Home Novel Cinta KISAH ANTARA KITA
KISAH ANTARA KITA
N Ashie Hus
11/7/2017 20:07:32
16,985
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Tubuh yang sedang terlantar diatas katil masih belum sedarkan diri itu ditemani Lady Kate. Pembedahan mengambil masa selama enam jam untuk membuang peluru yang tertimbus di bahagian betis. Kecederaan agak parah, Banyak kemungkinan kaki yang tercedera tak dapat diguna pakai untuk selamanya kerana kedalaman peluru jenis senjata yang digunakan.

Dari lobi hospital hingga ke tingkat dia berada sekarang penuh dengan lelaki berkemeja hitam kemas mengawal keadaan sekeliling hospital. Yang dia pasti, kemeja hitam dan bertali leher berwana gold itu melambangkan ahli Black Eagle.

Pakaian yang masih sama tak sempat dia tukar terus meluru ke hospital yang diberitahu. Dia meneruskan langkah kebilik vip yang menempatkan Khemil Akaratt itu berada. Sampai sahaja di hadapan bilik tersebut dia dihadang oleh dua susuk tubuh yang tak membenarkan dia masuk kedalam. Membulat Nees.

"Sorry. Tak boleh masuk!" 

Tercengang. "What?!"

"You are not allowed!" Tegas. Salah seorang dari mereka bersuara.

"What the hell talking to me like that?" Sembur Nees dihadapan muka lelaki yang bersuara tadi.

"Sorry miss. You can't." 

"Aku tak kira! Aku nak masuk juga." Nees merempuh tubuh mereka yang menghadang laluannya. Tapi kekuatan mereka tersangat lah kuat. Malah, mereka berdua memegang kedua belah lengannya dengan erat.

y! Let me go." Bentak Nees. Pegangan mereka dirungkaikan satu persatu. Nees menyiku perut kedua lelaki tersebut. 

Mereka tertunduk. Lagi sekali dibagi siku atas badan salah seorang dari mereka dan seorang lagi ditendang di celahan kangkang.

Urgh!!! Serentak. 

Keadaan kecoh bila mana suara mengerang mereka memanggil semua yang berada di aras tersebut berlari kearah bunyi suara tu. Tingkat kedua paling atas hanya mempunyai sebuah bilik wad vip disitu. Tiada siapa yang boleh mencerobohi aras tersebut kecuali orang yang berkenaan seperti doctor dan nurse yang mempunyai kad akses tersendiri.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dari dalam terus terhenti langkahku untuk meneruskan pukulan apabila terpadang susuk tubuh itu berdiri dibingkai pintu.

"What happened?" Kalut Lady Kate menyoal pengawal itu bila terdengarkan kekecohan diluar. Kelihatan kedua pengawal memegang perut dan celahan kangkang dengan wajah menahan sakit. 

"That girl." Telunjuk jari dituju kearah aku.

Lady Kate terus mengalih kearah yang dituju itu. Membulat biji matanya. 

"Nees! Whats wrong? Come." Pengawal tadi terus diabaikan. Tangan Nees ditarik mengikut langkahnya masuk kedalam bilik. Tubuh itu ditilik dari atas hingga bawah. Nasib baik tiada luka ditubuh itu. Nafas lega.

Soalan tak dijawab. Tubuhnya dibawa ke sofa yang terletak berdekatan situ.

Dia memejamkan mata sesaat, hilangkan rasa letih. Matanya kembali buka dan melihat Khemil Akaratt masih tidak sedarkan diri. 

"Lady. My turn."

Gelengan itu mengatakan dia akan berada disini menemani Khemil Akaratt sehingga lelaki itu sedar. Riak kesedihan terpampar diwajah itu jelas sekali.

"I prepare this for you." Bekal yang dibawa tadi diletakkan dia atas meja. 

"Makan dulu. You tak makan dari tadi kan?" 

Bekal makanan yang dibawa dari rumah dihulurkan buat Lady Kate. Lady Kate dalam keadaan lemah menyambut juga bekalan itu. Suapan demi suapan ditelan juga akhirnya.

Kring.....

