Home Novel Cinta Cintaku Berlagu Salju
Cintaku Berlagu Salju
zeel lela
8/3/2018 09:05:34
9,946
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

US. MARCH 2010.

Mama : Shah, tadi mama ke rumah Autie Aida tu. Anaknya si Aja minta maaf sebabkes dia main piano kamu tu.  Maafkanlahdia ya. Dia muda lagi and  haritu diaterlalu emosi teringatkan arwah ayahnya yang baru saja meninggal. Fyi lagu dia mainkantu lagu favourite ayahnya Kebetulan sama macam favourite arwah Najwa kan… dahlaShah, jangan sedih lagi ya. Kita doakan semoga arwah di tempatkan di kalanganorang beriman.

                  

                   Shah  : okey maa, baiklah Shahmaafkan Aja and Shah pun minta maaf pada dia maa sebab haritu Shah terlaluemosi. Rasanya pernah dengar that you told me Aja tu got  straight A’s in SPM right? Tahniah ! kalaudia further study dekat sini bagitau Shah tau mama.

 

                Lama akutermenung, sebelum menekan punat “send” pada paparan mesej di telefon bimbitnyai.

 

Aja.Siti Hajar.

Aku termenung mengenangkan wajahnya yang putih mulus sedangtekun memainkan alunanan muzik piano tempoh hari. Aku tidak menyangka anakorang kebanyakan juga mahir bermain piano. Jika hendak di kira-kira hargabayaran untuk ke kelas muzik swasta pun agak mahal harganya. “mungkin diabelajar di sekolah” gertus hati Shah sambil bibirnya menyiulkan lagu “WinterSonata”. Itu lagu cinta dirinya bersama arwah isteri.

 

Antara kagum ataupun suka aku tak tahu. ;)

 

 

 

 --------

 

 

 

 

 

PULAU PINANG, OKTOBER 2015

 

                “Mai!Maimun!” jerit Aja sambil melambai lambai tangan nya ke arah Maimun sahabatkaribnya itu. Maimun yang sedang enak menyedut air mangga tersedak akibatterkejut. “Hey Aja. Kau memang dari dulu suka menjerit-jeritkan. Kalau akutercekik tak boleh bernafas macam mana? Kempunanlah aku nak naik pentas cantik-cantik!”bebel Mai sambil mengelap tompokan air mangga yeng terkena jubah graduasii.“kau nak apa lagi ni Aja oi.? Tudung kau buruk ke? Kau nak memerut ke?”bertalu-talu pertanyaan daripada Mai dengan nada yang sedikit marah. Siapa takmarah kan kalua cantic-cantik macam ini tapi comot pula . “sajalah panggil kauMai. Nak ucap tahniah dekat kau eh silap dekat aku juga” ucap Aja sambilmengayunkan tangan ke kanan ke kiri. Gedik bukan main nampaknya.

 

 “Alhamdulillah Ajaberjaya juga kita menjejakan kaki ke universiti dan harini dah konvo!” jeritMai penuh kesukaan bertambah seronok kerana majlis konvokesyen dari zaman persekolahanhingga zaman universiti masih bersama orang yang sama. “Terima kasih tau Maitolong aku cari duit tambahan, bantu keluarga aku dan bantu aku juga. Carikantajaan untuk aku sambung belajar. Aku sayang kau tau Mai, sampai bila bila”ucap Aja diselangi esakan kecil tanda betapa dia terharu akan pengorbanansahabatnya beberapa tahun lalu untuk sama-sama membantunya mengumpul wang. Diaingat lagi bagaimana bersungguhnya Mai membantunya mencari tempahan pakaian danmemujuk ayahnya untuk menjual sedikit barang-barang terpakai buat dirinyamembiayai pengajiannya. Kaulah sahabat sejati aku Mai.

 

Petang itu dihiasi gelak tawa dan tangisan kegembiraan bersamakeluarga masing-masing. Aja tersenyum riang di samping ibu dan adiknya danbegitu juga Mai serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Hari konvokesyendigelar “Purple Flood” dek limpahan warna ungu dariapada jubah konvokesyen danbegitu jugalah perhiasan yang mempunyai tema ungu dan oren, ibarat warna rasmiUSM. Sambil berjalan menuju ke tapak konvo yang begitu meriah dipenuhi manusiadan gerai serbaneka Aja begitu tekun menghafal jalan kea rah kedai kebabkegemarannya hingga tidak sedar dia telah meninggalkan Sarah jauh dibelakang.

 

“Kakak,, tunggulah adik, apa ni jalan sorang!” laung Sarahsambil melambai tangan dengan harapan kakaknya mendengar dan menoleh. Ajaterdengar dengar suara adiknya namun agak tenggelam bersama alunan muzik yangbegitu kuat.

Belum sempat Aja memalingkan muka ke arah suara adiknya,

gedebukkk! “ mak oiiii sakitnyaaaa” jerit Aja sambilmengibas-ngibas jubah ungu nya itu. Siapa punya angkara jalan gelojoh sangat ni.

“ aduh habis jubah konvo aku ni hey jadi satu jkeje pulak nakmendobi” omelan Aja di sambut dengan ketawa daripada seseorang.

Aja memilih untuk teruskan perjalanan mencari adiknya dantidak mengendahkan suara gelak ketawa daripada lelaki itu. Hatinya  dipagut rasa malu dan marah pada masa yangsama. Merah kerana digelakkan dan malu kera jubah konvo na yang dudah bercalittanah.

