, berkenalan apa semua denganlelaki bukan mahram. Entah dia itu suami orang ke apa kan. Memanglah aku inibukanlah level ustazah alim sangat ke apa , tapi kita sebagai perempuan kena tegasmenjaga diri” Panjang lebar Aja meluahkan isi hatinya.


Maicukup faham dengan prinsip sahabatnya itu dan kagum dengan semangat Aja yangamat kuat menjaga batas pergaulan teramat sesuai dengan perwatakannya yangsederhana tetapi menenangkan hati. Bagi Aja, kalau perlu sahaja baru berurusandengan lelaki, ataupun memang dalam proses nak kahwin ke bolehlah berhubung.Kadang Mai risau kalau kalau Aja ini tidak bernafsu atau berkeinginan kepadalelaki, umur pun sudah 24 tahun tetapi tidak pernah sekali menyemtuh bab-babjodoh kahwin semua ini.

“akubukan minat kaum sejenis tau Mai!” ucap Aja sambil tangannya laju menyubitlengan sahabatnya itu.

“heydiani macam tau tau je aku tengah mengutuk dia dalam hati hehehe” monolog Maidalam senyuman.

 

Kenapa entah, di mana sahajamesti terserempak dengan Abang Shah ini. Umurnya pun sudah menjangkau 29  tahun hasil maklumat daripada ibunya yangberkawan rapat dengan Datin Mala emak kepada Abang Shah.. Memanglah kacak danbekerjaya sekali pandang mempunyai mata yang cukup tajam , berjambang sedikittetapi memiliki senyuman manis ditambah dengan sepasang lesung pipit. Wow rare sungguh! Namuntidak pernah Aja menaruh hati padanya. Cukuplah dia menganggap Abang Shah itusaudara sesama Islam.

Cukuplah.

Malas hendak mencuba.

Hatinya perlu di jagasebaik-baiknya buat suami yang halal.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Previous: Bab 4
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zeel lela