Deringan telefon Nees memecah suasana bilik wad. Langkah diatur keluar sebelum panggilan itu disambut. Sempat dia mengerling pengawal yang dia belasah tadi. Dia mencari sudut jauh dari orang ramai. Kiri kanan dia toleh sebelum panggilan itu disambungkan.

"Hello!?" Bentak

"Aku tak kira! Kau jejak sampai jumpa. Selagi tak jumpa jangan pernah tunjuk muka depan aku." Berang. Panggilan terus dimatikan.

klik.

Skrin telefon dipadang, gelap. Dia mengeluh. Kepala yang tak gatal digaru. Dia memandang orang disebelah yang lagi tersenyum. Makanan yang terhidang membuatkan air liur meleleh.

"Kau mengeluh apa? Hal kecil pun tak boleh nak handle." Q menggeleng sambil menikmati mee goreng mata kerbau. 

"Slow...." Mengejek.

Dia tak kisah Q nak kutuk ke apa. Yang penting sekarang perutnya wajib diisi dengan makanan sedap-sedap je. Bukan senang nak lepak kedai favourate dia. Alang-alang kerja berdekatan 'sambil menyelam minum air' lah. Senggih Sendiri. 



"Tuan!!"

Lelaki itu menoleh kearah pemanggil tadi. Dia berhenti melangkah.

Hampir kesemuanya settle. Cuma cecair yang belum diuji tahap keberkesanan.

"Hampir?" ditekan perkataan tersebut.

Setiap bilik pemprosesan barang terlarang itu dilalui. Dari luar cermin selebar 5 kaki dapat dilihat mesin bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Banyak kaedah yang perlu digunakan, sama ada kaedah manual atau pun automatic.

"Kau tahu aku tak suka buat kerja lambat?" 

Terus tegak berdiri. 

"Penguji tak ada, Tuan." 

Langkahnya turut terhenti. Gigi diketap. "Budak-budak kau mana? Dah pupus semua ke?" 

Athit mengiringi Damian sehingga jalan keluar dari gedung mereka. Damian salah seorang orang atasan yang berpangkat tinggi. Mana mungkin Tuan Besar mempercayainya lelaki itu kalau bukan Tuan Besar cukup mengenali Damian. Tapi itu yang dia tahu, Dirinya hanya orang bawahan kepada Damian. 

Damian lelaki misteri yang dia kenali lima tahun lepas. Damian ketua dalam kongsi gelap yang disegani tapi cukup misteri. Walaupun saingannya setaraf kongsi gelap yang lain tapi itu tak menjatuhkan Damian.

Honda Type R merah diberhentikan tidak jauh dari Villa yang tersenggam indah itu. Boleh dikatakan, saban hari dia akan berada di kawasan ini walau sesibuk mana dirinya tetap akan dia luangkan masa disini bersendirian.

Jam di dashboard menginjak tiga pagi. Matanya masih segar melawan kantuk sepanjang hari. Kereta yang dinantikan sepanjang tahun ini masih tidak kelihatan di Villa tersebut.

Tingkap diturunkan. Asap rokok dihembus. Mata merenung Villa mewah yang sekian lama menjadi pemerhatiannya. Dia mengeluh. Rambut diraup kebelakang. Dipejamkan mata seketika. Tetiba tubir matanya gugur mutiara jernih, dia rasakan itu. Belakang tapak tangan dikesat mutiara itu. 

Damian mula menggerakkan keretanya menyusur keluar. Dia masih keliru dan tak dapat bayangkan begitu mudah dia lupakan segalanya yang berlaku selama itu. Stereng kereta digengam kuat gigi mengetap rapat. Rahang bergerak saling menyambung. Pandangan tajam menghala jalan raya itu. 

"You'll regret. Promise me!" Pedal minyak ditekan. Menahan rasa

SupeDrZone seperti biasa Damian tuju. Sudah menjadi tempat kedua dia disitu menghilangkan pelbagai rasa selema lima tahun sehingga kini. Keadaan sesak dan bunyi muzik yang dimainkan oleh DJ sudah terbiasa bagi diri seorang Damian.




"Hey, Damian long time no see?" Tegur satu suara lunak mendekati dirinya.