Aja berjalan tanpa mengendahkan suasana dan tanpa sedar Ajasudah banyak kali melalui jalan yang sama ,Nampak benarlah fikiran Ajaterganggu dengan situasi sebentar tadi . “Siti Hajar Binti Abdul Karim anakPuan Aida duduk Kampung Paya Tengah kan?” suara lelaki tadi tiba-tiba menyapatelinganya dan terasa sebegitu dekat. Aja cuma mengangguk sambil matanyamelilau mencari empunya diri.

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Dari jarak 4 meter, Aja terlihatseorang lelaki menutup wajahnya dengan sejambak bunga beserta sebiji belonbertulis “ Happy Graduation Day”. Aja mula berasa aneh kerana selama diabelajar di sini dia belum pernah mempunyai teman lelaki. Maklum sajalah, Ajamemang tidak pandai bergaya dan hujung minggunya dipenuhi jadual kerja separuhmasa. Memang tidak sempat berfikir hal hati ini. Terpaku Aja melihat lelaki itusambil otaknya ligat mencari jawapan. Tanpa sedar terpacul soalan yangdisangkanya Cuma berlegar dalam minda.

“awak ni siapa? Saya kenal awak ke?” tanya Aja sambilmengaru-garu dahi yang tidak gatal. Berdebar sungguh hati Aja bila lelaki itumendekatinya maklum sajalah lelaki yang benar-benar dekat dengan hidupnya tidaklain hanya arwah ayahnya yang tersayang.

 

“hai Aja, ni Abang Shah. Happy Graduation Day!”

 lembut benar suaralelaki itu menyapa telinganya. Silap besarlah Aja kerana menutup mata sebentartadi, selepas membuka mata barulah dia menyedari dia hanyalah tinggi separasdada lelaki itu saja. Tak pasal-pasal kena mendongak!.

“ya Allah Abang Shah buat apa dekat Penang ni, bukan duduk USke?” tanya Aja tak menyempat nyempat lajunya. Namun pertanyaan Aja hanyadibiarkan sepi dan dibalas dengan sekuntum senyuman .

“Ingat aku tergoda ka dengan senyum maneh melecas dia tu, pakaku hensem lagi tau dak” bebel Aja sendirian. Terkeluar habis bahasa utaranyamungkin terlalu geli dengan senyuman tadi. “Abang dah lama balik Malaysia andmama bagitau Aja konvo harini jadi abang datanglah terus dari KL ,

 

“oh lupa abang balik sekejap je untuksettlekan keja sikit. Bulan depan abang balik US semula” Panjang lebarpenerangan Shah dengan penuh hati-hati. Hatinya masih dipagut rasa menyesalkerana pernah menghina Aja beberapa tahun dahulu.  Laju aja mencapai bunga dan berkira-kirauntuk memulakan langkah mencari Sarah semula. Hatinya tiba-tiba terasa panasmengenangkan insiden dihina dahulu namun belum sempat Aja melangkah, lenganjubahnya direntap lembut.

“Abang Shah nak minta maaf pada Aja atas hinaan Abang Shahdulu. Abang Shah rasa bersalah sangat”

 

 luah Shah sambilmenunduk. Kelihatan titisan keringat dan kerutan di dahi lelaki itu.

“Aja pun nak minta maaf Abang Shah and thanks for this” jawabAja sambil berjalan terus meninggalkan lelaki itu.

Aja tergesa-gesa meninggalkan Abang Shah bukan kerana marahtetapi tidak selela didekati seperti itu. Bagi Aja, perempuan atau lelaki perlutahu batas pergaulan, jaraknya bagaimana pula dan sebagainya. Dia mahumelaksanakan semua didikan arwah ayah dan ibunya sebaik mungkin. Perintah Allahs.w.t apatah lagi untuk dilanggar bukan?

 

 

 

 

 

 

 

 

--------------------------------- 

 

 

 

 

 


 

 

PULAU PINANG, JANUARI 2016

 

Subuh nan dingin pada pagi itumenghambat rasa rindu yang mendalam pada arwah ayah. Ayah pergi tanpa sempatmeilhat Aja memberikan hadiah  keputusanpeperiksaan yang cemerlang dan segulung ijazah. Aja ingat lagi ayah pernahpesan

 “Hiduplah seperti resmi padi. Makin berisimakin menunduk iaitu makin berilmu sepatutnya makin merendah diri dan lebihkuat beribadah kerana makin berilmu makin kita kenal pencipta kita. Nasihatarwah ayahnya benar-benar terpahat dalam hati. Ibu dan ayah menjadi idola buat Aja dalam pelbagai aspek terutamanyaaspek hepada menghormati, kasih sayang dan agama. Aja berjanji untuk terusberbakti kepada keluarga, agama dan masyarakat. Semoga ayah diampunkan dosa danditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Seusai mengaminka doa , Ajamengusap-ngusap gambar di telapak tangannya sambil berkata. “Ayah,harini harilahir Aja yang ke 24, anak sulung ayah dah besar tau dan Aja dah selamathabiskan pelajaran Aja ” ucap Aja sambil menahan sebak di dada.

 

 

Sakit rindu buat mereka yang tidakberjasad sungguh menusuk. Aja sayang ayah.

 

Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zeel lela