Home Novel Cinta Cintaku Berlagu Salju
Cintaku Berlagu Salju
zeel lela
8/3/2018 09:05:34
9,937
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Aja benar-benar rindukansahabat karibnya Mai. Sudah banyak kali dia mencuba menghubungu Mai namungagal. Sudah sebulan peristiwa “kantoi” di laman sosial Facebook Mai dan AbangShah. Pada awalnya Aja merasa marah namun kini dia memilih untuk memulihkanhubungannya Bersama Mai walaupun dia terpaksa korbankan perasaannya pada AbangShah.

 

Sakit.

 

Tapi lagi sakit rasanyaapabila kehilangan sahabat baik tanpa megetahui sebab disebalik semua yangberlaku.

 

Dengansedikit simpanan yang ada, Aja mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpurbertemu sahabat tersayang. Perjalanan menaiki kereta api laju ETS mengambilmasa kira-kira empat jam daripada Stesen Keretapi Butterworth. Aja memilihuntuk menginap di hotel sebagai tempat untuk menenangkan diri sambil diaberjalan-jalan menikmati keindahan ibu kota Kuala Lumpur.

 

Sudahdua hari Aja berkurung sahaja di dalam bilik, tiba-tiba mood hendak melihatkeindahan alam datang.

 

“Hai kalau ada Mai kanseronok. Mai mesti akan bawak aku jalan-jalan satu KL pun dia nak bawak akukalau boleh” monolog Aja sendirian. Sayu sungguh perasaan apabila kehilangansahabat yang paling kita sayang.

 

Petang itu, Aja memilih untukmengambil angina di sekitar KLCC. Air pancut , tasik dan orang ramai memberikansuasana gembiara pada Aja. Apabila difikir-fikirkan sudah hampir tiga bulan Aja  tidak bekerja dan memilih untuk memencilkandiri. Wang simpanannya sudah semakin sedikit sampaikan hendak membeli-belahbuat diri sendiripun perlu difikirkan banyak kali.

 

“gluppp puuup!”


Bunyi air tasik berkocak .kelihatan dua orang kakak-kanak sedang berlumba kekuatan tangan dan jarakbalingan bat uke dalam tasik. Bersungguh-sungguh nampaknya mereka berdua.Tiba-tiba , terdengar tangisan salah seorang daripada mereka.

 

“Aqib taknak kalah Aqib nakmenang.. huwaaaaaaa!” jeritan dan esakan kanak-kanak itu jelas kelihatan.Nampaknya dia begitu protes dengan kekalahannya.

 

“Aqib kan kecil lagi memanglahkalah. Anas punya kekuatan tak sama macam Aqib” giliran budak lelaki seoranglagi memujuk .

 

“Tapi Aqib taknak kalah, Aqibnak buat mama bangga dengan Aqib. Aqib mesti menang juga!”

Lekas-lekas dia mencaribeberapa biji batu lagi dan mula membaling ke dalam tasik. Hingga batu yangterakhir si “Aqib” ini berhenti dan menyimpan batu tersebut ke dalam poketseluar seraya menadah tangan,

 

“ Ya Allah mama cakap kalaubetul-betul nak cemerlang ke minta dengan Allah. Ya Allah , Aqib nak menangAqib nak banggakan mama” bersungguh-sungguh si “Aqib” ini berdoa. Lama diamerenng tasik sambil menggenggam batu dengan kemas.

 

“Yeahhhhh! Aqib menanghuurayyyy!” melompalompat  “si Aqib” iinimeraikan kemenangannya.

 

Tanpa sedar, air mata Ajamenitis menyaksikan gelagat dua orang kanak-kanak itu. Mereka masih kanak-kanakdan hanya bermain permainan baling batu ke dalam tasik, tetapi semangat merekatinggi. paling mengagumkan mereka meminta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam perkara kecil.

 

 Kalau mereka yang masih kanak-kanak sudahmemiliki cita-cita ingin membanggakan keluarga kenapa tidak aku?


ya Allah, aku dah lama tak berdoa dengan sungguh-sungguh sedangkan Engkaulah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar...

 

Thanks “Aqib”.

Aja pulang ke hotel dengansemangat baru. Welcome back Aja.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zeel lela