Tubuhnya tiada rasa bila perempuan itu menggesel dengan tubuhnya. Tangan lembut itu bermain-main didada lebar. Dia penat menolak tangan itu menyentuh dirinya bahkan makin ligat lagi tangan itu bergerak tanpa menghiraukan kemarahan dia.

Catherine mendegus "What wrong with you Dam?" Melihat Damian tidak memberi riaksi atas godaannya. Membuatkan dirinya sakit hati.

Apa yang Damian fikirkan sedangkan dia selalu ada disisi lelaki itu. Acuh tidak acuh saja layanan Damian buat dirinya. Sedangkan lelaki disini terkejarkan dirinya tapi tidak Damian sering menjual mahal walau digoda dengan cara mana sekalipun.

"Im tired, Cat. Please stay away from me." 

"I miss you...." Cat membisik ditelinga lelaki itu. Dia cuba mendekati tubuh itu dan ingin sahaja dia memeluk tubuh kekar yang sering kali bermain dimindanya. Tetapi itu bakal tidak akan pernah terjadi malah dia sendiri akan ditengking oleh Damian. Dia akan dihalau seperti anjing kurap.

Dia menggelak dari Catherine yang sering mengodanya. Tubuh itu ditolak perlahan. Mata Damian tajam menikam sepasang mata bertentangan dengannya. Dia meninjau suasana disekelilingnya yang membinggitkan telinganya dan ruang persekitarannya sungguh menyesakkan. 

"Aku tak akan ulang benda yang sama, Cat!" Damian mencengkam rahang Catherine kasar. Biar dia tahu siapa Damian sebenarnya. Tak mudah tergoda mahupun digoda oleh perempuan seperti Catherine.

Langsung dia pergi meninggalkan Catherine disitu bersendirian. Dia tidak peduli siapa Cathrine. Ruang mewah yang tertera nama Damian itu dia masuki. Dia melabuh duduk dikerusi kerja miliknya. Bilik kerja yang berkonsep kaca lut sinar. 

Laci ditarik lalu mengeluarkan sekeping gambar yang masih utuh berada digengamannya. Lama dia memandang lantar gambar yang terhias disitu. Sekajap masa berlalu. Bagai mimpi dia disini diberi peluang kali kedua.

Tuan Damian." Damian mengalihkan pandangan pada suara pemangil itu.

"Catherine! Dia... Dia buat kacau. Buat hal Tuan." Damian pantas berdiri. Tingkap cermin yang menampakkan aras bawah dimana kekecohan berlaku. Dia mengelengkan kepala. 

"Cat!" Geram dia. Gigi diketap.

Baru sahaja dia ingin berehat. Ada saja yang membuatkan dia sakit kepala dengan tindakan liar Catherine. Catherine saja mengujinya tahap kesabarannya yang makin tipis. Damian terus menerjah ke kawasan yang menimbulkan kekecohan itu. Kelihatan Catherine dan seseorang perempuan yang dia tidak kenali sedang bergaduh. Tiada seorang pun yang menghentikkan pergaduhan mereka hanya menjadi tontonan disitu.

Tubuh Catherine ditarik dan membawa keluar dari SupeDr Zone. Dia mengheret tubuh itu tanpa kelembutan. Menolak tubuh langsing itu pada konco-konconya. 

"Settle kan dia." Ujar Damian. Dia tak kisah apa yang anak buahnya nak buat pada Catherine tu. Yang penting dia tak nak tengok muka pemempuan ni lagi. 

"Damian...... Dam...." Meleret suara itu tidak sedarkan diri. Tangannya cuba mengapai tubuh kekar itu.

Baby.....come to me." Merengek. Langkah sudah terhuyang hayang. Pandangan juga kabur. 

"Bawa dia berambus, aku tak nak tengok muka dia ni" Damian mengisyaratkan supaya konconya membawa Catherine pergi.

Melihat mereka sudah hilang disebalik kereta-kereta yang terletak disitu. Wajahnya diraup. Rambut disisirkan kebelakang. Langkah diatur ke SupeDr Zone semula tempat dimana dia usahakan sendiri tanpa pertolongan sesiapa sehinngga setaraf dengan tempat hiburan yang termewah diwilayah itu. Hanya golongan tertentu saja dapat menjejak kaki disitu.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh N Ashie Hus
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham