Home Novel Cinta Cintaku Berlagu Salju
Cintaku Berlagu Salju
zeel lela
8/3/2018 09:05:34
9,944
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Hampir rebah Mai mendengarsahabat karibnya itu sudah jatuh hati. Melompat-lompat girang sambil tangansibuk membalas mesej di applikasi whatssapp . Siti Hajar yang dahulunya super jual mahal sekarang tiba-tiba sudahjatuh hati !

 

Mai : kau ni kan saja je taunak buat suspen. Dengan sapa oiii Aja , eeeee. Excited tahu tak!

Aja : sabarlah minachi cantik…insha Allah orangnya kau memang kenal. Tapi, aku takt ahu pasal perasaan dia

Mai : ohhh.. Abang Shah kan?”

Aja : Insha Allah, doakan akuMai.!

 

Entah mengapa berita ini cukupmengejutkan Mai, bukan kerana inipertama kali Aja bercakap soal hati tetapilebih terkejut kerana mengetahui siapakah gerangan pujaan hati Aja.

 

“Tapi Aja, aku telah lamajatuh hati pada Abang Shah kau sejak dulu lagi..kenapa bukan orang lain Aja ?”monolog Mai sambil menghempaskan diri di atas katil empuk di kondominiummiliknya itu.

Terngiang-ngiang lagikata-kata si dia sewaktu Mai bertemunya tiga bulan lalu sewaktu menghantarabangnya juga rakan sekerja Shah ke KLIA .

 

“Shah selesa dengan kehidupansolo begini? Setahu Mai Shah ini sudah lama menduda bukan?” merah padam mukaMai sewaktu melontarkan pertanyaan ini. Jiwanya yang penuh dengan api cintamembuatkan dia tidak boleh membendung hatinya untuk mendekati Shah biarpun diaperlu taruhkan perasaan malu.

Lama sudah hatinya tertarikpada Shah sewaktu dia melihat kejadian Shah bertemu dengan Aja di tapak konvosewaktu majlis graduasi mereka.

 

 

“Saya masih mencintai arwahisteri saya Mai, tapi saya tidak menolak jika Allah takdirkan untuk jatuh hatisekali lagi. Mana tahu dengan awak pulak ke”

 

Seperti hendak terbangperasaan Mai ketika itu sewaktu mendengar jawapan daripada lelaki yang diacintai. Sudah lama memendam perasaan pada Abang Shah yang cukup kena dengan tastedirinya. Terkenang wajah pelakon melayu terkenal Aeril Zafrel tetapi mempunyailesung pipit sepasang mengindahkan lagi senyuman lelaki itu. Aduh cairnya!

 

“Mai tunggu Shah balik sinitauuuu!” lambaian tangan Mai di sambut dengan senyuman Shah.

Berbunga.

Bertaman.

Bergetar rusuk.

Manis.

Terasa dunia kita berdua.

Ah, cinta!

Mai sayang Shah. Sungguh.

 

 

 

 

Senyuman Mai mati serta mertadek deringan telefon berlagu “Perfect by Ed Sheran”

“Siti Hajar”

 

Melihat akan nama yang terteradi skrin telefon miliknya membuatkan hatinya membara.  Keliru dengan perasaan antara kasih buatsahabat ataupun cemburu kerana kasih pada lelaki yang juga dicintai sahabatsendiri.  Lalu, Mai memilih untuk membiarkansahaja deringan telefon itu berlalu.

 

“Maaf Aja, aku cemburu” lemahMai menuturkan kata sambil memejamkan mata serapat-rapatnya berharap semuanyaadalah mimpi.

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Usaimenunaikan solat Isyak, Aja duduk berehat di ruang tamu sambil menontonrancangan kegemarannya. Sejak dua menjak ini rancangan kegemarannya lebihberkonsepkan santapan rohani seperti ceramah agama, kuliah agama, tilawahAl-Quran dan sebagainya.kalau berkelapangan, hujung minggu dia akan menghadiripengajian kitab Hidayatus Salikin di masjid taman perumahan nya. Bagi Aja tiadaalasan untuk tidak mencari ilmu agama tambahan pula dia sudah berkira-kira untukmelengkapkan dirinya dengan pengetahuan agama sebelum berumah tangga.   

 

Dahulu, sebelum arwah ayahnyameninggal dunia selalu benar dia ikut sama join arwah ayahnya ke masjidataupun surau. Dari kecil ayahnya telah menitik beratkan kecintaan terhadap ilmuagama dan kecintaan terhadap ilmu dunia. Ayahnya merupakan bekas graduan universitidi luar negara namun atas faktor kewangan dan kesihatan, arwah ayahnya terpaksameninggalkan pengajian dan pulang ke Malaysia. Dengan kudrat dan ilmu yang dipelajari,arwah ayahnya berjaya menjadi salah seorang pemilik kebun getah di kampungnya.

                Kini dia telah berada di fasa baharu hidupnyaiaitu,mencintai dan ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Semoga perasaanyang dirasainya ini adalah perasaan yang suci dan tulis.

BagiAja, perasaan ini Allah yang anugerahkan jadi Aja fikir perasaan ini perludijaga baik seboleh-bolehnya lebh dekat dengan Yang Maha Cinta. Sudah sebulan tempohAja menunggu risikan daripada ibunya di kampung mengenai Abang Shah nya itu.Hendak menelefon meminta jawapan Aja pula terasa malu. Cukuplah menanggung malusewaktu sesi luahan perasaan bersama ibunya tempoh hari.

 

Teringat pula ibunya dikampung lekas-lekas Aja menelefon ibunya bertanyakan khabar.

 

“Ibu sehat ka? Haritu nampakibu selalu batuk-batuk sakit dada kenapa ibu, ibu sakit ke?” risau sungguh Ajamemikirkan kesihatan ibunya setiap hari kalau boleh hendak terbang sahaja keKedah. Namun kekangan masa membuatkan Aja akur untuk berjauhan dengan ibunyaketika ibunya sakit sebegini.

 

“ibu takda apala alhamdulillahokey jaa, sihat jaa” dengan susah payah Puan Aida menuturkan kata kerana sakittekak yang agak teruk sejak kebelakangan ini.

 

“Esokjumaat Aja ambik cuti tengok ibu dekat kampung ya” serta merta Aja membuatkeputusan untuk bercuti demi ibunya yang tersayang. Cukuplah dia hilang kasihsayang seorang ayah dahulu, dan tidak mahu nasub yang sama menimpa ibunya yangtersayang.

 

 

“Allahu ibu!” jerit Ajaapabila meilhat sekujur tubuh ibunya terbaring di lantai biliknya. Aja cubamengejutkan ibunya berkali-kali namnun hampa. Ibunya pengsan dengan mulutberlumuran darah.

“Ibu ibu Aja datang ni, janganbuang Aja macam ni ibu” buntu sungguh Aja ketika ini, lemah dan tidak keruan.

 

Tiba-tiba dia teringatkanDatuk Ahmad dan Datin Mala. Rumah mereka pun berapa ratus meter sahaja jaraknyadari rumah. Laju Aja memecut keretanya ke rumah mereka. Bertlu-talu ucapansalam dan deringan loceng memecah kesunyian rumah itu. Aja sudah tidak peduliperasaan malu kerana terpaksa meminta bantuan orang lain demi keselamatanibunya.

Usahanya tidak membuahkanhasil. Sepertinya kedua-dua majikan ibunya itu tiada di rumah. Makin lebat airmata Aja membasahi pipi kerana terlalu takut di tambah rasa kecewa keranapertolongan yang tak bersambut itu.

 

‘Siti Hajar!” satu suara yangnyaring dari ahad belakang kereta.

“kenapa ni Aja, jerit-jeritbagi salam dekat rumah abang ni? Mama papa tiada” risau sungguh nampaknya AbangShah ini ,di dahinya terlihat beberapa titis keirngat mengalir perlahan.

 

“Ibu pengsan Abang Shah Ajatakut sangat takt ahu nak buat apa!!!!!” laju air mata Aja membasahi mimpi sungguhtak terbendung rasa ketakutan yang menyelubungi diri.

“jom Aja Abang naik dengancepat kita balik sekarang.”  Pedal ditekan memecut laju ke rumah Aja dan sesampainya di hadapan rumah kelihatanSarah sedang menangis di tangga.

 

“Kakak ibu dah takdakkk kakkk”terjerit-jerit adiknya itu menuturkan kata.

Tak mungkin.

Tak itu semua tipu. Aja mulamenindakkan hakikat sebenar kejadian yang dialami. Bekali-kali dia menafikanketiadaan ibunya.

Di usap wajah ibunya denganperlahan. “maafkan Aja ibu, Aja lambat selamatkan ibu tapi kenapa selama iniibu sakit ibu tak pernah beritahu kakak. Kakak sayangg ibuu!” Air mata Ajamengalir deras di pipi dan Aja memilih untuk menghamburkan lagi kesedihannyasungguh-sungguh.

Kini ,Aja kehilangan salahsatu nikmat dunia paling indah dia pernah miliki ,juga salah satu yangmempunyai doa yang cukup mustajab.

 

Ibulah cahaya hati Aja. Siapa nakjaga kakak ibu? Jaga Adik? Jaga rumah ni ? ibu tak sayang kakak ke??? Ibu dahjanjikan nak risik orang yang Aja suka tu?

Bertalu-talu pertanyaan munculdi bibir Aja. Sungguh perit rasanya kehilangan orang yang paling kita sayangsekelip mata sebegitu.

Sakit. Tak mampu rasanyahendak menerima kenyataan ini. Sejuk dan kaku tubuh ibunya di peluk erat tandabetapa dia tidak mahu melepaskan.

 

Keadaan sekeliling terasaberpusing.. dan kabur.

“Kakak!!” jerit Sarah apabilamelihat sekujur tubuh kakaknya rebah ke lantai.

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zeel lela