Home Novel Cinta KISAH ANTARA KITA
KISAH ANTARA KITA
N Ashie Hus
11/7/2017 20:07:32
16,977
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Kad berwarna red-gold ditatap lama sambil dipusingkan kad tersebut. Ayat yang tertera diatas kad dibaca berulang kali oleh Jasper. 

"Siapa hantar kad ni. Ron?" Jasper menyoal.

Pandanganya pada kad tadi mula beralih pada Ron yang lagi sedang tersenyum sendirian disitu. Keningnya terjungkit seketika dengan riaksi yang diberikan itu. Dia cuba mengintai dari jarak merrka itu apa yang sedang Ron lihat.

Tidak pernah sekali dia melihat Ron tersenyum. seperti itu dan selalunya wajahnya dihiasi bengisnya tanpa sedikit senyuman. Rupanya disisi ini teserlah jiwa Ron sebenarnya. 

"Ada yang tak kena ke dengan kad tu? Soal Ron menghentikkan lamunan dia tadi.

“Biasa lah, Jas. Orang berpengaruhkan.”

Matanya masih tertumpu pada skrin Iphone yang dipegang itu. Dia tidak sedari dirinya menjadi tilikkan Jasper beberapa minat yang lalu.

“Lagi atas nama Syarikat.” 

“Tak gitu?" Tembak Ron. Dia suka.

Jasper mengiyakan apa yang dikatakan Ron sebentar tadi ada betulnya juga. Tapi apa yang berada di fikirannya kini bukan la kad itu. Tetapi lelaki dihadapnnya ini penuh dengan senyuman yang tidak putus-putus dari tadi.

“Aku ada tertinggal sesuatu ke?” Soal Jasper menunggu maklum balas.

Dari tadi Jasper menjadi pemerhati Ron yang masih ligat

“Apa yang tertinggal?” Soalannya berbalas soalan.

Pelik dengan soalan Jasper yang agak aneh. Terus pandangannya jatuh pada raut wajah kacukkan itu. Masing-masing berbalas pandangan menanti jawapan. Melihat tiada tindak balas, Ron berbalik pada skrin Iphone itu.

“Senyuman kau tu. Tak nak share? Pancing Jasper.

“Share apa.”. Ligat Ron tanpa dia sedari.

“Tu.. Senyuman kau tu.” Ujar Jasper serta telunjuk jarinya kearah senyuman itu.

Terus mati senyuman yang dilakarkan tadi. Kini wajahnya seriusnya pula dipamerkan ketika ini. Jelas dia rasakan seolah ayat itu diperli khusus buatnya. Melihat sengihan Jasper dia tahu la Jasper sedang menantikan jawapanya.

Kening sengaja dijungkitkan menunggu helah dari Ron.

Ehem..

“Back to topic.” Ujar Ron meredakan situasi dirinya.

Dia mengalihkan cepat topik yang ingin diketengahkan itu. Bukan dia tidak tahu bahawa Jasper seorang yang berpanjang akal. Walau macam mana sekalipun Jasper akan mengunakan taktik mental dan pyscology nya untuk mendapat segala apa yang dia ingin dapatkan.

Jasper mengulum senyum. Matanya dilirikan pada skrin IPhone milik Ron itu. Dia melangkah mendekati Ron yang lagi sedang duduk di sofa miliknya itu. Jasper berjalan mengelilingi tubuh Ron.

“Aku pening tengok kau pusing-pusing macam ni.”

Jasper menyengih. 

“Anak golongan atasan mesti turut serta kan?” Tutur Jasper mengerling dari sisi.

“Wajib tu.” Balas Ron. Itu dia pasti.

Disitu dia dapat lihat semua golongan atasan yang berpengaruh turut serta. Mula ada adegan cinta pandang pertama. Konon. Dia tahu itu hanya tektik agar mereka kerjasama satu sama lain. 

"Dan..... Cuci mata juga kan.” Pancing Jasper agar umpan dia kali ni mengena.

“Tak Boleh.” Selar Ron pantas tanpa dia sedari.

Kening dinaikkan melihat gelagat lelaki dihadapannya ini hampir terkena umpan yang diciptakan. “Apa yang tak boleh.” Soalnya menahan senyum.

Lama Ron mendiamkan diri untuk dia mencipta ayat yang kena pada situasa ketika ini. Macam mana dia boleh terlepas dari landasan. 

“A...aku tak boleh pergi event tu.” Meluncur laju keluar dari mulutnya. Nafas perlahan dilepaskan. Sebaik ayat itu yang terlintas dek akalnya.

“Siapa suruh pergi?

Lantas Ron bangkit untuk pergi dari situ sebelum dia diasak dengan cara halus. Berhadapan dengan Jasper dia boleh terkena serangan jantung. 

“Malas nak melayan.” Ron membuat muka toyanya.

"Aku choo dulu". Pintu sudah dia didekati.

“Eh! Sekejap lah. Tak sempat ak........” Ujar Jasper cuba menahan Ron dari pergi.

“Jumpa nanti.” Ron membalas sebelum pintu itu ditutup semula.

Sayup-sayup kedengaran suara Jasper disebalik pintu sebelum pintu itu ditutup rapat oleh nya. Senyumannya diukir semula sebaik dia melangkah mendekati pula meja Hanis yang terletak diluar 

“Hoi!” Sergah Ron melihat setiausaha Jasper itu seolah mencari sesuatu.

Hampir luluh jantungnya dengan sergahan yang entah datang dari mana. Nasib baik tangannya tak memegang sesuatu yang membolehkan orang itu cedera. 

“Ish,, Awak ni buat orang terkejut je. Main sergah-sergah. Mati terkejut saya nanti.” Kata Duwan menenagkan diri.

“Jangan! Tuan Jasper nanti susah hati awak tak ada. Saya jadi mangsa.”

“Padan la muka awak.” Duwan memberi jelingan tajam.

“Sampul surat putih tu siapa pengirim dia?” Tanya Ron 

“Entah. Reception bagi saya beberapa hari sebelum........” Kiri kanan dia menoleh melihat keadaan. Bila dirasakan aman baru dia mula yang tidak lengkap tadi.

“.....You all lebam-lebam.”

Berdesing telinganya bila setiausaha tahu akan kejadian beberapa hari lepas. Seluruh tubuh dia dan Jasper habis lebam. Itu pun untuk mengelak dari pengetahuan Tuan Besar dan Madame Sii. Tidak lunyai dia dikerja dengan pasangan itu. 

Dia seperti setiausaha itu tadi, kiri kanan dia pandang takut tetiba Madame Sii datang tanpa mereka sedari. Bila keadaan tenang di pulas telinga setiausaha itu.

“Mana awak tahu?” Dia menyoal untuk kepastian.

“Ini Duwan! Semua dalam poket ni.” Jawab Duwan mendabik dada. Senyumamnya itu sampai ketelinga.

Ron mencebik bibir. Ada-ada saja setiausaha Jasper ni. Mentang dia anak emas Madame Sii belangak tahap tak ingat.

“Gerak dulu lah. Tengok awak patah selera saya.” Ujar dia bergurau.

“Ye la tu.” Jerit Duwan melihat Ron sudah pergi jauh. Lantas kerja yang tergendala tadi disambung semula. 

Ini semua Ron punya pasal, tak pasal-pasal dia lupa apa yang dicari. Gerutu Duwan sendiri.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh N Ashie Hus